Pengikut setia

Tuesday, 13 June 2017

Dah sediakah bakal suami isteri untuk berumah tangga

Ok .. Tamat semester 2. Cuti tiga minggu ni saya ke selangor. Disebab nak jaga anak abang.. Untuk hilangkan kesunyian kat rumah.

Jadinya, anak abang ni beza lahirnya hanya setahun sekali. Seorang umur cukup2 2 tahun lahir 14/4/2015. Seorang lagi berumur 6bulan lebih lahir tahun 27/11/2016.  Bermula detik menjaga kedua orang bayi ni. Ibarat kehilangan nafas utk ambe uruskan keduanya. Rutin pagi selepas sahur diorang dah sedar n nangis2, tapi bertahan la sebab masih ada abi n ibu.. Hi hi.. Tpi bila dah tak da parent, ambe la jaga. Kat situ nampak la kepenatan diwajah diri sendiri. Serabai macam mak joyah dan paling teruk muka macam baru lepas pantang. Fuhh..dengan tak sempat nak tidurnya lagi..

Tapi ok la juga sebab bayi dua orang ni dia tidur sama2 n bangun sama2 tapi tak de la sharp betul2. Dalam pukul 7, parent dia p keja. Sy tidurkan kedua bayi ni sehingga pukul8. Lega. Sy ikot tidur jap.. Sementara dunia masih aman. Pukul 9.30 si adik terjaga. Cepat je saya angkat mandikan dia, lepas mandikan adik, si abang lak bangun. Mujur bagus je tak nangis2 pon. N terus mandikan abang. Pastu buatkan susu untuk si bayi tercinta. 10.30 pagi diorang isap susu.. Masa nk susukan jenuh la jugak, si abang mintak garu tangan kaki dia, jenis spesis habit masa menyusu. Si adik lak nak perhatian cakap2 dengan dia, kalau tak nangis la jawabnya. 

Siap je menyusu, boleh la main2 ngn baby naqiyah jap. Main ngn si abang lak sampai jam menunjukkan pukul 11.30.. Si adik nangis nak tido. So sy tidurkan plak si adik. Masa tu nak kawal dua orang memang kering gusi la. Dalam masa nak dodoikan adik. Kena la kawal si abang jugak. Budak baru nk kenal dunia. Faham2 la camne.baru dua tahun kot. Cakap pon macam elien lagi. Kurang faham apa kehendak dia. Pastu bila adik tidur, tak sampai sejam terkejut sebab abang bising. Abang plak tak mau tidur2. Fuhhh.. Angkat si adik dari buai letak kat bawah.adik nangis2 abang merengek. Mak sedara? Mengilai kegilaan . Huah uaahua.. Adik tergolek2 atas lantai, tiba2 nangis macam kena sawan, rupanya semut gigit paha gebu dia. Adoi.. Adik adik kenapa adik ni tergolek sana sini. Ni sebab ralik layan si abang yang banyak akal la. Tak leh terlepas pandang sikit! Ni baru jaga budak belum lagi berumah tangga. Kalau dah jadi bini sy tak tau sy mampu ke tidak. Tapi perempuan sellalu heroin. Kuat. Insyaallah boleh tanganinya. 

Jaga bulan puasa memang penat sikit. Lepas nangis kena gigit semut adik nyenyak dalam buai.. Tp tidur tak lama pun sebab abang kacau.. Ggrhhh.. Geram nya.. Tapi jaga bayi memang kena sabar. So tak leh marah sebab bayi bukan tau pun benda tu salah. So tarik nafas hembus je la. Cakap anak bertuahh... Dia pon ikot sama. Huhii.. Adik bangun tak tido dah. Mengamuk aje.abang plak jerit sana sini minta perhatian. Tangan sy kiri kanan pegang budak. Abang tengok siaran ketuk2 ramadhan, tetiba cakap " nak acik" ok . Cik lah sambil dukung adik ambilkan nasi. Sambil pegang adik, suapkan abang nasi n adik lak meronta2 menangis. Boleh bayang tak situasi ni. Belum abis suap nasi sy terus ke dapur buatkan nestum utk adik. Si abang merengek minta tambah nasi. Ok sabar. Kiri kanan tangan sy aktif bergerak.. Tangan kanan suap nasi abang.. Tangan kiri pegang adik sambil jari kiri cepat suapkan nestum ke mulut si adik. Lelah. Macam ni rupanya beranak.. Hak hak.. Baru terfikir. Penat. Bukan sekadar reti beranak aje. Suami. Tolong la isteri mu wahai suami. Penat jaga sorang. Harap dalam diam saya berdoa. Allah, moga aku punya suami yang ringan tulang utk bantu aku besarkan anak2 syurgaku. Amin...

