Pengikut setia

Showing posts with label pandangan. Show all posts
Showing posts with label pandangan. Show all posts

Monday, 7 May 2012

Kritikan sinetron Indonesia menjengkelkan

Bila larut malam tapi idea keluar membuak-buak perlu la ditapis cepat2 sebelum lupa.

sambungan pujian kritikan 2..

Ni lah ciri2 sinetron Indonesia yang ada dan sudah pastinya kritikan ini dari mulut rakyat Indonesia sendiri kerana maklumatnya ada saya ambil dari lamanweb Indonesia:-


 Anak mesti seorang atau dua je,jarang yang ada ramai.

keluarga orang kaya ini umumnya suka jodohkan anaknya ke orang lain yang berasal dari keluarga kaya juga.

Yang jadi orang jahat, biasanya orang yang matanya suka melotot, dan ketawa yang menyeramkan.


Kalau adegan accident, umumnya kereta yang laju  tiba2 berhenti mendadak, tengok2 si korban dah terlentang dengan kepala berdarah, tapi kita tak dapat tengok keadaan accident macam mana.Lawak bodoh agaknya.ce tengok cerita city hunter(korea)drama aksi dan romantis, yang nampak real bila berlaku accident atau insiden.


Kalo ada adegan telefon, pasti penontonnya mendengar suara si penelefon


Sering ada adegan menampar, Ibu menampar anaknya, menampar teman wanita, majikan menampar pembantunya, dll


sound effect seperti di game Fighting padahal suspennya takda pun,kalau ada pun suspen bodoh jer!
umur anak perempuan dan ibu tidak terlalu jauh,Nikah muda agaknya.hampir tertukar mana ibu dan mana anak.

kalau bergaduh pasti ada tukang sorak.
Watak utama selalu menderita.. walau faktanya menderita dibuat2...
bangun tidur udah ada makeup.sakit pun ber make up.apa ke jadahnya?
org jahat jarang beribadah
org baik di gambarkan banyak beribadah tapi selalu di uji
kalau langgar orang/watak utama pasti berhenti dulu untuk melihat patu buat2 terkejut.Masya ALLAH!??

TIDAK pernah baca peraturan KEDOKTORAN. sakit kepala/gegar otak diberi bantal?
baju pelakon dari awal-akhir tidak ganti.. lebih parah.. tidak pernah kelihatan menyucikan bajunya SENDIRI.

Hujan setempat. Kalau adegan hujan2an cuma ada di dekat ngan lokasi tu jer.. lainnya tak hujan.

Ciplak. semua sinetron pasti ciplak dr korea atau china.mana kekreatifan mereka?

dah tahu nangis tapi tanya lagi.. Kamu nangis? bodoh soalan.kalau saya pun benci orang tanya macam tu,sepatutnya tanya la kenapa kamu menangis?
minima wang yang dibahas 1 juta.

padahal tumbuk tak kena tapi sampai boleh jatuh terguling2 trus berdarah2.bodoh!

org yg LANGGAR kereta tu x tengok kanan kiri.
org yg melanggar kereta tu mesti berhenti pastu bercakap dulu dengan si pelanggar tu.
BERCAKAP seorang diri seolah2 bcakap dalam batin la kononnya.buat reaksi wajah dah ler.macam bodoh je citer.

Lagu suspen paling dibenci bunyinye.suaranya macam ni : "JRENG! JRENG!" konon2 scene suspen sgt2 la KOT,padahal biasa jer. sering ada sound2 effect yang dapat menyakitkan hati tu.

kalo bersambung pasti zoom in muka terkejut atau nangis.nak suruh orang berminat la kot nk tengok episod seterusnya.
watak mati bakal hidup lagi
rumah mewah selalu terdiri dari banyak kepala keluarga dan 1 pasti ad yg jahat
cerita cuma berkisar soal rebutan harta,bunuh2han,tindas2 yg lemah/anak kandung anak pungut

setting cm di rumah dan pejabat

selalu ada adegan tampar tamparan

kalo ada 1 kejadian di rumah, seluruh anggota rumah tiba2 muncul secara bersamaan.ntah dari mana diorang pun xtau.
penjahat selalu mengintip.macam tak da kerja lain.kebetulan mengintip pula ,orang tu baru nak mula percakapan.

