Hai assalamualaikum semua, ada tak kat sini yang mempunyai masalah bau mulut? Saya nak kenalkan produk yang saya guna sekaligus menerima sape2 yang nak produk ni,boleh la order dengan saya ....iaitu..jeng jeng jengggg...
Pengikut setia
Saturday, 13 August 2016
Produk hilangkan bau mulut Nora Essential No.1
Tuesday, 19 July 2016
Destinasi selepas habis belajar? kahwin vs sambung belajar vs kerja?
Saya dah usia 25 tahun. Masih terkontang kanting. Tidak berpasangan. Habis belajar pun masih bersendirian. Masih lagi menggunakan duit ma abah untuk keperluan. Kadang2 ada rasa ketidakbergunaan dalam diri ini kerana masih mengharapkan duit ibu dan ayah. Apabila saya membaca sebuah buku yang mengatakan nafkah anak perempuan masih lagi dibawah tanggungan ibubapa selagi mana dia belum berkahwin. Dah kena cerai pun ibubapa perlu ambil anak perempuan tu untuk ditANggung. so? saya cuba untuk tenangkan diri dengan mengingati ayat tersebut. Dalam masa yang sama saya selalu berdoa moga Allah datangkan suami yang kaya imannya,kaya jiwanya,dan tak lupa kaya hartanya.. keh keh keh.. tak da la.gurau jeee.. tapi setiap orang layak untuk berdoa apa saja kan? insya Allah makbul. Aminnnnn. Daripada saya fikir apa yang perlu saya lakukan,saya nekad dalam masa 2bulan ni,saya nak buat apa saja yang ma abah suruh. cuba untuk mengembirakan hati mereka. cuba mengemas rumah biar bersih,memasak,dan semua kerja yang ma abah pernah buat. senang kata berbakti pada orang tua la. sebab tu jer yang mampu saya lakukan untuk kedua orang tua saya selain bekerja dan memberi wang. bagi saya kasih sayang dan perhatian tiada banding berbanding memberi wang kepada kedua orang tua saya. lagipun orangtua saya dah mampu dalam semua tu. langsung tak mengharap wang anak-anak.
kucing dulu la baRu datang si laki tu, belajar ilmu rumahtangga mcm memasak,lipat kain,basuh kain,buatlah kerja macam mak kita buat tu,baca buku2 berkaitan rumahtangga. kalau laki lak same la. pandai2 la. Allah nampak apa yang kita usahakan. kalau nak sambung belajar,rajin2 kan diri mengisi borang dan hantar borang tu mana2 yang kita nak.kalau rasa nak kerja,usahalah buat resume n lain dan hantar ke mana2 yang kita nak kerja, jangan duk terperuk je dalam rumah mengharapkan doa je. takkan bergerakk noo.. dasar pemalas.. haha. lepas pada kita buat semua tu, kita doa doa doa serahkan semua bulat2 pada Allah, tawakal pada Allah sepenuhhhhnya. InsyaAllah perjalanan hidup kita akan lancar selancarnya. Amin.
dh 6tahun umur blog ni. saya dah active balik setelah beberapa lama tidak taip, saya cuma duduk dalam dunia saya. tapi satu hari , saya disampaikan oleh seseorang berkenaan blog saya. katanya dia tak puas hati kerana saya menulis di blog setiap kali saya ingin meluahkan kata. bagi saya tak salah luahkan kat sini. sebab ni blog saya. blog yang saya wujudkan untuk diri saya. untuk pembaca tu, sesiapa yang malang dia terpancinglah blog yang tak seberapa ni. Maaflah andai apa yang saya tulis buat awak terasa hati ye,bukan saya nk tuju kepada sesiapa.lagipun, lebih elok meluahkan pandangan di sini berbanding di fb we chat dan sebagainya. Dan utk pengetahuan semua,ini je blog terbuka untuk semua. yang lain mmg saya kunci. hanya saya je boleh baca sebab blog tu ibarat diari tertutup saya. kenapa nak dengki??? aku sekehhhh kang!!!! heee.. hehee.. bio la.. orang dengki tu adalah orang yang tak puas hati dengan hidup dia,jeles ngan hidup orang.
