Pengikut setia

Tuesday, 18 February 2020

Suami mohon hadam sebelum nak kahwin

Saya rasa bersyukur kerana tinggal bersama seorang teman serumah (Baca: Suami) yang dibesarkan bukan dengan fikiran bahawa hanya wanita yang perlu buat kerja rumah.

Dalam keluarga kecil kami, tidak wujud istilah isteri dan ibu sahaja yang perlu menyelesaikan tugasan tugasan rumah yang berlambak lambak.

Kami flexible.

Pasa hari bekerja, kalau suami pulang dahulu ke rumah dia akan masak nasi dahulu untuk anak anak. Masak lauk simple seperti goreng ikan.

Tidak ada wujud situasi di mana dia akan menunggu saya pulang dan menunggu saya masak.

Kadang kadang, kalau kami dua dua letih kami hanya beli sahaja. Tidak mahu menyesakkan jiwa meletihkan badan yang sedia letih. Ambil langkah yang paling mudah dan menyenangkan untuk kedua dua.

Jarang sekali saya ingat situasi di mana saya pulang kerja dan berhempas pulas di dapur dalam keadaan yang tubuh yang penat.
(Kecuali ada time time bosan makan luar dan ada orang mengidam something😆)

Tapi, biasanya.

Kalau larat masak, tak larat tapau sahaja.

Saya manusia, suami juga manusia. Sama sama mengerti kelemahan dan had kekuatan diri masing.

Bukan semua kerja isteri perlu buat seperti lagak superhero, terutama bab masak memasak.

Saya teringat satu cerita yang diceritakan oleh seseorang.

Katanya, ada seorang kenalannya walaupun sedang berpantang perlu menyediakan makanan untuk suami. Suami tak nak makan makanan luar. Jadi, walaupun dalam keadaan penat selepas bersalin isteri itu terpaksa masuk dapur dan masak kerana itu tugas seorang isteri😔 Gigih!

Kalau difikirkan secara logik, tidak patutlah sang suami meminta isterinya yang masih lemah untuk memasak. Sepatutnya dia dilayan, bukan melayan.

Namun, oleh kerana sudah terbiasa dengan budaya begitu, maka saat isteri itu demam ke, dalam pantang ke, maka dia jugalah yang mengambil tugas itu.

Sebab itu, di awal perkahwinan. Belajar lah untuk membahagikan tugas dan belajar untuk menjadi flexible dalam perkahwinan anda.

Sebab apa yang anda bentuk dalam rumahtangga itu akan menjadi budaya yang akan dibawa sampai ke anak cucu.

Kalau anak anda hanya melihat watak ibu itu sahaja yang menguruskan rumah, maka pemahaman itu akan dibawa sampailah dia besar.

Tugas memasak, membasuh baju, mengemas bukan tugas isteri sahaja!

Tak tahu belajar
Beri peluang kepada kedua duanya untuk belajar dan menjalankan tanggungjawab.

Kalau suami kata, saya tak tahulah masak.

Awal awal kahwin, ajar dia asas masak nasi, goreng ikan. Eh itu dah cukup tau. Nanti yang lain lain, ajarlah lagi sampai dia pandai. Mana tahu nanti dia lagi pro! (Ramai je lelaki yang lagi pro masak dari isteri. Isteri2 jangan marah ya😂)

Kalau dia dah terbiasa isteri masak, dia tunggu di ruang tamu. Lama lama memang dia akan selesa begitu. Tapi kalau dari awal kita dah besama sama, dia pula akan kekok kalau tak bantu isterinya.

Sama sama ambil tanggungjawab barulah hidup aman bahagia😉

#notarumahtanggapuanfarhan

2 comments:

  1. According to Stanford Medical, It is really the one and ONLY reason women in this country get to live 10 years more and weigh 42 lbs less than us.

    (And really, it has absolutely NOTHING to do with genetics or some secret-exercise and EVERYTHING around "HOW" they eat.)

    BTW, What I said is "HOW", and not "what"...

    Tap on this link to discover if this easy test can help you discover your real weight loss possibilities

    ReplyDelete
  2. In this fashion my acquaintance Wesley Virgin's story begins in this SHOCKING and controversial VIDEO.

    As a matter of fact, Wesley was in the army-and soon after leaving-he revealed hidden, "self mind control" tactics that the government and others used to get everything they want.

    As it turns out, these are the exact same secrets lots of celebrities (especially those who "come out of nowhere") and the greatest business people used to become wealthy and famous.

    You probably know how you use only 10% of your brain.

    Really, that's because most of your BRAINPOWER is UNCONSCIOUS.

    Perhaps this expression has even occurred IN YOUR own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head about seven years ago, while driving an unregistered, beat-up bucket of a car with a suspended license and $3.20 on his banking card.

    "I'm very fed up with living paycheck to paycheck! When will I finally make it?"

    You've been a part of those those types of thoughts, ain't it so?

    Your very own success story is going to be written. All you have to do is in YOURSELF.

    WATCH WESLEY SPEAK NOW

    ReplyDelete

arigatO!