Pengikut setia

Showing posts with label cinta abadi. Show all posts
Showing posts with label cinta abadi. Show all posts

Tuesday, 4 June 2013

Tentang Cinta

   Sesungguhnya percintaan itu amat mudah, namun pengertian cinta itu amat dalam maknanya. Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. ~ Mahatma Ghandi Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Melihat kebahagiaan orang yang dicintai adalah satu kebahagiaan buat diri kita juga walaupun hanya mampu dipandang dari jauh. Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua.

   Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.” Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

    Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

   Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

   Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.    Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut. Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA.


   Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa.

   Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.    Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

 Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya. Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam.

Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan. Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing. Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.

sumber: forum

Jangan bersedih kerana cinta



Kenapa mesti kita tangisi orang yang tidak menghargai CINTA sedangkan orang itu sendiri tidak ambil peduli perasaan kita? Kenapa mesti diingati lagi kepada mahkluk yg sudah melukakan hati kita yang kita sendiri merasakan luka yang berdarah tak mungkin sembuh kembali? We felt that the world is cave on us!…

Dunia ini seperti hampir kiamat? Janganlah kita menunjukkan kelemahan kita dengan gugurnya air mata dan memikirkan nasib yang menimpa. Percayalah, lebih ramai manusia yang bertarung nyawa semata2 untuk hidup..
yang lebih dasyat dugaannya, yang lebih perih kehidupannya, kadang2 makan pun susah…apa lagi untuk bercinta? Kita hanya disakiti jiwa dan perasaan sahaja, bukan menderita penyakit kronik, bukan kehilangan tempat bergantung.

Jadi bersyukurlah dengan apa yg terjadi. Kerana semua itu adalah hikmah dariNYA. Kadang-kadang apa yg terjadi jawapannya tidak secara langsung. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Oleh itu, janganlah kita membuang waktu, menangisi pada yang telah pergi meninggalkan kita. Janganlah kita membuang masa kerana soal CINTA dunia saja. Segala apa yang berlaku kadang-kadang dari kesalahan kita juga kan. Bercinta sampai tak ingat dunia. 



Apakah cinta yang disarankan dalam Islam? Apakah orang yang kita cinta itu benar-benar jujur dan ikhlas? Janganlah kita terpedaya karana kata-katanya yang manis. Ketahuilah masa itu emas, Allah meminjamkan nyawa hanya seketika. Hiasilah kehidupan kita dengan amalan-amalan yang menguntungkan. Tingkatkan la ibadah, muhasabahlah diri dan tingkatkanlah diri kita agar kita menjadi manusia yang cermerlang, gemilang dan tidak rugi. 



Lelaki atau wanita itu bukanlah suatu makhluk yang terlalu penting yang kita seharusnyaa banyak korbankan waktu untuk mereka. Allah beri kita akal fikiran. Pertimbangkanlah segala apa yg berlaku dengan wajar dan rasional. Janganlah kita menyusahkan diri sendiri kerana seseorang yg tidak Pernah menghargai diri kita ?

Renungkan…
CINTA pada Allah kekal abadi. CINTA pada manusia hanya seketika. Namun begitu, sudah tentu kita mengharapkan seseorang yang terbaik buat kita. Insyaallah segala permintaan akan dimakbulkanNYA.

LOVE IS BLIND. Ungkapan ini sudah tidak relevan lagi. Love is blind because we are not being in the conscienceness state..we’re madly deeply in love with the person, sampaikan kita sanggup ikut kata2 mereka, we’re not alert actually !

Bukalah mata, hati dan pikiran bila bercinta agar kita tidak tersilap langkah dan lebih berhati-hati. Jadikan semua ini satu untaian hati dalam kehidupan yang kita harus tempuhi menjadi yang lebih baik....Aamiin





Thursday, 3 January 2013

Jodoh jodoh jodoh!!!!buat apa couple??

