24 Disember 2018
11.18 pagi. Abah meninggal dunia. Seperti hilang nyawaku saat doktor memberitahu bahawa abah sudah tiada.
23 Dis, rasa tak sedap hati nak balik ke rumah. Rasa cam nak duduk sebelah abah sampai keesokannya, tapi disebabkan dah ada 2 penjaga iaitu abang mat dan kak mie, aku pulang juga ke rumah untuk berehat setelah separuh hari jaga abah.
24 dis, sebelum bangun tu aku mimpi ma pindahkan semua barang2 abah yang ada dalam bilik tu ke bilik lain. Persediaan bawa balik jenazah. Seram. Rupanya bila bangun tidur. Memang betul ma pindahkan barang2 tu kosongkan bilik tu untuk persediaan kalau abah takda. Aku bawa kain telekung untuk solat zohor tapi tiba2 terdetik,sempat ke aku solat zohor kat sana. Mana nak tahu belum sempat zohor dah kena pulang ke rumah. Rupanya benar sekali, abah menghembus nafas nya sebelum zohor. Allahu akhbar.
Semua andaian aku menjadi.
Saat melangkah masuk lif, aku rasa debaran ni lain semacam. Dan aku tenang lagi melangkah sampai la di depan pintu bilik abah, aku terlopong tengok kak mi dan abang aku monyok dan bagi isyarat suh masuk bilik tu cepat2. Bila masuk je k.mi cakap abah tiba2 macam tak bernafas. Aku tengok mesin tekanan darah, garisan tu straight ja xda bengkok2 dah. Allahu. Jantung aku tiba2 rasa macam stop. Bernafas pon x stabil. Mata membuntang tengok ke muka tenang abah, tengok pula pada perut dan dada abah. Dannn
Doktor menyuarakan suaranya, " saya rasa ayah awak dah tak da". Dah tak de???? Soal aku dalam hati. Perasaan aku masa tu tak tahu nak cakap, diam membatu. Sedangkan kak ipar dan abang dah menitis air mata menangis atas pemergian abah. Aku terketar2 mencari telefon bimbit. Terketar2 buh kredit masa tu. Nasib ada beli kredit semalam waktu pulang ke rumah. Dalam otak berputar2 fikir nak call sape dulu. First aku call abe uh, abang ipar aku. Bagitahu abah dah meninggal dunia. Kemudian call adik, abang sulong, tok sedare dan mak saudara. Lepas call semua tu, baru aku sedar dari khayalan bahawasanya aku sedang memberitahu orang2 terdekat yang abah dah meninggal dunia. Nangis nangis nangis bersama abang. Sambil tunggu abang sulong kak ipa,Ma ,kakak, abang ipar dan lain2 sampai, aku tengok satu persatu wayar2 di badan abah dibuang. Kemudian dibalut dengan kain putih. Kalau sebelum ni aku tengok nurse2 balut orang lain dengan kain putih, kalau sebelum ni aku tengok orang lain meninggal depan mata aku, hari ni 24 disember 2018. Aku melihat tubuh kaku serta mesin yang tidak lagi berbunyi degupan jantung abah. Ya Allah, kau dah ambil nyawa abah aku.
Aku pulang dulu ke rumah bonceng motor dengan kak ipar sulong. Pukul 1 lebih dekat pukul2. Mayat abah sampai kat rumah. Masa tu sedikit tenang. Ramai orang datang berduyun duyun menziarahi ma. Alhamdulillah. Ramai datang jenguk datang ziarah. Aku tengok setiap detik persiapan mandi abah, abah dimandikan, abah diusung masuk ke van jenazah. Menangis hiba . Tak percaya aku dah kehilangan abah yang menjaga aku selama 27 tahun. Jaga makan minum aku selama 27 tahun. Sanggup memujuk aku selama 27 tahun. Menjaga kebajikan aku selama 27 tahun. Memberi
nafkah kepada aku selama 27 tahun.
Aku sempat ambik adik kat airport walaupun kaki aku terketar2 menekan minyak. Emosi masih belum stabil. Tapi aku bersyukur sebab 9 hari jaga abah kat hospital. Dekat 2 minggu jaga abah di rumah sebelum abah terlantar kat hospital. Sempat tengok abah dimandikan, boleh kucup dahi dan pipi abah sebelum abah pergi ke alam baru. Aku puas hati ya Allah. Sebab sempat jaga abah waktu sakit. Sempat ulang alik ke hospital hantar abah. Walaupun kali terakhir tu abah berkeras nak gi hospital sendirian. Aku akur dengan takdir allah. Aku sempat hantar abah ke rumah tok bomoh, berubat kampung, sempat basuh air kencing abah, tadah kencing abah, cukur misai janggut abah , potong kuku abah, gigi palsu abah aku sempat basuh berkali2 sewaktu hidup, masak utk abah walaupun termasin, terkeras.
