Pengikut setia

Showing posts with label penyakit. Show all posts
Showing posts with label penyakit. Show all posts

Saturday, 13 August 2016

Produk hilangkan bau mulut Nora Essential No.1

Hai assalamualaikum semua, ada tak kat sini yang mempunyai masalah bau mulut? Saya nak kenalkan produk yang saya guna sekaligus menerima sape2 yang nak produk ni,boleh la order dengan saya ....iaitu..jeng jeng jengggg...


Wassup untuk order: 01113085038
Dropship Noraessential Kota Bharu,Kelantan
Jom follow Instagram: noraessentialkotabharu.lin


Saya suka guna produk ni sebab dia berbau wangi, Oleh kerana tak suka sarapan pagi, bila lama tak bercakap, rasa segan pula nak buka mulut. Sebab biasanya apabila mulut kita tak makan apa-apa pada waktu pagi akan menimbulkan masalah ni. Dulu saya suka borong gula-gula getah, bagi saya walaupun dah gosok gigi, tetap tak cukup bersih. Penyakit was-was ni turun temurun dari dulu lagi.Lagi-lagi bab gigi dan mulut. Penting untuk beribadah. Kalau dulu kena bersugi,sekarang gosok gigi,plus2 tambah la pewangi mulut,takkan badan je semerbak harum wangi tapi mulut? Awak nak ker camtu?hihii

Dah cuba untuk makan gula-gula getah  Bangun je tidur terus pergi kerja,pergi kuliah tanpa makan apa-apa menyebabkan mulut sedikit berbau setiap kali bercakap, walaupun kawan kita tak tutup hidung dek kerana mulut kita,tetap kita rasa tidak berkeyakinan nak bercakap. So apa tunggu lagi,jom la cuba.

Suka makan macam-macam,pastu mulut dah tak leh cover bau dah,tambah lagi yang ada resdung,memang masalah ni tak boleh lari. Sebelum kawan-kawan tak nak dekati kita, atau lagi parah mereka dah start tutup hidung bila kita dekati mereka, Siapa yang terasa? kita kan? Jadi ni penyelesaiannya. Berkorban demi maruah kita. hiiihii


Bagi yang nak luahkan cinta pada seseorang tapi tak berkeyakinan nak berhadapan dengan tersayang, boleh cubaaa, inilah masanya untuk selesaikan masalah mulut berbau.

Bagi si suami yang kuat merokok dan selalu bini membebel sebab terlampau berbau busuk,habis pakaian berbau dengan asap rokok,apatah lagi nak berasmara dana,lagi la tak berselera, Jom jom jom.. Pasni dijamin isteri anda lagiii sayangggg...

Si isteri pun , bila nak dekat dengan suami pun segan sebab bau mulut kuat sangat. Ini pun boleh menyelesaikan masalah awak-awak, pasni nak duk dekat setengah inci dengan orang tersayang pun dah tak segan lagi. Bayangkan nak bercakap ngan suami kita tiba tiba suami cakap, "eii busuk la mulut awak, tak gosok gigi ke? ". Malu kan??

Tuesday, 8 November 2011

MENGENALI KANAK-KANAK DISLEKSIA

DISLEKSIA
DEFINISI
Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)
“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:-
  • Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
  • Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
  • Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan
APA ITU DISLEKSIA?
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.
SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA?
Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.
Jenis-jenis Disleksia
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :
Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik

Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori
Disleksia visual-auditori
Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio
.
PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;
Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun
Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum
Kematangan 
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia
 
CIRI-CIRI DISLEKSIA
Kanak-kanak pra-sekolah :
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
- Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
- Tidak merangkak semasa bayi
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan
Kanak-kanak
Sekolah Rendah :
6 hingga 9 tahun
- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
- Keliru dengan kiri dan kanan
- Tulisan cermin atau terbalik
9 hingga 12 tahun
- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa
 Sekolah Menengah :
- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
- Kesukaran menulis karangan
- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
- Kesukaran mempelajari bahasa lain
- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
- Jenis orang yang suka senyap
- Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
- Kurang kemahiran bersosial

MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA
Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;
 Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m – w y –g – j u – n m – n

c – e p – q h – n b – d
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
t – h f – v
Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti:
Batu – tuba
Gula - lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:
pada masa yang sama – dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut :
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu
Jam – jem
cat - cat

Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik
Bercakap dan mendengar
Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
3 – 5 - 8
9 - 6

Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah
LANGKAH-LANGKAH MENBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA
- Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya
- Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
- Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
- Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
- Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
- Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika
- Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni
- Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
- Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
- Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai
Sumber Rujukan : Unit Pendidikan Khas, SK Selayang Jaya

Cara-cara mengenal kanak-kanak autisme

Autisme
Ibu bapa perlu tahu cara mengetuk ‘pintu rahsia’ anak sebelum boleh mendekati dan berinteraksi dengan anak autisme. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui, anak anda makin sukar didekati dan mungkin terus hidup dalam dunianya sendiri.Anak autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh, degil, berkelakuan pelik, mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran.Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal, tetapi melalui pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan baik, malah mungkin lebih berjaya daripada individu normal. Dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula ‘buat perangai’, sama ada tidak mengendahkan orang lain, asyik mengulangi perkara sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri.Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai.
Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik menunjukkan kini ada kira-kira 47,000 penduduk negara kita menghidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri.
Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.
Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.
Pun begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok dan Bill Gates. Mereka berkongsi masalah sama, iaitu mengalami Sindrom Asperger iaitu sejenis autisme.
Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.
Ciri-ciri kanak-kanak autisme ialah:
a) Tidak mampu bersosial
· Perkembangan sosial kanak-kanak autisme sangat perlahan, menyebabkan mereka jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya dan menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal seperti:
1. Tidak menghiraukan orang lain.
2. Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain.
3. Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.
4. Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang).
5. Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran.
6.   Lebih suka bermain sendiri.
7. Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi.
b. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi
· Lambat bercakap.
· Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.
· Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.
· Bercakap dalam nada pelik — seperti menyanyi atau bercakap macam robot.
· Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap).
· Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.
· Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan mereka kedengaran seperti orang dewasa.
c. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan
· Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan.
· Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan.
· Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek.
· Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan.
· Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.
· Tidak boleh duduk diam.
· Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa
d. Masalah tingkah laku
· Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri.
· Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain.
· Tidak tahu bersosial — jika melakukan kesalahan, ia sangat mudah dikesan.
· Aktif tetapi berperangai pelik — kanak-kanak autisme jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar didekati.
Ada ibu bapa kecewa selepas gagal ‘mengubah’ anak mereka dan membiarkan kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya. Lebih mengecewakan, ada guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme sebagai bodoh.“Kanak-kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru dan ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal. “Bagaimanapun melalui pendidikan betul, individu autisme boleh belajar di sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran. Malangnya kurang pengetahuan ibu bapa dan guru menyebabkan ramai kanak-kanak autisme membesar di bawah paras kemampuan,” kata Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Teh Beng Choon pada bengkel strategi praktikal mendidik anak autisme anjuran bersama Nasom dan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.Menurut Psikologi Klinikal Kolej Persatuan Psikologi Australia, Stephen Underwood, masalah autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun, biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia tiga tahun.Walaupun autisme belum ada penawarnya, banyak kaedah rawatan dan pendidikan boleh membantu kanak-kanak ini membesar dan belajar dengan baik. Golongan ini memerlukan bantuan dalam segenap segi, terutama kemahiran sosial dan pengurusan, termasuk menguruskan diri sendiri.
Katanya, lebih awal masalah anak dikesan lebih baik, tetapi biasanya perkara ini hanya disedari guru tadika apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah. Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanak-kanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.
Panduan membentuk hubungan sosial