Lepas siap semua. Ketum ketan ambo ke dapur basuh pinggan cawan sambil dukung si adik. Abang lak merengek minta itu ini. " air yo" air milo... Hmm sabar wahai hati. Jaga budak memang buat hati saya lagi kental. Jangan marah.. Hihi..ok lepas siap kat dapur. Baru nak tengok tv sambil riba adik yang merengek tak nak duduk bawah.asyik nak berdukung je. Baru nak rest, tetiba.. " ucuk ucuk eyok" adeiiii.. Si abang ngadu yg dia berak.. N bau busuk sambil buat gaya bau busuk.. Letak adik kat toto, cepat je bssuh ut ut abang sebab adik nangis2 keseorangan.

So nak mandi pun tak sempat, tak tenang. Nak buang air pon terase cam pundi kencing tersekat. Allah .. Penat rupanya jaga harta pemberianmu. Ada hikmah ambo jaga anak saudara. Buatkan ambo lgi ready macam mana nak hadapi masa depan bersama bayi sendiri.kena siapkan mental fizikal. 

Ye, lagi penat kalau dikurnia bayi yang beza setahun sebab bayi kan. Tak leh nak fokus satu persatu. Dan jadi seorang ibu yang bekerjaya ni memang saya boleh bagi bintang lima lah.. Cara mengurus tangga memang power. Contoh, tengok pd pengurusan kakak n kak ipar sendiri. Penat campur cergas. Balik kerja terus keluarkan bahan mentah untuk masak. Tukar baju, susukan anak, pastu rest jap, pastu terus masak. Mandikan si adik mandikan si abang. Siapkan diri sendiri, siapkan makanan utk suami. Jemur kain. Malam plak iron baju untuk suami n sendiri, layan anak dan banyak lagi. Ambo sendiri tengok kekadang rasa kesian. Tak da rest wei. Ambo bila duk rumah orang baru reti nak bersyukur. 

Kat rumah, sy rasa paling senang. Tak yah fikir banyak, kerja pun tak. Makan minum pon kekadang tak fikir sebab mak dah masakkan. Abah jenis tak suka orang lain masak kecuali ma. Kalau sy yang masak, abah memang tak makan. Hujung minggu je kelas, hari lain sy duk goyang kaki je. Baca buku. Tu pon kalau rajin la. So sy baru terfikir. Allah nak bagi saya rest dulu sebelum tanggung semua tanggungjawab ni. Besar amanah yang perlu jaga bagi seorang isteri bila dah berkahwin. Jaga pakai minum suami, jaga anak-anak. Kalau suami tak membantu. Memang agak kesian la si bini. Rutin hariannya pasti sama sampai ke hujung nyawa. Isteri vs ibu. Tiada rehat. Tiada istilah rehat. Ibu vs isteri walaupun penat tetap juga perlu bekerja di rumah. Kalau isteri tak buat, memang kucar kacir la seharian kat rumah. Wahai lelaki, sebelum kahwin tu kena pikir masak2 jugak, bersediakah aku nak membantu isteriku dalam hal rumah tangga. Jangan nak harapkan tangan kaki bini aje, sesekali tolonglah mandikan anak2 juga, tolong jemurkan kain, tolong siangkan ikan dan sebagainya. Isteri bukan orang gaji. Bertimbang rasa lah. Syukur tengok kakak yang selalu dibantu suaminya. Dan abang yang selalu membantu isterinya. Moga aku jua mendapat suami mithali jugak. Amin. 

Thursday, 27 April 2017

Pengalaman temuduga

Ku tinggalkan jejak di sini.. Nak cerita satu kisah temuduga. Banyak temuduga yg dah join.. Tapi antara temuduga yang agak menghiburkan bila join iv guru dini dan iv tauliah peguam.