Persoalannya, "Betulkah kita hanya menanti si bulan (si dia) yang bernama jodoh? Usaha tidak perlu ke?"
Pada mulanya saya tersenyum.
Yelah, lagi-lagi jodoh. Lagi-lagi isu jodoh.
Namun, setelah saya fikir-fikirkan kembali. Soal jodoh ini bukan suatu soal yang boleh diremeh-remehkan sebenarnya. Saya kira, hampir setiap dari manusia itu akan melalui satu tahap di mana mereka akan mula memikirkan tentang persoalan jodoh.
Justeru, silap dalam kefahaman terhadapnya mampu memberi kesan negatif yang cukup besar terhadap masyarakat. Gejala sosial yang menular dengan sungguh dahsyatnya pada masyarakat kita kini juga tidak dapat tidak, salah satu faktornya adalah kesilapan dalam memandang isu jodoh ini.
Jadi akhirnya, saya memilih untuk menulis tentang isu evergreen itu di sini.
Ramai yang keliru
Jika kita lihat pada masyarakat sekeliling kita hari ini, dapat kita simpulkan bahawa ramai yang keliru berkenaan persoalan jodoh.
Sejak di bangku sekolah lagi kita dapat melihat remaja-remaja kita ramai yang sudah mula 'mencari' jodoh mereka. Untuk mencari 'kecocokan', mereka mula kenal-mengenal. Surat-surat cinta, sms, dan berbagai cara lagi mereka gunakan untuk memastikan adakah si dia itu 'jodohku'?
Kemudian, gejala ini berlaku dengan semakin rancak apabila pelajar-pelajar mula masuk di universiti-universiti. Ramai yang tidak mahu kelepasan dalam 'berusaha' untuk jodoh mereka. Dengan kemudahan IT yang lebih canggih, sms, chatting, e-mail, dan facebook digunakan untuk mencari pasangan idaman mereka. Kemudiannya, ramai yang terjebak dengan gejala 'couple'.
Mereka hangat bercinta.
Namun, menurut apa yang saya lihat sendiri di hadapan mata ramai yang akhirnya 'clash' ataupun istilah lainnya 'break-up'. Yang berkekalan mungkin ada, namun bilangannya tidak banyak. Bahkan, tidak kurang juga mereka yang telah berkali-kali tukar pasangan, namun tetap jodoh mereka tidak diketemukan.
Janji-janji setia di waktu kehangatannya cinta, kebanyakannya hanya tinggal kata-kata yang menyakiti jiwa.
Namun, mengapa semua ini berlaku?
Usaha telah kita letakkan, namun mengapa masih si dia yang bernama jodoh tidak hadir-hadir dalam hidup kita?
Atau apakah selama ini kita silap dalam berusaha?
Jodoh – suatu ketentuan?
Sebelum saya heret permasalahan ini dengan lebih mendalam, suka saya sentuh dasar topik ini yakni perihal jodoh.
Jodoh, adakah ia suatu ketentuan?
"... Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]
Benar. Jodoh itu merupakan salah satu ketentuan dari Allah.
Malah, bagi orang Islam, meyakini Qadha' dan Qadar yang ditentukanNya merupakan suatu kewajipan. Beriman kepada Qadha' dan Qadar, merupakan salah satu dari rukun iman. Yakni bererti, tidak beriman kepadanya akan membawa kepada iman yang tidak sempurna.
Sebagaimana dalam sebuah hadis mahsyur berkenaan rukun Iman (saya hanya memetik sebahagian darinya),
Malaikat jibril yang pada ketika itu menyerupai seorang lelaki berkata, "Kemudian beritahukanlah padaku tentang Iman."
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Iaitu hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari penghabisan - kiamat - dan hendaklah engkau beriman pula kepada takdir (Qadha' dan Qadar), yang baik ataupun yang buruk, semuanya dari Allah jua."
Lelaki itu berkata: "Tuan benar."
[HR. Muslim]
Maka di sini perlu kita lihat bahawa soal jodoh dan pertemuan ini semuanya berada terletak pada ketentuan Allah. Tiada sesuatupun yang akan berlaku, melainkan dengan izinNya.
Berbalik pada persoalan awal kita, maka perlukah kita berusaha untuknya?
Usaha yang sebenarnya
Sudah menjadi sunnatullah (hukum alam, berdasarkan ketetapan Allah), bahawa dalam mendapatkan apa-apa sahaja di dalam dunia ini, kita perlu kepada sesuatu yang kita panggil 'usaha'.
Baik. Bagaimana untuk kita berusaha dalam soal jodoh ini? Adakah sejak sekarang, kita seharusnya sudah mula berusaha mencari?
Saya sependapat dengan Ustaz Hasrizal.
Dalam persoalan usaha ini, pertamanya, ada baiknya kita ukur kain di badan sendiri dahulu.
Jika dalam masa terdekat kita tahu yang kita belum bersedia untuk melangsungkan pernikahan (atas apa-apa sebab sekalipun), maka 'usaha mencari @ menawan' itu masih tidak perlu.
Masa terdekat itu kita boleh ambil dalam lingkungan setahun.
Ya, tidak perlu. Mengapa?
Kerana apabila kita sudah mula mencari, dalam keadaan diri langsung amat jauh dari persediaan untuk menikah itu sendiri, maka, banyak masalah bakal timbul. Percaya?
Setelah berkenal-kenalan, dan saling meminati mungkin, sudah menjadi lumrah kedua-dua insan itu pasti mahu mengikat diri mereka dengan 'pasangannya itu', dengan suatu ikatan atau perhubungan. Melalui ikatan itu mereka akan rasa saling memiliki dan punya masa depan bersama.
Namun, cuba katakan, apakah masih ada ikatan yang sah (halal) yang dapat ada antara dua orang bukan mahram, selain dari ikatan pernikahan?
Tiada.
Yang ada mungkin persaudaraan dalam Islam. Dan, itu tidak mengubah apa-apa, kerana ia tidak pula menghalalkan mereka untuk saling berhubungan.
Lalu, akhirnya kita dapat melihat ramai di antara mereka yang ber'couple' dan mengadakan janji setia untuk mengikat perhubungan mereka.
Dan tempoh masa yang masih panjang (dari masa pernikahan) tadi akan menarik mereka untuk membuat perkara-perkara lain pula. Zina hati jangan di cerita. Zina tangan (persentuhan) dan zina-zina lain juga dengan mudah dapat dilakukan apabila diri sudah tidak mampu lagi menahan syahwat.
"Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia." - [HR Bukhari dan Muslim]
Malah akhirnya, berdasarkan pemerhatian saya sendiri, tidak ramai di antara mereka yang dapat mempertahankan hubungan mereka. Perpisahan terjadi.
Itulah hasilnya apabila perhubungan yang diadakan hanya dilandaskan atas suka sama suka, tetapi tidak hadir bersamanya tanggungjawab. Dan kesilapan kita juga, yang kadang meletakkan ketepi kuasa Allah dalam persoalan jodoh. Na'udzubillahimindzalik.
Dan wahai hati-hati yang suci.. Jikalaupun ikatan yang dibina itu mampu berkekalan sekalipun, namun, apakah yang masih kita mahu berharap padaNya, jika usaha yang diletakkan pun tidak menepati kehendak syarak atau lebih jelasnya, bertentangan dengan kehendak Allah?
Justeru, di sini suka saya tekankan sekali lagi.
Jika kita tahu bahawa kita belum lagi merancang untuk memasuki gerbang pernikahan dalam tempoh terdekat ini, justeru, tidak perlulah pada usaha 'mencari jodoh'. Dikhuatiri, usaha itu hanya bakal mengundang perkara buruk kepada rumah tangga kita kelak.