Bagi mengatasi masalah sosial di sekolah seperti tidak pandai berkawan, mementingkan diri sendiri dan sukar mengekalkan tumpuan, beberapa langkah boleh diambil iaitu dari peringkat pra sekolah lagi.
Oleh kerana mereka tidak pandai berbual dan bergaul, ibu bapa boleh menjemput kawan datang ke rumah. Ini membuatkan anak berasa diterima, lebih yakin serta dapat mengelak mereka menjadi mangsa buli.
“Setiap kali cuba berkawan, ada saja kesalahan yang mereka dilakukan. Ini membuatkan kanak-kanak autisme berasa tertekan dan mula menyalahkan orang lain. Mereka mungkin jadi sombong, berlagak dan lebih susah berkawan. Kanak-kanak autisme, terutama perempuan, ada kecenderungan meniru perbuatan orang lain bagi membolehkan mereka diterima sebagai kawan.
“Yang ibu bapa dan guru perlu lakukan ialah memerhatikan jenis permainan yang dimainkan rakan sebaya anak. Belajar cara dan peraturan permainan supaya anda boleh bermain dengan anak. Ini membolehkan anak belajar untuk menunggu giliran dan berinteraksi.
“Kaedah lain ialah merakam suasana permainan di sekolah. Oleh kerana anak autisme ada masalah lambat belajar, dia boleh menonton rakaman ini berulang kali di rumah,” katanya.
Pada masa sama, galak anak menjadi peramah dan mudah didekati. Jangan kritik jika anak tidak melakukan perkara sepatutnya kerana mereka tidak tahu apa yang salah atau betul.
Sebaliknya, galakkan mereka dengan cara positif seperti membuat diari persahabatan atau carta markah bersosial (beri satu markah apabila mereka melakukan usaha berkawan, terutama ketika kecil iaitu pada umur empat atau lima tahun).
Sebagai ibu bapa, anda juga perlu menjadi ‘model’ dan kawan kepada anak, terutama apabila mereka meningkat umur enam hingga sembilan tahun kanak-kanak autisme mula ada minat sama dengan rakan sebaya.
Ketika ini mereka perlu belajar apa yang tidak boleh dicakap kerana kanak-kanak autisme ‘sangat jujur’ dan kejujuran ini mungkin melukakan hati kawan.
Pada umur sembilan hingga 13 tahun, ibu bapa boleh menggunakan rancangan televisyen seperti Mr Bean untuk mengajar anak apa yang tidak boleh dilakukan kerana pada ketika ini anak autisme mula mengambil kira pandangan orang terhadap diri mereka dan sedar wujudnya perbezaan jantina.
“Kanak-kanak autisme ada kemungkinan empat kali lebih tinggi menjadi mangsa buli. Mereka masih tidak tahu apa perlu dilakukan jika diusik atau diejek kerana bimbang dipulaukan. Rata-rata berasa rendah diri, cepat resah, mudah tertekan dan pencapaian akademik juga lemah.
“Walaupun mula pandai berkawan tetapi dalam kebanyakan kes, persahabatan itu biasanya berakhir di pintu pagar sekolah. Antara cara membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran berkawan ialah menggalakkan mereka terbabit dalam pementasan drama atau aktiviti berkumpulan serta membuat sistem mentor,” katanya.
Perlu diingat, bukan semua anak autisme ada masalah pembelajaran. Ada yang cerdas otaknya seperti kanak-kanak yang alami Sindrom Asperger. Bagi yang tidak berjaya dalam hubungan sosial, pencapaian akademik menjadi agenda penting untuk meningkatkan keyakinan diri anak autisme.
Corak pemikiran dan pembelajaran mereka berbeza daripada kanak-kanak normal. Mereka ada kemahiran memahami logik, dapat mengingat sesuatu secara terperinci dan boleh menyusun fakta secara sistematik.
Masalah sering dihadapi golongan ini ialah pencapaian akademik tidak konsisten kerana mereka mengalami kesukaran memanipulasi minda, terutama dalam perkara yang perlukan penumpuan fikiran.
Kanak-kanak Sindrom Asperger bijak bercakap dan pandai memberi alasan. Kemahiran ini bertambah jika mereka rajin membaca dan sifat ini membolehkan mereka bersembang panjang dari satu topik ke topik lain.
Bagaimanapun, kata Underwood, kira-kira 75 peratus kanak-kanak Sindrom Asperger juga mengalami Gangguan Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD). Jadi mereka susah untuk menumpukan perhatian, mudah terganggu dan sukar mengingat fakta penting.
Yang boleh dilakukan ibu bapa ialah menggaris atau menandakan maklumat penting, memberi tugasan pendek (atau pecahkan satu tugasan kepada beberapa bahagian untuk membentuk sifat tanggungjawab), sentiasa memantau perkembangan anak dan memberi maklum balas secara aktif bagi mengekalkan daya tumpuan anak.
“Mereka juga cepat lupa apa yang dipesan guru di sekolah. Bagi guru yang ada murid autisme, minta pelajar tulis pesanan atau buat senarai kerja rumah. Ibu bapa juga boleh bekalkan anak dengan kaset rakaman atau buku nota khas untuk mencatat pesanan. Kaedah ini boleh membantu pengurusan dan pembelajaran anak autisme.
“Apabila semakin besar, kebanyakannya bimbang melakukan kesalahan kerana tidak mahu diejek atau ditertawakan rakan sebaya. Mereka perlu diajar menerima kesalahan dan jika mereka melakukannya, ia perlu diberitahu secara lisan dan ajar cara betul membuat sesuatu perkara.
“Anak autisme juga cepat berasa panik dan resah. Beritahu mereka bertenang adalah langkah bijak. Lebih cepat mereka bertenang, lebih mudah sesuatu masalah dapat diselesaikan.
“Mempunyai anak autisme memang cabaran besar tetapi mereka boleh menikmati kehidupan sebaik orang normal dengan sokongan ibu bapa, guru dan ahli keluarga. Paling penting, ibu bapa jangan berputus asa dan sentiasa berdoa untuk kebaikan anak,” katanya.”
Sumber Rujukan : Unit Pendidikan Khas, SK Selayang Jaya