kalau yg miskin tiba2 jadi kaya automatik.hebat
watak  utama menderita abis --> lalu yg jahat ketawa melulu --> abis itu watak utama naik daun --> lalu yg jahat menderita ---> watak utama mederita lagi ---> lalu yg jahat ketawa lagi -----> diteruskan sampai episod 500 ..x ke bodoh citernya?
 bayi tertukar. anak orang miskin diasuh orang kaya, atau sebaliknya anak orang kaya diasuh orang miskin. 
ble besar je bercinta dengan saudara sendiri.
kalo pelakon masuk rumah sakit,doktor pasti tanya "pak, bapak harus pilih ibu atau anak?", bilik bayi tiada yang jaga sampai ada kes tukar anak, orang mati harus disetrum2 (baca: DC shock), kadang2 tak ada bezanya antara UGD or ICU. hampir semua sinetron macam tu kalau ia melibatkan rumah sakit.

duk rumah pun macam nak g mana2
jarang ada adegan kecil2 dalam kehidupan sehari yang berkesan misalnya gosok gigi, bersih2 rumah, makan, dan lain2
ni bukti rakyat indonesia sendiri yang menyampah dengan sinetron
Pokonya ga Mendidik, Ga guna!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Enakan Nonton "Si Dul Anak Sekolahan"

bila ada adegan marah mula la di ZOOOM teramat dekat..perlu ke macam tu?

citer berunsur cinta dan kekayaan sahaja.

dah..saya sudah penat untuk menkritik benda ni..tapi di atas ni bukan saya saja yang menyokong,tapi 89% AYAT  di atas adalah hasil kritikan rakyat Indonesia sendiri.tak caye??ni laman webnya.saya dah translate ke bahasa Malaysia.!

baiklah

moral:JANGAN LAYAN CERITA BODOH INI!kalau nak tgok sekadar nak buat intipati  atau kaji selidik,boleh lah,dipersilakan.saya syorkan cuba2 la tengok drama korea ni:city hunter,full house or mana2 lagi sebab cerita dia unik ,kreatif,x membosankan walaupun beberapa kali mengulangnya.

nantikan pujian kritikan saya terhadap cerita selanjutnya,,,full HOUSE..untuk diikuti kalian..bagus dan mantap!http://www.indowebster.web.id/archive/index.php/t-38463.html

Wednesday, 2 May 2012

Utusan Malaysia dan kosmo 2Mei 2012 menjengkelkan



Apa yang saya ingin perkatakan tentang akhbar ini?

Sedang saya menikmati kopi,saya baca akhbar semalam 1mei 2012.
tiba2 ayah saya memberi senaskah KOSMO yg tercatat tarikh 2Mei2012.
laa..rupa2nya saya dah ketinggalan.terbaca akhbar lepas.
Bila tengok je muka depan akhbar tu tiba2 hati saya berdegup kencang!
siapa sanggup melihatnya?amat memalukan diri ini dan saya pasti dan yakin bahawa orang ramai jijik nak baca akhbar yang seakan-akan majalah seks porno.eiii..geli sangat.

Tak patut keluarkan akhbar sebegini.
Mana maruah negara kini?
Memalukan sungguh

-Bila adik saya yang amat gemar membaca akhbar,setiap kali balik sekolah mesti dia akan tanya ''ada suratkhabar tak hari ni?'' dan bila soalan tu yang terpancul dalam mulutnya terus saya cakap tak tahu.Padahal akhbar tu dah pun saya sorok sebab malu nak tunjuk dan malu nak bagi adik baca dan tengok benda ni.

Nauzubillah.. Mintak jauh dari berlaku perkara begini lagi.


Akhbar yang tak habis2 tayang cerita yang tak tahu apa maksud disebalik benda ni.Hanya ALLAH  yang tahu perkara yang benar.
bersih 3.0 jadi ganas??betul ke?
saya tak berani nak menyampuk hal ni!


Kesudahan Sinetron Anugerah yang memualkan


Salam blogger dan pembaca...
Siapa yang berminat nak tahu episod akhir sinetron ni habis macam mana??hahaha
Sinetron Indonesia ni tersangat la menarik.Mungkin in cuma ayat power yang saya bagi pada drama Indonesia.Mula2 tu minta maaf la pada rakyat Indonesia kalau kritikan saya sangat keterlaluan.


hari demi hari..saya hanya kerja menternak lemak.pagi petang siang malam megunyah nasi berlauk masakan ibu..wowww..nak makan puas2 sebelum cuti!eh,tsilap cakap benda x sama ngan tajuk pulak!Biasa la,penulis yang tak berapa nak mahir lagi,memang hajatnya nak hiasi blog ini dengan penulisan saya sendiri tanpa menyimpan mana2 hasil tulisan orang lain lagi,kerana penulisan sendiri boleh menjana pemikiran kita.InsyaAllah blog saya akan saya kekalkan sehingga akhir hayat.Walaupun ini bukan satu2nya blog saya,tapi saya akan berusaha sedaya mungkin untuk lebih menumpukan kepada blog ini sahaja.