Jodoh itu dalam ketentuanNya, maka, jika kita mahu berusaha pun, mengapa kita perlu mengambil usaha-usaha yang tidak Dia suka? Bukankah akhirnya, Dia juga yang menentukan segala?
Jika sudah mampu
Seperti yang saya katakan bagi mereka yang sudah merancang untuk melakukan pernikahan dalam masa terdekat, tidak salah untuk mereka mula 'berusaha untuk mencari' bakal pasangan mereka. Dan semestinya dalam tempoh ini, batas-batas pergaulan tetap perlu dijaga.
Sebaik-baiknya, kita ikuti sunnah. Baik di pihak lelaki maupun perempuan. Yakni jika sudah ada yang berkenan, gunakan orang tengah untuk mengenali latar belakang mereka, dan juga memanjangkan hasrat.
Dan jika merasakan tempoh untuk berkenal-kenalan itu diperlukan, maka ambillah jalan untuk bertunang. Walau tetap, ia tidak menghalalkan apa-apa, namun ia adalah ruang terbaik untuk mereka saling berkenal-kenalan sebelum bernikah.
Usaha yang perlu digerakkan - Men'jadi' & Mempersiapkan diri
Ok. Kalau kita ini agak-agaknya lambat lagi mahu bernikah, maka adakah ini bererti kita tidak perlu berusaha apa-apa?
Tidak juga sebenarnya. Usaha itu masih tetap ada.. tetapi dalam bentuk lain la.
Usaha yang perlu kita letakkan itu adalah lebih kepada 'MENJADI" daripada 'MENCARI'.
Ya. Kita pasti mahukan mereka yang soleh/ah untuk menjadi pasangan kita. Itu telah menjadi lumrah. Oleh itu, dalam kita mahu mendapatkan yang soleh, kita perlu JADI soleh terlebih dahulu. kan?
Iya. Kerana sesungguhnya, Allah akan menyediakan pasangan buat kita, sesuai dengan tahap keimanan diri kita juga.
Sebagaimana firmanNya dalam surah An-Nur, ayat ke-26,
"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)." - [Surah An-Nur, 24: 26]
Makanya, mahukan pasangan yang baik, usahanya, menjadi baik terlebih dahulu. Ini lebih utama. Allah yang menetapkan jodoh kita, maka kita perlu yakin, inilah cara yang sebaik-baiknya.
Jika kita hanya limitkan definisi usaha kita hanya pada mencari, maka pada saya, kita sudah silap besar.
Mungkin... pasangan kita itu 'tampak' soleh, tetapi tetap, kita akan dapat pasangan sesuai dengan tahap iman kita juga. Baik akan dapat baik, inshaAllah. Jahat dapat jahat.
Kalau jalan yang diambil pun kurang bertepatan dengan syarak, maka tak perlulah kita nak mengharapkan sangat yang baik dan sentiasa menjaga diri.
Dan pada saya, usaha lain juga, yang tidak kurang utamanya, adalah mempersiapkan diri untuk menghadapi pernikahan.
Mengapa? Kerana membina masjid hakikatnya bukan takat sehari dua. Tidak cukup. Cuma, jika kita mahukan masjid yang bertahan sehari dua juga mungkinlah.
Oleh itu, persediaan dari sudut mental dan ilmu itu amat-amatlah perlu sejak sekarang lagi.
Sebagai lelaki, kita perlu melatih diri kita agar mampu memimpin, mampu hidup berdikari. Dan sudah tentu kemudiannya mampu menjadi qudwah atau contoh tauladan yang baik buat keluarga.
Sebagai wanita pula, persiapkanlah diri kalian dengan ilmu. Harapannya, dengan tarbiyyah (didik) dari tangan-tangan kalian, anak-anak itulah yang bakal menjadi pejuang-pejuang Islam suatu hari nanti, inshaAllah. Kalian perlu sedar, bahawa kalianlah pentarbiyyah utama generasi masa hadapan. Masa depan umat, hakikatnya, terletak di tangan-tangan kalian.
Dan tanggungjawab sebesar itu, seharusnya disertai dengan persiapan yang tidak kurang besarnya juga.
Latihan-latihan dan persiapan diri ini... mampukah dilakukan hanya sehari dua, atau cukupkah hanya sebulan sebelum pernikahan?
Sudah tentu tidak.
Maka ayuh, kita mula mempersiapkan diri kita mulai hari ini juga.
Jika redha Allah yang dicari...
Sudah nampak apa yang harus dilakukan?
Saya jadi teringat akan kisah saya masa sekolah dahulu. Melihat rakan-rakan ramai yang ber'couple', perasaan takut itu muncul, dikhuatiri nanti semua habis dikebas orang (haha.. ye ke?).
Oleh sebab itu saya juga tidak terlepas dalam usaha mencari jodoh ini, kononnya. Dan diringkaskan cerita, di waktu saya hampir saja mahu mengambil tindakan itu (ber'couple'), saya diberikanNya petunjuk (dalam bentuk ilmu dan kefahaman) bahawa rupanya pemahaman saya selama ini silap. Alhamdulillah.
Jika mahu diikutkan, tatkala petunjuk itu sampai, boleh sahaja saya untuk menidakkannya, dengan tetap meneruskan perancangan dan 'kehendak' saya. Namun, saya sedar, bukankah tindakan saya itu hanya suatu tindakan yang bodoh?
Allah sudah pun memberi petunjukNya, dan ditakuti, selepas ini, Dia tidak lagi ingin memberi petunjuk kepada saya, atas sebab saya tidak pandai menghargai petunjuk yang telah Dia berikan. Maka, bukankah pada hakikatnya saya hanya menzalimi diri saya sendiri?
Justeru, suka saya katakan, jika petunjuk Allah yang kita cari, jika redha Allah yang kita mahukan dalam rumah tangga kita nanti, maka berusahalah... dengan usaha yang sesuai dengan apa yang Allah izinkan.
Jika kita sibuk menggauli perempuan sana, perempuan sini, lelaki sana, lelaki sini, sedangkan, jodoh kita masih belum kita ketahui siapa, maka, pada pendapat peribadi saya, kita juga seakan-akan sudah berkhianat kepada bakal jodoh kita nanti. Benarkah? Ya, kerana kemesraan dan sebagainya itu, bukankah hanya layak untuk pasangan halal kita sahaja? Dan di pihak kita pun, kalau boleh, sudah tentu kita juga mahukan mereka yang soleh dan masih terperlihara juga bukan?
Kerana.. sudah menjadi lumrah manusia, akan lebih tertarik pada sesuatu yang terpelihara dan terjaga.
Dan sudah tentu, apa yang menjadi lebih besar lagi, adalah kerana kita seakan-akan menidakkan kuasa Allah ta'ala. Na'udzubillahimindzalik. Terkadang, kita lebih 'beriman' (percaya) kepada usaha kita, berbanding iman (kepercayaan) kita terhadap Qadha' dan Qadar yang ditentukan Allah.
Ya. Manusia itu digalakkan berusaha. Namun, usaha-usaha yang mengundang murkaNya, apakah itu akan dikiraNya sebagai usaha yang baik dalam isu jodoh ini? Jika kita mahukan pasangan yang tidak soleh, mungkin.. ia masih dapat dikira sebagai usaha.
Namun, bukan itu yang kita mahukan bukan?
Di sini, kita perlu yakin bahawa hakikatnya, setiap apa-apa yang berlaku itu, berada dalam kekuasaanNya. Gejala zina, buang anak dan sebagainya pada hari ini, atas kefahaman dan kepercayaan yang silap dalam hal ini juga.
Justeru, ayuh kita kembali meletakkan Al-Qur'an dan sunnah sebagai teras dalam hidup masyarakat kita.
Yakinlah, jalan yang Allah tentukan ini, bukan untuk menidakkan fitrah kita. Tidak. Sebaliknya, Allah mahu memeliharanya. Ianya, demi kebaikan kita juga.
Wahai hati-hati yang suci. . .
Katakanlah,
'Jika petunjukNya telah sampai, masihkah aku mahu menidakkannya?'
" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]
- Artikel iluvislam.com