Monday, 7 November 2011

Jenis-jenis dan cara mengenali penyakit

Tekanan Darah Tinggi 
Tekanan sistol (atas) 140 ke atas. 
Tekanan Disatol (bawah) 90 ke atas. 
Lemah semangat. Lenguh bahagian bahu. 
Sukar tidur malam.Mata merah sebam. 
Sering sakit kepala. Leher rasa tegang. 
Belakang kepala bahagian atas rasa sakit dan tegang. 
Sakit kepala (berlaku selama 2 - 10 hari).   

Biasanya tekanan darah akan turun selepas mengambil jus. 
Kurangkan makanan berminyak, berlemak, garam dan makanan berkanji (nasi, mee). 
Makan lebih sayur- sayuran dan buah- buahan. 
Jangan kerja terlalu berat dan tenangkan perasaan.   
  

Tekanan Darah Rendah 
Kaki dan tangan sejuk. 
Pening bila bangun cepat. 
Cepat letih. 
Muka pucat. 
Selalu mengalami kelemahan dengutan jantung. 
Tegang leher bawah. 
Kepala pening memusing.   

Jangan bekerja keras. 
Kawal perasaan supaya tenang.   
  

Buasir 
Berak berdarah. 
Dubur berasa sakit di bahagian luar dan dalam. 
Berak berdarah.   

Kurangkan makanan pedas dan berasid. 
Lebihkan makan buah- buahan dan sayuran serta makan makanan berserat (gentian).   
  

Kencing Manis 
Kerap buang air kecil. 
Sering rasa dahaga. 
Badan berasa lemah. 
Mudah letih. 
Mengalami luka yang sukar disembuhkan. 
Dalam masa jangka panjang boleh mengakibatkan darah tinggi, sakit jantung, mata kelabu, kulit jadi hitam dan pecah berair.Paras gula meningkat dalam seminggu. 
Tangan dan kaki menjadi bengkak sedikit. 
Keadaan akan berkurangan selepas seminggu.   

Keadaan penyakit akan berunsur-ansur pulih. Kesan pemulihan dapat dirasai setelah makan jus 3 hingga 4 botol (500ml) Kurangkan makanan berminyak, berlemak, garam dan makanan berkanji (nasi, mee).Makan lebih banyak sayur- sayuran dan buah- buahan.Jangan bekerja terlalu berat dan tenangkan perasaan.   
  

Sakit Puan 
Keluar cairan putih (penyakit keputihan) 
Haid tidak normal dan berasa sakit. 
Cairan putih keluar semakin banyak. 
Haid tidak stabil.   

Kesan pemulihan dapat dirasai setelah makan jus cenkudu 2 hingga 3 botol (500ml). 
Jangan minum air sejuk (ais). Digalakkan mandi air panas. 
Tenangkan perasaan.   
  

Sakit Sendi, Sengal, Pirai 
Sendi sakit dan bengkak. Rasa panas di bahagian berkenaan. 
Luka lama di sendi berasa sakit. 
Bila serius, sendi- sendi menjadi bengkak. 
Sendi rasa sakit. Badan jadi panas.   