Dah sebulan saya dok kat rumah ni,sambil makan saya menonton sekali dengan mak dan ayah pada pukul5.3opetang setiap hari.Sinetron Indonesia yang mak saya gemari.Tiap hari pasti dan WAJIB tonton!!hehehe..saya tak tahu apa yang menarik yang ada dalam citer tu.


Dalam kelip2 saya fokus untuk mencari di mana kelebihan yang ada pada cerita ni.tapi apa yang ada dalam minda saya??hanyalah kutukan dan kritikan.yelah,selama ni saya lebih suka kepada cerita korea dan jepun sahaja,melayu dan lain2 jarang sekali untuk saya tonton.boleh kira ngan jari!
Saya akhirnya dapat bezakan antara cerita korea dan INDONESIA,kelihatan seperti lakonan Indonesia tidak mantap dan sangat lemah berbanding filem korea yang menunjukkan aksi yang orang kata memang betul2 berada di alam nyata,x nampak macam berlakon pon!


first sekali apa yang  meloyakan fikiran saya tentang sinetron ni adalah :-


1- Episod yang melampau2 panjangnya.


sampai 400episod!mana tak loyanya. Kalau setiap babak dia tu berlainan saya boleh terima tapi kelihatan macam dipusing2 ke tempat yang sama.Macam citer anugerah ni la.Anugerah diculik,cari punya cari pastu hilang balik,pastu jumpa pastu hilang.ornag tu bawa lari,orang ni bawa lari.apa kes!!patut la episod pon panjang bebenor!kalau menarik okey lah!


2- Suspen yang tak kena tempatnya dan melembabkan.


Lagu saspen dia tu boleh mendebarkan hati sape2 yg menonton tapi bila tengok apa yang saspen memang tak logik langsung.Contohnya apabila keluarga Fendi berkumpul ramai2 semata2 nak soh Nabila cakap di mana sebenarnya Anugerah,tengok2 xsempat nak cakap pun.dua tiga episod dok ulang yang sama!baru je nak terangkan di mana Anugerah,ada je orang menyampuk!apa daa...lembab!Bukannya nak tunjuk suspen yang berlainan.Asyik benda sama je sampai penonton pon leh agak dan berkata''ni mesti kejap lagi ada yang nak menyampuk!''Pastu suspen dia tu macam kita dah tau perkara tu dah berlaku.Contohnya Ibu Erlin diculik,penonton dah tahu Erlin diculik pastu boleh lagi buat suspen seolah2 mama Bima tu terkejut,pastu bila cakap kat Nabila,Nabila pula yg terkejut.Buat suspen macam tu sekali sudah la.kalau x pelakon Indon je yang syok terkejut sendiri.Penonton dah tak rasa apa2.lagi satu,lagu suspen dia sama je dgn mana2 sinetron lain.perasan x?bosan betol.kenapa la malaysia beli citer indonesia yg xberasas ni.maybe sebab murah kot.Malaysia nak jimat punya pasal terpaksa la beli juga.


3- Berdasarkan pemerhatian saya la,hasil selidik saya.apa2 je citer Indonesia pasti ada yang koma!masuk hospital tak sedar diri,pastu mulalah hilang ingatan!modal sama jer.tak kreatif langsung.


4- Hero dan heroin yang tak beri inspirasi langsung pada penonton


Tiap kali citer Indon disiarkan mesti hero bergaduh dengan lawannya,pastu heroin pulak manja asyik menangis 24jam!benda yang remeh pun dah keluar air mata,langsung tak tunjuk ciri-ciri ketabahan pada seseorang heroin.Macam mana filem macam tu nak beri manfaat pada penonton?bazir masa je la.


5- Filem yang mengajar orang ramai berbuat jahat


Yang ni paling saya sedih dan kecewa dengan penerbit dan pengarah filem citer ni.Semua babak banyak aksi yang membuatkan orang ramai terpengaruh dengan benda macam ni.Budaya fitnah menfitnah,dalam citer tu ada lebih kurang 5orang penjahat.Berusaha nak merebut harta karun milik orang lain!patut ler zaman sekarang ni hubungan kekeluargaan dah hancur!pengaruh tv kuat sangat.Buatlah cerita yang berunsurkan kebaikan.Bukan tunjukkan usaha2 nak rebut harta orang!nak,mak sama taraf.nak marah weh!.


