Pengikut setia

Monday, 8 February 2021

Air asam unik


🌸 Lada hijau (cabai melaka)
🌸 Sedikit bawang holland
🌸 Ikan bilis secubit(tumbuk dulu)
🌸air asam jawa
🌸perahan lemon
🌸 Kerisik
🌸 Tomato

☘️ Semu bahan diblend kemudian masukkan garam sedikit.

Siap👌🏼

🌶️Resipi Sambal Bedesing CikMie🌶️

🌶️30 biji@lebih  lada merah/hijau @campur kedua2nya

🧅1 ulas bwg merah besar
🧄5 ulas bwg putih
🍅1 biji tomato
🥢Belacan(optional)
🥢Ikan bilis (optional)

(goreng dlm minyak skejap pastu blender kasar)

Siap blender, Tumis  dlm minyak goreng td sehingga kering air dan diyakini sambal masak spenuhnya.

Perasakan dgn garam, gula dan sedikit hilal.
(klu kak mi suka manis2 sikit. Manis+pedas) 👍🏻

Siap.
Sedia dihidang dgn nasi panas2 +ikan goreng /ayam @lauk2 lain.

Boleh masukkn dlm botol kaca utk makan dilain hari😆

Tuesday, 2 February 2021

Resepi nasi ayam Kak Ipar

Resipi nasi ayam cikmie😆🐓

Sup 🍜

❤Tumis bwg putih, halia, 3 skawan..
❤Masuk air, ayam, sup bunjut..
❤Agak2 ayam sparuh masak, angkat ayam.
❤Ambik jugak kuah sup utk masak nasi. Klu suka wrna, boleh buh serbuk kunyit sikit dlm nasi.. Hiris halia sikit buh dlm nasi.

❤Sup biarkan mendidih atas dapur. Cukupkan rasa..

Ayam perap🐓

Kicap
Sdikit gula+garam
Bwg putih, bwg merah, halia(tumbuk lumat)

Sambal lada🌶️🌶️

🍅Tomato
🌶️Lada
Gula
Garam
Bwg putih 2 ulas
Sos cili
(blender smua bahan 👆🏻dgn sedikit kuah sup)
Pastu masak sekejap atas dapur.. Perah air limau nipis.

Kuah kicap

Ambik kicap hok perap ayam td..
Tambah lg kicap, lada dan bwg putih. Klu rasa nk masin n manis sikit, boleh tmbah gula dan garam..

(blender) masak skejap atas dapur. Perah limau nipis.

Siap nasi ayam🐓

Saturday, 28 November 2020

Cara simpan baju baby yang dah tak muat

Cara simpan baju baby yg tak muat dengan selamat tanpa rosak

Nak simpan baju baby seeloknya simpan yang jenis rompers, dress, baju tshirt, tuala, lampin, bib dan selain seluar skirt..sebab apa? sebab seluar mudah reput di bahagian getah. kalau simpan lama2 dia jadi rosak,

Baju tidur seeloknya beli sikit jela, kalau boy seelok limitkan beli seluar. nak beli jugak elok beli yang murah sahaja , sebab boleh pakai sampai lebu dan terus buang bila ketat. baju tak pa kalau shopping banyak. Pilih baju yang susah berbulu


buh silica gel
simpan dalam box yang lutsinar
simpan di tempat yang udara elok
sebaiknya dalam bilik bukan dalam stor
xperlu dimasuk dalam plastik

Baju yg disimpan selama bertahun2 takkan rosak ye.

kalau dah sampai masa nak guna balik, boleh rendam ngan air panas campur sabun SAVOONS. Saya dah cuba. Nampak macam kembali baru semua baju2 tu.



Friday, 28 February 2020

Pesanan buat wanita

kalau kau rasa laki tu anak mak kau awal2 jangan kahwin

kalau kau rasa pendapatan laki kau tak menjamin kesenangan kau baik kau jangan kahwin

kalau kau rasa laki tu sentiasa sibuk dan tiada quality time bersama family kecil kau ada baiknya kau lupakan perancangan kau nak kawin dengan laki macam tu

Tuesday, 18 February 2020

Suami mohon hadam sebelum nak kahwin

Saya rasa bersyukur kerana tinggal bersama seorang teman serumah (Baca: Suami) yang dibesarkan bukan dengan fikiran bahawa hanya wanita yang perlu buat kerja rumah.