Kurangkan makanan berprotein, kacang pisang dan rebung.   
  

Reumatisme 
Berasa sakit sebelum hujan. 
Sengal di bahagian sendi atau seluruh bahagian badan. 
Kadar metabolisme menjadi lemah.Bertambah sakit .   

Kurangkan makanan berprotein, kacang, pisang dan rebung.   
  

Sakit Jantung 
Sakit di bahagian atas dada di sebelah kiri. 
Sakit di bahagian lengan atas tangan kiri. 
Biasanya berlaku bila perasaan tertekan dan senaman yang berlebihan. 
Sesak nafas 
Rasa sakit di dada 
Kebas di lengan atas tangan kiri.   

Kurangkan makanan berlemak, kolesterol. Jangan minum arak. 
Kurangkan merokok. Masa tidur yang cukup dan bangun awal. 
Dapatkan nasihat doktor   

Lumpuh 
Bercakap telor (tidak dapat bercakap dengan betul) 
Kebas tangan dan kaki selepas bangun pagi. 
Pergerakan badan tidak lancar. Gangguan ingatan 
Rasa sakit di bahagian saluran darah yang tersumbat. 
Sakit dan pening kepala. 
Bila terjadi kebas tangan, kaki dan percakapan tidak lancar,   

Perlu banyak berehat sepenuhnya untuk mengelakkan " stroke"   
  

Ulser Gaster 
Sakit di ulu hati.Pedih di dalam perut. 
Tekak rasa pahit ketika sendawa. 
Bila serius, muntah atau berak berdarah hitam. 
Seram sejuk. Perut rasa pedih. Berlaku cirit-birit atau sembelit.   

Selepas makan jus 1 hingga 2 botol (500ml), berasa lega. 
Jangan makan makanan yang masam dan pedas. 
Kuantiti makanan dan masa makan hendaklah tetap.   
  

Barah 
Keluar darah di bahagian yang berkenaan. 
Kulit bengkak dan pecah di bahagian berkenaan. 
Ketumbuhan (tumor) yang keras. 
Keluar darah dan nanah. 
Jika di peringkat awal dan pertengahan, boleh dipulihkan. 

Makan banyak sayur- sayuran. 
Makan sayur-sayuran segar secara mentah. 
Kurangkan memakan daging merah. 
Boleh mendapatkan rawatan radioaktif.   
  

Asma, Penat / Lelah 
Pernafasan tidak lancar. 
Cuaca kering, berangin dan berdebu boleh menyebabkan asma berlaku. 
Batuk terutamanya waktu pagi 
Bertambah tenat selama 2 - 3 hari. 
Kadangkala muntah. Keluar kahak.   

Kurangkan pengambilan makanan mentah dan minuman sejuk. 
Jangan kerja keras.   
  

Batu Karang 
Sakit menyucuk di bahagian pinggang. 
Bertambah sakit. Air kencing berkapur. 
Kencing berdarah.   

Jangan menahan kencing.Kurangkan makanan berkalsium. Meminum air teh daun misai kucing   

Jerawat 
Disebebkan horman tidak seimbang, sembelit atau jangkitan kuman. 
Biji-biji di muka mengandungi nanah   

Kurangkan makanan berminyak atau berlemak. 
Tidur yang cukup. Tenangkan perasaan.   
  

Sakit Buah Pinggang (ginjal) 
Seluruh badan terasa letih. Muka pucat sebam. 
Kaki dan tangan bengkak. Sakit tapak kaki pada waktu ppagi. 
Telinga berdengung. Kadang-kadang rambut gugur. 
Susah buang air kecil. Kerap buang air kecil. 
Sakit di bahagian pinggang. Muka, kaki dan tangan bengkak sedikit.   

Minum air sedikit demi sedikit. Jangan minum minuman bergas 
Kurangkan makanan masin.Duduk terlalu lama boleh melemahkan fungsi buah pinggang. 
Senaman memusingkan pinggang boleh membantu menguatkan pinggang.   
  

Sakit Buah Pinggang (ginjal) yang teruk dan menggunakan Dialysis 
* Rujuk Pesakit Buah Pinggang. 
Seluruh badan terasa letih.Muka pucat sebam. 
Kaki dan tangan bengkak.Sakit tapak kaki pada waktu pagi. 
Telinga berdengung. Kadang-kadang rambut gugur. 
Susah buang air kecil.   

