Pengikut setia

Saturday, 3 September 2016

Apa yang kita minta pasti Allah bagi

Hari ni saya dapat satu cerita yang begitu memberi inspirasi pada saya. "Lin, kalau nak tau seseorang tu jodoh kita, semua urusan pasti senang" ,"ya kak, betul tu" .
Saya mendengar ceritanya penuh khusyuk. Katanya jodoh dia datang begitu senang dan tiada halangan dalam masa terdekat. Sebelum mengenali suami tersayang, dia dah kenal dengan si laki tapi laki tu bukanlah jodohnya, satu masa dia jumpa dengan sorang lelaki yang bekerja sebagai Penyembur nyamuk dekat jabatan kesihatan , tak tahu istilah apa, saya dah lupa.

Laki tu katanya meminta nombor telefon dengannya, kakak tu dah jatuh hati pandang pertama kepada lelaki itu. Kemudian mereka seharian mesej antara satu sama lain. Tapi pada keesokannya, terus senyap. Kakak tu risau kenapa lelaki tu mendiamkan diri, selama sebulan kakak tu berdoa berdoa berdoa sesungguh hati, istikharah, tahajud, hajat tak henti2.Moga lelaki itu menjadi jodohnya. Dan selepas sebulan, lelaki tu kembali muncul. Terus mengatakan dia serius berkawan dengan kakak tu. Kemudian dalam tiga bulan, lelaki tu terus melamarnya untuk berkahwin. Alhamdulillah.  saya gembira dengan perkahwinannya yang dah masuk tiga tahun.

Kat sini saya dapat nyatakan bahawa, tak mustahil bagi seseorang yang berdiam diri itu bukan jodoh kita, kalau kita terus berdoa minta dia dari Allah, tak mustahil Allah balikkan hati dia kepada kita. Saya pernah tersuka dengan beberapa orang lelaki tapi tak pernah doakan semoga dia milik saya. Juga mendoakan moga dia jauhi saya. Saya selalu disukai oleh lelaki yang muda dr saya. Tapi saya tak pernah celik mata untuk diorang. Bagi saya mereka terlalu mentah buat saya. Tapi sekarang dah tiba masa untuk buka hati untuk sesiapa pun, asalkan dia ada ilmu tentang Islam dan cukup solat,puasa,dan ikut perintah Allah & tinggalkan larangannya. AMINNN..

No comments:

Post a Comment

arigatO!