Siapa yang pernah rasa chicken pada usia tua ni mesti merasai betapa sakitnya kesakitan yang dialami. I dah kena tapi usia 27 la tapi dikira masih muda ..hi hi.. Tak silap i , waktu kecil dan masih bayi saya dah datang chicken pox. Sebab pernah baca catatan buku kesihatan bayi. Tapi tak sangka bila dah besar saya alami lagi untuk kali kedua. Benda ni datang ketika saya pulang dari mengerjakan umrah. Buat umrah 26 April 2018- 6 Mei 2018. Sampai kelantan 7 Mei 2018.
Waktu pulang dari kelantan. Dah rasa lain macam dah tubuh badan ni tapi tetap tahan demi ma abah yang uzur. Kena tolong urus check in n beg2. Tulang belulang ni rasa macam nak patah dan berdenyut2. Sampai je rumah i terus je rebahkan diri atas katil. Rasanya tak pernah selemah ni. Berhari2 asyik terbaring je. Lepas solat terus tidur di sejadah. Pertama kali dalam hidup, saya tak pedulikan anak2 saudara yang ajak main n mitak perhatian dr sy. Makan pun ke laut. Langsung tak boleh nak telan makanan. Dah start muntah2. Minum air pon terasa loya. Tulang denyut2. Sy ingatkan sy rasa letih sebab kesan umrah dan cuaca. Sampai masuk hari ke 6 selepas pulang umrah, terasa kesakitan tulang yang denyut tu teramat sangat sehingga nangis sorang2 (terlebih manja) keh keh... Bila anak2 buah dah habis cuti n balik rumah masing2 tinggal saya je kat rumah, abah masa tu kat hospital. Adik jaga abah ma pun ikut sama, abang kak ipar kerja.
13 Mei 2018- terasa gatal2 di leher, cuba tilik cermin, pelik semacam sebab nampak spt jerawat besar tumbuh di leher, xpernah2 keluar jerawat kat kawasan tu. Biasa keluar kat muka je, kemudian biji tu mcm nak pecah n sy tolong pecahkan lagi.
14 Mei 2018- Gatal makin miang. Waktu nak mandi, terkejut bila tengok badan naik biji2 berair, i is jahil tukil dah rasa gabra, kenapa naik jerawat kat sini. Yang tahu jerawat je sebab jerawat mmg setia tumbuh di muka berbelasan tahun lamanya. Jadi benda lain sy memang tak kenal. Mata pun rasa pedih je dan rasa penat macam baru lepas tolak lori sampah!! Padahal baru bangun tidur je. Try mesej akak tanya apa benda yang tumbuh biji2 tu, pastu kakak cadang suh g cek klinik bimbang takut cacar air. Tunjuk kat mak, mak kata bertih aka campak. Cepat2 paksa suh g klinik sebab biji2 berair dah naik kat muka sebijik dua.
Dengan rasa malas pegi jugak ke klinik. doktor kata chicken pox n perlu rehat dan tak boleh keluar rumah dalam 3 minggu sebab kata doktor chicken pox yang kena usia dewasa ni proses keluar n proses pemulihan dia agak lama. Jadi mereput lah i kat dalam rumah. Terpinggir dengan semua disebabkan chicken pox. Semua tak nak kena jangkitan..hi hi.
15 mei 2018- Bermula lah saat tu, nazak dia bermula. biji2 makin banyak. Penuh satu leher,satu muka, satu badan, tangan dan betis kaki.
16 Mei 2018-makin penuhhhhh . Rasa down tengok diri sendiri. Tak sanggup nak tayang depan cermin. rasa tak sanggup tu bertukar jadi lain. Rasa tak kisah benda tu keluar tapi yang kisah bila gatal2 tu nak hilang. Tak boleh tidur malam. Sehari tiap beberapa minit sy mesti mandi. Pukul 2 3 4 5 pagi wajib mandi!!! Gatal dia memang tak boleh nak cerita kat orang. Sehingga tiap malam, suhu badan sy tinggi. Malam2 meroyan sakit n jadi nurse utk diri sendiri. Letak tuala atas kepala, lap2 badan yang berbiji ngeri tu. Sedih betul. Haha.. Macam ni lah kalau dinamakan bujang. Tapi belum tentu kalau bersuami, suami kita caring kan.. Hii.. Tapi harapnya dapat yang caringlah.. Ehh ke situ plak.