Friday, 30 March 2012

Nota cinta buatmu bakal suamiku

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.", getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.

Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.
"Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…", bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.

"Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...", tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.


Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa'. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.
Alfatunnisa' adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.
"Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta...adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya...Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan...", hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.
Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.
Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.
"Astaghfirullahal azim.. Alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…", syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.
Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.
Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program "Selamatkan Jiwa". Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari'ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.
Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.
Salam perkenalan buat saudari Sa'adatul Sakinah...
Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.
Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.
Ikhlas, Izhar...
Wassalam saudaraku Muhd Izhar...
Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...
Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…

"Astaghfirullahal 'azim... Astaghfirullahal ‘azim… Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..", doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.

Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.
Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba...

by:tentang cinta

Tuesday, 31 January 2012

Saya lebih takut pada Allah

Seorang gadis kecil pulang dari sekolah. Setibanya di rumah, ibunya melihat anak kecilnya dirundung kesedihan. Maka ibu pun bertanya kepada puterinya itu tentang sebab kesedihannya.
Anak: “Aduhai ibuku, sesungguhnya Pengetua telah memberi amaran akan membuangku dari sekolah kerana pakaian labuh yang ku pakai.”
Ibu: “Tetapi itu adalah pakaian yang dikehendaki oleh Allah, wahai puteriku.”
Anak: “Benar, wahai ibu, akan tetapi Pengetua tidak menyukainya.”
Ibu: “Baiklah, wahai puteriku, Pengetua itu tidak menghendaki, tetapi Allah meng­hendakinya. Maka siapakah yang akan kamu taati? Adakah kamu akan mentaati Allah yang telah menciptakanmu dan membentukmu, serta yang telah mengurniakan kenikmatan kepadamu? Atau kamu akan mentaati seorang makhluk yang tidak mampu memberikan manfaat dan kebaikan kepada dirinya sendiri?”
Anak: “Sesungguhnya saya akan taat kepada Allah.”
Ibu: “Bagus, wahai puteriku, kamu tepat sekali.”
Pada hari berikutnya, gadis kecil itu pergi dengan mengenakan baju yang labuh dan menutup aurat. Tatkala Pengetua melihatnya, dia  memarahi gadis kecil itu dengan keras. Gadis kecil itu tidak mampu memikul amarah tersebut, ditambah lagi oleh pandangan rakan – rakan sekelas  yang tertumu kepadanya.
Tidak ada yang dapat dilakukan gadis itu selain  menangis. Kemudian, gadis kecil itu mengeluarkan kata-kata yang besar maknanya meskipun sedikit jumlahnya, “Demi Allah, saya tidak tahu siapa yang akan saya taati, tuan ataukah Dia?”
Pengetua itu pun bertanya, “Siapakah Dia itu?”
Anak itu menjawab, “Allah. Apakah saya harus taat kepada tuan, sehingga saya mesti memakai pakaian seperti yang tuan kehendaki, tetapi saya telah berbuat maksiat kepada-Nya.
Maaf, saya lebih takutkan Allah. Biarlah saya akan mentaatiNya sahaja dari mentaati tuan, dan apa yang terjadi biarlah terjadi.”

Gadis kecil itu bertekad untuk berpegang kuat dan taat ke­pada perintah  Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa akan tetapi adakah Pengetua  itu hanya berdiam sahaja?
Pengetua itu meminta dipanggilkan ibu si anak kecil tersebut. Apa yang Pengetua itu inginkan dari ibunya?
Maka datanglah si ibu itu…
Ibu guru berkata kepada ibu anak kecil itu, “Sesungguhnya puteri puan telah menasihatiku dengan nasihat paling besar yang pernah aku dengar di sepanjang hidupku.”
Seorang guru yang ilmunya tidak dapat menghalangnya untuk mengambil nasihat dari seorang gadis kecil yang mungkin seusia dengan cucunya
Wahai ibu-ibu muslimah, di depan anda adalah anak-anak anda. Mereka seperti adunan tepung. Anda boleh membentuknya sebagaimana yang anda kehendaki, maka bersegeralah untuk membentuk mereka dengan bentuk yang diredhai oleh Allah dan RasulNya.
Ajarkanlah solat kepada mereka
Ajarkan mereka ketaatan kepada Allah
Ajarkan mereka untuk  tetap teguh di atas kebenaran..

Saturday, 17 September 2011

Beastly

Beastly is a 2011 romantic fantasy film loosely based on Alex Flinn's 2007 novel of the same name.[4] It is a retelling of the fairytale Beauty and the Beast set in modern-day New York City. The film is written and directed by Daniel Barnz[5] and stars Vanessa Hudgens and Alex Pettyfer.
The plot focuses on Kyle Kingson, a wealthy and arrogant high school student. During an environmental event, he is disrespectful to a classmate, who is secretly a witch in disguise. The witch then casts a spell on Kyle to disfigure his body and face, giving him one year to find love or be left with his monstrous appearance forever.

Kyle Kingson (Alex Pettyfer) is the arrogant and vain son of wealthy and equally as arrogant and vain news anchor Rob Kingson (Peter Krause). When he wins Green Committee president, he bullies the eccentric Kendra Hilferty (Mary-Kate Olsen) for being ugly and strange at the after-party. Disgusted, Kendra magically transforms Kyle into a bald, tattooed and scarred shell of his once-handsome self. Kendra says Kyle has until the next spring to find someone who loves him or he stays this way forever. His father Rob takes Kyle to live in a private condo with their maid, Zola (Lisa Gay Hamilton), and Kyle's blind tutor, Will Fratalli (Neil Patrick Harris). Rob initially promises to support his son, but gradually neglects his son over time and stops visiting him after work altogether. Angry and hurt, Kyle finds sympathy from Will and Zola.
As spring draws closer, Kyle finds himself infatuated with Lindy Taylor (Vanessa Hudgens), a girl from his former school who he had initially been as distant to as he was to Kendra. When Lindy and her father are about to be shot by two brothers on the street, Lindy's father shoots one of the brothers, the surviving one vowing vengeance by taking Lindy's life. Kyle saves Lindy and her father, and arranges for Lindy to move in with him for her own safety. Initially, Lindy is furious about hiding, since she wants to go to Machu Picchu on a field trip - but after she claims she's seen worse when Kyle reveals himself to her (now calling himself "Hunter" around her), they warm up to each other. Kyle writes a letter to Lindy professing his love to her, but he never plans to give it to her, in fear of Lindy not feeling the same way. Will and Zola continue to help Kyle win her over, as the two begin to fall in love. In time, he completely wins her over when they read Frank O'Hara's poem "Having a Coke with You" together out loud. Closer to spring, Kyle goes to visit Kendra, begging for more time. Kendra refuses, but agrees to restore Will's vision and grant citizenship to Zola's three children in Jamaica as well as restoring Kyle to his original self if he succeeds in winning Lindy's heart.
Lindy receives a text message from her father that the criminal who threatened her life is in jail. She and Kyle spend an afternoon at one of Rob's private cottages on a lake. As they are about to kiss, Lindy receives a call notifying her that her father overdosed and is in a hospital. Kyle gives permission for Lindy to leave and see her father. After driving Lindy to see the train station, Kyle gives her his letter, but regrets doing so when she tells him he's a good friend before leaving. Heartbroken, Kyle does not answer Lindy's phone calls, after she reads his letter. Inspired by Will and Zola, Kyle goes to meet Lindy one last time before she leaves for Machu Picchu, and explains he did not answer her calls because he thought she only liked him as a friend. Lindy professes her love, and departs for Machu Picchu. Kyle's normal, handsome self is restored with Kendra's spell broken, but Lindy decides against leaving and tries to find "Hunter" again. She initially ignores Kyle while searching for Hunter, only for Kyle's phone to ring when she calls "Hunter". Realizing Hunter was Kyle, the two share a kiss in the street.
Will wakes up one morning and to his delight can see again. Zola finds three green cards for her children in the mail from the government. Kendra is also seen approaching Rob Kingson's office as a new intern, implying that Kendra will likely do the same thing to Rob as she did to Kyle. In the credits, a series of photographs show that Kyle and Lindy went around the world together - starting with Machu Picchu.