Friday, 15 July 2016
Jangan putus asa dalam hidup
SELAMAT TENGAH HARI.. oleh kerana degree dah habis,kerjanya asyik makan tidur kemas rumah masak.. terasa kebosanan melanda apabila buku motivasi dibuka ttpi rasa xtertarik untuk dibaca pun. Membelek fb Instagram wassup..cuma menghabiskan data tanpa sebab munasabah! Bila keseorangan,saya mengimbau kembali kenangan dulu2 semasa Nk meningkat remaja. Berumur 12tahun. Waktu ITU,ketika kawan2 belajar bersungguh2 untuk menggapai 5A dalam UPSR. Saya seolah2 seperti budak yg xpernah sekolah. Asyik bermain bermain bermain. Tak risau langsung tentang pelajaran Yang hampir dekat. Kerja Saya ketika bermula alam tadika sehingga Berumur 12 tahun, cuma pandai naik basikal pergi paya,tangkap ikan,panjat pokok rumah jiran2, tangkap burung di hutan, buat sarang ayam,arnab,Bela kucing,berebut anak ayam di rumah jiran,bersuka ria dengan kawan2 Dan banyak lagi kenangan Yang Tak dapat Saya lupakan. Sangat nakal! Dan ketika ITU,Saya langsung xmerasai APA ITU stress. Jiwa Saya Sangat merdeka.Saya Tak risau pasal kegagalan. Tak tahu apa erti kejayaan. Akhirnya keputusan UPSR Saya cuma 2A sahaja. Masa tu ma abah g umrah. Pagi lagi Saya ke sekolah ambik result. Saat orang lain menangis kerana mendapat 4A. Saya? Cuma melipat result ITU Dan terus balik rumah N pergi main ayam2 belakang rumah. Takda sedikit pun rasa kekecewaan dalam diri. Hanya keluarga Yang risau ke mana Masa depan Saya seterusnya?
Kemudian abah terus hantar Saya ke Maahad pengajian Islam untuk meneruskan sekolah menengah. Di Saat Saya umur 13tahun,Saya perlu menduduki Safful Awwal iaitu kelas peralihan. Cikgu cakap kalau exam dapat tinggi akan dapat langkau kelas ke tingkatan 2 pada tahun seterusnya. Sekali lagi saya tiada motivasi untuk bersungguh2 ke arah ITU. Saya tak dappt langkau kelas pun! Jadi rugi lah saya sebab dalam umur 14tahun,saya baru dalam tingkatan1.
Kenakalan Saya memuncak apabila Saya berkawan dengan budak kelas last. Walaupun ketika ITU Saya dimasukkan kedalam kelas pertama di sekolah itu. Bila Cikgu mengajar Saya suka tidur. Bila ustaz nak soal benda yg disuruh hafal,perlahan2 Saya keluar dari pintu belakang. Sehingga 1 Masa Saya dipanggil masuk ke bilik kaunseling. Cikgu tu warning Saya sebab Saya budak nakal. Tapi lepas kena panggil,Saya xinsaf lagi. Remaja katakan. Sebab Saya dah terkawan dengan budak nakal. Saya dipengaruhi oleh mereka untuk panjat pagar sekolah. Waktu tu baru pukul12 t.hari. motif? Sebab nak tengok cerita yg menarik Kt TV.dah lupa cerita APA. N bile balik ke sekolah tu, terserempak dengan sorang guru sekolah tu. Sekali lagi kena pggil masuk bilik kaunseling. Adeh.. Tapi Masa tu xde perasaan takot langsung. Sebab Cikgu kaunselor baik Sangat Masa bercakap. Bila dia warning. Saya cuma angguk N sengih2 je.Saya pun xtau kenapa hati Saya kebal N xde rasa takut. Cikgu2 dah kenal N Saya femes jasa perangai Saya yg nakal. Mungkin sbb saya xboleh femes untuk jd pelajar cemerlang, benda mudah utk femes adalah jadi budak nakal utk raih perhatian! Cikgu kaunselor kenal,Cikgu displin apatah lagi,Cikgu kelas? Memang lali dh..hari2 kena soal dalam kelas. Hari2 minta keluar tandas sebab takut kena soal. N keluar ikut pintu belakang. Bila kena panggil depan tulis Kt blackboard, Saya mampu termenung je N reka2 buat jawapan sendiri.
