Pengikut setia

Showing posts with label about me. Show all posts
Showing posts with label about me. Show all posts

Monday, 3 December 2018

Janji Allah pasti

Selamat malam

Lama tak update blog. Last update? Bulan 9.
Syukur wal hamdulillah. Masa bergerak dengan lajunya. Banyak manfaatkan diri dengan benda2 yang tak membosankan dan buat benda tak melarakan sangat.

Dalam kesibukan ada muhasabah diri pada waktu malam, memutarkan kembali waktu2 sebelum ini. Benarlah janji Allah. Siapa yang tidak berputus asa dalam berdoa dan siapa yang tidak tergesa gesa dalam berdoa. Allah akan makbulkan permintaan hambaNya.

Teringat waktu2 dahulu kala, waktu meminta bermacam2 dengan Allah lantas berputus asa setelah sekian lama meminta dan merayu, tetap juga apa yang diminta tak kelihatan satu pun!

Tapi... Apa yang aku lihat sekarang, setelah berdoa berdoa dan berdoa, dan aku terlintas untuk berdoa di mekah jika berpeluang ke sana, Allah makbulkan permintaan aku untuk meminta di SANA. Dan setelah pulang ke tanah air, aku melihat satu persatu apa yang aku minta dan doa atau terlintas di mekah. Menjadi satu persatu. Allah maha besar Allah maha mendengar rintihan hambaNya. Walaupun bukan 100% , tapi aku yakin doa aku di sana Allah perkenan semua, tapi pada waktu yang sesuai.

Alhamdulillah.

Disember datang. Apa yang aku harapkan adalah moga Abah panjang umur dan sihat dari sakitnya yang selalu berterusan. Rasa down diri bila duduk dengan orang tua yang selalu sakit dan bagitahu nak mati je sepanjang hari. aku sendiri macam tak da semangat nak hidup. Nak masuk alam kubur jugak.  Tapi tu lah. Nak tak nak kena kuat hadap. Sebab dalam rumah ni ada aku dan abang aje. Tak da dah yang boleh teman abah ma. Perabis sisa hidup yang semakin nipis umurnya.

Harapan lain untuk aku. Moga aku dapat buat sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan. Walau Allah tak jadikan aku seorang yang bekerjaya hebat, sekurang kurangnya ada aktiviti yang tak membosankan aku setiap hari. Dan moga Allah bagi peluang untuk aku untuk dekat dengan orang tua sokmo. Semoga aku kuat untuk memikirkan tentang kehidupan yang seterusnya. Kadangkala pengalaman masa lepas membuatkan kita trauma untuk mencipta kehidupan baru. Rasa nak melangkah kerja tu susah. Orang lain tak faham apa yang tersirat dalam jiwa ni. Sebab hati ini bukan hati kental yang tak mudah mengalah.

Sebab tu aku selalu doa agar ada seseorang yang kuat. Berani. Suka mencuba. Berani mencuba. Ada semangat juang yang tinggi. Tak putus asa. Aku selalu doa biar hadir dalam hidup aku seseorang yang ada ciri2 tu. Sebab aku perlu tiang tempat untuk aku gagah berdiri.  Dan aku yakin orang tu dah terpacak dalam hidup aku. Aku yakin dia sedaya upaya buat yang terbaik untuk masa depan dia dan pasangan dia.  Cuma aku je perlu bukak luas2 hati ni untuk dicintai dia. Cehh .. Apehal ayat camtu. 😅 ha ha

Aku tak perlu orang yang punya cita2 sampai ke puncak nak sambung phD. Tapi main2 dalam soal hati perasaan, aku cuma perlu orang yang ada daya saing tinggi dan berani dalam sesuatu perkara. Tinggi pengalaman dan cubaan. Inspirasi hidup aku macam si Alif syukri lah. Bangga dengan kejayaannya. Tak da degree, tak da diploma tapi kaya ilmu bisnes dan kaya pengalaman.

Aku sedar apa yang kita hajati tak selalu dapat, sama juga apa yang orang hajati tak selalu dia dapat. Yang kita kejar tak dapat. Orang kejar kita pon tak dapat. Sama2 adil lah kan? Tapi kalau Allah dah tetapkan takdir hidup seseorang, jodoh seseorang. Yang tawar setawar tawar hati dengan makhluk adam ni,mudah Je dia buka pintu untuk seseorang yang lain walaupun tak pernah kenal. Walaupun sebelum ni ada insan2 duk mengayat sejuta bahasa pun, still lagi tak tergoda malah rasa loya macam orang mengandung 4 bulan. Ramai2 yang mengayat aku tiap hari tiap masa.  last2 aku terpelanting kat orang yang tak pandai mengayat dan jarang mengacau tapi walaupun tak pandai buat ayat manis2 aku faham maksud dia. Hi hi. Petunjuk dari Allah lagi menyakinkan kita untuk meneruskan tindak tanduk kita. Alhamdulillah.

Rabbiyassir wala tuassir

Ehh ehhh. Apa yang ku bebel tengah malam sampai terasa kebas tangan ni. Huuu. Blog ni untuk aku sahaja, kata2 ni tak perlu difahamkan pon. Sebab ayat keling ni aku ja faham. Sebab ni kisah hidup aku. Dan diari moden ku. Sape sesat masuk blog ni memang kesian😇 wallahualam





Thursday, 20 September 2018

Jejak September

Dah bulan bulan berlalu. Hampir sebulan duk bawak hati nie kat selangor, alhamdulillah makin pulih. Tapi bila duk jaga anak buah 2 orang nie tetibe teringat kata kata orang tua, kita kalau nak beranak ramai memang senang je. Tapi nak mendidik tu yang selalu fail. Selalu je rasa kesal dengan diri sendiri kalau anak buah tak dengar kata. Betapa gagalnya aku dalam mendidik dan menjaga diorang. Jaga anak saudara buat aku belajar bagaimana cara untuk lebih bersabar.

Siang hari jaga budak budak. Tapi malam2 ada jugak terimbau memori pahit. Mungkin memori yang sukar untuk dibuang dalam jangka masa pendek nie. 2017 tahun paling dibenci sebab datang ujian yang bertalu. Masalah hati perasaan dan kerja. 2017 aku kehilangan kerja sekaligus hilang orang yang aku harapkan untuk jadi peneman hidup aku. Hmm. Camtu la..  Tak sangka pula aku sekuat nie. Kadang2 apa yang kita harapkan tak selalu dapat sehingga kita pasrah dengan segala ketetapanNya, barulah Allah ganti yang lebih baik untuk kita.

2017 tahun paling kuat untuk struggle. Struggle untuk dapatkan result Daij yang memuaskan, tahun yang mengharapkan dapat kerja yang memuaskan hati mak ayah. Tahun yang betul2 serius untuk mencari pasangan hidup setelah bertahun lamanya sepi tanpa lelaki. Malas nak layan kawan lelaki. Tapi demi mencari jodoh, aku cuba mengenali semua yang datang dalam hidupku. Tapi Allah dah sedarkan diri ni bahawa setinggi bukit mana pun kita mengenali orang tu. Kita takkan dapat mengenali dengan sebaiknya melainkan hidup bersama. Jadi, buang masa je kalau kita kenal dengan seseorang dalam tempoh lama.

Lepas exam final Daij bulan4. Satu persatu rezeki aku dapat, dapat settlekan masalah hutang yakin pinjaman untuk Ijazah sebanyak 17k, alhamdulillah boleh bayar penuh. Paling best dapat g umrah.

Memang best la dapat gi sana sebab berpeluang untuk solat taubat, solat hajat, dan buat perkara2 amal ibadat, paling puas hati dapat doa apa yang dihajati sebab kat sana memang doa cepat makbul. Kat sana aku berdoa semua benda yang diingini. Macam macam minta, minta Allah dekatkan hatiku denganNya, lalu titian sirat dengan mudah. Boleh masuk syurga nan indah. Di dunia pula, Alangkah indahnya jika dapat suami yang soleh. Boleh bimbing kita masuk syurga sama sama.Beriman. Kaya iman kaya takwa kaya hartanya kaya ilmu agamanya, pandai mengaji bertaranum dan lain lain. alangkah indahnya jika Allah beri suami yang bertanggungjawab dalam segala hal terutamanya hal rumahtangga. Rajin tolong dalam rumahtangga. Bantu isteri nanti dalam urus rumahtangga. Alangkah indahnya Allah beri aku suami yang penyayang, pandai urus anak anak, menyayangi isterinya, menghargai isterinya. Setia yang satu dengan isterinya. Penyabar. Tak mudah naik suara. Bersifat mahmudah la senang kata. Pandai masak pun ya jugak. Terdoa jugak kat tanah suci agar diberi suami yang suka buat bisnes, tak mudah putus asa, punya semangat juang yang tinggi, diberi suami yang berani bertindak sebab aku penakut. Nak jugak berbisnes tapi selalu cepat down. Selain tu ada doa juga moga diberi mertua yang sayang kita. Diberi suami yang boleh bagi nafkah zahir batin kat kita. Nafkah ni banyak jenis. Nafkah zahir macam bagi nafkah makan dan untuk diri kita, disediakan rumah yang boleh kita tinggal dengannya nanti. Tak besar tak pe, yang penting boleh hidup berdua nanti.sama sama berdikari. Nafkah batin pulak dari segi emosi kita. Perasaan kita. kalau kita tak gembira dengannya. Dikira  suami masih tak jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Sebelum ni selalu dapat kenal2 dengan lelaki yang kerja hebat hebat. Doktorlah, arkitek lah, jurusan mesirlah, cikgulah, pengurus kilang lah, tapi semua tu sombong. Selalu perlekehkan orang yang tak kerja. Mengharapkan duit perempuan semata mata. Diorang macam fikir isteri yang tak kerja ni membebankan mereka. Selalu suh mintak kerja itu ini sebelum kahwin. Mana tak stressnya. Bukan tak minta kerja tapi Allah tak bagi lagi. So kesimpulan yang dapat disimpulkan orang yang berjaya belajar sampai ke puncak Mesir jordan sekalipun belum tentu alim bagus warak, orang yang kerja besar dan kerja kerajaan yang digila2 kan tu belum tentu baik untuk kita. Awal2 lagi dah tak yakin dengan rezeki Allah. Ada sorang hamba Allah yang saya kenal, dia bagitahu si isteri perlu kerja juga untuk dapatkan kesenangan dalam hidup, baru boleh beli rumah besar. Dan dia sanggup cancel dari serius berkawan dengan saya hanya kerana saya tidak punya pekerjaan. Allah. Sedih tu tak cakap la kat depan. Satu je yang terpancul dalam fikiran. Dia bukan untukku.

Bab kerja pulak alangkah indahnya allah bagi aku kerja tanpa interview. Tanpa terikat dengan bos yang tak bertanggungjawab. Sebab banyak kali hantar borang iv selalu tak dapat, entah la. Dah pening nak fikir. Biarlah Allah yang tentukan segalaNya.

Kita sebagai manusia hanya mampu berdoa saja. Selebihnya usaha dan tawakal. Yakin yakin yakin Allah pasti bagi mentari setelah bertalu2 datangnya ribut taufan. Aku mampu berdoa moga kali ni Allah bagi calon suami yang terbaik dan menghargai aku sepenuh jiwanya dan tak akan sia siakan aku hingga ke hujung nafasku. Fuhh.. Kisah duka tu semua pernah dishare kat blog lain. Lupa pulak simpan kat mana. Banyak blog tapi semua merapu. Harap takda yang sesat masuk blog nie. Wassalam

Thursday, 7 June 2018

Pengalaman Chicken Pox di usia dewasa

Siapa yang pernah rasa chicken pada usia tua ni mesti merasai betapa sakitnya kesakitan yang dialami. I dah kena tapi usia 27 la tapi dikira masih muda ..hi hi.. Tak silap i , waktu kecil dan masih bayi saya dah datang chicken pox. Sebab pernah baca catatan buku kesihatan bayi. Tapi tak sangka bila dah besar saya alami lagi untuk kali kedua. Benda ni datang ketika saya pulang dari mengerjakan umrah. Buat umrah 26 April 2018- 6 Mei 2018. Sampai kelantan 7 Mei 2018.

Waktu pulang dari kelantan. Dah rasa lain macam dah tubuh badan ni tapi tetap tahan demi ma abah yang uzur. Kena tolong urus check in n beg2. Tulang belulang ni rasa macam nak patah dan berdenyut2. Sampai je rumah i terus je rebahkan diri atas katil. Rasanya tak pernah selemah ni. Berhari2 asyik terbaring je. Lepas solat terus tidur di sejadah. Pertama kali dalam hidup, saya tak pedulikan anak2 saudara yang ajak main n mitak perhatian dr sy. Makan pun ke laut. Langsung tak boleh nak telan makanan. Dah start muntah2. Minum air pon terasa loya. Tulang denyut2. Sy ingatkan sy rasa letih sebab kesan umrah dan cuaca. Sampai masuk hari ke 6 selepas pulang umrah, terasa kesakitan tulang yang denyut tu teramat sangat sehingga nangis sorang2 (terlebih manja) keh keh... Bila anak2 buah dah habis cuti n balik rumah masing2  tinggal saya je kat rumah, abah masa tu kat hospital. Adik jaga abah ma pun ikut sama, abang kak ipar kerja. 