Kemarin baru je settle iv tauliah peguam. Staff mahkamah mesej je suh pergi iv. Jadi dengan hati yg kekalutan saya terima je dan balas akan pergi. Bermula la seisi rajinku.. Yang selama ni agak malas baca buku. Hmm.. Tapi nakkan sesuatu benda tu pasti kita akan berusaha bukan?? Macam2 kitab yang tak pernH dibuka sy study.. So tibalah hri yang dinantikan..

Pagi2 dah rasa gabra. Nama saya bermaksud kelebihan ketenangan tapi agak tertipu dgn maksud nama tu. Sayerr seorang kaluttt! Fakta bukan auta.   Pepagi get ready nak ke mahkamah. Turun naik rumah sebab banyak kali tertinggal barang. Hampir setengah jam tamat gitu jer. Mujur baru pukul 7.15 pagi, bermakna dari pukul 6.45 saya naik turun dari rumah.. Tertinggal stoking. Baju kot.. Dah duk luar pagar, tertinggal sijil fail plok..

Ok, tRik nafas kalut, dah sampai saya terus tulis nama untuk pendaftaran. Saya angka no.19. Nak dijadikan cerita. Masa angka ke 17, seorang calon no. 18 ke tandas. Jadi staf yang urus pelajar iv ni terus panggil nama saya calon seterusnya. Oleh sebab gabra, saya dah tak dengar dia cakap apa, terus menuju ke lorong masuk bilik iv n bukak pintu. Tercengang 5 orang panel penemuduga. Ada ketua hKim, ketua pendakwa. Lagi 3 org xtau ketua apa. Dan lagi sorang, calon iv yang tengah rancak bercakap tercengang Berkerut dahinya melihat pada saya. Tak tahan nyee ambe wat muka tak malu duk sengih2 pastu baru tersedar dari lamunan.. Ya Allah , aku tak patut masuk lgi.. Huhuu.. Keluar dengan muka tak mLu. Dah la calon kat dalam tu lelaki. Malu nak letak muka mana nihh.. Hmmm.. Pdan muka.tapi tak pe lin. Mana tau tu jodohh kau.. Hak hak..

Dulu time iv guru dini lagi la gabra. Sebab satu grup ngn flower boy.  4 org lelaki 2 perempuan, xde la flower sgt. Tp sy spesis yg xleh nak dekat ngn laki. Ado sedikit alahan ngn org laki. Agak tunggul la. Tp time xda urusan je jadi tunggul, bila dah ada keperluan ni.. Demi iv, sy sanggup bermesra ngn flower boys tu. Nak memudahkan komunikasi Dalam bilik iv jer. Xde makna nak mesra alam tnpa sebab.. Bukan caraku. Dan agak memalukan bila masuk bilik iv, penemuduga panggil nama dlu sebelum ditemuduga, di panggil nam fadhil. Tapi ambo dgn yakin menjawab " yaaaa saya!" pastu penemuduga tanya, " awak nama fadhil ke" owhhh tidak.. Satu team pakat duk gelak perlikan ambo. Hmm.. Satu kekalutan yg tak patut dibuat.. Kikiki.. 

Dan walaupun agak kekalutan. Akhirnya saya berjaya lulus temuduga tauliah peguam negeri kelantan, senang je soalan yg dituju kt ambe. mungkin sbb mereka dah nampak kekalutan yg ambe buat sebelum ni. Soalannya, cerita kitab apa yang dipakai. N explain. Yg selebihnya, Bagitau nama pensyarah awk yg awak belajar daij tu. Pensyarah dari uia tu datang ke kelantan dengan apa. Apa subjek yg dipelajari. Hmmmm berapa tempoh belajar awak sepanjang diploma ngan ijazah? *dah kompius ni soalan jugak ke* 

Dan ambe berjaya abiskan duit abah wat byarr tauliah peguam 2017 sebanyak rm 260. Tahniah kepada diri sendiri. Doakan ambe boleh beramal dengan baik. Dan bukan sekadar peguam cap ayam.. Kikikiihh

Thursday, 16 March 2017

Carmela TV3 jadikan pengajaran

Sekarang tengah meroyan tengok cerita Carmela, gigih aje bukak youtube. Walaupun takda subtittle tetap buat2 paham. Biasanya sy tak suka cerita filipina sebab terlampau seksi dan aksi yg over. Tapi cerita Carmela ni kurang seksa dan aksi dia pun tak la teruk sangat. Peluk2 dan cium tu takda sangat dalam citer ni. Sy tertarik untuk tengok filem ni sebab jalan cerita dia menarik dan banyak pengajaran yang dapat.

