Pengikut setia

Thursday 16 March 2017

Carmela TV3 jadikan pengajaran

Sekarang tengah meroyan tengok cerita Carmela, gigih aje bukak youtube. Walaupun takda subtittle tetap buat2 paham. Biasanya sy tak suka cerita filipina sebab terlampau seksi dan aksi yg over. Tapi cerita Carmela ni kurang seksa dan aksi dia pun tak la teruk sangat. Peluk2 dan cium tu takda sangat dalam citer ni. Sy tertarik untuk tengok filem ni sebab jalan cerita dia menarik dan banyak pengajaran yang dapat.

Dalam ni mengisahkan tentang hal kekeluargaan, cinta, politik. Pengajaran dalam cite ni pun banyak antaranya nilai kasih sayang, kesabaran.

Saya sangat terkesan dengan Si carmela yg terpisah dengan keluarga dan tinggal bersama nenek angkat, walaupun dibesar dalam keluarga miskin, dia tetap berusaha untuk belajar. yuran pengajian pun dia cari sendiri hasil dari menjual buah buahan. Berbeza dengan saya. Diberi peluang untuk sambung belajar pun masih malas dan yuran pun mak yang tanggung sepenuhnya. Walaupun miskin. Dia baik hati dan suka menolong orang susah. Buktinya carmela mengambil 3 orang budak jalanan dan dijadikan sebagai adik angkat.

Kemudian, bab kekeluargaan plak boleh nampak pada keluarga angkat carmela. Walaupun bukan darah daging sendiri tapi kasih sayang mereka ikhlas, mereka tidak pernah terpisah dan merasa susah. Saling membantu antara satu sama lain. Selalu rasa syukur dengan apa yang ada.

Keluarga harmoni datang dari ketua keluarga yang hebat. Fernando adalah datuk bandar di satu kawasan. Kejahatan dia jelas tersembunyi. Tapi dia pandai menjaga keluarga dia. Walaupun si anak perempuan pernah buang dia dan isterinya dari keluarganya, dan apabila Trixi iaitu anaknya insaf dan ingin kembali ke pangkal keluarganya, dengan senang hati fernando menerima anaknya itu. Sangat menyayangi si isteri dan anaknya, Janine, walaupun si Janine anak dari hasil rogol dengan si Amanda. Kekasih gelap dia. Perpecahan keluarga pula akan berlaku apabila kepercayaan hilang antara satu sama lain dan berlaku ketidakjujuran antara mereka. Semakin hari keluarga Fernando berpecah belah disebabkan rahsianya terbongkar. Terlibat dengan rasuah dan rahsia mempunyai anak dari hasil rogol. Pengajaran kat sini adalah hubungan yang harmoni dan penyatuan. 

Isteri Fernando, lupa nama.. Sangat percaya dengan suaminya. Kepercayaan tinggi membuatkan hubungan berkekalan walaupun suaminya curang. Isterinya sabar melayannya, walaupun dia tahu suaminya ada anak dari hasil perbuatan keji, dia tetap menerima keburukan suaminya itu dan tetap bersangka baik dengan suaminya kerana dia menikahi suaminya dan telah menerima baik buruk suaminya. Isteri fernando tetap menyayangi anak angkatnya walaupun bukan darah daging sendiri.

Ibunya Yago. Walaupun terpisah dengan suaminya, dia tetap tidak mahu bercerai demi menginginkan keluarganya bersatu, rela digantung. Dia tetap setia dengan suaminya walaupun suaminya menikahi perempuan lain dan bahagia dengan keluarga baru. Ibunya Trixi menyesal atas perbuatannya kerana meninggalkan family hanya kerana seorang lelaki lantas meminta maaf dengan fernando dan maknya. Kemaafan perlu diungkapkan tanpa perlu wujudnya perasaan ego. Demi perhubungan. Ia suatu pengajaran menarik kan??

Yago pulak, ini hal percintaan. Rasa tidak putus asa demi mendapatkan apa yang dia inginkan. Yang ni saya suka, lelaki yang tidak mudah mengalah. Walaupun dicemuh dimarah dan diperlekeh dan banyak lagi oleh si carmela, si yago tak putus asa, tetap menunggu dan berusaha mendekati carmela. Mengambil hatinya, membantu carmela ketika dalam kesusahan. Paling win, si yago pandai mengambil hati nenek wagan. Rasa ikhlas dalam hatinya untuk memiliki hati carmela. Walau dia anak orang kaya. Tapi tidak memilih harta kekayaan dan pangkat. Dia sangat teruja dengan hubungan carmela dengan nenek angkat dan adik angkatnya.  Yago lelaki berani meluahkan perasaan dia pada wanita yang dia cintai. Bagi yang ada perasaan kat seseorang terutama lelaki, ambil la cerita ni sebagai pengajaran. Jangan jadi pengecut dan pemalu sangat.. Dan kat situ dia dah bagi hint, nak tawan hati si wanita yang disukai, perlu la tawan hati orang yang memelihara dan jaga dia sewaktu kecil. Orang tua atau sesiapa aje la yg bela dia. Tawan hati mereka tu dulu. Pergi rumah. Ada berani? Keh keh.. Bagi saya, nak tawan hati seseorang tu. Cari dulu si pemilik hati yang sebenar dulu. Dan doa. Doa itu senjata muslim. Iaitu Allah. Moga Allah mudahkan urusan kalian. Amin.. 