13 Mei 2018-  terasa gatal2 di leher, cuba tilik cermin, pelik semacam sebab nampak spt jerawat besar tumbuh di leher, xpernah2 keluar jerawat kat kawasan tu. Biasa keluar kat muka je, kemudian biji tu mcm nak pecah n sy tolong pecahkan lagi. 

14 Mei 2018- Gatal makin miang. Waktu nak mandi, terkejut bila tengok badan naik biji2 berair, i is jahil tukil dah rasa gabra, kenapa naik jerawat kat sini. Yang tahu jerawat je sebab jerawat mmg setia tumbuh di muka berbelasan tahun lamanya. Jadi benda lain sy memang tak kenal. Mata pun rasa pedih je dan rasa penat macam baru lepas tolak lori sampah!! Padahal baru bangun tidur je. Try mesej akak tanya apa benda yang tumbuh biji2 tu, pastu kakak cadang suh g cek klinik bimbang takut cacar air. Tunjuk kat mak, mak kata bertih aka campak. Cepat2 paksa suh g klinik sebab biji2 berair dah naik kat muka sebijik dua. 

Dengan rasa malas pegi jugak ke klinik. doktor kata chicken pox n perlu rehat dan tak boleh keluar rumah dalam 3 minggu sebab kata doktor chicken pox yang kena usia dewasa ni proses keluar n proses pemulihan dia agak lama. Jadi mereput lah i kat dalam rumah. Terpinggir dengan semua disebabkan chicken pox. Semua tak nak kena jangkitan..hi hi.

15 mei 2018-   Bermula lah saat tu, nazak dia bermula. biji2 makin banyak. Penuh satu leher,satu muka, satu badan, tangan dan betis kaki. 

16 Mei 2018-makin  penuhhhhh . Rasa down tengok diri sendiri. Tak sanggup nak tayang depan cermin. rasa tak sanggup tu bertukar jadi lain. Rasa tak kisah benda tu keluar tapi yang kisah bila gatal2 tu nak hilang. Tak boleh tidur malam. Sehari tiap beberapa minit sy mesti mandi. Pukul 2 3 4 5 pagi wajib mandi!!! Gatal dia memang tak boleh nak cerita kat orang. Sehingga tiap malam, suhu badan sy tinggi. Malam2 meroyan sakit n jadi nurse utk diri sendiri. Letak tuala atas kepala, lap2 badan yang berbiji ngeri tu. Sedih betul. Haha.. Macam ni lah kalau dinamakan bujang. Tapi belum tentu kalau bersuami, suami kita caring kan.. Hii.. Tapi harapnya dapat yang caringlah.. Ehh ke situ plak. 

Sakit2 badan ,gatal miang, dan demam berterusan sehingga 31 Mei 2018. Hampir dua minggu lebih saya bertarung kepedihan. Bayangkan satu badan naik biji2 dia, besar2 pulak tu. Nak garu tapi tak boleh kan. Macam bercintalah, cinta ni macam kurap, makin garu makin sedap, tak dapat garu nazak lah jadinya. Malam2 mengelepar sorang diri, ulang alik tandas, berendam lama2 dengan sabun marine assence. Pastu muntah2, nak jalan pon terhuyung hayang. Makan pon tak larat nak sediakan. Mujur lah pd 17 Mei tu, hari pertama berpuasa, hari pertama tu jugaklah saya terkandas dari berpuasa sebab period. 

Allah ni adil, dia tahu hambanya tak mampu nak bergerak dan bersujud akibat biji2 penuh di muka dan badan. Dia bagi sy cuti solat 8 hari. Benda ni kalau kena kain memang pedih yang amat. Jadi sepanjang berpantang ni memang bermusuh lah dengan kain...ke ke ke... Makan pun kena pantang. Tak boleh makan semuanya, mujurlah masa tu saya demam dan memang takda selera makan. So tak kisahlah kalau ma tak bagi makan semua benda kecuali ikan panggang dan daging panggang. Sy pun tak leh gi dapur waktu orang masak2 sebab biji2 ni macam nak mengamuk kalau kita duduk kat orang tengah masak2. Sebab panas kan.panas berlawan dengan pedih jd sakit lah. Jadi sy mereput dalam bilik aje.. Sapu2 ubat calamine kalau tak silap, tapi ubat klinik tu busuk menyebabkan saya makin muntah. Tukar cara pandai2 sendiri bubuh bedak sejuk dan sapu herbal blend shaklee. Herbal blend ni memang saya minat dan suka pakai. nyamuk pun tak berani nak dekat. Jadinya bila dipakai kat biji2 tu. Rasa macam sejuk2 dan nyaman kejap. Bedak sejuk tak leh pakai sangat sebab kulit sy jenis kering n bedak sejuk tu mengeringkan lagi kulit saya. Akibatnya kulit makin miang. Bila pakai herbal blend kat muka je, sy perasan biji kat muka cepat kering berbanding di badan memakan masa 3 minggu untuk kering. Terus beli lagi sebotol untuk lumur kat badan.

Lepas 3 minggu. Biji tu kering dan jadi keruping. Masa tu la tangan gatal nak kutil.orang kata kalau tak nak bagi berparut keruping tu tak boleh usik, biar luruh dengan sendirinya. Tapi sy degil. Seronok duk kutil2 sampai luruh semuanya. N ada yg belum kering sepenuhnya dan berair. Naik jadi kudis. Stresa betul. Bila dah 3 minggu ni gatal miang dah hilang. Tapi ada jugak kadangkala tu dia gatal sebab makan benda yang menyebab kita gatal. Sy makan ayam dan telur. 

Benda paling stress bila dah sembuh dari chicken pox ni bila tengok diri sendiri yang penuh berparut di muka dan badan. Tak tahu macam mana jalan penyelesaian dia dan bila nak hilang parut hodoh tu. Memakan masa yang lama juga untuk hilang sepenuhnya. Sebab tak sampai sebulan lagi kot. Hu hu.. Sekarang cuma cuba makan teh roibos untuk cuci darah kotor, vitamin flavette,century vitamin c, cosmoderm vitamin e untuk disapu, herbal blend, alovera. Entah laaaaa... Masa ni la rasa macam tak nak kawin...huaaaaaaa....

Harapnya cuti raya nanti, bila anak2 saudara dah balik, diorang tak pulaukan mak saudara dia. Yela, sape yang yakin bila tengok banyak parut ni dah sembuh sepenuhnya, mesti diorang fikir parut ni boleh berjangkit lg. sebabnya batuk2 saya belum hilang. Biasalah kan. Balik dari umrah antibodi tak kuat lg. Demam pon on off je.. Kalau kat muka sy tak stress pun sebab dah terbiasa parut jerawat. Tapi kat badan yang selama ni mulus tulus tetiba ada corak. Rasa nak nangis jugak. Masa tu jugak mitak doa kat Allah tak nak kawin dalam masa terdekat ni..har har .. Malu dan down teramat.

#Antara pantang yang sy tak boleh makan ..kelapa, air kelapa muda, ayam, telur, kicap, soya, kacang,benda pedas. Tapi sebenarnya saya langgar pantang waktu minggu kedua, selalu curi2 makan ayam dan minum air kelapa. Jadi bila gatal tu pandai2 lah tahan sendiri. Mak xbagi minum air kelapa sebab risau jadi parut putih. Dan tak leh makan kicap takut parut jd hitam berkekalan.. Tak leh kena hujan nanti parut berlekuk. Itu saja pantang chicken pox yang saya tahu. Yang pasti pantang sy seperti orang lepas beranak. 7 Jun 2018, mak saya masih kawal sy dari makan benda2  tertentu.. Dan sy orang yang beruntung sebab umur 27 tahun masih diberi mak untuk mengawal pemakanan saya. Orang lain umur 27 dah jadi mak orang, tapi sy 27 tahun masih baBy di mata mak....kakaka...Sekian pengalaman dari saya. 

Wednesday, 23 May 2018

Perjalanan Umrahku

26 April 2018 (kamis)  
Tarikh yang paling istimewa dalam hidupku...hadiah paling istimewa dalam hidupku kerana berpeluang utk mengerjakan umrah bersama ibu dan adik. 

5 pagi (dilapangan terbang kelantan)


Ke kLia.. Dalam pukul 8 pagi sampai. Penat memunggah barang2 yang agak banyak. Abah dah kelihatan penat. Sebab abah memang demam dari rumah lagi. Ma pula nampak murung. Saya dan adiklah yang ulang alik cari tempat untuk berkumpul bersama jemaah Tiram Travel. Tunggu sampai pukul 11. Flight dalam 11 lebih. Duk dalam flight 8 jam. Panas punggung!!! Tido makan game movies.. Tu je la aktiviti yg boleh buat. 

Sampai di mekah dalam pukul 9 malam. Masa tu waktu mekah.. Kami makan2, check in bilik. Abah bilik hotel tingkat 1. Saya, adik dan ma tingkat 2. Hotel safwah memang besar. N kerja mengangkut beg macam biasa lah. Saya dan adik. Penat tak terkira. Bayangkan selama ni tak pernah angkat barang berat. Tiba2 jadi hulk!!angkat beg bagasi besar beg besar ada dalam 6 bijik... Fuhhh... Malam tu dalam pukul 10 11.. Kami rest kejap. Pastu dalam pukul 3 pagi kami terus ke kaabah... Untuk menyelesaikan umrah pertama. Saya berjalan bersama mak dan adik. Pertama kali dalam hidup saya, saya melihat kaabah di depan mata.

Mak tanya" macam mana bila tengok kaabah?" allahuakhbar.. Menitis air mata yang penuh dosa ini apabila melihat kaabah. Saya menangis kerana syahdu. Allah maha besar. Allah maha berkuasa. Tak berkelip saya melihat kaabah. Sepanjang buat tawaf, saya menitis air mata sambil membaca ayat2 istighfar dan sebagainya. Begini rasanya apabila berjumpa dengan Allah. Menjadi tetamu Allah. Bersyukur dalam hati bila ma sudi bawa saya jumpa rumah Allah. N lepas tawaf. Saya dah kehilangan ma. Hilang dari radar! Orang terlampau ramai. Manusia kat situ main tolak2.. Orangnya besar2.. Orang arab orang pakistan n macam2 lah. Bila berpaling ke belakang. allah! Mujur adik saya tak hilang. Terus tarik tangan adik dan g kat depan multazam n makam ibrahim  .. Solat sunat dan berdoa.

27 April (jumaat)

Nak g saie. Tanpa ma. Saie ngan adik ja. Mula2 konon lah ikut jemaah Tiram tu. Lama2 lesap. Abes lesap.. Last sekali kami berdikari. Kira sendiri. Abis ja 7 pusingan. Kami balik rehat bberapa minit. Tak tidur pun. Terus turun solat subuh. Kemudian sarapan. abah buat upah umrah. Sebab memang tak larat sangat. Masa tu tak sempat jenguk abah. 

Xsilap masa ni aktiviti bebas. Tapi tak bebas sangat sebab pukul10 pagi dah siap2 untuk solat jumaat. Kat sana perempuan pun solat jumaat. Terkebil2 jahiliah terserlah. Lepas solat jumaat 2 raakaat tu dah dikira settle ke? Haha.. Nak p solat tu memang kena rushing sebab kalau bertolak lewat memang tak jumpa tempat lah. Nak2 ada pegawal kat sana yang suka sebut perkataan " hajjah hajjah hajjah" sambil mengarah tak bagi duduk situ sini. pernah kena campak beg begitu saja. Fuhhh garang dia rasa nak tercekik leher ni .  Kecut perut. Tapi buat hati batu ja bila kat sana. Kat mekah ni hari2 ada solat jenazah..tiap waktu solat.

29 April 2018 (Ahad)

Masuk hari seterusnya, abah dah mula lembik. Sakit. Pergi melawat ke telaga air zam zam, Dan terpaksa saya seorang je dari keluarga pergi masjid jaaranah untuk niat umrah kali kedua kat sana. Ma dan adik jaga abah. Memang tak senang duduk. Agak sedih mengenangkan abah yang tenat. Terpaksa di bawa ke hospital untuk rawatan. Dalam bas, saya menangis sendirian. Tempat duduk sebelah dalam bas kosong. Tak ada adik. Tak ada mak. Tak ada abah. Sendirian. Tapi sebab ma nak sangat saya selesaikan ibadah umrah kali kedua, saya pergi dengan hati yang berat. Mujur ada kakak menemani saya. Kakak sebilik dalam hotel. Juga merupakan anak kepada kawan mak saya. Dia lah sanggup menemani saya untuk mengerjakan ibadah umrah. Dia pegang tangan saya tak nak bagi hilang. Sepanjang tawaf dan saie, saya menangis! Hiba. Sedih. Ya Allah ampunkan dosaku. Dosa lalu kini dan akan datang. Ampunkan dosa ibu ayahku juga adik beradikku. Sihatkan tubuh badan ibu ayah serta orang2 yang aku sayangi. Dan banyak lagi la doa2 yang diluahkan...