Buang air kecil lebih lancar. 
Selepas 3 - 6 minggu, rawatan dialysis boleh dikurangkan. 
Selepas sekurang- kurangnya 8 bulan sakit ini akan mulai pulih. 
Minum air sedikit demi sedikit. Jangan minum minuman bergas 
Kurangkan makanan masin. 
Duduk terlalu lama boleh melemahkan fungsi buah pinggang. 
Senaman memusingkan pinggang boleh membantu menguatkan pinggang   
  

Badan Berasid Tinggi 
Badan sentiasa berasa panas 
Pecah di bahagian dalam mulut termasuk gusi. 
Mudah letih dan kurang bersemangat 
Selalu berasa mengantuk. 
Badan menjadi panas. 
Rasa dahaga. 
Air kencing berwarna perang. 
Kerap kentut.   
  

Hepatitis A, B & C 
Badan lemah. Demam. 
Air kencing berwarna kuning perang. 
Najis berwarna putih. Mata, muka dan kuku berwarna kuning. 
Muntah. Perut rasa sesak. Kurang selera makan. Sakit-sakit sendi   

Jangan makan makanan yang berlemak selama dua bulan. 
Jangan kerja teruk selama dua bulan. 
Jika tidak berbuat demikian, kemungkinan berlakunya kerosakan kekal pada hati.   
  

Neurosis (Sakit jiwa ringan) 
Selalu rasa bimbang dan was-was. 
Hilang konsentrasi. Menjadi pelupa 
Mudah letih dan kadangkala tangan menggigil. 
Sukar tidur pada waktu malam. Cepat marah 
Di peringkat awal, sakit / tegang kepala. 

Tenangkan perasaan dan ambil mudah dalam masalah harian 
Jangan banyak merancang dan berfikir . Lakukan senaman ringan dan beriadah   
  

Insomnia (Sukar tidur malam) 
Insomnia terjadi disebabkan terlalu bimbang 
Neurosis juga menyebabkan insomnia 
Selalu bermimpi sehingga menganggu tidur. 
Peringkat awal tegang kepala   

Tenangkan perasaan sebelum tidur .Jangan paksa tidur.Gunakan teknik bau- bauan(Aromaterapi). Jangan Makan 2 jam sebelum tidur   

Resdung 
Hidung berhingus dan bersin pada waktu pagi. 
Sakit atau gatal disekitar pipi, hidung, mata dan telinga 
Kurang deria bau (hidu) 
Iklim panas dan lembab menyebabkan mudah terjadi resdung 
Hidung cukup sensitif / alahan.   

Jangan terlalu fikirkan tentang masalah resdung. Ini melambatkan penyembuhan. Tidak membela binatang peliharaan. Kurangkan pengunaan karpet di rumah. Kurangkan pengambilan makanan laut dan belacan.   

Anemia (Kurang darah) 
Selalu pening kepala 
Tangan dan kaki menjadi sejuk 
Muka pucat dan Badan lemah 
Keluar darah dari hidung. Pening kepala 
Permakanan perlu seimbang dan tambahkan makanan berzat   
  

Mandul 
Rahim tidak subur (sejuk) 
Saluran uterus tersekat atau tersumbat 
Sperma kurang atau lemah (lelaki) 
Keluar banyak darah haid berwarna hitam.   

Jalani ujian pemeriksaan dan dapatkan nasihat doktor   
  

Psoriasis (Penyakit kulit) 
Disebabkan kadar metabolisme kulit tidak normal (sel baru tumbuh sebelum sel lama mati) 
Gangguan perasaan membuatkan penyakit ini semakin teruk.   

Tenangkan perasaan. Senangkan hati dan jangan banyak berfikir 
Selalu bersihkan kawasan persekitanran jangkitan. 
Berjemur dan Kurangkan membasihi tempat jangkitan. Kurangkan pemgambilan makanan laut   

Kaki busuk (Hongkong Foot) 
Disebabkan serangan fungus (kulat) 
Mudah terjadi semula. 
Selalu berlaku perasaan terganggu. 
Terasa gatal-gatal.   

Tenangkan perasaan. Sering tukar sarung kaki. 
Gunakan kasut yang mudah di masuki angin. Sapukan bedak berubat.   
  