Dalam ni mengisahkan tentang hal kekeluargaan, cinta, politik. Pengajaran dalam cite ni pun banyak antaranya nilai kasih sayang, kesabaran.

Saya sangat terkesan dengan Si carmela yg terpisah dengan keluarga dan tinggal bersama nenek angkat, walaupun dibesar dalam keluarga miskin, dia tetap berusaha untuk belajar. yuran pengajian pun dia cari sendiri hasil dari menjual buah buahan. Berbeza dengan saya. Diberi peluang untuk sambung belajar pun masih malas dan yuran pun mak yang tanggung sepenuhnya. Walaupun miskin. Dia baik hati dan suka menolong orang susah. Buktinya carmela mengambil 3 orang budak jalanan dan dijadikan sebagai adik angkat.

Kemudian, bab kekeluargaan plak boleh nampak pada keluarga angkat carmela. Walaupun bukan darah daging sendiri tapi kasih sayang mereka ikhlas, mereka tidak pernah terpisah dan merasa susah. Saling membantu antara satu sama lain. Selalu rasa syukur dengan apa yang ada.

Keluarga harmoni datang dari ketua keluarga yang hebat. Fernando adalah datuk bandar di satu kawasan. Kejahatan dia jelas tersembunyi. Tapi dia pandai menjaga keluarga dia. Walaupun si anak perempuan pernah buang dia dan isterinya dari keluarganya, dan apabila Trixi iaitu anaknya insaf dan ingin kembali ke pangkal keluarganya, dengan senang hati fernando menerima anaknya itu. Sangat menyayangi si isteri dan anaknya, Janine, walaupun si Janine anak dari hasil rogol dengan si Amanda. Kekasih gelap dia. Perpecahan keluarga pula akan berlaku apabila kepercayaan hilang antara satu sama lain dan berlaku ketidakjujuran antara mereka. Semakin hari keluarga Fernando berpecah belah disebabkan rahsianya terbongkar. Terlibat dengan rasuah dan rahsia mempunyai anak dari hasil rogol. Pengajaran kat sini adalah hubungan yang harmoni dan penyatuan. 

Isteri Fernando, lupa nama.. Sangat percaya dengan suaminya. Kepercayaan tinggi membuatkan hubungan berkekalan walaupun suaminya curang. Isterinya sabar melayannya, walaupun dia tahu suaminya ada anak dari hasil perbuatan keji, dia tetap menerima keburukan suaminya itu dan tetap bersangka baik dengan suaminya kerana dia menikahi suaminya dan telah menerima baik buruk suaminya. Isteri fernando tetap menyayangi anak angkatnya walaupun bukan darah daging sendiri.

Ibunya Yago. Walaupun terpisah dengan suaminya, dia tetap tidak mahu bercerai demi menginginkan keluarganya bersatu, rela digantung. Dia tetap setia dengan suaminya walaupun suaminya menikahi perempuan lain dan bahagia dengan keluarga baru. Ibunya Trixi menyesal atas perbuatannya kerana meninggalkan family hanya kerana seorang lelaki lantas meminta maaf dengan fernando dan maknya. Kemaafan perlu diungkapkan tanpa perlu wujudnya perasaan ego. Demi perhubungan. Ia suatu pengajaran menarik kan??

Yago pulak, ini hal percintaan. Rasa tidak putus asa demi mendapatkan apa yang dia inginkan. Yang ni saya suka, lelaki yang tidak mudah mengalah. Walaupun dicemuh dimarah dan diperlekeh dan banyak lagi oleh si carmela, si yago tak putus asa, tetap menunggu dan berusaha mendekati carmela. Mengambil hatinya, membantu carmela ketika dalam kesusahan. Paling win, si yago pandai mengambil hati nenek wagan. Rasa ikhlas dalam hatinya untuk memiliki hati carmela. Walau dia anak orang kaya. Tapi tidak memilih harta kekayaan dan pangkat. Dia sangat teruja dengan hubungan carmela dengan nenek angkat dan adik angkatnya.  Yago lelaki berani meluahkan perasaan dia pada wanita yang dia cintai. Bagi yang ada perasaan kat seseorang terutama lelaki, ambil la cerita ni sebagai pengajaran. Jangan jadi pengecut dan pemalu sangat.. Dan kat situ dia dah bagi hint, nak tawan hati si wanita yang disukai, perlu la tawan hati orang yang memelihara dan jaga dia sewaktu kecil. Orang tua atau sesiapa aje la yg bela dia. Tawan hati mereka tu dulu. Pergi rumah. Ada berani? Keh keh.. Bagi saya, nak tawan hati seseorang tu. Cari dulu si pemilik hati yang sebenar dulu. Dan doa. Doa itu senjata muslim. Iaitu Allah. Moga Allah mudahkan urusan kalian. Amin.. 

