Pengikut setia

Showing posts with label dunia kini. Show all posts
Showing posts with label dunia kini. Show all posts

Saturday, 8 March 2014

Musim panas vs strok haba 2014

Assalamualaikum
Musim cuaca panas sedang melanda negara kita. Fenomena ini boleh mengakibatkan “strok haba” .
  1. Apa itu strok haba?
  2. Apakah langkah yang perlu diambil sekiranya rakan sekeliling anda mengalami stok haba?
  3. Apakah tanda awal strok haba?
OK, anda semua boleh baca maklumat lanjut mengenai 3 persoalan di atas berdasarkan petikan akhbar berikut.
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal ‘heat stroke’ atau ‘strok haba’ berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama,definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celsius.
“Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. “Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.
Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.
Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba. Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambilsekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.
“Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.
“Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan,” katanya.
Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari. – BERNAMA
Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Waspada_strokhaba_berikutancuacapanas-KPKesihatan/Article/?mutakhir
OK, dah dapat penjelasannya? Jangan tunggu lagi, share terus artikel ini kepada sesiapa sahaja supaya kita semua bersedia dengan apa yang akan berlaku kemudian hari. Sediakan payung sebelum hujan !

sumber asal:http://www.hil.my/

Saturday, 22 February 2014

Pengalaman jerawat teruk dan resdung

Salam.sekadar ingin berkongsi pengalaman.

~SABAR ITU INDAH~

Sekian lama saya hidup dengan keadaan malu dan rendah diri yang teramat sangat.Di sebabkan alam remaja saya yang menyakitkan dan keadaan stress saya membuatkan diri saya semakin teruk dan sangat mendukacitakan.Saya tidak dapat menerima kenyataan bahawa 'muka saya dijangkiti jerawat serius' tambah2 resdung.Asalnya jerawat biasa,tapi disebabkan saya begitu benci dengan jerawat ni,saya terus mencari produk untuk menghilangkannya.Bermula tingkatan3,hidup saya berubah 360. Saya merasa dunia ini gelap,setiap kali berjalan ke mana sahaja,pasti ada saja manusia yang menegur dan berkata tentang muka saya.Sebelum ini, saya rasa tidak puas dengan muka saya,dah ok tapi masih lagi nak ok. Saya tak hairan pun orang puji saya lawa, sebab saya tak rasa diri saya sempurna. Saya punya kawan yang agak ramai, perangai gila2 saya menyebabkan ramai kawan yang mudah melekat dengan saya.tapi hakikatnya macam tu la,kawan hanya bersama masa bergembira.

Ketika saya dilanda kesedihan,senyap membisu sebab stress dengan muka,diri saya makin jauh dengan rakan2 ,disebabkan 1 perkara.saya diam.Dan ramai yang tidak pedulikan saya.Mereka hanya dekat dengan saya kerana saya lucu.bila saya tak buat happy2 dan senyap.mereka pun lari dari mendekati saya.Lama saya berfikir kenapa terjadi benda macam ni pada saya.rupanya saya sedar ALLAH sayangkan saya,dia tak bagi saya menggatal dengan sape2 pon,dengan lelaki.sebelum muka saya ditumbuhi jerawat,ramai lelaki yang kerap mengacau.saya pun kadang2 rasa ada perasaan ingin mencuba.tapi ALLAH cepat2 lindungi diri saya dari terus hanyut. saya mula menjauhi lelaki2 dan berusaha untuk tidak berkomunikasi dengan lelaki. saya mengambil keputusan untuk pindah ke sekolah perempuan sahaja. MAAHAD MUHAMMMADI PEREMPUAN. saya nekad dan terus belajar bersungguh2.tak disangka2 perangai malas saya bertukar jadi rajin. saya peroleh keputusan cemerlang dan boleh ke sekolah elit dan terkawal. saya mulakan hidup baru dan proses menternak jerawat pun bermula.masa tu memang saya rimas dengan diri saya,sedih ,kecewa,tapi macam tu la rutin hidup.tak kira saape pon,mesti ada mulut2 yang mengata pada diri ini. makcik2 clener pon tegur jerawat saya teruk,pergi pasar or mall pun mesti ada orang promote and syor untuk pakai macam2 produk.masih ingat diingatan kawan and manusia2 yang tak ada akal tegur .

''lin,teroknya jerawat mu!gerun aku tengok''
''kenapa ngan muka kau ni,dah macam takde rupa dah aku tengok.''
''kesian aku tengok mu,mesti sakitkan.''
''eh,kenapa muka mu sekarang?''
''mu ni tak pandai jaga muka lah!beli la produk untuk pulihkan muka mu''
''aku tengok muka mu dah macam tar jalan''
''ngan bulan lawa bulan lagi''
''laki mana yang nak kan kau,mesti termuntah bila tengok kau''
''dah tau takleh makan seafood makan jugak''   -bajet jadi mak nenek''
''aku soh try benda ni mu taknak''  -promote-
''cepat2 la berubat,kang jatuh duit mas kawin''


macam2 la kata2 hinaan yang saya dapat,tapi yang mampu hanyalah sabar dan senyum.
Mereka hanya pandai berkata2 tanpa mengetahui diri ni terluka.tak tau berapa banyak usaha yang saya dah buat.Mak cik2 pun suka tegur saya.pergila mane2 pon,saya memang terkenal. Mesti ade je mulut2 yang berkata.g kafe,pak cik bagi motivasi.
''adik,jaga makan tu,muka adik kena makan jenis protin and antioksida supaya jerawt surut,jangan pedulikan kata orang,kena sabar.biar lambat pulih asal usaha.''
fuh..bagus betul.
g cameron higland sekalipun,ade sorang mak cik panggil saya.