Sakit2 badan ,gatal miang, dan demam berterusan sehingga 31 Mei 2018. Hampir dua minggu lebih saya bertarung kepedihan. Bayangkan satu badan naik biji2 dia, besar2 pulak tu. Nak garu tapi tak boleh kan. Macam bercintalah, cinta ni macam kurap, makin garu makin sedap, tak dapat garu nazak lah jadinya. Malam2 mengelepar sorang diri, ulang alik tandas, berendam lama2 dengan sabun marine assence. Pastu muntah2, nak jalan pon terhuyung hayang. Makan pon tak larat nak sediakan. Mujur lah pd 17 Mei tu, hari pertama berpuasa, hari pertama tu jugaklah saya terkandas dari berpuasa sebab period.
Allah ni adil, dia tahu hambanya tak mampu nak bergerak dan bersujud akibat biji2 penuh di muka dan badan. Dia bagi sy cuti solat 8 hari. Benda ni kalau kena kain memang pedih yang amat. Jadi sepanjang berpantang ni memang bermusuh lah dengan kain...ke ke ke... Makan pun kena pantang. Tak boleh makan semuanya, mujurlah masa tu saya demam dan memang takda selera makan. So tak kisahlah kalau ma tak bagi makan semua benda kecuali ikan panggang dan daging panggang. Sy pun tak leh gi dapur waktu orang masak2 sebab biji2 ni macam nak mengamuk kalau kita duduk kat orang tengah masak2. Sebab panas kan.panas berlawan dengan pedih jd sakit lah. Jadi sy mereput dalam bilik aje.. Sapu2 ubat calamine kalau tak silap, tapi ubat klinik tu busuk menyebabkan saya makin muntah. Tukar cara pandai2 sendiri bubuh bedak sejuk dan sapu herbal blend shaklee. Herbal blend ni memang saya minat dan suka pakai. nyamuk pun tak berani nak dekat. Jadinya bila dipakai kat biji2 tu. Rasa macam sejuk2 dan nyaman kejap. Bedak sejuk tak leh pakai sangat sebab kulit sy jenis kering n bedak sejuk tu mengeringkan lagi kulit saya. Akibatnya kulit makin miang. Bila pakai herbal blend kat muka je, sy perasan biji kat muka cepat kering berbanding di badan memakan masa 3 minggu untuk kering. Terus beli lagi sebotol untuk lumur kat badan.
Lepas 3 minggu. Biji tu kering dan jadi keruping. Masa tu la tangan gatal nak kutil.orang kata kalau tak nak bagi berparut keruping tu tak boleh usik, biar luruh dengan sendirinya. Tapi sy degil. Seronok duk kutil2 sampai luruh semuanya. N ada yg belum kering sepenuhnya dan berair. Naik jadi kudis. Stresa betul. Bila dah 3 minggu ni gatal miang dah hilang. Tapi ada jugak kadangkala tu dia gatal sebab makan benda yang menyebab kita gatal. Sy makan ayam dan telur.
Benda paling stress bila dah sembuh dari chicken pox ni bila tengok diri sendiri yang penuh berparut di muka dan badan. Tak tahu macam mana jalan penyelesaian dia dan bila nak hilang parut hodoh tu. Memakan masa yang lama juga untuk hilang sepenuhnya. Sebab tak sampai sebulan lagi kot. Hu hu.. Sekarang cuma cuba makan teh roibos untuk cuci darah kotor, vitamin flavette,century vitamin c, cosmoderm vitamin e untuk disapu, herbal blend, alovera. Entah laaaaa... Masa ni la rasa macam tak nak kawin...huaaaaaaa....