 Bila kita mengadap kaabah, rasa khusyuk kita tawaduk kita akan datang dengan sendirinya. Mata ringan je mengeluarkan air mata. Hati jadi selembut tisu. Selesai umrah kedua. Terus pulang ke hotel. Mencari susuk tubuh yang lemah. Abah terlantar atas katil tak bermaya. Saya menangis dalam hati je sebab saya ada adik dan mak. Tak boleh bagi diorang tengok saya lemah. Risau ajal abah tiba. Ya allah. Panjangkan umur abahku. Tiap kali waktu makan. Kami bertiga bersusah payah tapau makanan untuk bagi kat abah. Makan pun tak kenyang. Tidur pon tak lena. 

30 April (isnin) 

Pergi melawat masjid2 kat mekah. Lupa da masjid ape ke benda. Solat sunat kat sana. Melawat bukit uhud, bukit ape ke benda tah.  Tak leh nak fokus sangat sebab tinggal abah kat hotel sendirian. Macam biasa hari2 ke masjid tiap kali waktu solat, rutin sama. Seronok sangat sebab tiap kali solat boleh mengadap kaabah. Rasa macam tak nak balik kelantan. Tiap hari saya berdoa, luahkan segala hajat2 saya. Keinginan saya, harapan saya, mengadu itu ini kepada Allah. Kepada siapa lagi harus saya berharap dan mengadu kalau bukan kepada pencipta sendiri. 

Pada malam tu. Mutawif janji nak bawa g tawaf sunat pada pukul 12 malam. Masa tu saya berkesempatan berpimpin tangan dengan mak saya tawaf sama2. Orang memang ramai menghimpit saya dan mak. Kesian ma. Saya berusaha untuk sekat ma dari ditolak2 orang2 besar arab. Bimbang takut jatuh. Sebab ada makcik dah jatuh kena tolak dan kena himpit. Siapa lagi nak melindungi mak kalau bukan anaknya. Saya? Allah lindungi saya. Alhamdulillah. Walaupun kecik molek senang kena lenyek. Allah bantu allah sekat dari saya dilenyek orang arab gergasi. Tapi kalau kena siku, kena tonyoh kepala tu memang adat dah. Adik? Kakak sebilik tolong pimpin. Lepas tu kami berkesempatan untuk solat sunat depan multazam, hijri ismail. Allah. Nikmat boleh solat kat situ. Doa kat situ. Puas hati. Dapat pegang kain kaabah. Boleh pegang makam ibrahim. Puas hati dapat pegang tangan mak tawaf sama2 nangis sama-sama. Terima kasih ya allah. 

1 Mei( selasa) 

Disebabkan abah sakit. Saya adik dan ma tidak ke mana2 kecuali ke masjid. Rutin kami selepas solat adalah g jenguk abah. Tapau makanan kat abah. Mengurut abah. Jemaah lain pergi melawat ke beberapa tempat. Malam tu, kami berehat sahaja dan g bilik hotel abah. Muka saya dan adik dah agak tebal sangat. Kalau di gergaji pun tak mungkin pecah agaknya. Yela, dalam bilik tu. Semua roomate abah lelaki.yang muda pun ada. Malu nye ya ampun. Saya ni anak dara. Tapi terpaksa tebalkan muka masuk jumpa abah, suap2kan makanan abah. Urut2 sedikit sebanyak. Orang2 jemaah yg tiram travel tu semua dah kenal kami. Anak beranak yang agak kesian la jugak. 

2 mei (rabu)

Pagi2 kami bertolak naik bas untuk ke madinah. Dalam 7 jam kami duk dalam tu. Agak meletihkan. Lagi meletihkan bila abah sakit. Nak buang air pun kena pimpin. Kalau sorang pimpin memang ke laut lah. Saya dan adik lah yang heret abah masuk dalam tandas laki. Mujurlah ada yang sudi tolong papah abah masuk. Kemudian kami berlari anak ke tandas perempuan. Nak melepaskan hajat jugak. Kemudian berlari kembali ke tandas lelaki. Jarak tandas laki dan perempuan kat madinah memang jauh sikit. Terpaksalah kami cergaskan diri. Nak harapkan ma, ma sendiri dah kepenatan. Umur dah lanjut kan.  Kami papah abah naik bas. 

Kemudian berlari ke kedai makan. Order makanan kemudian bawak makanan ke dalam bas. Bagi abah makan. Saya dah tak peduli orang nak tengok saya kekalutan dan sibuk jaga abah. Kadang orang datang hulurkan tangan untuk bantu saya. Saya relakan saja. Bukan hulur tangan apa. Diorang datang sukarela nak sorong kerusi roda dan sebagainya. Kekuatan saya ada pada adik saya. Mujur ada peneman untuk saya ke mana2. Di madinah tak sama macam mekah. Hotel dia tak semewah kat mekah, kawasan dia pun tak sama macam mekah. Agak kuno sikit orang2 nya. Mungkin kawasan berhenti rehat tu adalah kawasan pedalaman bukan bandar madinah lagi. Agak nanar.  

Saya terfikir. Kalau saya datang bersama suami mungkin saya tak sepenat ini. Mungkin dialah yang membantu saya uruskan semua benda. Saya penat penat penat. Menangis dalam hati. Apakan daya. Allah hadirkan saya ibu ayah yang sakit untuk diberi ganjaran pahala menjaga orang tua di tempat suci. Mungkin sesudah saya berbakti pd orang tua di tempat suci ni. Allah nak bagi saya suami soleh selepas balik dari mekah madinah. Aminn.. Bersangka baik pada Allah. 

Sesampai di madinah hotel kautsar ke ansar..lupa dah.. Hihi... Check in hotel. Alhamdulillah. Allah dengar rintihan hambaNya. Bilik abah hanya bersebelahan dari bilik saya. Tak da la penat sangat nak ulang alik naik turun lif nak bagi makan kat abah. Gembira sangat. Tapi abah memang tak larat sangat2.. Asyik terlantar atas katil je. Tak keluar bilik pun sepanjang di mekah n madinah.  Saya adik dan mak buat ibadah macam biasa tanpa abah. Saya berkesempatan ronda2 bandar madinah, ke kebun tamar, muzium turki. Kami pergi bersama 1 jemaah tiram travel. Saya berkesempatan melawat makam nabi bersama mak. Sungguh saya terharu. Sedih. Rindu rasulullah. Sempat solat sunat kat makam tu walaupun dipijak kepala oleh orang arab. Alhamdulillah allah pelihara saya dari bahaya. 

3 mei khamis 

Lepas kena pijak kepala, rasa demam dah nak datang. Allahu akbar. Sampai hati orang arab kan.. Hihi.. Saya duduk je dalam bilik hotel. Telan panadol dan tak ke masjid. Waduihhh ...

4 mei jumaat

Tak solat jumaat gara2 demam. Allah.. Sakit plak kepala. Penangan kena pijak kepala kot. Denyut2 badan. Rasa nak mati pun ada. Tapi tak tunjuk sangatlah kat depan mak. 

5 mei sabtu

Hari ni pun saya tak ke mana2. Hanya solat kat bilik hotel. Demam melanda. Ma pergi masjid dengan kawan dia. Serba salah tp apakan daya, antibodi dah tak kuat. Tak jenguk pun abah. Adik lah yang urus pasal makan minum abah.mujur bilik bersebelahan je. Allah maha mengetahui apa yang akan terjadi.

Petang dah sihat. Boleh la jalan walaupun terhuyung hayang. Boleh pergi kedai kurma. Beli kurma. Beli selendang n cenderahati. 

6mei (ahad)

Pagi2 Kami berangkat naik bas untuk kembali ke mekah utk naik flight kat sana,jeddah..nak balik malaysia dohhh ..  Kat sini bermula kembali episod ngeri mengangkat beg2 gergasi serta menolak kerusi roda abah. Episod dalam bas tak la penat sangat sebab tidur je kan..kikiii.. Lepas sampai airport tu..perit sedikit. Saya lah yang mengangkut kesemua beg2 besar tu. Sebab adik sibuk duk layan abah. Ma plak dah start huyung hayang. Kepenatan. Penat saya tak tunjuk pun. Walhal saya menolak troli beg yang besar gedabak tu plus dua troli yerr... Sorang handle dua troli. Sebabnya adik dah tolak kerusi roda abah dan pimpin tangan ma sekali sebab ma dah start nak pitam. Masa tu hanya allah ja tau saya pening sakit kepala terhuyung hayang.nampak orang nampak barang.. Semua nampak dua.  Tapi saya cuba kuat depan orang tua saya. Cuba gagahkan diri tolak dua troli sekaligus menuju ke dalam airport. Perjalanan dia jauh jugak la berjalan tu. Dengan cuaca panas. Tak jumpa makanan dari pagi. Masa tu dalam pukul 1 kot. Pastu check in pukul 4... Masa nak check in tu la yang agak azab sikit. Masa saya duk tolak troli tetiba pandangan saya kabur. Bila mata dah ok, saya tengok jemaah umrah kumpulan saya dah hilang. Tak tau arah mana mereka masuk. Macam nak nangis pun ada. Dengan orang tua yang sakit nya. Stress!!!!  Rasa nak gali tanah masuk dalam tu duk diam2..

 Tapi kena pandai cari penyelesaian juga. Lama juga mundar mandir kat situ. Orang arab dah pandang pelik sebab orang perempuan yang tolak troli dua dengan penuh beg besar. Tak kisah lah! Dan akhirnya datang penyelamat saya. Saya follow je jemaah umrah tu masuk utk proses check in. Masa tu sekali lagi diuji. Perlu balut kerusi roda abah(wrapping). Dalam keadaan orang sesak. Asyik selalu hilang je. Saya dah bagi pasport kat abah. Senang mutawif nak cek nnti. Tapi tiba2 lepas saya buat urusan balut kerusi roda abah, mutawif bising cakap pasport abah hilang. Aduihhh... Saya masa tu tengah penat, pening, huyung hayang. Diasak pulak dengan pelbagai soalan. Marah2 seolah tak jaga pasport abah. Semua jemaah umrah kumpulan saya tengok ke arah saya.allah malu nyaaa segannya.. Dah buntu sebenarnya nak cakap. Rupanya pasport abah ada dengan adik. Satu jemaah riuh menyorak ke arah kami. Menandakan rasa lega dah jumpa pasport. Kalau tak memang tak pulang ke tanah air lah kami..huhu.. Kekalutan nak check in beg. Sorang jo handle wei. Mana tak kalut nya. Dengan abah entah kat mana. Mujur la ada hero2 kat sana sudi jadi anak angkat abah. Tolong jaga abah. Tolong sorong kerusi roda abah. Jasamu akan ku kenang... Kalau saya blur mereka tolong. Dah sampai kLIa, diorang lah tolong tengok2 kan beg kami. Kat situ lagi sekali saya perlu tolak beg gergasi tu.. Nasib baik masa tu ada yg tolak kerusi roda abah.. Saya ngn adik lah duk nagkut kerusi roda yang baru beli n beg2 gergasi tu sampai nak hilang tenaga. 

Sampai je airport kelantan. Tenaga dah k.o... Sebab tu ler balik 7 mei.. N sekarang 23 mei.. Xsembuh2 demam saya. Demam campak pulak..nak masuk 2mggu xbaik2 lo..ni sebab bsentuhan dengan kulit orang sana ke..huhu. Huuuu.. Doakan kesembuhan saya dan abah saya..abah memang sakit bukan demam biasa. Macam2 ada.. Artritis,kencing manis, darah tinggi, n yg tbaru batu dalam hempedu n perlu di operate bulan 8 tahun ni..doakan kesembuhan abah... Aminnn






Saturday, 7 April 2018

Rezeki tanpa gaji

Masuk 8 April ni ..hampir 2 tahun la saya menetap bersama mak ayah di kampung. Tambah pula hari ni bufday saya. Sebenarnya Allah mudah makbulkan doa saya jika di berkendak. Antaranya lepas degree saya nak tinggal bersama mak ayah. Saya dapat apa yang saya inginkan. Cuma terasa sedikit terkilan sebab impian nak kerja sambil belajar tak tercapai sangat. Mungkin Allah lagi faham yang saya tak mampu nak hadap kerja dan belajar dalam masa yang sama.

Jadi Allah bagi saya kerja bila duit simpanan saya 'kering'. Sebab tu saya kerja kat dua tempat 2 bulan je paling lama. Alhamdulillah. Setakat kerja macam tu, masih boleh hidup dengan duit simpanan saya. Masih boleh beli apa yang saya suka dan apa yang saya inginkan. Allah jaga saya. Yang penting keyakinan kita kepada Allah. Lepas peristiwa dikhianati di tadika al ... Saya makin yakin rezeki sebenarnya luas.ada di mana2 saja, tak perlu terikat di reban tadika yang tiada kebebasan yang penuh dengan tekanan. Kerja pon tak dapat gaji. Sedih! Allah uji saya. Lepas tu saya doa. Kalau dengan kerja yang perlu temuduga beratur panjang dan bergaji RM400, tapi saya tak dapat gaji setelah bekerja di situ, Kau bagilah ak rasa kerja tanpa temuduga. Banyak resume dah hantar tapi tak dipanggil2 pun. 