Satu hari Saya kena panggil dengan sorang Cikgu ni. Dia cakap Kat Saya, " awak sebenarnya ada Masa depan cerah Tapi kenapa awak seolah2 nak memusnahkan Masa depan awak sendiri?saya nak tengok dalam Masa setahun ni awak berubah!" Saya menjawab" APA ITU Masa depan ustazah?Saya xpandai N lansung xpikat APA yg Cikgu sekolah ajar". Cikgu tu cakap "awak xsedar sebenarnya awak kreatif Dan Sangat pandai,cuma awak malas berusaha.tolonglah berubah!Walaupun subjek yang lain awak teruk Tapi subjek Quran awak selalu dapat 100 . Saya percaya dalam diri awak.,Allah dah letak awak dalam tempat Yang Sangat tinggi" Dan Saya rasa ketika ITU,Satu kesedaran untuk Saya belajar. Tapi oleh kerana Saya xreti untuk usaha,Saya selalu putus asa. Cikgu tu cakap kalau Saya dapat result tinggi dia janji akan letak Saya dalam tingkatan 2bukhari iaitu kelas gabung laki perempuan. Kelas tu memang terpilih sebagai kelas cemerlang di sekolah tu. Last2 result keluar.
Saya dapat result mengejutkan iaitu Dr 20subjek, Saya peroleh 12 A. Tapi Yang kelakar result akademik sy K.O habis! Tp saya Tak rasa gembira mahupun kecewa. Kemudian seperti dijanjikan,nama Saya naik untuk masuk ke 2bukhRi.. Bila belajar kt sana dengan semangat bRu saya dapat cemerlang dalam PMRU, walaupun xpenuh mcm kawan2 lain, tapi mengembirakan ma abah saya yang selama ini fikir saya xde masa depan. Yela, abang kakak2 semua boleh masuk MAahad muhammadi yang orang berebut2 nak masuk. Masa tu saya berubah pon sebab saya sekelas ngn sorang laki. N rasa agak malu kalau saya dapat result rendah. Masa saya belajar n xpaham, dia selalu tnnya saya,faham ke tak. N bila xpaham,dia ajarkan sampai lah faham. Sejak pada tu saya fokus apa yg ustazah ajar sebab malu nak cakap kt laki tu saya asyik tak faham. So laki tu buat saya berjaya dalam idup. Keh keh keh. Tapi Masa tu abah dh buat keputusan supaya Saya Berpindah ke Maahad Muhammadi Perempuan. N Saya layak ke sekolah ITU. Saya xsuka pindah. Tapi demi abah. Saya pergi dengan hati tidak rela. Cikgu2 sayang Saya, masa Saya cakap Saya nak pindah. Semua cakap "kenapa nak pindah,duk aje Kat sekolah ni. Awk dh JD pelajar yg tersenarai utk cemerlang."
Masa tu xtau nak kata perasaan Saya.gembira Sebab Ada inspirasi!.
Bila dh pindah,Sekali lagi ujian Allah bagi. Saya tiba2 JD down. Sebab Walaupun sekolah ni elit N disukai ramai tetapi pelajar N guru selalu memperlekeh orang dari bekas sekolah lain. Bila tengok result akademik Saya K.O, dia menggeleng2. Bila suh speaking, Saya diam membatu, Bila ditanya sape xfaham, Saya angkat tangan. N Cikgu tu tnnya awak budak baru ke? Dari sekolah mana? Amboi Cikgu. n mcam2 kata2 yang xsedap didengar. Antaranya yg boleh saya luahkan "macam mana rsult akademik mcm ni boleh masuk MMP?" Bila ckp drp sekolah MPI . Dia menjawab "oh patutlah!"Terobek Jiwa ni. Tambah lagi Masa tu ujian abah Saya jadi lumpuh. N pencen cepat. Keluarga lintang pukang. Buat Saya teramat down. Saya Sangat merindui Cikgu2 Mpi. sepatutnya buat guru2, Bukan setakat pandai mengajar sahaja, tp kena bagi motivasi kepada pelajarnya juga, bukan ayat hinaan. Kan? Tapi saya usaha sekadar Yang Saya mampu sahaja, berbekal motivasi dari guru2 dari Mpi.. hari berlalu..