Sebelum abah sakit teruk masa bulan akhir bulan 11 , Abah dah pelik. Pelik sangat. Aku pelik bila bulan 7 tu datang sorang insan nak jumpa abah. Abah mudah je setuju suruh laki tu datang. Tak banyak songeh macam sebelum ni. Lepas jumpa laki tu untuk risik aku, masa tu senyuman abah lebar sangat. Happy. Terus berkeras cakap macam mana sekalipun laki tu kena jadi laki aku. Jadi suami aku. Padahal laki tu selamba je tak mesej aku. Aku rileks ja dulu. Mungkin abah saja kot sebab lama tunggu pasangan aku. Tu yang excited. Masuk bulan 8 , laki tu datang bawa family dan mak ayahnya, lagilah abah gembira. Abah cakap abah yakin si dia boleh jaga aku dengan baik. Abah cakap abah puas hati boleh tengok bakal suami aku. Padahal benda tu tak jadi apa lagi.
Masuk bulan9. Aku kalut gi kL jaga anak buah. Masa tu abah merajuk cakap laki tu mainkan aku sebab tak datang pinang aku pon. Janji nak meminang tapi senyap. Masa ni aku dah pelik. Kenapa abah macam tu. Abah cakap nak no. Fon laki tu nak cakap terus terang. Tapi aku risau abah akan marah laki tu, so aku bagi nombor salah. Aku pesan kat abah inshaAllah kalau laki tu betul jodoh aku, papepun allah akan permudahkan. Sebab malas nak berharap sangat kat laki. Pertengahan bulan9 abah masuk hospital, aku balik jenguk abah, tapi aku jahat. Sanggup pulang ke kL pulak utk jaga anak buah. Aku abaikan tanggungjawab aku jaga abah. Serba salah.
Bulan 10 aku balik kelantan. Berazam nak jaga abah betul2. Laki tu ada datang ziarah, dan bulan tu juga lah kami bertunang. Selang beberapa hari, aku adik dan abang long bawa abah ke rumah bomoh. Alhamdulillah dalam 2 3 hari abah terus ada selera makan. Dan boleh bangun. Boleh aktif macam biasa. Boleh ke masjid. Abah dah tak nak pantang katanya. Sebab nak dengar kata bomoh. Tak nak dengar kata doktor. Aku takleh nak nasihat ape dah sebab abah degil pastu garang. Sayur hijau semuanya makan, ubat jantung tinggal terus. Aishh masa tu tak sedap hati dah.
Seminggu sebelum abah sakit tu, abah asyik tanya persediaan aku untuk nikah. Tanya ada apa2 yang perlu disign tak, aku cakap bulan 12 baru nak buat borang nikah, pastu abah tanya pasal par. Aku cakap semua dah ada yang sponser. Pastu abah tanya bila nak beli baju nikah. So abah hulur duit utk beli 2 pasang baju nikah. Siap tanya veil bagai. Aku cakap yang tu aku nak beli duit sendiri. Pastu aku beli terus kat kedai. Masa tu baru bulan 11, tapi aku dah siap beli baju. Semangat tanya laki tu nak kaler ape. Sebab abah yg banyak kali tanya. Lepas beli baju tu. Abah sekali lagi excited suh aku pakai baju2 tu depan dia. Aku pakai dan tayang depan dia. Abah cakap, " lawa anak abah. Selamat pengantin baru lah. Aku sengih je pastu tanya kenapa ucap sekarang, ucap lah nanti kawin betul2. Abah cakap. " saja nak ucap awal takut nanti tak sempat nak ucap kat abak abah" . Pelik ayat abah.
Abah tengok banting dan banner yang aku order. Abah tanya pasal apa bubuh nama abah " ikhlas dari cikgu soh dan kak jah. X pyh bubuh xpo" aku masa tu selamba je jawab " sebab abah ketua keluarga kena lah bubuh nama abah" rupanya abah dah rasa abah akan takda nanti aku kawin.
Abah sempat baiki tembikar lebihan tu semata2 nak jdkan doorgift aku jugak. Sempat abah pesan. Nanti kalau susah nak balik tengok ma , gunalah kereta yg abah bagi tu untuk ulang alik dr rumah suami nanti. Dalam hati aku, ape yang abah merepek ni. Huhu.
Abah selalu cakap, abah kalau tak sempat akad nikah alah, jangan sedih sebab dalam 40 hari abah boleh jalan ke rumah kita tengok pelamin alah kawin nanti. "
Seminggu lebih sebelum abah sakit aku perasan abah mulai murung dan senyap. Tak banyak cakap. Selalu share wassup video kematian dan jenazah. 2 3 hari sebelum abah tenat. Abah banyak gaduh dengan aku. Tak pasal2 aku kena marah. Tu tak kena, ni tak kena, abis cara nak buat abah gembira dengan aku. Abah tetap bekeng. Huuu..
Sebelum hari kejadian abah tenat. Malam tu aku tanya pasal abah nak ke hospital nak aku teman ke x, sebab jadual apoiment dengan doktor naik kat reminder kalendar aku. abah tak nak g hospital bertemankan aku. Sebab marah dan merajuk. Aku pun tak gi la teman pagi tu. Balik je hospital abah masih gagah berbicara. Siap wat balik nasi kerabu ayam bakar lagi kat aku. Kata abah, abah sesat lupa letak kereta kat mana. Petang tu abah mula tenat menggeletar kepanasan dan kesejukan.