Tak lama kemudian, ada yang tawarkan saya kerja, resume xpernah hantar kat situ. gembira sebab kerja tu orang ejas tak perlu interview pon. Kan Allah dengar permintaan saya? Walaupun gaji tak setinggi langit, tapi kerja tu tak berat dan tak tertekan langsung. Rileks je dari pukul9 sampai pukul5. Tapi Allah tak bagi saya kerja lama, hanya 2 bulan! Mungkin saya mudah tertekan dengan belajar. Jadi Allah suruh saya rehat. Positif!!

Dengan berbulan lamanya saya makan anggur. Hampir 8 bulan. Dalam 8 bulan tu, saya selalu doa biar Allah murahkan rezeki saya. Moga Allah bagi saya duit dengan cara lain. Sebab saya yakin dengan 1 benda. Kalau Allah berkehendak dengan sesuatu. allah pasti bagi! Walaupun saya tak kerja, saya yakin duit bukan datang melalui "gaji" sahaja. Banyak cara Allah boleh bagi. Bulan 9 , saya diajak kawan untuk kerja bersamanya. Untuk hilangkan rasa sunyi di rumah dan lagi oleh kerana duit simpanan saya makin berkurangan, saya kerja lagi ! Kali ni hanya 2 bulan setengah! Sebab majikan bermasalah tidak dapat bagi gaji. Saya pasrah di uji benda yang sama. Tapi saya redha dan cakap pujuk dalam hati. Allah nak bagi benda yang lagi baik untuk saya. Lepas peristiwa tu. Saya lagi yakin. Duit tak semesti datang melalui gaji sahaja. Saya meneruskan amalan doa saya sampai hari ini. Rabbi inni lima anzalta illaya minkhairin fakir.  Serta baca doa 12 pembuka rezeki. Yakin dengan doa saya. Saya ada hutang 17500. Hutang yayasan YAKIN. Memang sedih bila keadaan tak jumpa kerja yang baik elok. Tambah lagi pernah direject 2 orang jejaka yang tak berapa hensem disebab tak da kerja. Ujian bab jodoh belum lagi disebut. Hihi. Saya cakap dan pujuk hati. Tak apalah. Orang tak nak kita pun, mungkin sebab dia tak hensem. Allah nak ganti kat saya yang hensem dan beriman kot. Ok, sambung cerita tadi, jodoh kita cerita hujung2. Hutang??? Semua orang fikir tentang hutang tambah lagi belasan ribu. Kemudian saya yakinkan diri. Allah pasti tolong saya langsaikan hutang saya. Tak lama kemudian setelah saya redha dengan ujian Allah. Ujian kerja dan sebagainya. Saya pasrah jadi suri rumah kat rumah. Basuh periuk belanga hari2, duk jadi tunggul kat rumah tanpa ditemani sesiapa. Pendam. Alhamdulillah. Allah hiburkan hati saya setelah saya bersedih. Allah datangkan ibu saya. Heroin saya. Mungkin ibu saya dapat lihat kesedihan saya. Kekecewaan saya. Ujian hati. Sangat berat untuk dipikul. Bab kerja. Bab jodoh. Semuanya berat. Lagi berat bila ujian datang sekaligus. Hilang kerja dan hilang orang yang kita sayang dalam sekelip mata dan hari yang sama. Tapi saya redha. Mungkin pertemuan saya dengan dia. Walaupun cuma kawan. Allah nak lindung saya dari bahaya dan dosa. Allah nak bagi saya lelaki yang boleh menjaga saya. Bukan sekadar memainkan perasaan saya. Allah campak dia jauh dari hidup saya. 

Eh , masuk lagi bab tu. Ok. Kembali pada kisah tadi, allah bagi saya heroin untuk hiburkan jiwa saya yang kesedihan. Alhamdulillah mak saya sponser untuk bayar keseluruhan bayaran duit pinjman yayasan YAKIN. Sekali lagi terasa makin yakin. Allah nak bagi saya duit bukan dengan melalui gaji sahaja. Sebelum ni ,selepas habis degree Allah bantu saya langsaikan hutang PTPTN. 

Tak terkata rasa syukur di hati kerana Allah maha pemurah. Allah bagi saya rasa suka setelah datang kekecewaan. Allah bagi saya rasa benda yang saya selalu impikan. Iaitu ke rumah Allah. Mak ajak saya buat umrah bersamanya. InsyaAllah 26 April ni saya akan berangkat bersama ayah dan mak serta adik.

Dalam tak sampai berapa bulan. Total yang saya dapat berbelas ribu banyaknya. Selesai hutang yang bertimbun. Yang saya rasa kalau kerja sekalipun takkan dapat langsaikan hutang yang berbelasan ribu. Bertahun2 kena bayar hutang. Sebanyak gaji yang saya sepatutnya dapat selama 2 tahun. Hihi. Allah maha kaya. Maha pemurah. Maha adil. Yang penting. Jangan cemburu dengan rezeki orang lain kerana rezeki kita Allah dah simpan untuk kita dan akan lepaskan rezeki kita bila masa perlu. InsyaAllah kerja dan jodoh yang baik saya akan dapat nanti setelah tamat belajar. Tu keyakinan yang seterusnya yang perlu saya tanam mulai hari ini. 

Bagi yang tak kerja atau kerja biasa atau lain2 nya, jangan takut untuk hidup! Tak semestinya dengan kerja " kerajaan" , baru boleh hidup. Kerana setiap rezeki di muka bumi ni milik Allah!! Yakin pada yang satu. Mesti allah bagi pada kita.. Dengan banyak cara kita boleh dapat "gaji" sendiri. Lebih mewah dari gaji orang yang sanggup sengetkan tulang belakang demi sesen duit.

 Mungkin juga kita berniat buat baik pada orang tua Allah mudahkan rezeki kita. Alhamdulillah. Berbaktilah kepada orang tua. Nescaya rezeki mu bertimbun timbun... 

Thursday, 27 April 2017

Pengalaman temuduga

Ku tinggalkan jejak di sini.. Nak cerita satu kisah temuduga. Banyak temuduga yg dah join.. Tapi antara temuduga yang agak menghiburkan bila join iv guru dini dan iv tauliah peguam.

Kemarin baru je settle iv tauliah peguam. Staff mahkamah mesej je suh pergi iv. Jadi dengan hati yg kekalutan saya terima je dan balas akan pergi. Bermula la seisi rajinku.. Yang selama ni agak malas baca buku. Hmm.. Tapi nakkan sesuatu benda tu pasti kita akan berusaha bukan?? Macam2 kitab yang tak pernH dibuka sy study.. So tibalah hri yang dinantikan..

Pagi2 dah rasa gabra. Nama saya bermaksud kelebihan ketenangan tapi agak tertipu dgn maksud nama tu. Sayerr seorang kaluttt! Fakta bukan auta.   Pepagi get ready nak ke mahkamah. Turun naik rumah sebab banyak kali tertinggal barang. Hampir setengah jam tamat gitu jer. Mujur baru pukul 7.15 pagi, bermakna dari pukul 6.45 saya naik turun dari rumah.. Tertinggal stoking. Baju kot.. Dah duk luar pagar, tertinggal sijil fail plok..

Ok, tRik nafas kalut, dah sampai saya terus tulis nama untuk pendaftaran. Saya angka no.19. Nak dijadikan cerita. Masa angka ke 17, seorang calon no. 18 ke tandas. Jadi staf yang urus pelajar iv ni terus panggil nama saya calon seterusnya. Oleh sebab gabra, saya dah tak dengar dia cakap apa, terus menuju ke lorong masuk bilik iv n bukak pintu. Tercengang 5 orang panel penemuduga. Ada ketua hKim, ketua pendakwa. Lagi 3 org xtau ketua apa. Dan lagi sorang, calon iv yang tengah rancak bercakap tercengang Berkerut dahinya melihat pada saya. Tak tahan nyee ambe wat muka tak malu duk sengih2 pastu baru tersedar dari lamunan.. Ya Allah , aku tak patut masuk lgi.. Huhuu.. Keluar dengan muka tak mLu. Dah la calon kat dalam tu lelaki. Malu nak letak muka mana nihh.. Hmmm.. Pdan muka.tapi tak pe lin. Mana tau tu jodohh kau.. Hak hak..

Dulu time iv guru dini lagi la gabra. Sebab satu grup ngn flower boy.  4 org lelaki 2 perempuan, xde la flower sgt. Tp sy spesis yg xleh nak dekat ngn laki. Ado sedikit alahan ngn org laki. Agak tunggul la. Tp time xda urusan je jadi tunggul, bila dah ada keperluan ni.. Demi iv, sy sanggup bermesra ngn flower boys tu. Nak memudahkan komunikasi Dalam bilik iv jer. Xde makna nak mesra alam tnpa sebab.. Bukan caraku. Dan agak memalukan bila masuk bilik iv, penemuduga panggil nama dlu sebelum ditemuduga, di panggil nam fadhil. Tapi ambo dgn yakin menjawab " yaaaa saya!" pastu penemuduga tanya, " awak nama fadhil ke" owhhh tidak.. Satu team pakat duk gelak perlikan ambo. Hmm.. Satu kekalutan yg tak patut dibuat.. Kikiki.. 

Dan walaupun agak kekalutan. Akhirnya saya berjaya lulus temuduga tauliah peguam negeri kelantan, senang je soalan yg dituju kt ambe. mungkin sbb mereka dah nampak kekalutan yg ambe buat sebelum ni. Soalannya, cerita kitab apa yang dipakai. N explain. Yg selebihnya, Bagitau nama pensyarah awk yg awak belajar daij tu. Pensyarah dari uia tu datang ke kelantan dengan apa. Apa subjek yg dipelajari. Hmmmm berapa tempoh belajar awak sepanjang diploma ngan ijazah? *dah kompius ni soalan jugak ke* 

Dan ambe berjaya abiskan duit abah wat byarr tauliah peguam 2017 sebanyak rm 260. Tahniah kepada diri sendiri. Doakan ambe boleh beramal dengan baik. Dan bukan sekadar peguam cap ayam.. Kikikiihh

Tuesday, 19 July 2016

Destinasi selepas habis belajar? kahwin vs sambung belajar vs kerja?

Malam ni rasa nak jadi penulis yang tak bertauliah.  Dalam cuti ni ramai pula yang minta kaunseling walaupun diri sendiri huru hara minta ditenang hati. Masih lagi mencari si mana titik noktah perjuangan seterusnya. samada sambung belajar? kahwin? beranak pinak? or bekerja? saya sendiri terumbang ambing untuk memikirkannya. walau apa pun , tolong minta pertolongan dengan Allah swt.Bukankah rezeki kita sudah ditetapkan oleh Allah sejak dulu lagi? kenapa kita nak risau kan? Mintalah petunjuk dari Allah. Bersangka baik dengan Allah. Tak perlu ikut langkah orang. kalau kawan kita nak sambung belajar. Biarkan dia pergi kerana dia mampu menanggung beban pelajaran. Kalau kita tak mampu,kenapa kita nak ikut langkah tu kan? lain lah kalau kita bersedia dari awal untuk belajar lagi setelah sekian lama belajar dengan penat lelahnya.


Ya. tak dinafikan kadang-kadang saya juga berfikiran seperti mereka yang ingin meniru orang lain. Melangkah ke arah yang mana kita sendiri tidak mampu untuk hadapinya. Bila orang nak cRi kerja, kita,pon kalut cari kerja. Potostat sijil-sijil,cop situ sini. Buat resume. tapi bila dah dapat feedback yang kata kita layak ditemuduga..Eh eh eh.. gedik taknak pergi pulak. sebab apa? mestilah kita sendiri tak yakin apa yang kita mahu dalam hidup. hati masih tertanya-tanya bahawa kita masih rindukan kerusi universiti. rindu nak print slip exam. Nak kahwin pun belum berpunya. Nak kahwin ngan sapa plak kan? kalau dah berpunya tu lain kira lah! so terumbang ambinglah kehidupan ini jika tidak bergantung kepada yang Esa.


Saat kebuntuan ni lah kita patut dekat dengan Allah. Bukan risau tak tentu pasal. down situ sini. Dengki dengan kawan2. kawan2 minta master, kita mohon juga. Kawan cari kerja, kalut juga nak kerja. Kawan nak kahwin,meroyan juga nak kahwin. Carilah kebahagiaan kita sendiri. Kalau kawan dah ada apa yang kita tiada, ucapkan alhamdulillah. Jangan dikeji,jangan diumpat. Doakan yang baik2 untuk mereka.


 Saya dah usia 25 tahun. Masih terkontang kanting. Tidak berpasangan. Habis belajar pun masih bersendirian. Masih lagi menggunakan duit ma abah untuk keperluan. Kadang2 ada rasa ketidakbergunaan dalam diri ini kerana masih mengharapkan duit ibu dan ayah. Apabila saya membaca sebuah buku yang mengatakan nafkah anak perempuan masih lagi dibawah tanggungan ibubapa selagi mana dia belum berkahwin. Dah kena cerai pun ibubapa perlu ambil anak perempuan tu untuk ditANggung. so? saya cuba untuk tenangkan diri dengan mengingati ayat tersebut. Dalam masa yang sama saya selalu berdoa moga Allah datangkan suami yang kaya imannya,kaya jiwanya,dan tak lupa kaya hartanya.. keh keh keh.. tak da la.gurau jeee.. tapi setiap orang layak untuk berdoa apa saja kan? insya Allah makbul. Aminnnnn. Daripada saya fikir apa yang perlu saya lakukan,saya nekad dalam masa 2bulan ni,saya nak buat apa saja yang ma abah suruh. cuba untuk mengembirakan hati mereka. cuba mengemas rumah biar bersih,memasak,dan semua kerja yang ma abah pernah buat. senang kata berbakti pada orang tua la. sebab tu jer yang mampu saya lakukan untuk kedua orang tua saya selain bekerja dan memberi wang. bagi saya kasih sayang dan perhatian tiada banding berbanding memberi wang kepada kedua orang tua saya. lagipun orangtua saya dah mampu dalam semua tu. langsung tak mengharap wang anak-anak.