Dalam keluarga kecil kami, tidak wujud istilah isteri dan ibu sahaja yang perlu menyelesaikan tugasan tugasan rumah yang berlambak lambak.

Kami flexible.

Pasa hari bekerja, kalau suami pulang dahulu ke rumah dia akan masak nasi dahulu untuk anak anak. Masak lauk simple seperti goreng ikan.

Tidak ada wujud situasi di mana dia akan menunggu saya pulang dan menunggu saya masak.

Kadang kadang, kalau kami dua dua letih kami hanya beli sahaja. Tidak mahu menyesakkan jiwa meletihkan badan yang sedia letih. Ambil langkah yang paling mudah dan menyenangkan untuk kedua dua.

Jarang sekali saya ingat situasi di mana saya pulang kerja dan berhempas pulas di dapur dalam keadaan yang tubuh yang penat.
(Kecuali ada time time bosan makan luar dan ada orang mengidam something😆)

Tapi, biasanya.

Kalau larat masak, tak larat tapau sahaja.

Saya manusia, suami juga manusia. Sama sama mengerti kelemahan dan had kekuatan diri masing.

Bukan semua kerja isteri perlu buat seperti lagak superhero, terutama bab masak memasak.

Saya teringat satu cerita yang diceritakan oleh seseorang.

Katanya, ada seorang kenalannya walaupun sedang berpantang perlu menyediakan makanan untuk suami. Suami tak nak makan makanan luar. Jadi, walaupun dalam keadaan penat selepas bersalin isteri itu terpaksa masuk dapur dan masak kerana itu tugas seorang isteri😔 Gigih!

Kalau difikirkan secara logik, tidak patutlah sang suami meminta isterinya yang masih lemah untuk memasak. Sepatutnya dia dilayan, bukan melayan.

Namun, oleh kerana sudah terbiasa dengan budaya begitu, maka saat isteri itu demam ke, dalam pantang ke, maka dia jugalah yang mengambil tugas itu.

Sebab itu, di awal perkahwinan. Belajar lah untuk membahagikan tugas dan belajar untuk menjadi flexible dalam perkahwinan anda.

Sebab apa yang anda bentuk dalam rumahtangga itu akan menjadi budaya yang akan dibawa sampai ke anak cucu.

Kalau anak anda hanya melihat watak ibu itu sahaja yang menguruskan rumah, maka pemahaman itu akan dibawa sampailah dia besar.

Tugas memasak, membasuh baju, mengemas bukan tugas isteri sahaja!

Tak tahu belajar
Beri peluang kepada kedua duanya untuk belajar dan menjalankan tanggungjawab.

Kalau suami kata, saya tak tahulah masak.

Awal awal kahwin, ajar dia asas masak nasi, goreng ikan. Eh itu dah cukup tau. Nanti yang lain lain, ajarlah lagi sampai dia pandai. Mana tahu nanti dia lagi pro! (Ramai je lelaki yang lagi pro masak dari isteri. Isteri2 jangan marah ya😂)

Kalau dia dah terbiasa isteri masak, dia tunggu di ruang tamu. Lama lama memang dia akan selesa begitu. Tapi kalau dari awal kita dah besama sama, dia pula akan kekok kalau tak bantu isterinya.

Sama sama ambil tanggungjawab barulah hidup aman bahagia😉

#notarumahtanggapuanfarhan

Sunday, 24 February 2019

Perkhidmatan Upah Menaip (UPDATE HARGA 2019)

PERKHIDMATAN MENAIP (UPDATE HARGA 2019)

Assalamualaikum..saya ada menyediakan perkhidmatan untuk menaip dokumen seperti menaip semula dokumen, surat, buku, kertas kerja, dokumen/perjanjian perniagaan, karangan, novel dan lain-lain dokumen berbahasa Melayu atau English ke dalam format WORD. Dalam bentuk image kepada WORD. PDF ke WORD, menaip assignment, tesis, soalan exam, kertas kerja, buku, artikel, majalah, bahan pembelajaran, teks program, latihan, kursus serta segala bahan/dokumen untuk ditaip. InshaAllah saya sedia terima untuk taipkan. Perkhidmatan ini disedia kepada yang benar2 memerlukan kerana sibuk. Jadi saya sedia membantu anda. Dokumen akan disiapkan mengikut dateline.