Si carmela, walaupun dia cantik bijak dan ramai yang berkenan, dia tak jadikan diri dia mengedik sini sana. Dia jaga batas dia dengan lelaki dan tidak kecundang dengan cinta palsu. Dah nampak kan pengajaran kat sini? Walaupun bukan islam, cerita ni ada ciri islamik juga. Kristian katakan.. Dia tetap menjaga maruah diri. Perempuan, jagalah maruah diri anda. 

Si Dante pula kasih pada si anaknya Aliyah. Walaupun selama ni dia tidak menghiraukan anak haramnya itu. Setelah pertemuannya dengan carmela memberi perubahan kepada dia untuk berubah. Tidak lagi jadi kaki perempuan, jujur dalam percintaan. Si Dante mempertahankan anaknya dari kejahatan bekas kekasihnya. Sifat ayah yang melindungi anaknya jelas kat sini. 

Yang menyedihkan, Yago yang terlampau mencintai carmela sanggup menentang emaknya yang selama ini yago sangat kasih dan caring pada emaknya. Orang kata what u give u get back. Dulu. Trixi yang perlakukan sebegitu kepada kedua orang tuanya. Sekarang dia menerima akibatnya.anak nya sendiri pula yang menentang dia dan sanggup buang keluarga demi cinta. Tapi ibunya tidak putus asa lalu menelefon ayahnya yago untuk berbincang. Kat sini boleh nampak pengajaran iaitu tanggungjawab si ayah terhadap anaknya wajib walaupun mereka suami isteri sudah terpisah. Jelas, ayahnya masih lagi bertanggungjawab besar dalam hal anaknya.

Si Amanda, sebelum ini dia selalu mempercayai syirik. Tapi dia gadis yang tidak memandangkan harta semata-mata sebab dia tidak terima fernando yang gatal tu jadi suaminya. Walaupun fernando ingin memperisterikan dia. Isteri nombor dua. Cinta itu buta. Dirinya yang dianggap selalu malang akhirnya menemui cinta sejati. Tetapi sekali lagi dia mendapati suaminya itu bisu, tapi dia tetap menerima suaminya yang bisu dan pekak. Menarik bukan? Amanda mempunyai kelab untuk layanan dan orang kata GRO selepas kehilangan anaknya carmela. Tapi demi anaknya carmela yang baru ditemuinya, dia sanggup mengajak semua GRO yang terlibat dalam kelab tu berubah dan insaf. Kemudian Si Amanda membuka kedai makan dan sama-sama berbisnes sesama mereka. See?? Kat sini pengajaran yang saya dapat, semua orang yang jahat atau tidak baik boleh berubah ke arah kebaikan jika keinginan kita ada, jadi jangan sekali kali jugde orang yang tidak baik. InsyaAllah hidayah milik Allah. Allah berhak bagi kepada sesiapa yang Dia kehendaki. 

Banyak lagi pengajaran yang saya dapat dalam cerita ni membuatkan saya taknak tinggal 1 pun episod. Berbanding cerita indon yang sarat dengan dendam aje, cerita melayu pula hanya fokus kepada percintaan sahaja. Walaupun citer filipina ni ada yang negatifnya seperti percaya pada benda khurafat. Jangan ikut yg negatif. Memanglah dia percaya benda sebegitu kerana jelas dia kafir, dan yahudi. Ikut la benda yang baik.. Banyak yang dia sampaikan tanpa kita sedari. Apa-apa pun saya tetap suka cerita carmela ni. Tak membosankan dan jalan ceritanya terselit pengajaran yang baik. 