Si carmela, walaupun dia cantik bijak dan ramai yang berkenan, dia tak jadikan diri dia mengedik sini sana. Dia jaga batas dia dengan lelaki dan tidak kecundang dengan cinta palsu. Dah nampak kan pengajaran kat sini? Walaupun bukan islam, cerita ni ada ciri islamik juga. Kristian katakan.. Dia tetap menjaga maruah diri. Perempuan, jagalah maruah diri anda. 

Si Dante pula kasih pada si anaknya Aliyah. Walaupun selama ni dia tidak menghiraukan anak haramnya itu. Setelah pertemuannya dengan carmela memberi perubahan kepada dia untuk berubah. Tidak lagi jadi kaki perempuan, jujur dalam percintaan. Si Dante mempertahankan anaknya dari kejahatan bekas kekasihnya. Sifat ayah yang melindungi anaknya jelas kat sini. 

Yang menyedihkan, Yago yang terlampau mencintai carmela sanggup menentang emaknya yang selama ini yago sangat kasih dan caring pada emaknya. Orang kata what u give u get back. Dulu. Trixi yang perlakukan sebegitu kepada kedua orang tuanya. Sekarang dia menerima akibatnya.anak nya sendiri pula yang menentang dia dan sanggup buang keluarga demi cinta. Tapi ibunya tidak putus asa lalu menelefon ayahnya yago untuk berbincang. Kat sini boleh nampak pengajaran iaitu tanggungjawab si ayah terhadap anaknya wajib walaupun mereka suami isteri sudah terpisah. Jelas, ayahnya masih lagi bertanggungjawab besar dalam hal anaknya.

Si Amanda, sebelum ini dia selalu mempercayai syirik. Tapi dia gadis yang tidak memandangkan harta semata-mata sebab dia tidak terima fernando yang gatal tu jadi suaminya. Walaupun fernando ingin memperisterikan dia. Isteri nombor dua. Cinta itu buta. Dirinya yang dianggap selalu malang akhirnya menemui cinta sejati. Tetapi sekali lagi dia mendapati suaminya itu bisu, tapi dia tetap menerima suaminya yang bisu dan pekak. Menarik bukan? Amanda mempunyai kelab untuk layanan dan orang kata GRO selepas kehilangan anaknya carmela. Tapi demi anaknya carmela yang baru ditemuinya, dia sanggup mengajak semua GRO yang terlibat dalam kelab tu berubah dan insaf. Kemudian Si Amanda membuka kedai makan dan sama-sama berbisnes sesama mereka. See?? Kat sini pengajaran yang saya dapat, semua orang yang jahat atau tidak baik boleh berubah ke arah kebaikan jika keinginan kita ada, jadi jangan sekali kali jugde orang yang tidak baik. InsyaAllah hidayah milik Allah. Allah berhak bagi kepada sesiapa yang Dia kehendaki. 

Banyak lagi pengajaran yang saya dapat dalam cerita ni membuatkan saya taknak tinggal 1 pun episod. Berbanding cerita indon yang sarat dengan dendam aje, cerita melayu pula hanya fokus kepada percintaan sahaja. Walaupun citer filipina ni ada yang negatifnya seperti percaya pada benda khurafat. Jangan ikut yg negatif. Memanglah dia percaya benda sebegitu kerana jelas dia kafir, dan yahudi. Ikut la benda yang baik.. Banyak yang dia sampaikan tanpa kita sedari. Apa-apa pun saya tetap suka cerita carmela ni. Tak membosankan dan jalan ceritanya terselit pengajaran yang baik. 


Ehhhh.. Panjang bebenor pulak taip.. Syok sendiri. Biarlah. Ni blog sy . Bebas untuk menulis menulis dan menulis..saya menulis dari hati yang ikhlas dan apa yang tersirat dalam otak sahaja, saya bukan kaki politik, bukan juga hebat dalam hal agama, dan yg mampu saya buat hanyalah pemerhatian sahaja, hasil pemerhatian, tak salah kan saya luah dalam blog kesayangan ni. Dah 7 tahun bersama saya. Thanks blog. Kaulah ratu hatiku yang sentiasa menemaniku ketika aku sunyi. 

No comments:

Post a Comment

arigatO!