Emosi selalu berpusing-pusing, bila orang tanya dah habis belajar nak buat apa, saya rasa blur tak tahu nak jawab apa sebab dari kecil saya memang tiada cita-cita yang pasti. Mak saya pun tak pernah menyuruh saya mencipta cita-cita untuk menjadi apa, kerana apa yang diharapkan ma abah adalah ingin melihat anak2nya kelihatan muslimah dan solehah. "Rezeki di tangan Allah, kita perlu bergantung haRap padaNya dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah". tu je ayat yang selalu ma sebut pada saya dari kecil sampai besar, bila dah tamat belajar, saya hanya mengharap doa dari ma . moga saya mendapat pekerjaan yang baik bagi menjalankan tanggungjawab seterusnya dan mengharap redha Allah.


Orang sekeliling tak faham apa perasaan kita, kalau cakap lebih2 jadi salah faham pula. jadi kita diamkan saja dan lebih baik adukan masalah ini kepada Allah. Allah kan maha mendengar. tambah lagi dunia ini milik Dia kan. juga kita adalah ciptaan Allah. Allah yang berhak menjadikan kita sebagai apa. untuk mengubah ketetapan kita hanyalah sebuah doa. Jadi berdoalah pada yang menciptakan kita iaitu ALLAH.
Bagi yang sentiasa mendapat rezeki yang baik dari Allah seperti otak yang pintar,pandai berkata-kata, sentiasa mendapat yang terbaik , mendapat perhatian dari sekeliling. Diharap tidak perlekehkan orang yang di bawah anda, seperti saya juga. Hanya mengharapkan ihsan dari Allah. Dalam cuti saya hanya banyak membaca buku untuk merubat hati kacau. Sedikit sebanyak ia memotivasikan kehidupan saya. Antaranya yang saya dapat, bagaimana untuk menjadikan doa itu makbul oleh Allah?. Kenapa doa kita tidak diberi perhatian dari Allah. Banyak sebabnya. Apa yang saya ingin sampaikan adalah bNyakkan berdoa untuk orang lain. Kalau kita menginginkan pasangan hidup,jangan doa untuk diri sendiri, tapi doakan orang lain moga mendapat apa yang dihajati. Mengapa kita mencari rezeki? apa salahnya kita menjemput rezeki. Selalu dekat dengan Allah. perbaiki solat 5wKtu kita, zikir, membaca al- quran sehari semuka, istiqamah dalam solat tahajud,solat hajat, istikarah minta petunjuk, solat dhuha. doa doa doa. jangan putus asa. itulah cara bagaimana untuk kita menjemput rezeki. Allah dah janjikan untuk umatnya sesiapa yang dekat denganNya nescaya hidupnya rezekinya cukup. Maka sekali lagi mampu saya katakan. Marilah kita sama-sama mengejar redha Allah. Kerana dalam kehidupan di dunia ni hanya sementara saja, tak perlu kejar nama,kejar pangkat,kejar harta. cukup sekadar2nya. hidup bukan untuk dibanding-banding.selagi bergantung pada Allah dan usaha kita, insyaAllah Allah jaga kita. Kejar akhirat dunia datang.


Jadi, tidak usah gundah gulana mahu jadi apa mahu jadi hantu mahu jadi buaya,serahkan pada Allah,sebelum tu usaha la dulu ye, kalau rasa nak kahwin,buat persiapan nak kahwin contohnya minta orang carikan kalau kita perempuan. kalau nak cari sendiri pun takpe tapi kena tunggu berbulu macam
kucing dulu la baRu datang si laki tu, belajar ilmu rumahtangga mcm memasak,lipat kain,basuh kain,buatlah kerja macam mak kita buat tu,baca buku2 berkaitan rumahtangga. kalau laki lak same la. pandai2 la. Allah nampak apa yang kita usahakan. kalau nak sambung belajar,rajin2 kan diri mengisi borang dan hantar borang tu mana2 yang kita nak.kalau rasa nak kerja,usahalah buat resume n lain dan hantar ke mana2 yang kita nak kerja, jangan duk terperuk je dalam rumah mengharapkan doa je. takkan bergerakk noo.. dasar pemalas.. haha. lepas pada kita buat semua tu, kita doa doa doa serahkan semua bulat2 pada Allah, tawakal pada Allah sepenuhhhhnya. InsyaAllah perjalanan hidup kita akan lancar selancarnya. Amin. 

maaflah typo bnnyakkk.. biase laa.. type pukul1pagi mmg camni. lagipun saya bukan seorang penulisss yang hebat.

dh 6tahun umur blog ni. saya dah active balik setelah beberapa lama tidak taip, saya cuma duduk dalam dunia saya. tapi satu hari , saya disampaikan oleh seseorang berkenaan blog saya. katanya dia tak puas hati kerana saya menulis di blog setiap kali saya ingin meluahkan kata. bagi saya tak salah luahkan kat sini. sebab ni blog saya. blog yang saya wujudkan untuk diri saya. untuk pembaca tu, sesiapa yang malang dia terpancinglah blog yang tak seberapa ni. Maaflah andai apa yang saya tulis buat awak terasa hati ye,bukan saya nk tuju kepada sesiapa.lagipun, lebih elok meluahkan pandangan di sini berbanding di fb  we chat dan sebagainya. Dan utk pengetahuan semua,ini je blog terbuka untuk semua. yang lain mmg saya kunci. hanya saya je boleh baca sebab blog tu ibarat diari tertutup saya. kenapa nak dengki??? aku sekehhhh kang!!!!  heee.. hehee.. bio la.. orang dengki tu adalah orang yang tak puas hati dengan hidup dia,jeles ngan hidup orang.
p/s; doakan saya juaaa..

Friday, 15 July 2016

Jangan putus asa dalam hidup

SELAMAT TENGAH HARI.. oleh kerana degree dah habis,kerjanya asyik makan tidur kemas rumah masak.. terasa kebosanan melanda apabila buku motivasi dibuka ttpi rasa xtertarik untuk dibaca pun. Membelek fb Instagram wassup..cuma menghabiskan data tanpa sebab munasabah! Bila keseorangan,saya mengimbau kembali kenangan dulu2 semasa Nk meningkat remaja. Berumur 12tahun. Waktu ITU,ketika kawan2 belajar bersungguh2 untuk menggapai 5A dalam UPSR. Saya  seolah2 seperti budak yg xpernah sekolah. Asyik bermain bermain bermain. Tak risau langsung tentang pelajaran Yang hampir dekat. Kerja Saya ketika bermula alam tadika sehingga Berumur 12 tahun, cuma pandai naik basikal pergi paya,tangkap ikan,panjat pokok rumah jiran2, tangkap burung di hutan, buat sarang ayam,arnab,Bela kucing,berebut anak ayam di rumah jiran,bersuka ria dengan kawan2 Dan banyak lagi kenangan Yang Tak dapat Saya lupakan. Sangat nakal! Dan ketika ITU,Saya langsung xmerasai APA ITU stress. Jiwa Saya Sangat merdeka.Saya Tak risau pasal kegagalan. Tak tahu apa erti kejayaan. Akhirnya keputusan UPSR Saya cuma 2A sahaja. Masa tu ma abah g umrah. Pagi lagi Saya ke sekolah ambik result. Saat orang lain menangis kerana mendapat 4A. Saya? Cuma melipat result ITU Dan terus balik rumah N pergi main ayam2 belakang rumah. Takda sedikit pun rasa kekecewaan dalam diri. Hanya keluarga Yang risau ke mana Masa depan Saya seterusnya?

Kemudian abah terus hantar Saya ke Maahad pengajian Islam untuk meneruskan sekolah menengah. Di Saat Saya umur 13tahun,Saya perlu menduduki Safful Awwal iaitu kelas peralihan. Cikgu cakap kalau exam dapat tinggi akan dapat langkau kelas ke tingkatan 2 pada tahun seterusnya. Sekali lagi saya tiada motivasi untuk bersungguh2 ke arah ITU.  Saya tak dappt langkau kelas pun! Jadi rugi lah saya sebab dalam umur 14tahun,saya baru dalam tingkatan1.

Kenakalan Saya memuncak apabila Saya berkawan dengan budak kelas last. Walaupun ketika ITU Saya dimasukkan kedalam kelas pertama di sekolah itu.  Bila Cikgu mengajar Saya suka tidur. Bila ustaz nak soal benda yg disuruh hafal,perlahan2 Saya keluar dari pintu belakang. Sehingga 1 Masa Saya dipanggil masuk ke bilik kaunseling. Cikgu tu warning Saya sebab Saya budak nakal. Tapi lepas kena panggil,Saya xinsaf lagi. Remaja katakan. Sebab Saya dah terkawan dengan budak nakal. Saya dipengaruhi oleh mereka untuk panjat pagar sekolah. Waktu tu baru pukul12 t.hari. motif? Sebab nak tengok cerita yg menarik Kt TV.dah lupa cerita APA. N bile balik ke sekolah tu, terserempak dengan sorang guru sekolah tu. Sekali lagi  kena pggil masuk bilik kaunseling. Adeh.. Tapi Masa tu xde perasaan takot langsung. Sebab Cikgu kaunselor baik Sangat Masa bercakap. Bila dia warning.  Saya cuma angguk N sengih2 je.Saya pun xtau kenapa hati Saya kebal N xde rasa takut. Cikgu2 dah kenal N Saya femes jasa perangai Saya yg nakal. Mungkin sbb saya xboleh femes untuk jd pelajar cemerlang, benda mudah utk femes adalah jadi budak nakal utk raih perhatian! Cikgu kaunselor kenal,Cikgu displin apatah lagi,Cikgu kelas? Memang lali dh..hari2 kena soal dalam kelas. Hari2 minta keluar tandas sebab takut kena soal. N keluar ikut pintu belakang. Bila kena panggil depan tulis Kt blackboard, Saya mampu termenung je N reka2 buat jawapan sendiri.

Satu hari Saya kena panggil dengan sorang Cikgu ni. Dia cakap Kat Saya, " awak sebenarnya ada Masa depan cerah Tapi kenapa awak seolah2 nak memusnahkan Masa depan awak sendiri?saya nak tengok dalam Masa setahun ni awak berubah!"  Saya menjawab" APA ITU Masa depan ustazah?Saya xpandai N lansung xpikat APA yg Cikgu sekolah ajar". Cikgu tu cakap "awak xsedar sebenarnya awak kreatif Dan Sangat pandai,cuma awak malas berusaha.tolonglah berubah!Walaupun subjek yang lain awak teruk Tapi subjek Quran awak selalu dapat 100 . Saya percaya dalam diri awak.,Allah dah letak awak dalam tempat Yang Sangat tinggi" Dan Saya rasa ketika ITU,Satu kesedaran untuk Saya belajar. Tapi oleh kerana Saya xreti untuk usaha,Saya selalu putus asa. Cikgu tu cakap kalau Saya dapat result tinggi dia janji akan letak Saya dalam tingkatan 2bukhari iaitu kelas gabung laki perempuan. Kelas tu memang terpilih sebagai kelas cemerlang di sekolah tu. Last2 result keluar.

Saya dapat result mengejutkan iaitu Dr 20subjek, Saya peroleh 12 A. Tapi Yang kelakar result akademik sy K.O habis! Tp saya Tak rasa gembira mahupun kecewa. Kemudian seperti dijanjikan,nama Saya naik untuk masuk ke 2bukhRi.. Bila belajar kt sana dengan semangat bRu saya dapat cemerlang dalam PMRU, walaupun xpenuh mcm kawan2 lain, tapi mengembirakan ma abah saya yang selama ini fikir saya xde masa depan. Yela, abang kakak2 semua boleh masuk MAahad muhammadi yang orang berebut2 nak masuk. Masa tu saya berubah pon sebab saya sekelas ngn sorang laki. N rasa agak malu kalau saya dapat result rendah. Masa saya belajar n xpaham, dia selalu tnnya saya,faham ke tak. N bila xpaham,dia ajarkan sampai lah faham. Sejak pada tu saya fokus apa yg ustazah ajar sebab malu nak cakap kt laki tu saya asyik tak faham. So laki tu buat saya berjaya dalam idup. Keh keh keh. Tapi Masa tu abah dh buat keputusan supaya Saya Berpindah ke Maahad Muhammadi Perempuan. N Saya layak ke sekolah ITU.   Saya xsuka pindah. Tapi demi abah. Saya pergi dengan hati tidak rela. Cikgu2 sayang Saya, masa Saya cakap Saya nak pindah. Semua cakap "kenapa nak pindah,duk aje Kat sekolah ni. Awk dh JD pelajar yg tersenarai utk cemerlang."
Masa tu xtau nak kata perasaan Saya.gembira Sebab Ada inspirasi!.

