Pengikut setia

Saturday, 22 December 2018

Sakit abah kesakitan aku

23 Disember 2018 sabtu

Dah berminggu abah sakit terlantar, 6 hari sakit terlantar di hospital, bulan 12 tak terasa lama sebab masa bergerak tanpa sedar. Fokus pertama aku hanya nak tengok abah kembali sihat.

Terasa sakit sebak di jiwa bila melihat keadaan abah semakin merosot. Hari ni abah tak boleh nak bercakap langsung sebab degupan jantung tinggi sangat. Lelah untuk berbicara.

2 hari lepas abah sempat bagitahu yang dia takkan sempat nak akad nikah aku nanti. Sebab dah tak boleh bercakap elok. Impian abah sejak dahulu kala nak akad nikah sendiri bila aku kahwin. Ya Allah jadikanlah aku redha dan sabar dengan apa yang akan terjadi kepada abah nanti. Aku kena siap sedia untuk terima kehilangan abah. Aku redha jika abah tak sempat tengok aku berumahtangga. Aku tak salah memilih dan tak putus berdoa. Pasangan untuk aku itu adalah hadiah dari Allah dan pilihan dari abah. Abah sangat berkenan dengan calon suami aku nanti. Patut lah abah beriya riya nak aku terima si dia dalam hidup aku. Rupanya abah dah tak mampu untuk jaga aku lagi. Abah yakin si dia boleh bagi kesenangan dan didikan agama untuk aku nanti. Ya Allah aku pasrah . Walaupun dalam hati hanya aku dan Kau saja  tahu bahawa hancurnya jiwa aku tengok abah macam tu.

Kehidupan aku pasni dah tak macam ni, risau kalau abah takda nanti, sape nak tengok2 kan ma. Ya Allah. Permudahkanlah aku . Permudahkanlah urusan aku. Jadikan orang2 sekeliling aku seorang yang bertimbang rasa dan seorang yang memahami keadaan aku. Aku taknak kalau aku berumahtangga nanti, ma jadi kesunyian. Aku taknak nanti ma keseorangan. Sihatkanlah tubuh badan ma abah ya Allahhhh. 

Kau mudahkanlah urusan si dia dalam mencari rezeki. Dan kau sihatkanlah tubuh badan hamba2Mu yang sedang penat dan kesakitan. Aaamiinnn

No comments:

Post a Comment

arigatO!