Alternate ending

Zola and Will encourage Kyle to go to the school to see Lindy before she leaves. When he gets there, he discovers that the plane to Machu Picchu has departed. This leaves him upset and he accidentally exposes his face, and a girl screams. He runs briefly and sees Kendra. He tells everyone that he is who he is, inside and out, and then runs. He runs to a forest, and tries many times to call Lindy, and sees that he has a message from her, telling him that she didn't go because of his letter and she didn't want to go without him. Lindy then calls him, and Kyle hears that Victor, the criminal from earlier, escaped and is holding her hostage. Kyle runs off to find her.
Through clues that Lindy leaves him, Kyle eventually finds Lindy and Victor, and Victor turns his gun on Kyle. He rushes at the two, and frees Lindy, knocks out Victor and is shot. He falls to the ground and Lindy comforts him. Kyle tells her that she has known him, and that he was ugly, referring to his life as the mean Kyle. She tells him that he isn't ugly and that she loves him. She kisses him, and Kyle dies. The flowers from his tattoo fall off of his arm and heal his gunshot wound, and revives him. Kyle returns to his normal self, since Lindy broke the curse. Kyle awakens and looks at his reflection in the mirror, seeing that he is normal. Lindy also sees this and is scared that her friend isn't there. Kyle tries to explain about his curse, and Lindy refuses to listen. He becomes broken-hearted at the thought that Lindy doesn't believe him, however after much thought, Lindy finally believes him and they kiss.
Zola and Will find that Zola's children are allowed to live in the states, and that Will can see. About a month later, Kyle is attending his school's graduation ceremony, with a white rose in his pocket. He sees Sloane and Trey, who tell them that he changed because it's what underneath that counts. He also sees Kendra, and thanks her about Will and Zola, and she jokes around, indicating a friendship starting. Lindy meets up with Kyle, who he says is beautiful on the inside, and they kiss, with Kyle actually changing to be a better man. Later, Kendra is seen at Rob Kingson's office as an intern, supposedly intending to do the same thing to Rob as she did to Kyle.



Saturday, 27 August 2011

pErlu ke merajuk lama-lama?

Hurm...bagi pendapat saya la kan, tak perlu la kita nak merajuk lama-lama. Bukannya kita dapat apa-apa pun nanti. Lagi bertambah sedih dan tak happy ada la. :( Even kalau kita merajuk lama-lama pun, tak takut ke nanti kalau si buah hati kita tu fed-up dan pergi kepada orang lain? Nanti kita juga yang rugi tau...
Saya cakap macam ni pun bukannya nak katakan tak boleh langsung kalau nak merajuk. Tetapi, biarlah berpada-pada. Cuba kita buangkan sedikit sikap ego kita itu. :wink: Cuba berikan sedikit ruang dalam hati kita untuk memaafkan kesilapan si dia. Cuba berikan sedikit hati kita untuk menerima kata-kata maaf dari si dia. Lagi pun, mungkin kesilapan yang dilakukan bukan disengajakan ataupun si dia hanya bergurau-gurau saja.
Tetapi, bagaimana untuk berhenti merajuk? Ha...itu terpulang kepada diri masing-masing. :-) Ada sesetengah orang, dia merajuk mengada-ngada. Yang merajuk mengada-ngada macam ni yang saya tak gemar ni. Sikit-sikit nak merajuk. Sikit-sikit nak merajuk. Even kesilapan yang simple pun nak merajuk. :x Sebagai contoh, terlupa kejutkan dia dari tidur. Padahal, bukanlah lambat mana pun. Just terlewat kejut 15 minit je. Tu pun boleh jadi point. Kalau merajuk mengada-ngada macam ini selalunya diri sendiri yang akan rugi dan diri sendiri juga yang terpaksa pujuk sendiri. :roll:

Kalau yang merajuk disebabkan memang patut merajuk tu, memang patut la si dia pujuk. Tetapi jangan la merajuk berlebih-lebihan. Bila si dia sudah pujuk tu, cepat-cepat la happy semula, bagi ceria-ceria sikit... :oops: Jangan la cuba menyeksa si dia pula ye. Nanti tak pasal-pasal terpaksa pula orang tu turun dari utara ke selatan dan balik semula ke utara dalam masa satu hari hanya untuk pergi pujuk orang yang merajuk. Disebabkan sayang, sanggup tu naik bas ulang-alik utara-selatan. Perkara ni pernah saya dengar dalam Hot FM. Kesian saya rasa pada lelaki tu. Tetapi dalam masa yang sama, terkejut juga sebab wujud orang macam dia. :lol:
Dan kalau anda sekarang ni sedang merajuk, henti-hentikan lah... Buat apa kita nak merajuk lama-lama? Nanti kita sendiri juga yang penat nanti. Dah la penat merajuk, rindu pada si dia lagi. Tak ke rugi tu...? Cuba hentikan merajuk kita dan be happy. Orang kata, smile always... :halo: Kalau nak tahu comel ke tidak kita semasa merajuk, cuba pandang ke cermin dan cuba buat muka merajuk yang semerajuk yang boleh. Confirm muncung tu panjang siap boleh sangkut hanger baju ha... ::-*:

Saya sudi jadi isteri kedua awak

Ya Allah. Andai aku ditakdirkan jatuh cinta, cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada Mu

Mungkin cerpen ini pernah kita baca. Tiada salahnya kita membaca semula supaya dapat memperingati diri kita. Sesungguhnya manusia itu sifatnya adalah mudah lupa dan mesti berpesan-pesan berulangkali seperti termaktub dalam surah al-asr. Memang sangat bermakna dan mendalam penyampaiannya

Cerpen ini seebnarnya adalah karya Saudara 'Izzat Anwari dengan tajuk asalnya "Sepahit Madu". “Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?” merupakan taujihat yang telah diadaptasi buat teman-teman seperjuangan, para muslimin, sama ada yang belum berkahwin atau belum berkahwin lagi.

Cerpen ini juga saya tujukan khas buat sahabat-sahabat muslimat khususnya isteri-isteri solehah di luar sana. Bagi muslimat seperti saya yang masih dalam pengajian jangan ditunggu, saat ini ketika ini kita perlu melatih untuk menjadi hamba Allah, anak dan isteri yang solehah insyaAllah. Ini satu cerita perjuangan. Sebuah pengorbanan. Sesungguhnya berkorban perasaan merupakan satu jihad!





AWAK SUDI JADI ISTERI KEDUA SAYA?

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fatimah mula sebak.

“Tak. Maksud saya – ”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang
semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.

“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Er, betul ke ni?” tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.


“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.

“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

“Perjuangan,” jawab Fikri.

***

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”




RENUNGAN BERSAMA


Sedarlah semua wahai muslimah srikandi islam dan sahabat muslimin perwira islam. Antum bakal dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,
Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…
Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!
Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu…
Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam
Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!
Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…
Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah hakikat…
Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya
Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!
Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,
Kerana suami yang pertama bagi isterimu…
Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.
Jika dirimu tidak sedemikian,
Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!
Bantulah isterimu dan kuatkanlah dia untuk teruskan perjuangan!!!