Bila dh pindah,Sekali lagi ujian Allah bagi. Saya tiba2 JD down.  Sebab Walaupun sekolah ni elit N disukai ramai tetapi pelajar N guru selalu memperlekeh orang dari bekas sekolah lain. Bila tengok result akademik Saya K.O, dia menggeleng2. Bila suh speaking,  Saya diam membatu, Bila ditanya sape xfaham, Saya angkat tangan. N Cikgu tu tnnya awak budak baru ke? Dari sekolah mana? Amboi Cikgu. n mcam2 kata2 yang xsedap didengar. Antaranya yg boleh saya luahkan "macam mana rsult akademik mcm ni boleh masuk MMP?" Bila ckp drp sekolah MPI . Dia menjawab "oh patutlah!"Terobek Jiwa ni.  Tambah lagi Masa tu ujian abah Saya jadi lumpuh. N pencen cepat. Keluarga lintang pukang. Buat Saya teramat down. Saya Sangat merindui Cikgu2 Mpi. sepatutnya buat guru2, Bukan setakat pandai mengajar sahaja, tp kena bagi motivasi kepada pelajarnya juga, bukan ayat hinaan. Kan? Tapi saya usaha sekadar Yang Saya mampu sahaja, berbekal motivasi dari guru2 dari Mpi..  hari berlalu..

Saya dapat result PMR ciput je, tapi Saya berusaha utk dapat SMU Dan Spm dengan baik. N Allah bagi cukup2 je. Tapi Saya percaya,rezeki di tangan Allah. Dengan berbekal result Spm Yang cukup2 tu, Saya minta UPU, N Saya dapat masuk Unisza, terus terang Saya cakap, rezeki Saya adalah melalui DOA dari IBU Saya Dan usaha Saya. walau result xtinggi Saya yakin Allah lasti tolong hambanya Yang dah berusaha Tapi masih xberjaya tu kehendak Allah. Terima kasih ma! Sebab tu kita kena berbuat baik pada orang tua .Walaupun kita x pandai,sekurang2 nya kita ada akhlak. &bergantung harap pada Allah.

Bila masuk universiti, banyak pula cabaran yg xdapat Saya ceritakan. Nanti Ade Masa boleh dicerita Masa lain untuk dijadikan teladan Dan tauladan. Result universiti pun xsetanding kawan2 Saya Yang lain. Tapi tiap Kali Saya menangis Saat dapat result Yang xmemuaskan, Saya kena marah Kt ma.  Ma xsuka anaknya menangis Dan Tak dapat terima ketentuan Allah. Kata ma" tolong redha dengan APA Yang Allah berikan." N selepas ITU, tiap Kali Saya dapat result mengecewakan . Saya ucap alhamdulillah. Selepas tamat diploma,menunggu result untuk masuk degree,alhamdulillah Saya berjaya masuk degree. 3tahun pula saya berhempas pulas. Masa di universiti, tahap kesedaran untuk belajar dah ADA. Cuma Sebab kemampuan Saya biasa2, Saya Tak tekankan Sangat lah! Sebab xnak stresskan diri.  Sekarang macam xpercaya dah tamat belajaR. Cuma sedikit stress Bila orang selalu Tanya.watpe Sekarang, nak Kerja APA.susah nak dapat Kerja, xnak sambung belajar ke,Bila nak kahwin. N Saya mampu tersenyum kerana Saya taknak bandingkan hidup Saya dengan saudara2 lain. Saya percaya rezeki Allah luas. Dan hidup kita hanya sementara di dunia.hidup Bukan untuk dibangga2.

Jadinya di sini. Saya nak jelaskan pada adik2  atau sape2 je yg rasa diri dia dah putus asa atau rasa dah Gagal N Tak mampu untuk berjaya lagi. Tolonglah jangan mudah mengalah. Bergantunglah hidup dengan Allah Dan DOA dari IBU bapa. Kalau dah Tak de ibu bapa,jangan lupa untuk selalu berdoa kepada mereka. Sebab Saya juga,insan Yang agak bodoh di Mata Saya dan juga orang lain. Sehingga dulu selalu terfikir "kenapa Saya tidak dilahirkan sebagai budak bijak?" Tapi jawapannya pada Allah. Kerana jika kita seorang berjaya.mungkin hidup Kita penuh dengan rasa bangga riak Dan takabur.silap hari bulan kita suka menunjuk2 pangkat kita, Dan suka perlekehkan orang sekeliling. Allah Tak suka tu. Jadi Allah dah selamatkan kita dari bersifat demikian.

Jadi, pesanan Saya,juga kata2 ini dari seorang ustaz Saya. Biarlah kita menjadi seekor kura-kura,Bukan seekor arnab Yang berjaya Tapi bongkak diri. Jadilah seekor kura-kura Yang istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara. InsyaAllah kita berjaya.

Dan Saya terfikir, Saya berjaya harungi Hari2 mendatang ini mungkin juga DOA dari ustazah di sekolah MPi. Terima kasih ustazah.DOA ustazah buat Saya tidak terpesong.

Jangan dengki dengan orang genius Yang Tak berusaha tetap berjaya. Sebab Allah Tak pandang pada result kita, Tapi Allah pandang kepada usaha Yang kita lakukan selama ini. Biarlah Tak setinggi orang lain, Yang penting, hidup kita mesti bergantung kepada Allah. Usaha, DOA, tawakal.  Sekian untuk tengahari ini.

Semoga berjaya!

Friday, 26 February 2016

Allah selalu bersama kita

Kisah pada minggu lepas,

sempat ke library untuk mencari bahan2 rujukan untuk assignment falak dan thesis. Lepas jumpa buku terus ke tempat mesin potostat konon2 nak potostat isi2 penting.
tapi lupa duit xbawak 1sen pon. lepas bagi buku kat akak potostat tu.. n tengah duk pilih isi2 lain untuk dipotostat, tetibe terdetik dalam hati"alamak!!!aku xbawak purse lah!" macam mana nak bayar ni? pandang belakang.. ramai nye orang dok beratur nak potostat.. malu la kalau xda duit nak bayar ni.. tengah mengelamun fikir..nak lari ke.. or nak ape.. n tiba2 lagi. ade sorang hamba Allah ni dtg duk tepi aku. n tetibe lagi dia cakap kat akak potostat tu.. "akak, nanti duit lebih saya tolong bayarkan untuk budak ni ye." aku?? terkebil2 terkejut.  datang mana ntah orang ni .. kenal pon tak.. dia tau ke aku xda duit? padahal xda cakap kt sape2 pon..

haaa.. berdasarkan citer ni.. nak cakapnya.. walaupun kita keseorangan tanpa teman. Allah tetap ada bersama kita.Kalau kita yakin Allah sentiasa ada buat kita, pasti pertolongan tetap ada melalui jalan tengah. Allah hantarkan seseorang untuk menolong saya. simple kan??

 teringat dulu2 ketika saat mula2 bawa motor ke unisza, tiba2 tayar motor bocor. aku keseorangan terkontang kanting pam tayar motor. Tapi xberhasil. Rasa nak menangis! Ya Allah kenapa aku selalu keseorangan. Bantu lah hambaMu ini. Jangan kau beri aku kesusahan. Aku hanya ada Kamu ya Allah. Camtu la hati aku terdetik di saat aku sendirian.

Tiba2 datang 2orang jejaka yang baik hati datang bertanya. "Ada apa2 masalah ke?" & dengan nada slow nya aku menjawab, "motor bocor". Kedua2nya ikhlas datang menolong.. Nampak kesungguhan mereka menolong saya.. Ulang alik mengambil barang2 untuk tukar tayar . & Bila hulurkan duit. Dia menolak dan senyum. "Kami ikhlas menolong. Dah jadi tanggungjawab kami untuk tolong kalau ada yang susah"

Kebaikan mereka selalu saya ingat. sampai mati. Kita sebagai hamba lemah perlu bergantung sepenuhnya kepada Allah. Baru lah keajaiban berlaku. Kalau kita berharapkan ihsan dari manusia, mustahil ada yang menolong. Bila kita berdoa,Allah dah tarik hamba2 nya yang lain untuk tolong kita. So, BUAT yang selalu bersendirian tanpa teman. Jangan sedih jangan risau. Allah ada! saat kita senang dan susah. Jangan pula ketika kita senang kita mudah lupakan Allah .

Sekian untuk hari ini.

Sunday, 22 November 2015

Pengalaman ambil lesen kereta dan test JPJ

Teringat plak tahun 2014 saat bersemangat nak ambik lesen kereta,mujur ade ma..jadi jugak ada lesen kereta.N paling happy bile lulus tu terus dapat lesen besar tanpa P, sebab motor dah lama lulus. dari 2007 lagi...hmmm...bila teringat camne sakitnya nak lulus kereta tu,memang kelakar!!

Aku tak tau kenapa susah sangat nak lulus lesen kereta,padahal dari kecik selalu mimpi bawak kete dgn jaguhnya,rupa2nya tu petanda susah nak lulus lesen...hmmmmmmmmm...mengeluh panjang..

Mase belajar 8jam aku selalu kena marah2 kat cikgu memandu,katanya macam budak xmengaji u..adeh77..tapi terpaksa telan. Mula2 dapat cikgu bukan main baik je,selalu puji cakap aku mudah belajar. pikat, pantas, sekali tukar cikgu lain,macam2 nye perlekeh aku,xpham betol..dia xpuas hati ler tuh!! pastu ble pre-test plak dapat cikgu laki yg muda lagi hensem plak tu,aku ni dah memang xbleh nak hadap ngn laki ape lagi,gabra xtentu arah ler. ;lagi2 dapat yg hensem macam pelakon hindustan ter...mule2 bawak kete kat jalan raya ok lagi,dah masuk pre test kat dalam mula ler buat onar, tertekan clush kuat sgt sampai kete mcm nak berlumba lagaknya. pastu kena tegur kat cikgu hensem tu,lagi la gabra,disuruh tekan brek,aku tekan minyak!!!! terkejut hilang nyawa 15saat cikgu tu ngn aku,pastu dia marah aku "awak nak mati ker!!!!???'' uishhh... aku hanya mampu senyum kambing yg hampir nak mati n cakap  "maaf cikgu,xsengaja" ..heheehhe.. pastu dia maafkan, dia suh naik bukit, aku terus konfident je naik tnpa undur,dekat parking pon ok je n 1step lagi kat 3penjuru aku tersekat n terpijak garis,dia dah mula bebel, ''kalo awk pijak mnde alah tu nti test konpem awk gagal''.. n dia cakap awk nak lulus ke xnak pre test ni?kalo nak lulus awk kena test jpj la nnti. aku angguk je, hmmm...

tiba la hari yg ngeri buat aku,kali pertama menunggu giliran yang ke-72 kalo xcilap seisi petang, step bukit aku lulus dgn konfidennya,padahal mase latihan kat situ la aku fail!!tapi aku terus gagal di bahagian parking!! n palig mendukacita aku undur terlanggar divider n jpj soh turun terus,aku selamba tanya ''saya lulus ke x?'' dia jawab dgn zalimnya ''of kos la gagal,mu xtgk ke mu langgar gpo tuh???!!!'' oppppp,gagal la ni?? macam nak nanges tapi xtau laa..balik dengan hati kecewaa..ma pon keceewa ngn keputusan aku,abah pun,,,,

kali kedua daftar test jpj,gagal lagi!!! kali ni di bahagian bukit!! jpj perempuan siap wat sign pangkah lagi n soh turun,aku dah nangis2 mase tu..pegi kat cikgu yg baik tu,dia tanya ''lin camne??'' "gagal cikgu" sambil tunduk malu dan sebak. dia datang menepuk2 bahu aku dan berkata "xpe lin,cuba lagi"

kali ketiga,cikgu tanya aku .lin nak ujian bila??aku cakap kat cikgu"saya dah fed up cikgu!!'' cikgu pujuk jangan putus asa lin,orang lain 10x pon masih gagal lagi,awak baru 2x..kena sabar la."

cikgu,adik beradik saya test semuanya lulus hanya sekali,mana nak letak muka saya?????

kali ke-3,setelah berjaya belajar 3jam dengan cikgu,saya kembali konfden..tapi keputusan,,,,,jeng jeng jeng... tetap gagal!!!! saya rasa nak cekik2 je pegawai jpj perempuan yang sombong tu, saya salah step kat bahagian parking,pastu terus dia tengking soh turun. cuma langgar sikit jer garis putih. aku cakap kat dia, puan tolong saya,dia cakap no excuse... sombongkan dia??dalam hati aku sumpah2 dia moga hidup dia susah nnti n ank2 sume keturunan dia akan gagal test kete 20 x ujian...gggrhhhhhh...!!!