A. BAHAN UNTUK DITAIP BOLEH DIHANTAR MELALUI:
1. Email kepada fadhlin84@yahoo.com. 01113085038

B. JENIS FONT
Jenis font yang digunakan pelbagai (mengikut permintaan).

Sila beri maklumat yang lengkap mengenai tempahan bagi mengelakkan sebarang masalah

Contoh:

Jenis tulisan: Times News Roman
Saiz tulisan: 12
Line spacing: 1.5
Jika ada maklumat lain sila tambah.

C. Kadar Bayaran Taip 2019

Bayaran perlulah dijelaskan terlebih dahulu sebelum penyerahan dokumen yang telah ditaip dengan cara bank in/transfer cash deposit/IBG dan hantar imej bukti pembayaran kepada saya. Bagi mereka yang tinggal berhampiran dan datang sendiri (walk-in) ke kedai/rumah, cara bayaran adalah secara tunai.

D. KADAR UPAH MENAIP (TIDAK TERMASUK CETAK) 2019 update
Setiap Muka Surat = RM2.50 (kurang dari 30 helai)
Setiap Muka Surat =RM2.00 (30 helai-100 helai)
Muka Surat 101 dan seterusnya = RM1.50
Dokumen yang siap ditaip akan dihantar melalui email (selepas mendapat pembayaran) bagi memastikan dokumen cepat diterima.

E. KADAR UPAH MENAIP (TERMASUK CETAKAN) 2019 update
Jenis Kertas A4 (berwarna / putih)
Setiap muka surat = RM3.50
Dokumen yang telah siap dicetak akan dihantar melalui:
1. Email (fadhlin84@yahoo.com)
2. Pos ke alamat rumah atau pejabat (kos penghantaran bahan = bergantung kepada berat dokumen dan lokasi anda)
3. COD BY HAND (kawasan berdekatan shj, Kota Bharu Kelantan)

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya:
SMS / whatsapp ke:
Puan Lin Sakina
011113085038

Monday, 7 January 2019

24 Disember 2018

24 Disember 2018

11.18 pagi. Abah meninggal dunia. Seperti hilang nyawaku saat doktor memberitahu bahawa abah sudah tiada.