''adik2,mai sini jap..mak cik nak cakap ni,adik jangan teraasa.(dalam hati dah agak ape benda nak cakap).mak cik dulu macam adik juga,tapi mak cik makan rumpai laut,sekarang dah ok,adik try la ye.sayang muka lawa tapi tak usaha nak ubatkan..''
 .......cewah,ayat memujuk....! ;-)

mak cik tua kat atas pasar plak,
''anok oi anok,mai cini meta,bakpo muka anok lagu nih.sie mok cik tengok.muka comel doh tapi tenggelam mugo jerawat terok.g la berubat nuh,mano tau kena bomoh ko ore ko gapo.terok sangat doh mok cik tengok.kalu kena tgh panas ni mst pedih dok..''

'adoi...haru biru plok mok cik ni bcakap,tapi saya senyum je and jawab.. hmm tu la mok cik,saya tak tau nak wat ngano dh..insyaAllah saya usaha lg.'' jalan tak pandang belakang lagi.kalau jalan mana2 tak berani dah nak pandang orang,takot orang waat ramah pelik,saya juga terkesot hati' hehehhe.

Masuk universiti makin la menebal rasa malu.
Saya terpaksa lupakan orang yang saya suka disebabkan perasaan rendah diri sebab diri saya macam ni.
Saya terpaksa bagi alasan setiap kali nak berjumpa kawan2(renion0 sekolah rendah dulu semata2 malu dengan diri saya.
saya terpaksa elak diri dari bertemu kawan lama supaya mereka tak beri reaksi terkejut bila tengok diri saya.
saya terpaksa tebal muka berjumpa mata dengan sanak saudara dan mendengar kata2 mereka yang berkata tentang saya.
saya terpaksa berhadapan dengan family saya sendiri yang kerap mempersoalkan kenapa diri saya berjerawat.
saya sengaja tundukkan muka supaya orang tak buat peramah dengan saya.
saya takut diri saya terluka.
tu la cara saya.biarlah orang nak kata saya ni sombong.
saya tak suka lelaki2
saya rasa diri saya hina.
laki semua sama.
masa saya tiada masalah muka mereka pandai cari nak berkawan dan tegur
time saya bermasalah,mereka pandai memilih.
sekarang saya tak suka lelaki yang hanya sukakan kecantikan wanita.
saya hanyalah untuk orang yang benar2 menghargai saya.memilih saya kerana kecantikan akhlak.
bukan saya nak benda ni terjadi.
saya cuba kuatkan diri dan cuba untuk berkeyakinan tinggi.

Selama hampir setahun saya cuba untuk tidak mendekati mana2 produk lagi,saya putus asa.
Dalam cuti diploma,saya berkurung dalam rumah. selama beberapa bulan, saya hanya makan ikan rebus dan ikan goreng sahaja. saya sedari bahawa muka saya semakin pulih tanpa apa2 produk.saya baru sedar yang saya sebenarnya perlu menjaga pemakanan.makan biar seimbang.hindari apa yang saya tak boleh makan.mula dari itu ,saya banyakkan makan ikan je,ayam telur saya jarangkan.seafood saya tinggal terus.
kesimpulannya.bagi muka yang berjerawat,makan lah makanan seimbang dan jaga pemakanan anda,BANYAKKAN minum air kosong.jangan pakai produk yang macam2,just makan makanan sunnah spt, zaafaran,kismis dan try cari inisiatif untuk memulihkan muka dengan makan makanan tambahan yang berunsurkan ''antioksida''.

Kini,sedikit sebanyak,saya dah boleh tersenyum kembali,walau disekeliling tak berapa nak gembira,muka saya nampak gembira kerana saya happy dengan apa yang saya perolehi,saya dah dapat apa yang saya impikan,dan saya akan usaha lagi.

kepada yang bernasib seperti saya.jangan putus asa.UJIAN ITU MESTI DIHADAP DENGAN PENUH TENANG. BUKA STRESS.makn stress makin ramai ''anak2 di muka''.

wallahualam.