Ehhhh.. Panjang bebenor pulak taip.. Syok sendiri. Biarlah. Ni blog sy . Bebas untuk menulis menulis dan menulis..saya menulis dari hati yang ikhlas dan apa yang tersirat dalam otak sahaja, saya bukan kaki politik, bukan juga hebat dalam hal agama, dan yg mampu saya buat hanyalah pemerhatian sahaja, hasil pemerhatian, tak salah kan saya luah dalam blog kesayangan ni. Dah 7 tahun bersama saya. Thanks blog. Kaulah ratu hatiku yang sentiasa menemaniku ketika aku sunyi. 

Wednesday, 15 March 2017

Dia yang terakhir, kucing kesayanganku

Rindukuuuu pada muu mioeeeewwww

10/10/2007. Selasa. 12.42 am

Kelahiran kucing kesayangan saya. Kucing jantan pertama yg saya bela. Mak dia Kucing parsi pertama yg saya dapat hasil dari rajuk saya. Masa tu umur saya 15 tahun. Agak kebudakan. Sanggup tak makan sebab nakkan kucing parsi milik ayahnya pak mertua kakak di kedah. Sanggup tak makan sebab merajuk. Mak dia saya namakan dia boby. Boby tak pandai melahirkan baby2 nya. Tiap malam boby wajib tidur di bilik saya. Dan malam tu sy nampak dia gelisah. Mungkin nak beranak. Saya dh pun sediakan kotak dan kain2 untuk menyambut kelahiran dia. Dah pukul 12, tiba2 boby masuk ke tandas mundar mandir, saya cuba ekori dia, dan saya nampak sesuatu di bahagian sulitnya. Berwarna putihh!! Jelas sebab boby warna koko tompok2. Saya pun ikut gelisah sebab pertama kali tengok kucing nak beranak! Saya takut boby mati masa melahirkan. Biasalah. Budak tak matanggg katakan.. 

Saya terus ambil boby dan letak dalam kotak, saya urut perut dia. Jam 12.42 am. Lahirlah seekor kucing jantan yg paling saya tak suka dan saya letak namanya Tomy. Jam 1.11 am lahir plak nama Bobo tikus,  jam 1.45 am lahir si Jony. Dan pagi pukul 7 lahir si jojo. Jarak bby tu lahir jauhh beza. Berbeza ngn bby kembar yg cuma lahir antara 2-5 minit. Penat woii saya yg tolong jadi bidan sebab kucing sy xreti nak teran.. Sy urut perut dia sampai terkeluar separuh kepala n saya tlong keluarkan baby2 tu dari perut mak dia. Teruja sgt waktu tu! 

Nak diceritakan kat sini, dalam keempat kucing yg baru lahir ni, Tomy lah paling sy ambik berat sebab masa dia lahir tu, dia tak bergerak, sy risau dia mati. Mungkin sebab dia anak sulong.. Errrr..heee... Saya lap hidung dia, lap badan dia, baru lah mak dia pandai nk mandikan anak dia cmne. Dan sy sedari bahawa betapa tomy ni sangat hodoh sebab hidungnya bertompok. Nama diberi sempena hidungnya bertompok.. Nk modenkan sikit xkn nk panggil tompok kan?, terus sy paggil tomy sebab dia keturunan parsi kampung. Sepanjang setahun, saya jaga dia bagai tatang minyak yg penuh. Sebab tak sempat nak jaga, terpaksa sy bagi kat org si tikus n si jojo. Jadi saya bela tomy n jony je la. Bila dh ada bby baru, sy lupakan boby. Sbb boby ni xsedar diri, mentang2 dia comey dia asyik mengawan aje, dalam masa tak lama tu, boby lahir 8 ekor plak. Ramai sgt smpai sy lupa namanya apa, tp masih ada dlm senarai lg nama2 kucing sy. Dan kelapan ekor anakknya yang menghairankan sy semua hilang, saya syak ma yg buang.. Hmm..  Dan xlama kemudian boby pon menghilang membawa diri, jony tu adik sy yg take care, dan perhatian 100% kepada tomy. Dia ada alergik kulit. Sebab tu sy jaga dia dgn penuh kasih sayang. Terluka je saya terus rawat rawat rawat. Agak menyusahkan la juga, nak buang tp rasa sayang menebal. Mungkin sebab dia tengok saya caring kat dia. Saya n dia tak boleh terpisah. Tidur bersama dari kecik sampai besar. Sampai umurnya 4 tahun. Hubungan kami akrab. Sangattt.. Sy belikan dia wiskas pelbagai perisa, nak bg dia sihat dan gemok. Dia agak manja. Dan sgt faham apa yg saya cakap. Kalau sy nk pegi sekolah, dia akan duduk di motor sy. Lepas sy peluk n cium dia baru la dia duduk di birai tangga. Bila pulang dari sekolah. Kadang2 dia jemput saya tepi jalan besar, laluan ke lorong rumah saya. Dan dia akan berlari2 anak sampai la ke rumah. Yg pelik. Dia rapat dgn saya aje. Dengan orang lain dia akan lari. Menggelepar, sebab tu dalam ramai2 yg nak berkenan nak ambil dia, xdapat2. Saya ajar dia. Kalau orang nak tangkap tolong lari jauh2. N dia kucing yg paling dengar cakap sy. Sebab tu sy tak risau kalau dia berpeleseran. Sebab dia hanya manja dengan sy, tp yg merisaukan sy,disebab dia pondan, dia selalu balik dengan badan yg luka sana sini.buatkan saya rasa sedih dan susah hati. Bila sy marah dia, dia pandai merajuk. Taknak makan pun!! Sampailah sy kena pujuk dia balik. Peluk2 dia, cakap yg kita dah tak marah dia, n kena suapkan kat dia makanan tu kat mulut dia, baru dia makan. Memang manja!!! Dia pandai bergurau. Pandai main sorok2 ngn saya, bila sy main sorok2, dia nyorok sorok kepala dia aje, dasar kucinggg lawak!! Bila turn sy yg nyorok. Pandai dia mencari saya pastu bila jumpa dia buat suara garau pastu kembangkan bulu ekor dia. Cesss... Nakal.