KALI KE-4....OKEYYYYHHH!!! ke- 4....................................................kali ni memang redha tawakal la,semua doa selawat doa penunduk habis saya baca,solat hajat hari2...hampir setaun buat bende ni,sampai lesen L pon dah nak luput,,takotnyaaa...tapi aku tawakal kali terakhir,kalau gagal jgk aku xnak naik kete sampai mati!!!!

hmmmm...........kali ke-4...setelah usaha belajar naik kete ngn kawan,una la byk tolong,tapi mase tu xde sapa pon tau aku xlulus kete smpai kali ke 3,wat malu je kalo orang tau,sekarang klo org tau da xkisah la sebab dah power da bawak kete..ok... kali ke-4....alhamdulillah aku lulus tapi atas belas ehsan jpj laki yang hensem lagi lemah lembut tu je,kalo tak jgn harap nak lulus!!!!

KALI ke-4 aku nekad nak menggoda, ehhhh,bukan menggoda,saja nak guna kekuatan wanita kat laki..hmmm... guna teknik cair kan laki.. first bukit aku terketar2 tahan gabra,terus baca ayat penunduk sebab jpj tu perempuan,last2 lulus walaupun aku tengok garis putih xmasuk penuh..alhamdulillah..dia dah buta kerana doa aku... yang mana nak test jpj nanti ni tekniknya,bukan kekuatannya pada menggoda yer..tapi dengan doa... hmm kali seterusnya bahagian parking n 3penjuru,mujur dapat kat abang hensem yg lemah gemalai tu..bukan pondan ye,tapi lembut dalam percakapan... sampai situ,dengan tangan terketar2 saya hulur ke tangannya.& bermula la pujuk rayu kat situ.. xpanggil tuan ke encik,,terus panggil abang...wakakakakaaa...rase geli tekak waktu tu tapi taahan jer demi lesen..hakhakakkkkahkkkkkk!!!!!!!ayat ni sampai mati aku engt,ni kali pertama n terakhir aku berayat gini ''abanggggggg,,,tolong la saya..kesian la kat saya,dah 3kali saya gagal,abang bg la saya lulusss...tolong la tolong la tolong la..sambil wat muka kesian,&bekukan diri.. ni ayat syai,kwn aku yg  xlulus mcm aku jgk,dia yg ajar aku menggedik cam tu..) pastu mula2 jpj tu macam wat dono je,dia belek2 borang aku tu,sambil mata tgk kat bahagian atas yg menandakan aku betul2 xlulus sebayak 3x. hmmm..dah percaye ke bang??dlm hati...sambil bace ayat penunduk... ayat quran ye,bukan ayat bomoh...hmmm   ...abang tu pon soh aku masuk dalam kereta untuk buat ujian,aku xberganjak,,'tp abang kena janji tolong saya ye??' sambil buat muka memohon rayu..."hmm,awk masuk dulu,saya nak tengok ape yg cikgu ajar awak selama ni" n sy masih lagi membatu n cakap "tolong ye abng,abang je yg boleh tolong saya"sambil senyum paling manis untuk dia... "okie,tunjukkan pada saya dulu teknik awak tu" ,aku pon kali ni kinfiden je masuk lam kete,bace doa permudahkan urusan n doa penunduk . aku pandang dia dari dalam,pastu dia angguk2 kan kepala tanda suruh saya gerak. saya pon terketar2 ketakotan,trauma dah weiii..3x gagal kottt!!!!! last2,lepas!!dia arah aku soh masuk step 3penjuru,aku pon masuh tapi mase undur tu,aku terpijak line putih,aku tengok dia perhati je line tu,tapi dia soh aku gerak je..aku pon ape lagi ,,tekan minyak...go go gooo...keriangan...n tetibe...hoiiii!!pak cik yg jaga jalan panggil,turun jumpa jpj dulu lah!! alamak,ak gagal ke?? dalam hati.. terus ke tempat jpj hensem tu sambil senym2 yang tak jadi disebab debar sangat..aku gagal???tidakkkk...dalam hati dah meroyan...dia pon cakap"tau la lulus tapi xnak abmbil borang ke??? sign ni dulu... lega!.. "owh saya lulus ke bang??terima kasih abang..jasa baik abg saya akan kenang sampai mati,n moga anak cucu abang nti bijak2 n berjaya.. " dia???"senyum kat aku, "terima kasih. tahniiah sebab berjaya,awak berjaya atas usaha awk sendiri,bukan saya tolong." kekekeke..ye la ter cik abang...padahal aku tengok garis putih aku dah langgar n kete tergerak 2x mase 3penjuru,dia tolong xnak ngaku,tapi xpe,orang yg mcm ni la yg kita nak kan..tolong orang,bukan menzalimi,bukan menyusahkan orang. xde timbang rsa langsung..alhamdulillah,sekarang memang abah lepas aku n percaya kan aku,aku dah boleh bawak kete walaupun sampai sekarang xberapa nak yakin naik kereta bila ada orang kat sebelah...hmmm..trauma ..

Pda yang nak test memandu tu,kena berani..kalau gagal kena sabar..solat hajat dan doa..kadang2 Allah bagi kita gagal bukan sebab kita tak usaha,tapi Allah saja nak uji hamba dia sabar ke tak ngn ujian macam ni..n nak tengok hambaNya usaha utk berdoa ke x.. banyak2 kan solat hajat,baca selawat tafjiriah banyak2 hayati maknanya,aku bace sampai nanges2 sebab sebak sangat ..n amal baca surah untuk orang tunduk pada kita n kasih pada kita. Alhamdulillah..selamat berjaya.

Tuesday, 30 September 2014

Question about me session 2


1. 150
2.blue,red,yellow.
3.i dont know.
4.Judo!
5.banyak sangat,tak muat kang nanti,nnti buat entry lain.
6.actually suka seafood tapi dah allergic. tomyam,sup and makanan pedas.
7.korea jepun,mekah
8.i dont know.
9.mencintai aku seadanya.
10. 4 jer takpun 36. kontot!
11. black
12.black
13.skirt
14.full house
15.no
16.motivation
17. no
18. i dont like holiday. tired
19.-
20.halal haram dalam islam
.

About me berdasarkan question session1

Ini takde kena mengena dengan hidup ngan mati,saja nak release tension.

1.with my lovely niece ;-)
2.Age:23 old. (ramai tak tau umor ku yang sebenarnya)actually i kan nampak kekanakan2..-perasan!~
3Family panggil aku 'alah' coz nama kat rumah lain.masa baby kecik2 aku selalu nages2 sebab benci nama sebenar yg ade dalam surat beranak uw..terokkan??smpai sekarang tak suka nama tu. uweeekks..
4.bufday??rahsia!!tapi bulan 4 lah!
5. i'm from kelantan,cakap takda la pekat sangat .kawe ore kota bahru je pon.bukan kok lanas@guo musang.
6. ?? dont know!!
7. suka dengar lagu korea.
8. movie yang kelakar2 je or terover sedih sampai diri sob3..layan diri.
9. sayang duit!!annoying!!tapi amat pemurah dengan anak2..hahaha
10.tengok anak kucing kesayangan mati kena langgar.
11. mandikan anak2 masa dalam 40hari..tenang bila dapat main ngn bayi ;-)
12.   ..........
13.  ..............
14. ade la!!mana boleh bagitau sini.kang die bacakan perasan pulak!!
15.happy go lucky,terlebih moody.cool.
16. Rita rudiani
17.Fahrin Ahmad
 18. orang yang mengecewakan hati saya.hancor luluh!!
19. dapat adik dari mak tiri.. hokhok hok..bermadu tidok ler..mak yang bermadu tak kesah! hehehe
20. sebagai perempuan diorang suka enjoy dan shopping!!tapi aku paling anti kalau shopping terlebih,beli apa yang diperlu sahaja.!! ;-)


Menjaga adab dan akhlak sebaik mungkin

Assalamualaikum....
selamat petang...mood hari ni tak berapa nak betol sangat.happy pon ada,sedih pon ada,kecewa pon ada.happynya sebab bebas dari berdebar nak present coz class batal.kedua happy sebab esok tak da klas tapi yang sedihnya tiket dah beli hari khamis.huhuhu..

Yang lagi mengecewakan saya,kenapa disekeliling saya suka sangat bertengkar???cukup la saja masalah di ''sana'',jangan ada lagi masalah suka bertengkar ni di universiti.naik tension kot.mungkin hari dah nak kiamat.sebab tu manusia sekarang suka sangat bergaduh.masalah kecil suka diperbesarkan.

Agak mengecewakan bukan? sama lah .di mana2 saja pasti akan berlaku perkara sedemikian.saya penat dan letih dengan semua ni.Tapi masih ingat siapa saya.hanya hamba biasa,dhaif,dan sedar apa tujuan hidup yang sebenar.bila berlaku perkara macam ni ,baru ingat ALLAH,nampak sangat Allah tak nak saya lupakanNya walau sesaat. Bertakafur di musalla boleh menenangkan diri saya daripada berhadapan dengan ragam manusia yang suka bertengkar dan suka membahaskan perkara yang tak perlu diperbesarkan.Yang lalu biarlah berlalu,jangan pulak bersungguh2 nak marah2.ia langsung tak membawa manfaat dan keuntungan kepada sesiapapun.

Lagi lagi mengecewakan saya,mengapa manusia sekarang dah kurang adab dalam BERGURAU??

Walaupun gurau senda membantu menguatkan kasih sayang, ia juga boleh meranapkan silaturrahim jika gurau senda menyebabkan ada pihak berkecil hati. Sememangnya menjadi fitrah, penerimaan seseorang itu tidaklah sama dalam bergurau. Maka, akan ada antara kita bergurau tanpa menyedari ada hati terluka. Layakkah kita untuk yang bergurau pula yang mengatakan bahawa si dia itu tidak layak berkecil hati sedangkan kita sudah berlebihan dalam bergurau? Sesungguhnya, sekiranya kita benar faham akan batas-batas bergurau senda dan memahami Ad-Din Islam ini dalam sudut pandang bahawa Islam bukan hanya sebagai ritual tetapi juga merangkumi keseluruhan hidup kita. Semestinya fikrah kita akan bersih dari fikiran sebegitu, kerana kita faham dan sedar, ajaran Islam itu termasuklah sekecil-kecil seperti cara kita bergurau.

FIKIR2Kanlah!!

lagi2 saya tengah berusaha untuk menjadi cool 24jam,saya takmo marah2 sebab nanti cepat tua kan???usia yang makin meningkat ni kita mesti pandai jaga diri kita biar lambat tua,antaranya kena lah cool selalu!!jangan marah2!!nanti hilang seri muka dan muka pun nampak berkedut dan tidak berseri2.hodoh kan???makan la vitamin apa pun takkan menaikkan seri kita kalau perangai syaitan kita ada dalam hati kita.hati yang bersih penuh dengan bintik2 hitam kerana kekotoran hati yang kita sendiri cari dan kumpul.

Antara hadis pasal marah ni!! ;-)

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya: Berwasiatlah kepada ku. Sabda Rasulullah SAW: Jangan kamu marah. Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: Jangan kamu marah..

Huraian Hadith: 
Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan. Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain. Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.


Ni plak antara cerita yang sweet tentang MARAH.

KESAN PAKU PADA DINDING BATU

Said adalah seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun hanya dengan satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, ibunya telah menghadiahkan Said sebungkus paku. 

"Untuk apakah paku-paku ini ibu?" tanya Said.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahanmu" jawab ibunya.

 Pada hari yang pertama sahaja, Said telah memaku sebanyak 29 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana Said langsung tidak marah, walaupun sekali.

               Dia terus memberitahu ibunya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruh Said mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Said lantas memberitahu perkara tersebut kepada ibunya dengan penuh bangga.

              Ibunya lantas memimpin tangan Said ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Tetapi ingatlah, walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatammu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih daripada luka fizikal”.


sekian saja pada hari ini

Friday, 12 September 2014

20 FACTS ABOUT ME

Salam sejahtera...

lama x buat entry baru,teringin nak buat something.


1. Nama Fadhlin Sakina ,mean Kelebihan ketenangan. (Mungkin sbb maksud nama tu jadikan saya nampak tenang biarpon dalam hati dup dap dup dap xberapa nk tenang)
2. Taekwando black tip belt,(mase kecik2 dulu suka tumbok n sepak org,sebab tu abah soh masuk taekwando.huuuu )
3. Allergic Seafood,makanan2 tertentu,habuk(terpaksa korban makanan tertentu demi kesihatan,tak suka menyapu &pantang tengok tempat tidur &bilik bersepah.
4. Tak suka coklat &jajang.(sebab ade gastrik punye pasal,xleh terima benda2 mengarut tu)sekadar gula2 boleh la) 
5. Penyabar tapi ada batas.Dah hilang sabar kira terus-terang ler tanpa jaga hati orang.
6. Suka warna biru awan,kuning,oren
7. Suka bayi(pantang Nampak bayi tepi2 jalan or mane2 mesti gatal nak menyentuh &dukung)
8. Minat gila2 kat kucing(kucing berkurap &patah kaki pun pernah buat balik rumah sbb kesian)
9. Makan banyak pun tak mungkin naik berat badan.always 40-44kg.(nasib baik la kan,xperlu nak timbang2 makanan yang masok dalam badan.kurus itu kan sweet..ayat sedapkan hati.)
10. Orang selalu Nampak garang tapi hati baik.(keturunan je muka garang tapi exseli ‘manja’ kah kah kah)
11. Suka berkhemah &aktiviti lasak.
12. Masak?suka masak apa yang perut suka makan je.pedulikan orang lain.
13. Jimat cermat&tak suka boros.(suka tengok jumlah wet dalam mesin ATM xberganjak,terok kan??)
14. Sayang sangat kat anak2 buah.
15. Susah ingat jalan..peta??fail!!
16. Sensitive dengan gurauan yang seakan2 perli
17. Benci laki yang suka permainkan perasaan orang.
18. Sukar untuk mempercayai orang.
19. Tak comel pun! Siapalah kiter kan….tp alhamdulillah sempurna fizikal mental.
20. Tak suka kawan sekelas call me ''kakak''.sebab apa?sebab dah lama melenting sebab masa school dulu xde rezeki nak langkau kelas,n bukan main lama ak nak pujuk diri sendiri supaya redha dengan benda ni,so ak nak anggap aku ni sama umur dengan diorang,baru la sakit hati ni tak berulang lagi.so tolongggg la paham kawan!tak payah nak respect sangat aku sekadar pggilan yg xmberi apa2 makna tu kalau korang tak leh hormat aku dengan perbuatan baik korang.