“Bersama Terus Melestarikan Sakinah, Mawaddah Wa Rahmah”
Sesungguhnya hidup memerlukan matlamat yang lebih jelas dan pengorbanan yang lebih besar…


p/s : persoalan untuk diri sendiri:
“adakah saya sanggup menjadi isteri kedua? dimadukan dengan perjuangan???”

Sukar nak cari orang sanggup berkongsi dalam perjuangan… jika ada di sisi kita itu rahmat dari Allah SWT… jika tiada ia satu cabaran dalam kehidupan… Yang penting diri kita tahu hala tuju kehidupan… dunia

by:muslim

jUjurlah dalam bercinta



Hati begitu berat sekali untuk berkata jujur mencintai
Terasa benar tidak jujur dalam perhubungan, tidak jujur dalam cinta
Kerana ada sahaja melakukan khianat dalam setiap perkara
Janji tidak ditepati
Kata tidak dikotai


CINTA DAN KEJUJURAN

Bukan cinta untuk jujur tetapi jujur untuk cinta.

Kejujuran adalah roh dari cinta itu sendiri. Dia merupakan bahan dasar dari cinta itu sejatinya.Kejujuran adalah sisi lain dari sisi cinta yang tidak boleh kita hilangkan.

Maka jika tak jujur, itu tanda kita tak cinta lagi. Disinilah kita harus menyelami samudera niat kita selama ini

Untuk apa kita solat?
Untuk apa kita berpuasa?
Untuk apa kita berdoa?

Jujurlah pada nurani yang halus itu agar jika niat kita selama ini salah. Selama ini tak jujur, bisa kita perbaiki, bisa kita bangun lagi dari titik tolak penumbuhan cinta! Bila berakarnya cinta seri di muka akan tampak menyerlah malah menghangatkan perhubungan.



SAATNYA MELUKIS CINTA

Saatnya melukis cinta itu. Jika kata adalah sepotong hati, maka ingin berkata, yang terjalin dari huruf-huruf dalam nurani. Untuk menjadi doa sepertiga malam di sejadah buruk, waktu dan tempat pertemuan yang paling terindah.

Agar Kau selalu menghadirkan di hati tentang cintaku padaMu duhai Khalik
Agar pula Kau tahu, bahawa selamanya aku mencintaiMu
Agar Engkau selalu melihat sinar cinta dimataku
Agar Kau paham dan mengerti setiap kata yang ku ucap untukMu adalah doa
Bahawa aku ingin selamanya dengan Mu

Kerana cinta menurutku tak berwarna, ia menjadi jingga sebagaimana Kau memaknainya ia pun menjadi kuning, biru, dan merah sebagaimana Kau menginginkannya.
Kerana cinta bagiku tak ubahnya kumpulan narasi tentang kejujuran dan keberanian, tentang kemarahan, kesakitan dan kasih sayang.
Kerana cinta adalah lukisan yang unik dan tidak terkata sebab ia menenggelamkan kita pada angan-angan
dan pada mimpi yang indah dan abadi.
dan cintaku padamu adalah syurga yang tak bisa ku masuki jika tanpaMu

Ajarlah aku untuk mengucap jujur dalam cinta dan tarbiyyahlah jiwaku untuk terus jujur dalam perhubungan kita.

Akulah hambaMu......yang sedang gersang kejujuran dalam bercinta



by:muslim

Friday, 26 August 2011

Mak carikan saya jodoh yang perfect!

USTAZAH PILIHAN

Allah tidak melihat fizikal kita tetapi melihat KETAQWAAN kita

update from iluvisam

"Aku hitam! Aku gemuk! Muka aku banyak jerawat rambut aku kusut. Aku lembap dan bodoh. Bau aku busuk. Sape nak kat aku?"

"Muka kau dah cukup cun dah macam pelakon Korea dengan mata ala-ala artis Bollywood lagi. Apa yang tak kena kat kau lagi sampai suami kau main kayu tiga?"

"Mak, Man nak kahwin ni. Mak tolong carikan Man gadis yang putih gebu, tinggi lampai, hidung mancung, lemah lembut, cuet meut, ade lesung pipit dan paling penting pinggang mesti rampaing mak! hahahahaha!"





MANUSIA TAK PERNAH PUAS
Berkata Ibnu Umar r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bukankah apa yang ada padamu itu sudah mencukupi? mengapa masih minta kelebihan yang akan membinasakan engkau? Dengan sedikit, engkau tak pernah puas. Dan dengan banyak pun, engkau tak pernah kenyang! Kalau bangun pagi, sedang engkau sihat afiat, jiwamu tenang dan tenteram, makan minum hari itu pun sudah tersedia, apa lagi mahu dengan dunia? Biarlah ia terlungkup!.” (Riwayat Ibnu ‘Adi dan Baihaqi)


Dalam hati manusia, ada satu lubang, lubang tu boleh diisi dengan segala keinginan samaada harta, seks, kecantikan, pangkat, kemuliaan, wanita dan sebagainya.

Nabi pernah bersabda: "..Ingatlah bahwa di dalam tubuh manusia itu adalah segumpal daging. Apabila ia baik, maka baik pula seluruh tubuhnya. Dan apabila ia buruk maka buruk pula seluruh tubuhnya. Ketahuilah, segumpal daging itu adalah hati.” [Bukhari no. 52 dan Muslim no. 1599]

“Hati ibarat raja, sedangkan anggota badan adalah pasukannya. Apabila baik rajanya maka baik pula pasukannya, apabila buruk rajanya maka buruk pula pasukannya.” - Abu Hurairah RA

Hati Manusia Adalah Milik Allah Taala. Hati itu berada pada dua celah jari ar-Rahman, Dia membolak-balikkannya mengikut yang Dia kehendaki. Kadangkala bersyukur dengan segala nikmat Allah, kadangkala pula boleh menjadi lupa dan alpa untuk bersyukur. Bila hati sudah jauh daripada Allah syaitan akan mudah mempengaruhi manusia supaya berasa riak, takbur dan menyombong diri.





KECANTIKAN ITU SUBJEKTIF

Cantik itu subjektif. Sukar diertikan kerana masing-masing punya pendapat sendiri. Tetapi, beralihlah kepada konsep Islam dalam memandang kecantikan. Bukan kerana wajahnya sahaja, bukan kerana kepakarannya, tuturnya, keturunan dan sebagainya, tetapi kerana akhlaq dan pegangannya

Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.

Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.

Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.

Jika anda merasakan diri anda kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hensem; hingga kita berkata dalam hati, "buta ke dia??!"

Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita mahupun lelaki. Hiasi wajah dengan mekap air wudhu'.





BERHIAS TAK SALAH TAPI BERPADA

Menjadi cantik dan inginkan kecantikan adalah fitrah manusia. Berhias diri menjadi satu kewajipan malahan dari sudut pyschology kecantikan menambah keyakinan seseorang, melambangkan personaliti seseorang supaya tampak kemas, bersih dan cantik. Namun, masyarakat pasca modenisasi ini telah membatasi sempadan hitam kecantikan dek serangan ideologi yahudi iaitu fesyen, hiburan dan seks.