Bila saya gaduh ngn kenkawan, saya balik dari sekolah n nangis2, mcm biasa kalau sy xbukakkn pintu utk dia, dia akan masuk ikut tingkap, tomy ni memang kucing bijak! Dia dtg kat sy n terus jilat muka sy. Tangan sy. Seolah dia memujuk hati sy yg sedang bersedih. Dan paling sy sayang dia, ayat ni xleh bla .. Dia kucing beriman bagi sy.. Hahaha.. Sebab apa? Sebab dia xmiss kejutkan sy bangun subuh. Dia la alarm sy. Dia jilat sy jilat hidung jilat kaki sampai sy rasa geli dan jerit, "busuklah mu tomyyyyy". 

Selain tu, tomy kucing penakuttt!! Bila diajak mandi aje terus dia lari jauh2, menyorok la konon, sampai sy terjumpa dia bawah almari. Sy heret dia tp dia membatu dan taknak bergerak. Tp sy tetap mandikan dia 2x seminggu, takpun sekali seminggu. Sy akan pastikan dia sentiasa bersih. Sebab bulu dia putih dan dia selalu tidur dengan sy.  Sy dah ajar dia mandi waktu dia berumur sebulan. Tp xtau kenapa dia paling anti air. Baru aje buka air kat tandas dah terpancut air kencing. Tp sy tak rasa jijik pun sebab dia kucing sy. Dia pancut pun dalam tandas. 

Dia kucing yg boleh diharap. Kucing yg setia dengan sy. Penyabar. Kalau sy marah n lepas geram sy selalu pukul dia tapi dia senyap dan pejamkan mata aje. Dia selalu pandang sy dengan kepala senget ala-ala manja gitu. Buatkan sy rasa bersalah.  