Saya dapat result PMR ciput je, tapi Saya berusaha utk dapat SMU Dan Spm dengan baik. N Allah bagi cukup2 je. Tapi Saya percaya,rezeki di tangan Allah. Dengan berbekal result Spm Yang cukup2 tu, Saya minta UPU, N Saya dapat masuk Unisza, terus terang Saya cakap, rezeki Saya adalah melalui DOA dari IBU Saya Dan usaha Saya. walau result xtinggi Saya yakin Allah lasti tolong hambanya Yang dah berusaha Tapi masih xberjaya tu kehendak Allah. Terima kasih ma! Sebab tu kita kena berbuat baik pada orang tua .Walaupun kita x pandai,sekurang2 nya kita ada akhlak. &bergantung harap pada Allah.
Bila masuk universiti, banyak pula cabaran yg xdapat Saya ceritakan. Nanti Ade Masa boleh dicerita Masa lain untuk dijadikan teladan Dan tauladan. Result universiti pun xsetanding kawan2 Saya Yang lain. Tapi tiap Kali Saya menangis Saat dapat result Yang xmemuaskan, Saya kena marah Kt ma. Ma xsuka anaknya menangis Dan Tak dapat terima ketentuan Allah. Kata ma" tolong redha dengan APA Yang Allah berikan." N selepas ITU, tiap Kali Saya dapat result mengecewakan . Saya ucap alhamdulillah. Selepas tamat diploma,menunggu result untuk masuk degree,alhamdulillah Saya berjaya masuk degree. 3tahun pula saya berhempas pulas. Masa di universiti, tahap kesedaran untuk belajar dah ADA. Cuma Sebab kemampuan Saya biasa2, Saya Tak tekankan Sangat lah! Sebab xnak stresskan diri. Sekarang macam xpercaya dah tamat belajaR. Cuma sedikit stress Bila orang selalu Tanya.watpe Sekarang, nak Kerja APA.susah nak dapat Kerja, xnak sambung belajar ke,Bila nak kahwin. N Saya mampu tersenyum kerana Saya taknak bandingkan hidup Saya dengan saudara2 lain. Saya percaya rezeki Allah luas. Dan hidup kita hanya sementara di dunia.hidup Bukan untuk dibangga2.
Jadinya di sini. Saya nak jelaskan pada adik2 atau sape2 je yg rasa diri dia dah putus asa atau rasa dah Gagal N Tak mampu untuk berjaya lagi. Tolonglah jangan mudah mengalah. Bergantunglah hidup dengan Allah Dan DOA dari IBU bapa. Kalau dah Tak de ibu bapa,jangan lupa untuk selalu berdoa kepada mereka. Sebab Saya juga,insan Yang agak bodoh di Mata Saya dan juga orang lain. Sehingga dulu selalu terfikir "kenapa Saya tidak dilahirkan sebagai budak bijak?" Tapi jawapannya pada Allah. Kerana jika kita seorang berjaya.mungkin hidup Kita penuh dengan rasa bangga riak Dan takabur.silap hari bulan kita suka menunjuk2 pangkat kita, Dan suka perlekehkan orang sekeliling. Allah Tak suka tu. Jadi Allah dah selamatkan kita dari bersifat demikian.
Jadi, pesanan Saya,juga kata2 ini dari seorang ustaz Saya. Biarlah kita menjadi seekor kura-kura,Bukan seekor arnab Yang berjaya Tapi bongkak diri. Jadilah seekor kura-kura Yang istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara. InsyaAllah kita berjaya.
Dan Saya terfikir, Saya berjaya harungi Hari2 mendatang ini mungkin juga DOA dari ustazah di sekolah MPi. Terima kasih ustazah.DOA ustazah buat Saya tidak terpesong.
Jangan dengki dengan orang genius Yang Tak berusaha tetap berjaya. Sebab Allah Tak pandang pada result kita, Tapi Allah pandang kepada usaha Yang kita lakukan selama ini. Biarlah Tak setinggi orang lain, Yang penting, hidup kita mesti bergantung kepada Allah. Usaha, DOA, tawakal. Sekian untuk tengahari ini.
