Esok semua anak saudara akan balik ke Selangor, seminggu je sempat main sama-sama. Syairazi 8tahun, Insyirah 7 tahun, Nafesah 2 tahun, Uwais baru setahun jagung, dan paling bes tahun ni bakal dapat keluarga baru lagi. InsyaAllah. Bakal adik Uwais. Moga selamat bersalin.
Mulut tak ucapkan rindu tapi hati ni dah sebak dalam diam, merekalah tempat saya bermanja, menumpang kasih sayang. Mereka sangat kasihkan saya sejak kecil lagi, mungkin masa kecik2 saya selalu jaga diorang buatkan diorang sayang. Bila dah besar, terutamanya Abg Aji dan Yayah. Budak dua orang tu seoalah olah memahami saya. Kalau saya gembira dan ceria, diorang turut ceria, kalau saya bermuka muram, mulalah si abang, " Kenapa muka cik lah ni?Fikir apa?" dia memang cakap loghat luar sebab dibesarkan kat selangor. Bila saya tak makan tepat waktu, abang la sibuk panggil suh makan, kalau selagi tak keluar bilik selagi tu la dia masuk panggil," cik lah jom makan nasi", "cik lah nasi dah nak habis", "cik lah cepar keluar", " cik lah kenapa tak nak makan nasi?". dia akan panggil sampailah saya keluar duduk kat meja makan.
Kalau bab agama pun, dia lah nombor satu. Si abang. Hmmm, "cik lah dah solat belum?" walaupun dia tu belum mumayyiz, tetap,mengingatkan saya untuk solat, Kalau si babah dia balik rumah, cepat2 dia datang n cakap " cepat pakai tudung,babah dah nak masuk rumah", siapa yang mengajar dia? mak bapak dia la,salute betul dengan iman yang dah ada tika kecil lagi, betul2 bertanggungjawab. Kalau pakai tudung ternampak rambut,cepat2 dia cakap," cik lah apasal nampak rambut,pakai elok2 lah tudung tu,nanti laki tengok berdosa tau", oh my! saya memang selalu sentap dengan dia. tapi tiap kali teguran dia, saya balas dengan senyum dan ciuman. Sebab saya nampak ikhlas tegur saya kerana sayang. Dia sangat menjaga.
No comments:
Post a Comment
arigatO!