23 Dis, rasa tak sedap hati nak balik ke rumah. Rasa cam nak duduk sebelah abah sampai keesokannya, tapi disebabkan dah ada 2 penjaga iaitu abang mat dan kak mie, aku pulang juga ke rumah untuk berehat setelah separuh hari jaga abah.
24 dis, sebelum bangun tu aku mimpi ma pindahkan semua barang2 abah yang ada dalam bilik tu ke bilik lain. Persediaan bawa balik jenazah. Seram. Rupanya bila bangun tidur. Memang betul ma pindahkan barang2 tu kosongkan bilik tu untuk persediaan kalau abah takda. Aku bawa kain telekung untuk solat zohor tapi tiba2 terdetik,sempat ke aku solat zohor kat sana. Mana nak tahu belum sempat zohor dah kena pulang ke rumah. Rupanya benar sekali, abah menghembus nafas nya sebelum zohor. Allahu akhbar.
Semua andaian aku menjadi.
Saat melangkah masuk lif, aku rasa debaran ni lain semacam. Dan aku tenang lagi melangkah sampai la di depan pintu bilik abah, aku terlopong tengok kak mi dan abang aku monyok dan bagi isyarat suh masuk bilik tu cepat2. Bila masuk je k.mi cakap abah tiba2 macam tak bernafas. Aku tengok mesin tekanan darah, garisan tu straight ja xda bengkok2 dah. Allahu. Jantung aku tiba2 rasa macam stop. Bernafas pon x stabil. Mata membuntang tengok ke muka tenang abah, tengok pula pada perut dan dada abah. Dannn
Doktor menyuarakan suaranya, " saya rasa ayah awak dah tak da". Dah tak de???? Soal aku dalam hati. Perasaan aku masa tu tak tahu nak cakap, diam membatu. Sedangkan kak ipar dan abang dah menitis air mata menangis atas pemergian abah. Aku terketar2 mencari telefon bimbit. Terketar2 buh kredit masa tu. Nasib ada beli kredit semalam waktu pulang ke rumah. Dalam otak berputar2 fikir nak call sape dulu. First aku call abe uh, abang ipar aku. Bagitahu abah dah meninggal dunia. Kemudian call adik, abang sulong, tok sedare dan mak saudara. Lepas call semua tu, baru aku sedar dari khayalan bahawasanya aku sedang memberitahu orang2 terdekat yang abah dah meninggal dunia. Nangis nangis nangis bersama abang. Sambil tunggu abang sulong kak ipa,Ma ,kakak, abang ipar dan lain2 sampai, aku tengok satu persatu wayar2 di badan abah dibuang. Kemudian dibalut dengan kain putih. Kalau sebelum ni aku tengok nurse2 balut orang lain dengan kain putih, kalau sebelum ni aku tengok orang lain meninggal depan mata aku, hari ni 24 disember 2018. Aku melihat tubuh kaku serta mesin yang tidak lagi berbunyi degupan jantung abah. Ya Allah, kau dah ambil nyawa abah aku.
Aku pulang dulu ke rumah bonceng motor dengan kak ipar sulong. Pukul 1 lebih dekat pukul2. Mayat abah sampai kat rumah. Masa tu sedikit tenang. Ramai orang datang berduyun duyun menziarahi ma. Alhamdulillah. Ramai datang jenguk datang ziarah. Aku tengok setiap detik persiapan mandi abah, abah dimandikan, abah diusung masuk ke van jenazah. Menangis hiba . Tak percaya aku dah kehilangan abah yang menjaga aku selama 27 tahun. Jaga makan minum aku selama 27 tahun. Sanggup memujuk aku selama 27 tahun. Menjaga kebajikan aku selama 27 tahun. Memberi
nafkah kepada aku selama 27 tahun.

Aku sempat ambik adik kat airport walaupun kaki aku terketar2 menekan minyak. Emosi masih belum stabil. Tapi aku bersyukur sebab 9 hari jaga abah kat hospital. Dekat 2 minggu jaga abah di rumah sebelum abah terlantar kat hospital. Sempat tengok abah dimandikan, boleh kucup dahi dan pipi abah sebelum abah pergi ke alam baru. Aku puas hati ya Allah. Sebab sempat jaga abah waktu sakit. Sempat ulang alik ke hospital hantar abah. Walaupun kali terakhir tu abah berkeras nak gi hospital sendirian. Aku akur dengan takdir allah. Aku sempat hantar abah ke rumah tok bomoh, berubat kampung, sempat basuh air kencing abah, tadah kencing abah, cukur misai janggut abah , potong kuku abah, gigi palsu abah aku sempat basuh berkali2 sewaktu hidup, masak utk abah walaupun termasin, terkeras.

Sebelum abah sakit teruk masa bulan akhir bulan 11 , Abah dah pelik. Pelik sangat. Aku pelik bila bulan 7 tu datang sorang insan nak jumpa abah. Abah mudah je setuju suruh laki tu datang. Tak banyak songeh macam sebelum ni.  Lepas jumpa laki tu untuk risik aku, masa tu senyuman abah lebar sangat. Happy.  Terus berkeras cakap macam mana sekalipun laki tu kena jadi laki aku. Jadi suami aku. Padahal laki tu selamba je tak mesej aku. Aku rileks ja dulu. Mungkin abah saja kot sebab lama tunggu pasangan aku. Tu yang excited. Masuk bulan 8 , laki tu datang bawa family dan mak ayahnya, lagilah abah gembira. Abah cakap abah yakin si dia boleh jaga aku dengan baik. Abah cakap abah puas hati boleh tengok bakal suami aku. Padahal benda tu tak jadi apa lagi.