Semoga berjaya!
Friday, 26 February 2016
Allah selalu bersama kita
sempat ke library untuk mencari bahan2 rujukan untuk assignment falak dan thesis. Lepas jumpa buku terus ke tempat mesin potostat konon2 nak potostat isi2 penting.
tapi lupa duit xbawak 1sen pon. lepas bagi buku kat akak potostat tu.. n tengah duk pilih isi2 lain untuk dipotostat, tetibe terdetik dalam hati"alamak!!!aku xbawak purse lah!" macam mana nak bayar ni? pandang belakang.. ramai nye orang dok beratur nak potostat.. malu la kalau xda duit nak bayar ni.. tengah mengelamun fikir..nak lari ke.. or nak ape.. n tiba2 lagi. ade sorang hamba Allah ni dtg duk tepi aku. n tetibe lagi dia cakap kat akak potostat tu.. "akak, nanti duit lebih saya tolong bayarkan untuk budak ni ye." aku?? terkebil2 terkejut. datang mana ntah orang ni .. kenal pon tak.. dia tau ke aku xda duit? padahal xda cakap kt sape2 pon..
haaa.. berdasarkan citer ni.. nak cakapnya.. walaupun kita keseorangan tanpa teman. Allah tetap ada bersama kita.Kalau kita yakin Allah sentiasa ada buat kita, pasti pertolongan tetap ada melalui jalan tengah. Allah hantarkan seseorang untuk menolong saya. simple kan??
teringat dulu2 ketika saat mula2 bawa motor ke unisza, tiba2 tayar motor bocor. aku keseorangan terkontang kanting pam tayar motor. Tapi xberhasil. Rasa nak menangis! Ya Allah kenapa aku selalu keseorangan. Bantu lah hambaMu ini. Jangan kau beri aku kesusahan. Aku hanya ada Kamu ya Allah. Camtu la hati aku terdetik di saat aku sendirian.
Tiba2 datang 2orang jejaka yang baik hati datang bertanya. "Ada apa2 masalah ke?" & dengan nada slow nya aku menjawab, "motor bocor". Kedua2nya ikhlas datang menolong.. Nampak kesungguhan mereka menolong saya.. Ulang alik mengambil barang2 untuk tukar tayar . & Bila hulurkan duit. Dia menolak dan senyum. "Kami ikhlas menolong. Dah jadi tanggungjawab kami untuk tolong kalau ada yang susah"
Kebaikan mereka selalu saya ingat. sampai mati. Kita sebagai hamba lemah perlu bergantung sepenuhnya kepada Allah. Baru lah keajaiban berlaku. Kalau kita berharapkan ihsan dari manusia, mustahil ada yang menolong. Bila kita berdoa,Allah dah tarik hamba2 nya yang lain untuk tolong kita. So, BUAT yang selalu bersendirian tanpa teman. Jangan sedih jangan risau. Allah ada! saat kita senang dan susah. Jangan pula ketika kita senang kita mudah lupakan Allah .
Sekian untuk hari ini.
Saturday, 22 February 2014
Pengalaman jerawat teruk dan resdung
~SABAR ITU INDAH~
Sekian lama saya hidup dengan keadaan malu dan rendah diri yang teramat sangat.Di sebabkan alam remaja saya yang menyakitkan dan keadaan stress saya membuatkan diri saya semakin teruk dan sangat mendukacitakan.Saya tidak dapat menerima kenyataan bahawa 'muka saya dijangkiti jerawat serius' tambah2 resdung.Asalnya jerawat biasa,tapi disebabkan saya begitu benci dengan jerawat ni,saya terus mencari produk untuk menghilangkannya.Bermula tingkatan3,hidup saya berubah 360. Saya merasa dunia ini gelap,setiap kali berjalan ke mana sahaja,pasti ada saja manusia yang menegur dan berkata tentang muka saya.Sebelum ini, saya rasa tidak puas dengan muka saya,dah ok tapi masih lagi nak ok. Saya tak hairan pun orang puji saya lawa, sebab saya tak rasa diri saya sempurna. Saya punya kawan yang agak ramai, perangai gila2 saya menyebabkan ramai kawan yang mudah melekat dengan saya.tapi hakikatnya macam tu la,kawan hanya bersama masa bergembira.