Friday, 30 March 2012

Google Maps terkini mudahkan perjalanan


Google Malaysia memperkenalkan tiga ciri baru pada aplikasi Google Maps. Ia dilengkapi dua panduan trafik dan transit berdasarkan masa sebenar. Merah bagi jalan sesak, kuning bagi bergerak perlahan dan hijau bagi aliran lancar. - Foto BH Online
Google Malaysia memperkenalkan tiga ciri baru pada aplikasi Google Maps. Ia dilengkapi dua panduan trafik dan transit berdasarkan masa sebenar. Merah bagi jalan sesak, kuning bagi bergerak perlahan dan hijau bagi aliran lancar. 

                        
Zaman makin moden dan canggih!!!!

Google Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan pengenalan tiga kemaskini besar-besaran pada aplikasi Google Maps mereka yang begitu memberangsangkan dengan membenarkan rakyat negara ini merancang perjalanan dengan lebih baik. Lebih menarik, ia dilaksanakan pada waktu sebenar bermakna kemaskini data keadaan trafik dan sebagainya dilakukan secara langsung: Dua ciri baru – Traffic dan Transit – yang dulunya berbahasa Inggeris kini boleh didapati pada antaramuka Bahasa Malaysia. Kesemua ciri baru ini boleh didapati sama ada untuk desktop atau Google Maps versi mudah alih.

Buat pertama kali, ciri  Traffic dalam Google Maps akan membekalkan data pada masa sebenar mengenai kesesakan jalanraya  yang berlaku terus ke dalam peta. Dengan membuka aplikasi Traffic pada Maps, pengguna akan terus dapat melihat dengan cepat sama ada jalan-jalan yang ingin dilalui mengalami keadaan yang sesak atau tidak atau ia bergerak lancer berdasarkan warna yang ditetapkan pada laluan tersebut. Contohnya, warna merah untuk sangat sesak, kuning untuk pergerakan trafik yang perlahan dan hijau untuk trafik yang lancar. Pemandu yang sudah biasa dengan jalan-jalan tertentu juga boleh menggunakan maklumat yang disediakan Google ini untuk merancang laluan alternatif untuk ke destinasi yang ingin dituju.

Berikutnya ialah ciri Transit yang memberikan maklumat berkaitan perjalanan pengangkutan awam di negara ini yang dimuatkan dalam Google Maps. Pada masa kini, jika pengguna berada dalam lingkungan maklumat yang dibekalkan, setiap kali pengguna memilih arah, contohnya, dari poin A-B, Google Maps akan memberikan pilihan ke-3 sebagai tambahan kepada maklumat sedia ada iaitu pilihan jika anda berjalan kaki atau memandu. Google Maps kini menawarkan info pengangkutan awam secara menyeluruh termasuk pilihan bas, LRT, monorel, komuter. Pengguna juga dapat melihat lokasi perhentian bas dan stesen keretapi di negara ini.

Ciri Transit menawarkan lebih pilihan yang tepat untuk rakyat negara ini yang mahu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan berjalan di dalam bandar menggunakan pengangkutan awam dengan efisien. Pengguna kini boleh merancang perjalanan lebih awal dengan menetapkan masa mereka bagi memastikan mereka tiba pada waktu yang betul-betul spesifik.

Tidak ketinggalan, Google Maps juga sekarang ditawarkan dalam Bahasa Malaysia, yang memberikan masyarakat yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pertuturan dengan akses lebih berkesan untuk menggunakan Google Maps dan pilihan antaramuka serta navigasi dengan aplikasi tersebut secara lebih selesa. Dengan rekod 60 peratus penduduk negara ini yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama mereka dan lebih 90 peratus kadar pemahaman bahasa tersebut yang meluas di kalangan rakyat seluruh negara, inisiatif bahasa tempatan yang dipamerkan Google memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat pantas daripada Maps.

“Rakyat Malaysia berulang-alik dan berada di jalan raya pada setiap masa dan pembaharuan yang ditambah membolehkan penggunaan Google Maps yang bertepatan dengan kehendak mereka, menjadikannya lebih mudah untuk melihat maklumat, bergerak di seluruh negara dengan cepat dan mendapatkan perjalanan poin A ke B dengan pantas tanpa kesusahan yang sangat minimum,” kata pengurus negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan. “Pembaharuan ini juga selari dengan misi Google untuk menyusun maklumat dunia dan menjadikannya mudah diakses secara global dan pada masa sama mengemaskini, membaik pulih, memperbaharui serta memberikan sentuhan tempatan kepada produk dan perkhidmatan kami.“


Data Trafik dan Transit untuk Maps diperoleh daripada pelbagai sumber, termasuk jabatan pengangkutan kerajaan, pembekal data swasta dan pengguna Google Maps untuk peranti mudah alih yang menyumbang maklumat mengenai kelajuan di jalanraya menerusi ciri ‘crowdsourcing’.

Dilancarkan pada 2009, Google Maps telah membantu rakyat negara ini mencari info geografik tempatan – peta online, maklumat topografik, imej satelit, maklumat pemanduan, senarai alamat rumah dan perniagaan – dalam desktop, tablet dan telefon mudah alih.

Untuk merancang perjalanan anda dan mendapatkan kelancaran sepanjang perjalanan, sila layari maps.google.com.my untuk ciri yang menarik.