Masuk bulan9. Aku kalut gi kL jaga anak buah. Masa tu abah merajuk cakap laki tu mainkan aku sebab tak datang pinang aku pon. Janji nak meminang tapi senyap. Masa ni aku dah pelik. Kenapa abah macam tu. Abah cakap nak no. Fon laki tu nak cakap terus terang. Tapi aku risau abah akan marah laki tu, so aku bagi nombor salah. Aku pesan kat abah inshaAllah kalau laki tu betul jodoh aku, papepun allah akan permudahkan. Sebab malas nak berharap sangat kat laki. Pertengahan bulan9 abah masuk hospital, aku balik jenguk abah, tapi aku jahat. Sanggup pulang ke kL pulak utk jaga anak buah. Aku abaikan tanggungjawab aku jaga abah. Serba salah.

Bulan 10 aku balik kelantan. Berazam nak jaga abah betul2. Laki tu ada datang ziarah, dan bulan tu juga lah kami bertunang. Selang beberapa hari, aku adik dan abang long bawa abah ke rumah bomoh. Alhamdulillah dalam 2 3 hari abah terus ada selera makan. Dan boleh bangun. Boleh aktif macam biasa. Boleh ke masjid. Abah dah tak nak pantang katanya. Sebab nak dengar kata bomoh. Tak nak dengar kata doktor. Aku takleh nak nasihat ape dah sebab abah degil pastu garang. Sayur hijau semuanya makan, ubat jantung tinggal terus. Aishh masa tu tak sedap hati dah.

Seminggu sebelum abah sakit tu, abah asyik tanya persediaan aku untuk nikah. Tanya ada apa2 yang perlu disign tak, aku cakap bulan 12 baru nak buat borang nikah, pastu abah tanya pasal par. Aku cakap semua dah ada yang sponser. Pastu abah tanya bila nak beli baju nikah. So abah hulur duit utk beli 2 pasang baju nikah. Siap tanya veil bagai. Aku cakap yang tu aku nak beli duit sendiri.  Pastu aku beli terus kat kedai. Masa tu baru bulan 11, tapi aku dah siap beli baju. Semangat tanya laki tu nak kaler ape. Sebab abah yg banyak kali tanya.  Lepas beli baju tu. Abah sekali lagi excited suh aku pakai baju2 tu depan dia. Aku pakai dan tayang depan dia. Abah cakap, " lawa anak abah.  Selamat pengantin baru lah. Aku sengih je pastu tanya kenapa ucap sekarang, ucap lah nanti kawin betul2. Abah cakap. " saja nak ucap awal takut nanti tak sempat nak ucap kat abak abah" . Pelik ayat abah.

Abah tengok banting dan banner yang aku order. Abah tanya pasal apa bubuh nama abah " ikhlas dari cikgu soh dan kak jah. X pyh bubuh xpo" aku masa tu selamba je jawab " sebab abah ketua keluarga kena lah bubuh nama abah" rupanya abah dah rasa abah akan takda nanti aku kawin.
Abah sempat baiki tembikar lebihan tu semata2 nak jdkan doorgift aku jugak. Sempat abah pesan. Nanti kalau susah nak balik tengok ma , gunalah kereta yg abah bagi tu untuk ulang alik dr rumah suami nanti.  Dalam hati aku, ape yang abah merepek ni. Huhu.

Abah selalu cakap, abah kalau tak sempat akad nikah alah, jangan sedih sebab dalam 40 hari abah boleh jalan ke rumah kita tengok pelamin alah kawin nanti. "
Seminggu lebih sebelum abah sakit aku perasan abah mulai murung dan senyap. Tak banyak cakap. Selalu share wassup video kematian dan jenazah. 2 3 hari sebelum abah tenat. Abah banyak gaduh dengan aku. Tak pasal2 aku kena marah. Tu tak kena, ni tak kena, abis cara nak buat abah gembira dengan aku. Abah tetap bekeng. Huuu..

Sebelum hari kejadian abah tenat. Malam tu aku tanya pasal abah nak ke hospital nak aku teman ke x, sebab jadual apoiment dengan doktor naik kat reminder kalendar aku. abah tak nak g hospital bertemankan aku. Sebab marah dan merajuk.  Aku pun tak gi la teman pagi tu. Balik je hospital abah masih gagah berbicara. Siap wat balik nasi kerabu ayam bakar lagi kat aku. Kata abah, abah sesat lupa letak kereta kat mana. Petang tu abah mula tenat menggeletar kepanasan dan kesejukan.
Masa tu dlm 20 + november. Anak2 lain belum balik bercuti. Berhari2 abah makin teruk. Makin terlantar dan sakit tak leh bangun. Aku sedih. Baru je ada harapan tinggi nak abah akad nikah nanti. Sebab dari 2015 lagi abah nak tengok aku kawin dan akad nikah anaknya sendiri. Malangnya laki jahanam yang datang mainkan hati aku. Pergi datang pergi datang. Aku doakan sampai mati dia takkan tenang dalam hidup dia.