Saturday, 22 February 2014

Pengalaman jerawat teruk dan resdung

Salam.sekadar ingin berkongsi pengalaman.

~SABAR ITU INDAH~

Sekian lama saya hidup dengan keadaan malu dan rendah diri yang teramat sangat.Di sebabkan alam remaja saya yang menyakitkan dan keadaan stress saya membuatkan diri saya semakin teruk dan sangat mendukacitakan.Saya tidak dapat menerima kenyataan bahawa 'muka saya dijangkiti jerawat serius' tambah2 resdung.Asalnya jerawat biasa,tapi disebabkan saya begitu benci dengan jerawat ni,saya terus mencari produk untuk menghilangkannya.Bermula tingkatan3,hidup saya berubah 360. Saya merasa dunia ini gelap,setiap kali berjalan ke mana sahaja,pasti ada saja manusia yang menegur dan berkata tentang muka saya.Sebelum ini, saya rasa tidak puas dengan muka saya,dah ok tapi masih lagi nak ok. Saya tak hairan pun orang puji saya lawa, sebab saya tak rasa diri saya sempurna. Saya punya kawan yang agak ramai, perangai gila2 saya menyebabkan ramai kawan yang mudah melekat dengan saya.tapi hakikatnya macam tu la,kawan hanya bersama masa bergembira.

Ketika saya dilanda kesedihan,senyap membisu sebab stress dengan muka,diri saya makin jauh dengan rakan2 ,disebabkan 1 perkara.saya diam.Dan ramai yang tidak pedulikan saya.Mereka hanya dekat dengan saya kerana saya lucu.bila saya tak buat happy2 dan senyap.mereka pun lari dari mendekati saya.Lama saya berfikir kenapa terjadi benda macam ni pada saya.rupanya saya sedar ALLAH sayangkan saya,dia tak bagi saya menggatal dengan sape2 pon,dengan lelaki.sebelum muka saya ditumbuhi jerawat,ramai lelaki yang kerap mengacau.saya pun kadang2 rasa ada perasaan ingin mencuba.tapi ALLAH cepat2 lindungi diri saya dari terus hanyut. saya mula menjauhi lelaki2 dan berusaha untuk tidak berkomunikasi dengan lelaki. saya mengambil keputusan untuk pindah ke sekolah perempuan sahaja. MAAHAD MUHAMMMADI PEREMPUAN. saya nekad dan terus belajar bersungguh2.tak disangka2 perangai malas saya bertukar jadi rajin. saya peroleh keputusan cemerlang dan boleh ke sekolah elit dan terkawal. saya mulakan hidup baru dan proses menternak jerawat pun bermula.masa tu memang saya rimas dengan diri saya,sedih ,kecewa,tapi macam tu la rutin hidup.tak kira saape pon,mesti ada mulut2 yang mengata pada diri ini. makcik2 clener pon tegur jerawat saya teruk,pergi pasar or mall pun mesti ada orang promote and syor untuk pakai macam2 produk.masih ingat diingatan kawan and manusia2 yang tak ada akal tegur .

''lin,teroknya jerawat mu!gerun aku tengok''
''kenapa ngan muka kau ni,dah macam takde rupa dah aku tengok.''
''kesian aku tengok mu,mesti sakitkan.''
''eh,kenapa muka mu sekarang?''
''mu ni tak pandai jaga muka lah!beli la produk untuk pulihkan muka mu''
''aku tengok muka mu dah macam tar jalan''
''ngan bulan lawa bulan lagi''
''laki mana yang nak kan kau,mesti termuntah bila tengok kau''
''dah tau takleh makan seafood makan jugak''   -bajet jadi mak nenek''
''aku soh try benda ni mu taknak''  -promote-
''cepat2 la berubat,kang jatuh duit mas kawin''


macam2 la kata2 hinaan yang saya dapat,tapi yang mampu hanyalah sabar dan senyum.
Mereka hanya pandai berkata2 tanpa mengetahui diri ni terluka.tak tau berapa banyak usaha yang saya dah buat.Mak cik2 pun suka tegur saya.pergila mane2 pon,saya memang terkenal. Mesti ade je mulut2 yang berkata.g kafe,pak cik bagi motivasi.
''adik,jaga makan tu,muka adik kena makan jenis protin and antioksida supaya jerawt surut,jangan pedulikan kata orang,kena sabar.biar lambat pulih asal usaha.''
fuh..bagus betul.
g cameron higland sekalipun,ade sorang mak cik panggil saya.

''adik2,mai sini jap..mak cik nak cakap ni,adik jangan teraasa.(dalam hati dah agak ape benda nak cakap).mak cik dulu macam adik juga,tapi mak cik makan rumpai laut,sekarang dah ok,adik try la ye.sayang muka lawa tapi tak usaha nak ubatkan..''
 .......cewah,ayat memujuk....! ;-)

mak cik tua kat atas pasar plak,
''anok oi anok,mai cini meta,bakpo muka anok lagu nih.sie mok cik tengok.muka comel doh tapi tenggelam mugo jerawat terok.g la berubat nuh,mano tau kena bomoh ko ore ko gapo.terok sangat doh mok cik tengok.kalu kena tgh panas ni mst pedih dok..''

'adoi...haru biru plok mok cik ni bcakap,tapi saya senyum je and jawab.. hmm tu la mok cik,saya tak tau nak wat ngano dh..insyaAllah saya usaha lg.'' jalan tak pandang belakang lagi.kalau jalan mana2 tak berani dah nak pandang orang,takot orang waat ramah pelik,saya juga terkesot hati' hehehhe.

Masuk universiti makin la menebal rasa malu.
Saya terpaksa lupakan orang yang saya suka disebabkan perasaan rendah diri sebab diri saya macam ni.
Saya terpaksa bagi alasan setiap kali nak berjumpa kawan2(renion0 sekolah rendah dulu semata2 malu dengan diri saya.
saya terpaksa elak diri dari bertemu kawan lama supaya mereka tak beri reaksi terkejut bila tengok diri saya.
saya terpaksa tebal muka berjumpa mata dengan sanak saudara dan mendengar kata2 mereka yang berkata tentang saya.
saya terpaksa berhadapan dengan family saya sendiri yang kerap mempersoalkan kenapa diri saya berjerawat.
saya sengaja tundukkan muka supaya orang tak buat peramah dengan saya.
saya takut diri saya terluka.
tu la cara saya.biarlah orang nak kata saya ni sombong.
saya tak suka lelaki2
saya rasa diri saya hina.
laki semua sama.
masa saya tiada masalah muka mereka pandai cari nak berkawan dan tegur
time saya bermasalah,mereka pandai memilih.
sekarang saya tak suka lelaki yang hanya sukakan kecantikan wanita.
saya hanyalah untuk orang yang benar2 menghargai saya.memilih saya kerana kecantikan akhlak.
bukan saya nak benda ni terjadi.
saya cuba kuatkan diri dan cuba untuk berkeyakinan tinggi.

Selama hampir setahun saya cuba untuk tidak mendekati mana2 produk lagi,saya putus asa.
Dalam cuti diploma,saya berkurung dalam rumah. selama beberapa bulan, saya hanya makan ikan rebus dan ikan goreng sahaja. saya sedari bahawa muka saya semakin pulih tanpa apa2 produk.saya baru sedar yang saya sebenarnya perlu menjaga pemakanan.makan biar seimbang.hindari apa yang saya tak boleh makan.mula dari itu ,saya banyakkan makan ikan je,ayam telur saya jarangkan.seafood saya tinggal terus.
kesimpulannya.bagi muka yang berjerawat,makan lah makanan seimbang dan jaga pemakanan anda,BANYAKKAN minum air kosong.jangan pakai produk yang macam2,just makan makanan sunnah spt, zaafaran,kismis dan try cari inisiatif untuk memulihkan muka dengan makan makanan tambahan yang berunsurkan ''antioksida''.

Kini,sedikit sebanyak,saya dah boleh tersenyum kembali,walau disekeliling tak berapa nak gembira,muka saya nampak gembira kerana saya happy dengan apa yang saya perolehi,saya dah dapat apa yang saya impikan,dan saya akan usaha lagi.

kepada yang bernasib seperti saya.jangan putus asa.UJIAN ITU MESTI DIHADAP DENGAN PENUH TENANG. BUKA STRESS.makn stress makin ramai ''anak2 di muka''.

wallahualam.











Sunday, 24 November 2013

Jadilah orang baik

Assalamualaikum warga blogger dan para pembaca yang setia membelek2 blog ini..MaAfku pinta kerana tahun 2013 adalah tahun yang paling sibuk di dunia. saya tak sempat menulis or mencari bahan2 berfaedah untuk dikongsi bersama.

JADI

bacalah entry2 terdahulu dan khatam la sehingga ingat dan jangan lupa amalkan dan buruk jadi tauladan ;-)

Apa yang saya ingin borakkan di sini adalah kita sebagai manusia ada baik buruknya.tapi jelas kita boleh berubah.selagi ada peluang untuk berubah.silalah berusaha untuk berubah sedaya yang mungkin.kerana kita hidup di muka bumi ini hanya sementara sahaja.

Apa yang berlaku atau terjadi kepada anda,janganlah bersedih.hatta kalau tumbuh jerawat satu muka pon,janganlah risau sangat.terutama remaja yang baru nak besar ni, benda tu semua sementara,fikirlah!Allah uji kita dengan cara yang pelbagai2. Jerawat membantu kita menjaga diri dari menggatal.tu sebagai contoh aje,kalau dah ditumbuhi jerawat or dilahirkan dengan keadaan gemuk sekalipun.tu semua agenda allah.mungkin gemuk membuatkan kita rasa rendah diri dan malu dengan orang ramai,kalaulah kita dilahirkan dengan wajah yang cantik ,badan yang cun dan langsing,pasti kita lupa diri,terus bangga dengan apa yang kita ada,lupa itu semua pinjaman dari allah.terus mengorat,melayan orang yang bukan mahram,berpakaian tak senonoh dan lain lagi,itu semua tak menjanjikan kebahagiaan pon,yang menjanjikan kebahagiaan dan ketenangan hanyalah agama. Solat jangan tinggal!kalau boleh dan kalau rajin tambahkan lagi solat sunat.Al-Quran dan assunnah jangan dilupakan.Quran itu ibarat makanan kita,sehari nasi dua kali sehari makan,quran????muhasabah diri anda. Kalau malas sangat bacalah quran sekali sehari,sebaris dua pon dah jadi,dan lagi baik kalau baca 2kali sehari.pagi dan malam.kalau tak sempat setiap malam aje pon jadilah!

Saya sebagai perempuan nak menyatakan pendapat sahaja. Perkara utama yang saya ingin pilih bakal suami yang saya idamkan adalah pandai baca al-quran.pandai baca tu maksud dia lain sikit, maksudnya pandai baca quran secara berlagu seperti taranum. pandai azan ala2 syeikh arab..memang tertaut terus!!..Lagi,pandai bertazkirah dan kalau cakap pasal agama,lancar! lagi satu. lekat di masjid dan dengar ceramah!  mak ayah saya selalu suruh abang pergi masjid setiap kali solat fardhu.Abang dari kecil suka pergi masjid. Saya pula,setiap malam dan terutamanya hari jumaat, mak ayah selalu ajak pergi masjid. tapi jarang ikut.hihii...liat katakan, tapi sekurang2nya kenal apa itu masjid dan pernah jejak kaki ke masjid. sebab kalau perempuan ,rasanya tak kisah kalau tak pandai semua tu,kan suami boleh didik..tapi kalau laki yang tak pandai semua tu,macam mana dia nak bina rumahtangga???nak mendidik isteri dan anak-anak?solat selalu lewat, baca quran tunggang langgang,tajwid entah ke mana, masjid pon tak kenal,cakap agama tak reti tapi bab NGEJAH no. 1! nauzubillah...

hihihi..pANJAng pulok ambo bercerita dan membebel .katanya seboook!!!

lain kali la cakap soal hati dan perAsaan. ;-)

sekian