Beguk (Gerondong) 
Disebabkan hormon tidak seimbang dan kurang iodin 
Makan banyak dan kerap.Pembengkakan kelenjar liur. Pipi bengkak dan demam.   

Permakanan seimbang. Sapukan Cuka yang telah dicampur nila.   
  

Sawan (Penyakit Tarik) 
Disebabkan oleh fungsi hemispiar otak kiri dan kanan tidak seimbang. 
Menjadi tarik secara tiba-tiba. Kekejangan. Mulut berbuih.   


Keluarga beri perhatian kepada pesakit untuk mengelakkan kemalangan. 
Pesakit tidak boleh melakukan tugas- tugas yang merbahaya. Tidak digalakkan membuat aktiviti di kawasan berair dan tempat tinggi . Tenangkan fikiran, jangan tidur lewat. Perlu mengambil ubat dan mengikut nasihat doktor.   
  

Kulit Pecah-pecah dan Berair Bisa 
Disebabkan badan berasid / beracun, darah kotor, kencing manis   

Kurangkan makanan berjenis daging merah dan 
banyakan makan sayur.   

Luka Dalaman 
Luka dalaman menyebabkan pengaliran darah tersekat 
Jika tidak dirawat, menyebabkan sakit urat saraf, sakit sendi, darah tinggi, sakit buah pinggang. 
Sengal dan sakit di bahagian yang luka 
Rasa panas di bahagian yang sakit 
Kadang-kadang kencing berdarah atau berwarna perang. 
Pengambilan jus mengkudu boleh mengurangkan luka dalaman.   

Kurangkan pengambilan makanan yang keras dan lambat hadam.   

Selepas Pembedahan 
Rasa sakit di bahagian yang dibedah.   

Tidak melakukan aktiviti lasak. 
Pengambilan Jus mengkudu dan ikan haruan boleh membantu mempercepatkan penyembuhan.   

Meroyan (Selepas bersalin) 
Disebabkan fungsi badan tidak seimbang selepas bersalin 
Tekanan perasaan. 
Menjadi histeria seperti dirasuk hantu 
Kadang-kadang disebabkan darah nifas tidak habis keluar. 
Mengantuk. Badan rasa sakit. Darah nifas keluar habis-habisan   

Perasaan menjadi tenang selepas dua minggu. 
Keluarga beri perhatian lebih untuk menenangkan perasaan pesakit 
Jangan disangka pesakit dirasuk hantu. Makan makanan berkhasiat.   
  

Terlalu banyak makan ubat Barat 
Fungsi badan tidak lancar 
Kesan sampingan yang mengancam kesihatan 
Ruam dan bintik merah, mungkin gatal 
Mulut pecah bahagian dalam bibir, gusi, lidah 
Hati menjadi rosak.   

Alkoholik (Ketagih arak) 
Selalu sakit kepala 
Dengutan jantung semakin cepat 
Perut dan dada terasa sesak dan ketat 
Minum arak boleh memusnahkan sel-sel hati dan otak.   
  

Selsema 
Berhingus dan Sakit tekak yang ringan . Bersin dan mata berair. Kurangkan mandi ketika diserang selsema . Ambil Vitamain C   

Sembelit 
Pembuangan air besar yang jarang-jarang 
Najis kering dan keras. Kerap kentot . Rasa sakit bila membuang air besar.   


Tambahkan pengambilan makanan berserat. Minum air secukupnya. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan   

Gastrik 
Sakit ulu hati dan Pedih didalam perut. 
Tekak rasa masam ketika sendawa 
Seram sejuk dan Berlaku cirit-birit atau sembelit 

Makan pada waktunya. Jangan berlapar.   

Gout 
Sakit berdenyut pada sendi 
Sendi kemerahan, membengkak dan terasa panas 
Sendi menjadi sakit dan terasa panas.   

Kurangkan pengambilan makanan laut.   
  

Sakit Kuning 
Berasa panas dan demam 
Sengal-sengal badan Badan lebih panas 
Air kencing berwarna keruh.Meloya. 

Rawatan pemulihan mengambil masa kira- kira 2 bulan   

*ARTIKEL DARI KAEDAH PEMULIHAN KESIHATAN MENGGUNAKAN PRODUK CENKUDU SURECO