Sampailah berminggu2 abah kat rumah ni sebelum terlantar di hospital. Abah banyak melalut dan merapu. Siap minta maaf berkali2 dengan aku. Boleh selori aku menangis kehibaan.

Kat hospital memanggil2 nama aku tanpa henti. Tapi dalam sedar tak sedar abah. Abah boleh lagi ingat yang dia akan akad nikah aku, tapi katanya dulu dia boleh cakap, sekarang dah tak boleh ( cakap tak jelas). Aku sebak dalam hati ja. Tak mampu nak meraung depan orang ramai.
Aku jaga abah 9 hari. Dari pagi sampai ke siang hari pukul 6 7 petang. Last2 tu sampai ke malam pukul 8 9. Doktor datang melawat dan merawat waktu pagi dan tengah hari. Setiap kali aku jaga abah, doktor khabarkan pada aku yang keadaan abah makin merosot. Aku puas meraung keseorangan. Mengenang abah bakal meninggalkan aku. Kata doktor jantung abah dah rosak teruk. Tiga2 dah block jantung abah. Dah tak da harapan untuk sembuh. Selagi dia bernyawa guna mesin. Tu ja jangka hayat dia. Melainkan allah tarik nyawanya. Aku rasa nak pengsan dengar kata2 doktor. Tak percaya! Tak boleh terima kenyataan yang abah makin teruk. Kenapa abah tak nak pantang bah. Kenapa langgar pantang. Kenapa tak nak makan ubat doktor dan kenapa terlalu taasub percaya ubat bomoh. Ya Allah.. Sedih.

Mampu baca surah yaasin je kat abah. Abah dah mula tak sedar. Masa tu 22/12/18. Abah bangun mintak air je. Tak cakap banyak pun. Masa tu doktor masukkan darah utk abah.
Keesokannya, keadaan abah makin teruk. Abah xsedar langsung. Tidur 24 jam. Celik brp kali ja.  Petang tu doktor masuk nak cek keadaan abah,doktor tekan dada abah. Tampar pipi abah. Tekan perut abah, abah langsung tak respon tapi nafas masih bergerak, cuma nadi tak stabil, kadang2 200 kadang2 42 je tekanan darah., doktor cakap aku kena redha, sebab abah dah kena jangkitan kuman telinga , dekat paru2 dan otak. Tak leh nak buat apa dah. Tunggu masa Allah tarik nyawa je. Meroyan aku menangis sendirian waktu tu. Tak da seorang pun dalam bilik tu melain aku dan abah. Puas aku menangis dan gerak abah. Abah tetap tak bangun. Abah tetap tak tengok mata aku. Aku rasa macam mimpi je. Sedang aku duk ralit gerak abah suh bangun. Anak buah aku sentuh aku.  Tak sedar anak buah, ma , kakak. Tok sedare , sepupu, dan abang ipar datang melawat. Aku bagitahu ma yang abah bakal pergi tinggalkan kita semua. Masa tu aku cuba hati terbuka dan redha awal2 supaya nanti tak terkejut teruk. Dan keesokannya 24 disember, sperti yang telah aku ceritakan di atas tadi.

Al fatihah buat abah. Terima kasih abah sebab merestui aku dan dia untuk berkahwin nanti. Walaupun tanpa abah di sisi. Patutlah abah nak sangat dia jadi suami aku, rupanya abah nak aku dijaga seseorang yang bernama lelaki dan bergelar SUAMI.