Ketika saya dilanda kesedihan,senyap membisu sebab stress dengan muka,diri saya makin jauh dengan rakan2 ,disebabkan 1 perkara.saya diam.Dan ramai yang tidak pedulikan saya.Mereka hanya dekat dengan saya kerana saya lucu.bila saya tak buat happy2 dan senyap.mereka pun lari dari mendekati saya.Lama saya berfikir kenapa terjadi benda macam ni pada saya.rupanya saya sedar ALLAH sayangkan saya,dia tak bagi saya menggatal dengan sape2 pon,dengan lelaki.sebelum muka saya ditumbuhi jerawat,ramai lelaki yang kerap mengacau.saya pun kadang2 rasa ada perasaan ingin mencuba.tapi ALLAH cepat2 lindungi diri saya dari terus hanyut. saya mula menjauhi lelaki2 dan berusaha untuk tidak berkomunikasi dengan lelaki. saya mengambil keputusan untuk pindah ke sekolah perempuan sahaja. MAAHAD MUHAMMMADI PEREMPUAN. saya nekad dan terus belajar bersungguh2.tak disangka2 perangai malas saya bertukar jadi rajin. saya peroleh keputusan cemerlang dan boleh ke sekolah elit dan terkawal. saya mulakan hidup baru dan proses menternak jerawat pun bermula.masa tu memang saya rimas dengan diri saya,sedih ,kecewa,tapi macam tu la rutin hidup.tak kira saape pon,mesti ada mulut2 yang mengata pada diri ini. makcik2 clener pon tegur jerawat saya teruk,pergi pasar or mall pun mesti ada orang promote and syor untuk pakai macam2 produk.masih ingat diingatan kawan and manusia2 yang tak ada akal tegur .
''lin,teroknya jerawat mu!gerun aku tengok''
''kenapa ngan muka kau ni,dah macam takde rupa dah aku tengok.''
''kesian aku tengok mu,mesti sakitkan.''
''eh,kenapa muka mu sekarang?''
''mu ni tak pandai jaga muka lah!beli la produk untuk pulihkan muka mu''
''aku tengok muka mu dah macam tar jalan''
''ngan bulan lawa bulan lagi''
''laki mana yang nak kan kau,mesti termuntah bila tengok kau''
''dah tau takleh makan seafood makan jugak'' -bajet jadi mak nenek''
''aku soh try benda ni mu taknak'' -promote-
''cepat2 la berubat,kang jatuh duit mas kawin''
macam2 la kata2 hinaan yang saya dapat,tapi yang mampu hanyalah sabar dan senyum.
Mereka hanya pandai berkata2 tanpa mengetahui diri ni terluka.tak tau berapa banyak usaha yang saya dah buat.Mak cik2 pun suka tegur saya.pergila mane2 pon,saya memang terkenal. Mesti ade je mulut2 yang berkata.g kafe,pak cik bagi motivasi.
''adik,jaga makan tu,muka adik kena makan jenis protin and antioksida supaya jerawt surut,jangan pedulikan kata orang,kena sabar.biar lambat pulih asal usaha.''
fuh..bagus betul.
g cameron higland sekalipun,ade sorang mak cik panggil saya.
''adik2,mai sini jap..mak cik nak cakap ni,adik jangan teraasa.(dalam hati dah agak ape benda nak cakap).mak cik dulu macam adik juga,tapi mak cik makan rumpai laut,sekarang dah ok,adik try la ye.sayang muka lawa tapi tak usaha nak ubatkan..''
.......cewah,ayat memujuk....! ;-)
mak cik tua kat atas pasar plak,
''anok oi anok,mai cini meta,bakpo muka anok lagu nih.sie mok cik tengok.muka comel doh tapi tenggelam mugo jerawat terok.g la berubat nuh,mano tau kena bomoh ko ore ko gapo.terok sangat doh mok cik tengok.kalu kena tgh panas ni mst pedih dok..''