6- Skrip pelakon lemah


Bila mana si Bima nak menyelamatkan Fendi dalam tanah runtuh tu,ape benda tah..asyik dok kata''aku mesti selamatkan fendi'' pastu''aku sendiri yang perlu menyelamatkan fendi''..sepatutnya tak payah la tunjuk reaksi macam tu,buat mimik muka sudah pastu terus terjun.ni pura-pura orang lain tarik la ape.Mati dulu si fendi tu!
Pereka skrip tu kena belajar dari korea punya citer la,ce tengok orang korea buat citer camne,cergas dan tangkas.Mana ada banyak cakap.


Saya menilai bahasanya terlalu berjela-jela. Seperti nak menjelaskan secara detail cerita dengan diucapkan. Kita melihat tayangan secara visual, bukan sedang membaca novel, mestinya gerakan isyarat, gerakan mimik, bibir, kepala, tangan dan sebagainya boleh jadi suatu bahasa tersendiri. Lebih tepatnya boleh dikatakan kita juga boleh memakai ‘body language’. Tidak semua harus dikatakan, bukankah kalau melihat gerakan tubuh, juga tahu apa dia marah, sedih, atau senang. Kalau semua diceritakan,kita juga tahu pelakon itu nak buat apa.dah tak jadi suspen or cerita tu dah tahu sebelum adegan seterusnya berlaku. Misalnya, orang itu melihat teman lelakinya bermesraan dengan temannya, si pelakon itu kemudian diperlihatkan wajahnya yang kerut-kerut, kemudian diberi back sound “saya marah sekali pada pacar saya, dia melecehkan saya, saya marah, awas kamu, akan aku balas”. Biasanya diselangi dengan tangan memukul-mukul ke tangan satunya lagi. Atau cerita lain, ketika di depan pintu rumah temannya, eh.. ia masih ngomong “saya harus mengetuk pintu itu, dia ada di dalam nggak ya? Apa dia mau menerima saya. Ah, gimana ya… (dan seterusnya….).”
bodoh!XPERLU LA MACAM TU.x kreatif betul la.

7- Permainan jahat yang bodoh dan agak kebudak-budakan.

Ada ke nak pecahkan rahsia pasal anak Nabila,reka2 buat puzzle pastu post ke satu tempat ke satu tempat,banyak lagi cara nak cam la siapa anak Nabila sebenarnya.Banyak lagi aksi yang memualkan ditonjolkan dalam sinetron ni,bukan citer ni saja,citer sinetron lain pun lebih kurang.

8- Islam tak kena pada tempat.

Nabila yang tidak bertudung dan agak seksi,tak lekang2 mengucapkan astgfirullah,ya Allah dll,konon2 Nabila ni orangnya tabah dan sering mengingati Allah tapi yg dok menangis 34 jam sampai boleh muat tangki lori tu apa?Tabah la kononnya.Solat pun tak pernah nampak dalam citer tu.tak sesuai pun.

9- Sepanjang citer tu blaku,tumbesaran Anugerah tak berubah2!Kadang2 citer tu kena la logik jugak kan!pandangan saya je ni.

10- Cerita Indon wajib ada MUKJIZAT yg Allah beri. yang koma dan tak bernyawa pun tiba2 boleh bersambung nyawa!bagus sangat!

11- kalau aksi gaduh2 diorang tumbuk macam tak kena.tak nampak power dan nampak sangat lakonnya.

bila tengok sinetron ni.Apa yang remaja dapat pelajari dari cerita ni?

Kebencian dan Iri Hati
Halalkan Segala Cara Untuk Mencapai Tujuan
Cubaan membunuh atau pembunuhan dan Balas Dendam
Kedengkian dan Kemarahan
Menghasut Orang Lain
Berprasangka Buruk (Su'ud dzon)
Malas dan Pendidikan Moral Kejahatan
Semuanya menhancurkan moral sesiapa saja yang melihat dan senang dipengaruhi.


- ??????????????????nanti2 la..lupa pulak..ini kritikan jer sbb di mata ini langsung tak ada benda untuk dipuji.Mungkin ada satu,bila susah senang ingatlah ALLAH!tu yg citer sinetron Indon selalu buat biarpun yang ingat tuan tu pakaiannya tak senonoh,dan hanya sorang dua je yg mcm tu,yg lebih2 perangai macam syaitan durjana pun ada !Saya yakin rakyat Indonesia sendiri merasakan diri sendiri diperbodoh oleh sinetron sebegini!marah ni ..


diperbodohkan...............hanyalah pujian kritikan 1,sambungan pujian kritikan 2 di tag:pandangan

nanti saya nak post pasal citer full house 9korean punye citer mmg best)
ada banyak perkara baik yang sy boleh belajar dalam citer full house!dah berkhatam banyak kali dah,tibalah masa nak beri pandangan kritikan atau pujian!