Awak. Saya harap awak boleh jaga dan didik saya dengan baik dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab serta setia pada saya. Amanat dari arwah abah supaya dapat jaga saya sebaik mungkin. Moga arwah abah tenang di sana. Aaamiiin

Moga Allah permudahkan urusan kita.
Abah. Alah letih bah urus perkahwinan ni sorang2. Sedih sangat. Ma pun sedih.  Tak selera makan, hari2 hypo. Demi ma aku kena kuat. Kalaulah abah ada, mesti abah banyak buat persiapan nikah ni. Sekarang benda2 yg xpenah alah urus. Alah kena belajar buat bah. Sebab alah sedar dah tak da sape boleh tolong alah. Tak da tempat bergantung dah.

Minyak kete dah kena isi sendiri.
Makan pagi pun kena buat sendiri tp sekarang dah takda selera makan pagi dah.
Dah tak da orang nak tanya aku, berselera makan ke tak. Dah tak dengar suara abah membebel. Dah takda nak layan merajuk aku dah. Hmm. Rindu😑

Hargailah orang tua kita selagi mereka ada didunia nie

Saturday, 22 December 2018

Sakit abah kesakitan aku

23 Disember 2018 sabtu

Dah berminggu abah sakit terlantar, 6 hari sakit terlantar di hospital, bulan 12 tak terasa lama sebab masa bergerak tanpa sedar. Fokus pertama aku hanya nak tengok abah kembali sihat.

Terasa sakit sebak di jiwa bila melihat keadaan abah semakin merosot. Hari ni abah tak boleh nak bercakap langsung sebab degupan jantung tinggi sangat. Lelah untuk berbicara.

2 hari lepas abah sempat bagitahu yang dia takkan sempat nak akad nikah aku nanti. Sebab dah tak boleh bercakap elok. Impian abah sejak dahulu kala nak akad nikah sendiri bila aku kahwin. Ya Allah jadikanlah aku redha dan sabar dengan apa yang akan terjadi kepada abah nanti. Aku kena siap sedia untuk terima kehilangan abah. Aku redha jika abah tak sempat tengok aku berumahtangga. Aku tak salah memilih dan tak putus berdoa. Pasangan untuk aku itu adalah hadiah dari Allah dan pilihan dari abah. Abah sangat berkenan dengan calon suami aku nanti. Patut lah abah beriya riya nak aku terima si dia dalam hidup aku. Rupanya abah dah tak mampu untuk jaga aku lagi. Abah yakin si dia boleh bagi kesenangan dan didikan agama untuk aku nanti. Ya Allah aku pasrah . Walaupun dalam hati hanya aku dan Kau saja  tahu bahawa hancurnya jiwa aku tengok abah macam tu.

Kehidupan aku pasni dah tak macam ni, risau kalau abah takda nanti, sape nak tengok2 kan ma. Ya Allah. Permudahkanlah aku . Permudahkanlah urusan aku. Jadikan orang2 sekeliling aku seorang yang bertimbang rasa dan seorang yang memahami keadaan aku. Aku taknak kalau aku berumahtangga nanti, ma jadi kesunyian. Aku taknak nanti ma keseorangan. Sihatkanlah tubuh badan ma abah ya Allahhhh. 

Kau mudahkanlah urusan si dia dalam mencari rezeki. Dan kau sihatkanlah tubuh badan hamba2Mu yang sedang penat dan kesakitan. Aaamiinnn

Monday, 3 December 2018

Janji Allah pasti

Selamat malam

Lama tak update blog. Last update? Bulan 9.
Syukur wal hamdulillah. Masa bergerak dengan lajunya. Banyak manfaatkan diri dengan benda2 yang tak membosankan dan buat benda tak melarakan sangat.

Dalam kesibukan ada muhasabah diri pada waktu malam, memutarkan kembali waktu2 sebelum ini. Benarlah janji Allah. Siapa yang tidak berputus asa dalam berdoa dan siapa yang tidak tergesa gesa dalam berdoa. Allah akan makbulkan permintaan hambaNya.

Teringat waktu2 dahulu kala, waktu meminta bermacam2 dengan Allah lantas berputus asa setelah sekian lama meminta dan merayu, tetap juga apa yang diminta tak kelihatan satu pun!