'adoi...haru biru plok mok cik ni bcakap,tapi saya senyum je and jawab.. hmm tu la mok cik,saya tak tau nak wat ngano dh..insyaAllah saya usaha lg.'' jalan tak pandang belakang lagi.kalau jalan mana2 tak berani dah nak pandang orang,takot orang waat ramah pelik,saya juga terkesot hati' hehehhe.
Masuk universiti makin la menebal rasa malu.
Saya terpaksa lupakan orang yang saya suka disebabkan perasaan rendah diri sebab diri saya macam ni.
Saya terpaksa bagi alasan setiap kali nak berjumpa kawan2(renion0 sekolah rendah dulu semata2 malu dengan diri saya.
saya terpaksa elak diri dari bertemu kawan lama supaya mereka tak beri reaksi terkejut bila tengok diri saya.
saya terpaksa tebal muka berjumpa mata dengan sanak saudara dan mendengar kata2 mereka yang berkata tentang saya.
saya terpaksa berhadapan dengan family saya sendiri yang kerap mempersoalkan kenapa diri saya berjerawat.
saya sengaja tundukkan muka supaya orang tak buat peramah dengan saya.
saya takut diri saya terluka.
tu la cara saya.biarlah orang nak kata saya ni sombong.
saya tak suka lelaki2
saya rasa diri saya hina.
laki semua sama.
masa saya tiada masalah muka mereka pandai cari nak berkawan dan tegur
time saya bermasalah,mereka pandai memilih.
sekarang saya tak suka lelaki yang hanya sukakan kecantikan wanita.
saya hanyalah untuk orang yang benar2 menghargai saya.memilih saya kerana kecantikan akhlak.
bukan saya nak benda ni terjadi.
saya cuba kuatkan diri dan cuba untuk berkeyakinan tinggi.
Selama hampir setahun saya cuba untuk tidak mendekati mana2 produk lagi,saya putus asa.
Dalam cuti diploma,saya berkurung dalam rumah. selama beberapa bulan, saya hanya makan ikan rebus dan ikan goreng sahaja. saya sedari bahawa muka saya semakin pulih tanpa apa2 produk.saya baru sedar yang saya sebenarnya perlu menjaga pemakanan.makan biar seimbang.hindari apa yang saya tak boleh makan.mula dari itu ,saya banyakkan makan ikan je,ayam telur saya jarangkan.seafood saya tinggal terus.
kesimpulannya.bagi muka yang berjerawat,makan lah makanan seimbang dan jaga pemakanan anda,BANYAKKAN minum air kosong.jangan pakai produk yang macam2,just makan makanan sunnah spt, zaafaran,kismis dan try cari inisiatif untuk memulihkan muka dengan makan makanan tambahan yang berunsurkan ''antioksida''.
Kini,sedikit sebanyak,saya dah boleh tersenyum kembali,walau disekeliling tak berapa nak gembira,muka saya nampak gembira kerana saya happy dengan apa yang saya perolehi,saya dah dapat apa yang saya impikan,dan saya akan usaha lagi.
kepada yang bernasib seperti saya.jangan putus asa.UJIAN ITU MESTI DIHADAP DENGAN PENUH TENANG. BUKA STRESS.makn stress makin ramai ''anak2 di muka''.
wallahualam.
Friday, 14 September 2012
Apa nak buat jika ada yang rasa diri dia hebat??
Rasa diri sendiri hebat memang tak nampak sebab benda tu ada dalam hati, tapi boleh di ketahui dan di rasai melalui perlakuan dan kata-katanya.
Orang macam ni selalu nak menang je. apa orang cakap semuanya tak betul. apa orang buat semuanya tak betul. orang buat silap sikit dia dah kutuk. kalau beri tunjuk ajar pun, terangkan macam tak ikhlas. dia saja yang betul kot.
Ramai lagi orang low profile kat luar sana tapi sebenarnya lebih hebat dan bijak dari orang yang rasa hebat ni...
Kenapa mereka rasa diri mereka ni hebat sangat ?
memang tak faham..kui kui kui (xde idea nak tulis entry,saja nak update tak nak bagi dia terbiar ibarat pokok2 di hutan ;)
Thursday, 3 May 2012
Tip Lulus Temu Duga Sektor Swasta
http://zaharuddin.net/kerjaya/624-temuduga-kerja--yang-perlu-a-yang-jangan.html(LAin rujukan)