Perlu difahami, tabarruj (berhias diri) adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat). Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.

Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki. Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Contohnya, jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya didalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian, dan ini adalah dilarang, walaupun tapak tangan bukanlah aurat.

Menarik perhatian adalah penentu samada berpakaian itu adalah Tabarruj atau pun tidak. Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak pada hukum Tabarruj, tetapi pada hukum aurat dan dalil-dalilnya adalah jelas, dimana seseorang wanita itu dilarang untuk membuka auratnya ,walaupun tidak menarik perhatian. Allah Subhanahu wa Taala berfirman :“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka …..” [TMQ An-Nur (24) : 31]

“kecuali yang (biasa) nampak daripadanya” bererti muka dan dua tapak tangan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya), Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam, pernah bersabda,

“Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya…” [TMQ Al-Nur (24) : 31]
yang bermaksud melilit tudung kebahagian pembukaan baju supaya leher tidak kelihatan dan tudung akan menutupi bahagian kepala, telinga dan leher, hanya kelihatan muka dan tapak tangan sahaja.




APA ITU ISTIDRAJ?

“Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan dan kebahagiaan seperti cantik, lawa, kaya, mudah disenangi, popular, berpangkat tinggi, dan murah rezeki sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.


Rasullulah s. a.w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, Alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!
Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.

Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.
Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.




USTAZAH PILIHAN : PROGRAM REALITI TERBARU DI ASTRO


Terlalu banyak pro and cons. Cuma pada pandangan saya lebih memberat ke arah cons.

Dari sudut hukum memang dilarang kerana wanita berhias menjadi tontonan masyarakat umum lebih-lebih lagi label "ustazah" yang sangat-sangat perlu dijaga. Malah hukum boleh jadi HARAM dan BERDOSA BESAR apabila niat menyertainya adalah untuk mencari populariti, "skin cepat kaya" serta yang paling penting kefahaman islam yang masih "tidak setel" yang mana boleh menjurus kepada pencampuran lelaki perempuan, hiburan melampau dan tidak menutup aurat. Siapa sangka iman manusia boleh konsisten?

Malah, paling ditakuti lebih membawa impak yang negatif dan fitnah berleuasa dalam kalangan muslimat muda mahupun para pendakwah.

Untuk berhusnuzon (bersangka baik), jika dinilai dari sudut wagi' (keadaan semasa dan tempat) serta strategi dakwah, "ustazah pilihan" boleh menjadi satu loncatan dan fenomena baru dalam dunia artis dan fesyen yang berkiblatkan islam.

Penampilan imej sebenar seorang "Muslimah sejati" mengikut Syarak diharapkan ia akan memberi mesej yang jelas, tepat, efektif dan praktikal tentang aurat, akhlak, dan gaya hidup Islam yang menepati hukum-hukum islam supaya wanita muslim di Malaysia dapat mencontohinya. Satu pengharapan yang besar agar dapat melahirkan ulamak dari kalangan muslimah yang dapat menjalankan amar makruf terutamanya nahi mungkar di Malaysia.

Di kala kita berperang dengan "syaitan bertopengkan manusia" iaitu SIS (Sister in islam) dan baru-baru ini Kelab Taat Suami, muslimat perlukan satu kesegaran dan perisai baru setelah lama tenggelam lemas dek serangan ideologi Yahudi dan Barat.

Memang...satu cabaran yang amat kuat perlu diketengahkan. Idea yang luar biasa dan hanya boleh dilakukan oleh insan ber'iman luar biasa'.

Amalan badan (yang disertai amalan hati yang ikhlas) mempengaruhi iman dan bernilai di sisi Allah Ta’ala. Sebabnya, Allah tidak akan melihat kepada bentuk tubuh dan rupa kita, akan tetapi Allah akan melihat kepada hati dan amal-amal kita. Sebagaimana  sabda Nabi SAW :“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk rupa dan harta-harta kalian, akan tetapi Allah melihat kepada hati-hati kalian dan amal-amal kalian.” [Muslim no. 2564]


p/s :

1.  Harap ia boleh jadi idola gadis gadis dari dok melayan AF, Mentor, OIAM, Malaysian Idol, dan lain lain yang lansung tidak mempunyai kebaikan pada Muslim di Malaysia.

2.  Maaf sangat. Saya tak berapa sokong ustazah pilihan ni. Kita boleh lihat daripada program Imam Muda. Apa dah jadi pada displin, sikap dan akhlak peserta di belakang tabir??! Bukan membuka pekung tapi itulah realiti. Rakyat Malaysia belum matang untuk menilai sebab musabab sesuatu realiti atau non-realiti program diterbitkan. Hanya mengisi lapang, berhibur dan menghilangkan kesunyian.

3.  Pertama sekali dengar kat TV, memang tak sokong. Tapi cakap kat diri jangan cepat melatah. Marilah kita berdoa dan berusaha dalam ruang lingkup masing-masing, agar "orang-orang yang Allah select" akan berjuang dan menegakkan syiar Islam memecahkan tembok duniawi dan menjadi pemangkin kebangkitan kepada dunia dakwah. Satu revolusi pasti tercipta!

4. Allah..saya hampir terlupa POINT PENTING dalam berhujah mengenai isu kewanitaan ini, iaitu sejauhmana penilaian kriteria-kriteria dalam pemilihan sama ada benar-benar layak dan paling berhak untuk menjadi "ustazah pilihan".  Saya kupas dan huraikan daripada permulaan penulisan untuk saling kaitkan antara kecantikan-tabarruj-istidraj untuk menyokong kuat hujah ini (bukan mematahkan). Mungkin bukan hujah asas tapi boleh masuk dalam arena penggulungan untuk memasakkan perbincangan.

5.  Saya, kita dan para pendakwah...amat bimbang andai pemilihan "ustazah pilihan" ini berdasarkan rupa paras dan kecantikan. Jika tidak para juri, para penonton dan masyarakat. Di situ, kita boleh pertikaikan dan persoalkan kewajaran dan matlamat penganjuran program ini. Saya tak bersangka buruk tetapi percayalah wanita tidak dapat tidak..tidak boleh lari dari kecantikan.

6.  Jika pemilihan pemenang dipengaruhi wajah dan paras rupa, kredibiliti dan kualiti "ustazah pilihan" yang sebenarnya bakal 'dibakulsampahkan'. Maka matlamat untuk menjadi ikon para daie tidak akan tercapai malah menjadi mustahil andai ada 'tangan ghaib' yang masuk campur.

Masyarakat kita masih belum cukup berilmiah dan matang untuk menilai.



Hati kecewa:salahkah aku berharap?




Dalam apa juga pekerjaan yang kita lakukan, utk berjaya, perlu ade usaha, doa dan tawakal. Faktor kritikal untuk keberkesanan sesuatu amalan adalah tawakal, yakni berserah diri kepada Allah. Sejak kecil, kita selalu dengar cikgu-cikgu sentiasa bagi nasihat, doa, usaha dan tawakal. Jadi, jika kita pun berdoa, berusaha bersungguh-sungguh, kemudian bertawakal.