Tapi... Apa yang aku lihat sekarang, setelah berdoa berdoa dan berdoa, dan aku terlintas untuk berdoa di mekah jika berpeluang ke sana, Allah makbulkan permintaan aku untuk meminta di SANA. Dan setelah pulang ke tanah air, aku melihat satu persatu apa yang aku minta dan doa atau terlintas di mekah. Menjadi satu persatu. Allah maha besar Allah maha mendengar rintihan hambaNya. Walaupun bukan 100% , tapi aku yakin doa aku di sana Allah perkenan semua, tapi pada waktu yang sesuai.

Alhamdulillah.

Disember datang. Apa yang aku harapkan adalah moga Abah panjang umur dan sihat dari sakitnya yang selalu berterusan. Rasa down diri bila duduk dengan orang tua yang selalu sakit dan bagitahu nak mati je sepanjang hari. aku sendiri macam tak da semangat nak hidup. Nak masuk alam kubur jugak.  Tapi tu lah. Nak tak nak kena kuat hadap. Sebab dalam rumah ni ada aku dan abang aje. Tak da dah yang boleh teman abah ma. Perabis sisa hidup yang semakin nipis umurnya.

Harapan lain untuk aku. Moga aku dapat buat sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan. Walau Allah tak jadikan aku seorang yang bekerjaya hebat, sekurang kurangnya ada aktiviti yang tak membosankan aku setiap hari. Dan moga Allah bagi peluang untuk aku untuk dekat dengan orang tua sokmo. Semoga aku kuat untuk memikirkan tentang kehidupan yang seterusnya. Kadangkala pengalaman masa lepas membuatkan kita trauma untuk mencipta kehidupan baru. Rasa nak melangkah kerja tu susah. Orang lain tak faham apa yang tersirat dalam jiwa ni. Sebab hati ini bukan hati kental yang tak mudah mengalah.

Sebab tu aku selalu doa agar ada seseorang yang kuat. Berani. Suka mencuba. Berani mencuba. Ada semangat juang yang tinggi. Tak putus asa. Aku selalu doa biar hadir dalam hidup aku seseorang yang ada ciri2 tu. Sebab aku perlu tiang tempat untuk aku gagah berdiri.  Dan aku yakin orang tu dah terpacak dalam hidup aku. Aku yakin dia sedaya upaya buat yang terbaik untuk masa depan dia dan pasangan dia.  Cuma aku je perlu bukak luas2 hati ni untuk dicintai dia. Cehh .. Apehal ayat camtu. 😅 ha ha

Aku tak perlu orang yang punya cita2 sampai ke puncak nak sambung phD. Tapi main2 dalam soal hati perasaan, aku cuma perlu orang yang ada daya saing tinggi dan berani dalam sesuatu perkara. Tinggi pengalaman dan cubaan. Inspirasi hidup aku macam si Alif syukri lah. Bangga dengan kejayaannya. Tak da degree, tak da diploma tapi kaya ilmu bisnes dan kaya pengalaman.

Aku sedar apa yang kita hajati tak selalu dapat, sama juga apa yang orang hajati tak selalu dia dapat. Yang kita kejar tak dapat. Orang kejar kita pon tak dapat. Sama2 adil lah kan? Tapi kalau Allah dah tetapkan takdir hidup seseorang, jodoh seseorang. Yang tawar setawar tawar hati dengan makhluk adam ni,mudah Je dia buka pintu untuk seseorang yang lain walaupun tak pernah kenal. Walaupun sebelum ni ada insan2 duk mengayat sejuta bahasa pun, still lagi tak tergoda malah rasa loya macam orang mengandung 4 bulan. Ramai2 yang mengayat aku tiap hari tiap masa.  last2 aku terpelanting kat orang yang tak pandai mengayat dan jarang mengacau tapi walaupun tak pandai buat ayat manis2 aku faham maksud dia. Hi hi. Petunjuk dari Allah lagi menyakinkan kita untuk meneruskan tindak tanduk kita. Alhamdulillah.

Rabbiyassir wala tuassir

Ehh ehhh. Apa yang ku bebel tengah malam sampai terasa kebas tangan ni. Huuu. Blog ni untuk aku sahaja, kata2 ni tak perlu difahamkan pon. Sebab ayat keling ni aku ja faham. Sebab ni kisah hidup aku. Dan diari moden ku. Sape sesat masuk blog ni memang kesian😇 wallahualam