Masa tu dlm 20 + november. Anak2 lain belum balik bercuti. Berhari2 abah makin teruk. Makin terlantar dan sakit tak leh bangun. Aku sedih. Baru je ada harapan tinggi nak abah akad nikah nanti. Sebab dari 2015 lagi abah nak tengok aku kawin dan akad nikah anaknya sendiri. Malangnya laki jahanam yang datang mainkan hati aku. Pergi datang pergi datang. Aku doakan sampai mati dia takkan tenang dalam hidup dia.
Sampailah berminggu2 abah kat rumah ni sebelum terlantar di hospital. Abah banyak melalut dan merapu. Siap minta maaf berkali2 dengan aku. Boleh selori aku menangis kehibaan.
Kat hospital memanggil2 nama aku tanpa henti. Tapi dalam sedar tak sedar abah. Abah boleh lagi ingat yang dia akan akad nikah aku, tapi katanya dulu dia boleh cakap, sekarang dah tak boleh ( cakap tak jelas). Aku sebak dalam hati ja. Tak mampu nak meraung depan orang ramai.
Aku jaga abah 9 hari. Dari pagi sampai ke siang hari pukul 6 7 petang. Last2 tu sampai ke malam pukul 8 9. Doktor datang melawat dan merawat waktu pagi dan tengah hari. Setiap kali aku jaga abah, doktor khabarkan pada aku yang keadaan abah makin merosot. Aku puas meraung keseorangan. Mengenang abah bakal meninggalkan aku. Kata doktor jantung abah dah rosak teruk. Tiga2 dah block jantung abah. Dah tak da harapan untuk sembuh. Selagi dia bernyawa guna mesin. Tu ja jangka hayat dia. Melainkan allah tarik nyawanya. Aku rasa nak pengsan dengar kata2 doktor. Tak percaya! Tak boleh terima kenyataan yang abah makin teruk. Kenapa abah tak nak pantang bah. Kenapa langgar pantang. Kenapa tak nak makan ubat doktor dan kenapa terlalu taasub percaya ubat bomoh. Ya Allah.. Sedih.
Mampu baca surah yaasin je kat abah. Abah dah mula tak sedar. Masa tu 22/12/18. Abah bangun mintak air je. Tak cakap banyak pun. Masa tu doktor masukkan darah utk abah.
Keesokannya, keadaan abah makin teruk. Abah xsedar langsung. Tidur 24 jam. Celik brp kali ja. Petang tu doktor masuk nak cek keadaan abah,doktor tekan dada abah. Tampar pipi abah. Tekan perut abah, abah langsung tak respon tapi nafas masih bergerak, cuma nadi tak stabil, kadang2 200 kadang2 42 je tekanan darah., doktor cakap aku kena redha, sebab abah dah kena jangkitan kuman telinga , dekat paru2 dan otak. Tak leh nak buat apa dah. Tunggu masa Allah tarik nyawa je. Meroyan aku menangis sendirian waktu tu. Tak da seorang pun dalam bilik tu melain aku dan abah. Puas aku menangis dan gerak abah. Abah tetap tak bangun. Abah tetap tak tengok mata aku. Aku rasa macam mimpi je. Sedang aku duk ralit gerak abah suh bangun. Anak buah aku sentuh aku. Tak sedar anak buah, ma , kakak. Tok sedare , sepupu, dan abang ipar datang melawat. Aku bagitahu ma yang abah bakal pergi tinggalkan kita semua. Masa tu aku cuba hati terbuka dan redha awal2 supaya nanti tak terkejut teruk. Dan keesokannya 24 disember, sperti yang telah aku ceritakan di atas tadi.
Al fatihah buat abah. Terima kasih abah sebab merestui aku dan dia untuk berkahwin nanti. Walaupun tanpa abah di sisi. Patutlah abah nak sangat dia jadi suami aku, rupanya abah nak aku dijaga seseorang yang bernama lelaki dan bergelar SUAMI.
Awak. Saya harap awak boleh jaga dan didik saya dengan baik dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab serta setia pada saya. Amanat dari arwah abah supaya dapat jaga saya sebaik mungkin. Moga arwah abah tenang di sana. Aaamiiin
Moga Allah permudahkan urusan kita.
Abah. Alah letih bah urus perkahwinan ni sorang2. Sedih sangat. Ma pun sedih. Tak selera makan, hari2 hypo. Demi ma aku kena kuat. Kalaulah abah ada, mesti abah banyak buat persiapan nikah ni. Sekarang benda2 yg xpenah alah urus. Alah kena belajar buat bah. Sebab alah sedar dah tak da sape boleh tolong alah. Tak da tempat bergantung dah.
Minyak kete dah kena isi sendiri.
Makan pagi pun kena buat sendiri tp sekarang dah takda selera makan pagi dah.
Dah tak da orang nak tanya aku, berselera makan ke tak. Dah tak dengar suara abah membebel. Dah takda nak layan merajuk aku dah. Hmm. Rindu😑
Hargailah orang tua kita selagi mereka ada didunia nie
No comments:
Post a Comment
arigatO!