Rasulullah SAW memuji sifat tawakal, sabda baginda :
“Kalaulah kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Dia akan memberikan rezeki kepada kamu sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung. Keluar di waktu pagi dalam keadaan kempis dan pulang dalam keadaan kenyang”.

Tapi, mengapa apa yang kita doakan jarang sekali makbul walaupun kita sudah berusaha bermatian?

Tawakal itu seolah-olah kita mencampakkan diri kita ke tangan Allah. Antara usaha, doa dan tawakal, yang menentukan sesuatu itu berjaya ialah tawakal. Antum percaya? Antum ada hak untuk tidak setuju.

Tapi apakah sebenarnya konsep tawakal ini? Tawakal di sini lebih mudah difahami jika diterangkan adalah tidak berharap. Mengapa?

Setiap usaha dan doa yang kita lakukan dengan bersungguh-sungguh itu adalah sunnatullah. Sebagai contoh, jika exam kita mengulangkaji, jika demam kita makan panadol dan jika lapar kita makan. Selepas itu, kita haruslah bertawakal dan berserah kepada Allah sebulat-bulatnya dengan BERSYARAT. 

Jangan langsung menaruh harapan atau sebarang niat kemahuan selepas anda berusaha. Kerana, tidak semestinya natijah yang kita harapkan kita dapat. Kadang-kala apa yang kita mahukan kita tak dapat. Ia amat berkait rapat dengan keteguhan akidah kita iaitu beriman dengan Qada’ dan Qadar.

Cuba imbas kembali, bagaimanakah konsep tawakal kita sebelum ini? Adakah sekadar di mulut sahaja? Kita selalu kata, “berserah je la” tetapi di dalam hati? Hati kita terlalu mengharap. Betulkan?



1. SECARA PSYCHOLOGY


Tawakal bukan sekadar berserah, ia juga harus dimaksudkan dengan jangan berharap. Maksudnya, secara psychology tawakal ini adalah fikiran yang akan pergi ke dalam hati kita. Bukannya bermakna kita perlu putus harapan, kerana kita perlu berusaha untuk mencapai sesuatu. Tetapi selepas itu, kita wajib ingat, segala yg akan berlaku, hanya Allah yang Maha Menentukan.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Berfirman Allah Azzawajalla: ‘Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (berzikir kepada-Ku).’” Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.


2. SECARA SPIRITUAL


Kedua, jika kita mengharapkan sesuatu bagi ana personally memang tidak salah, kerana dengan harapanlah kita terdorong untuk meneruskan kehidupan ini dengan hati yang tabah setelah dirobek dengan ujian Allah. Cuma perasaan mengharap itu perlu disuntik dengan kadar dos yang rendah, tidak tinggi dan keterlaluan agar tidak mendatangkan kemudharatan, seperti membunuh diri atau membenci Tuhan.

Kita juga tidak mahu sistem pertahanan badan menjadi lemah dan terganggu dek reaksi tindakbalas yang agresif bila Allah mencampakkan musibah atau memusnahkan harapan seseorang.



3. SECARA HIKMAH PENCIPTAAN ALLAH


Ana ingin mengaitkan dengan realiti semasa. Dimana, manusia berkejar-kejar an mencari kejayaan dunia hinggakan solat diabaikan, al-Quran diketepikan, bangun malam hanya semata-mata untuk study tetapi untuk memberi ruang menghadap Pencipta umpama perkara sia-sia.

Ana cuma ingin mengingatkan, bahawa segalanya sudah ditentukan. Berusahalah semampu yang boleh dan bertawakallah sepenuh jiwa. Redhalah pada ketentuanNya yang baik atau buruk.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka" (surah ar-ra'd : ayat 11)

Ada 2 situasi yang seringkali ana perhatikan di FB. Luahan perasaan.

Dalam pencintaan, seorang lelaki jatuh hati dengan seorang wanita dan ingin melamarnya menjadi buah hati. Ada yang kecundang dan kecewa kerana muka tak hensem. Ada yang berjaya menawan kerana pandai mengayat dan muka hensem.

Dalam exam pula, saat result exam diumumkan, ada yang menangis kerana tidak berjaya walaupun sudah gigih berusaha. Ada pula yang terlompat-lompat kegembiraan kerana berjaya, kononnya berkat study lewat malam.



HAKIKAT SEBENAR

Hakikatnya, bukan ini yang Allah hadirkan bersama kegagalan dan kejayaan kita. Bukan. Tetapi lihatlah hikmah disebaliknya yang tidak ternilai iaitu nikmat syukur, redha, sabar dan keyakinan padaNya.


Kegagalan bukanlah kegagalan semata-mata, bukanlah kegagalan selama-lamanya tetapi adalah permulaan kepada suatu kejayaan. Apabila dia beroleh kejayaan, dia bersyukur dengan kejayaan itu. Namun apabila dia beroleh kegagalan, dia bersabar dan itulah kejayaan dia.
Tidak kira di mana kita berada, atas atau bawah, syukur dan redha dengan keadaan kita. Bila di atas, banyak-banyak bersyukur dan terus pertahankan tempat kita di atas. Kalau di bawah, redha dan terus berusaha untuk putarkan roda ke atas semula. Sebab yang atas boleh jatuh, yang bawah boleh naik



p/s :

1. Dalam bab percintaan, ana tidak memaksa, tetapi ana cadangkan supaya tukar strategi. Bukankah lebih molek dan bahagia kalau bercinta selepas berkahwin. Sabar dan bermujahadah sebaiknya.

2. Bagi sesiapa yang belum dan hampir terjebak dalam kancah percintaan tetapi masih belum bersedia, ana cadangkan agar antum pegang kata-kata ini "berfikir dan mendalami masalah ummat islam lebih baik daripada berfikir soal hati".

Sesungguhnya syaitan suka menyesatkan dan mengkhayalkan cinta tulus anak nabi adam, dengan cara menjadikan cinta suci itu bertukar wajah tanpa disedari, itulah cinta bernafsu yang mana dimulai dengan pandangan mata jatuh ke hati.

Masihkah ada kisah cinta seperti cinta Sang Murobbi, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com) dengan isterinya seorang doktor di akhir zaman ini??

3. Tulisan ini ana tujukan khas untuk diri sendiri sebenarnya. Masih lagi dalam proses untuk memujuk diri agar terus tabah dan pasrah menerima tamparan qada' dan qadar Alah.

“Kadang-kadang Allah sembunyikan Matahari.
Dia turunkan hujan, ribut dan petir.
Kita menangis dan bersedih tertanya-tanya ke mana hilangnya Matahari?
Rupa-rupanya Allah ingin menghadiahkan PELANGI yang amat indah untuk kita”

Memang menyedihkan...
Ini motivasi diri ana, antum terkesan? 
 
by:muslim doktor