Harapnya cuti raya nanti, bila anak2 saudara dah balik, diorang tak pulaukan mak saudara dia. Yela, sape yang yakin bila tengok banyak parut ni dah sembuh sepenuhnya, mesti diorang fikir parut ni boleh berjangkit lg. sebabnya batuk2 saya belum hilang. Biasalah kan. Balik dari umrah antibodi tak kuat lg. Demam pon on off je.. Kalau kat muka sy tak stress pun sebab dah terbiasa parut jerawat. Tapi kat badan yang selama ni mulus tulus tetiba ada corak. Rasa nak nangis jugak. Masa tu jugak mitak doa kat Allah tak nak kawin dalam masa terdekat ni..har har .. Malu dan down teramat.
#Antara pantang yang sy tak boleh makan ..kelapa, air kelapa muda, ayam, telur, kicap, soya, kacang,benda pedas. Tapi sebenarnya saya langgar pantang waktu minggu kedua, selalu curi2 makan ayam dan minum air kelapa. Jadi bila gatal tu pandai2 lah tahan sendiri. Mak xbagi minum air kelapa sebab risau jadi parut putih. Dan tak leh makan kicap takut parut jd hitam berkekalan.. Tak leh kena hujan nanti parut berlekuk. Itu saja pantang chicken pox yang saya tahu. Yang pasti pantang sy seperti orang lepas beranak. 7 Jun 2018, mak saya masih kawal sy dari makan benda2 tertentu.. Dan sy orang yang beruntung sebab umur 27 tahun masih diberi mak untuk mengawal pemakanan saya. Orang lain umur 27 dah jadi mak orang, tapi sy 27 tahun masih baBy di mata mak....kakaka...Sekian pengalaman dari saya.
love plak kisah awk ni..pengalaman awak lebih kurang saya je..yg beza cara rawatan
ReplyDeleteSaya pun baru naik chicken pox nie...dah umnur 32 tahun baru nak naik...
ReplyDeleteSaya pun 28thun baru ja lega dri gatai skg tggal kuping ja..baru 10hari.. Alhamdulillah dah makin pulih..
ReplyDeleteKlau mnum air kelapa bkan k bntik bntik cacar air tu cpt klua... Sy pon xpham.. Mna stu y btol... Doc ckp bolh mnum air kelapa tu...skg nie tgh trseksa thn skit..
ReplyDeleteAwak makan ubat antiviral yg hospital bagi ke?
ReplyDeleteSy skrg baru perasaan ad naik chicken pox bila rasa ad biji2 di blkg leher.berjangkit dri ank yg baru sembuh dri chicken pox.rasa wktu kcik dh naik sbb ad parut xhlg lgi.kli kedua naik.sapu sapu krim shaklee jgk n ltak bdak sjuk.rsau takut naik mkin bnyk.😂.nk urus ank kcik bkn snang klau kita yg sakit.😂😂
ReplyDeleteSy tgh kene ciken pox skrg ni..da tua2 baru kene..ape yg sy hadap skrg ni sme mcm sis ni kene..cume agk konpius daging bole ke makan..
ReplyDeleteSya pn bru naik 2 hari nie abis kepala muka bdn tngn kaki sya.. Adoii gatalnya hnya Allah ja thu..umur 35 bru nk kluar sbar je la.. ðŸ˜
ReplyDeleteUmur saya 21 baru kena chicken pox ni aduiii dia punya gelisah tu lain maciam 😂 ni dah hari kesembilan so dah kering semuanya. Ada juga yg masih berair tu tapi dia da jadi hitam sikit padahal hari2 sapu krim dari klinik. Huhuhu haraplah2 parut ni cepat hilang
ReplyDeleteCiannye..sumer sye dh 31 taun bru kne. Amboi gatal xtau nak habaq. Hm..kluar byak kat muka..xtaulacm mne nak kje ngan muka camni huhu...
ReplyDelete