Dialah kucing terakhir saya dunia akhirat. Saya xpernah rasa nikmat bela kucing kecuali dia. Dia kucing pertama yg saya jaga dari dia umur 1 hari sehingga umur dia menginjak 4 tahun. Dialah yg sentiasa bersama saya suka duka, mak sy nak pisahkan tomy dengan saya, sy lah orang pertama bela tomy. Sy peluk tomy erat dan merayu tolong jangan bagi kat orang lain.tomy pun mcm sedih aje tengok sy sedih. Waktu sy boleh masuk ke unissza, tomy merajuk dan melarikan diri, xpasti betul ke tak, sy tak tau mana dia pergi, dia makan apa. Buat apa, sapa akan tolong dia kalau dia sakit. Kalau dia luka sape tolong rawat. Kalau dia merajuk sape tolong pujuk. Dan ia berakhir pd tahun 2010, dan sekarang 2017. Dah 7 tahun pemergian tomy, tapi sy memang takkan lupakan tomy sampai mati. Tiap tahun sy engat, tengok kucing lain yg bertompok terus sy ingat tomy sampai air mata sy tumpah. Rindu.. Orang lain tak faham, yg bela kucing yg faham perasaan sy. Mereka akan faham bila kehilangan kucing kesayangan mereka. Sy rindu nak peluk dia. Rindu nk main sorok2, rindu nk sapu lukat kat badan dia. Rindu nak beli wiskas yg banyak perisa kat kedai,sekarang sy hanya manmpu tengok aje wiskas sebab tomy dah takda. Rindu sangat nak luah perasaan sy kat tomy. Rindu nak tidur sama2, rindu nak mandikan dia tiap minggu. Rindu nak dengar suara tomy kejutkan sy dari tidur. Rindu nak tengok tomy melompat keriangan. Rindu nak tengok tomy menggeliat manja. Rindu nak peluk kuat2. Rindu.. Rindu rindu..  Saya dah takda kekuatan nak bela kucing lain. Dulu ma menentang untuk bela boby n tomy tapi saya berkeras jugak. Sekarang sy dh tak boleh ganti kucing lain lg. Dah tak da kucing sebaik tomy.. Dah tiada. Takkan sama. Takkannn... Saya menyesal sepanjang 4 tahun bersama, sy tak bg perhatian sepenuhhh nya, sy kerap marah dia, sy abaikan dia masa sy bermasalah. Sampai dia jadi kurus. Dan saya tinggal dia bersama orang yang tidak menyukai kucing.. Sy tak tau apa nasib tomy selepas itu. Agaknya dia dah mati .. Sekian aje cerita kisah tentang Tomy Cute. Kau lah kucing paling cute bg ku. Tak kenal maka tak cinta.

Sampai sekarang saya asyik berkhayal alangkah indahnya kalau datang si tomy mengiau kat saya memanggil saya, sy xkisah walaupun tomy dah tua berkurap. Sekarang umur tomy dah 11 tahun, sy pasti dia dah mati.. Sob sob sob

Kenangan gambar Tomy ketika seminggu,beberapa bulan(lupa umur), dan sewaktu umur tomy 3 tahun.
Ni pula, catatan sy utk tomy ketika baru lahir. Detail. Dibawah plak. Timbang berat. Saya pastikan si tomy sihat dan gemuk.

Monday, 6 March 2017

Umur dan kahwin

Dah masuk bulan Mac dah. Masuk 2017 dah... "Ma, muka ore dah berkedutlah!", saya memulakan perbualan. "mana ada, macam biasa je ma tengok. Anak ma ni umur berapa dah?" "26" "dah 26, laa ingat baru 22?????", soal ma buat nada ala2 terkejuttt .  Hummm... Melawak pulak ma ni.."kalau macam tu boleh la nak kahwin sekali ngan abang tahun ni" . Mak saya asyik ulang ayat tu banyak kali tahun ni. Saya pun harap zaman bujang saya berakhir pada tahun ni. Tapi nak wat camna ma, anakmu ini belum bertemu dengan orang yang benar2 berani untuk meluahkan perasaan dia kat saya dan jumpa abah. Tu yang saya utamakan. Bila suruh jumpa abah je terus melesap. Takut sangat ke ngan abah saya, hmm.. Saja acah2 cakap abah garang, abah suka soal ilmu macam2, kalau takda ilmu tak yah berangan nak jumpa abah. Acah sikit dah takut2. Macam mana dia nak jaga dan didik saya yang berhati sotong dan penakut? "Kalau suami sendiri pengecut??" semua orang berharap agar pasangannya dapat melengkapi hidup mereka. Segala kekurangan pasangan boleh back up.

So impian saya nakkan suami yang berani sebab saya penakutt, berilmu pengetahuan tinggi sebab saya memang fail semua tentang ilmu. Dah belajar terus blur. Apatah lagi nak terangkan balik apa yang dipelajari, terutama bahasa Arab. Saya percaya Allah pasti bagi apa yang saya inginkan kerana ma pun dapat bersuamikan abah yang serba boleh walaupun ma serba tak reti. Macam saya.. Hak hak..

Hanya mampu mengaminkan doa ma agar saya dikahwinkan sama tarikh dengan abang pada tahun ni. Saya taknak majlis yang grand pun, pelamin pun tak perlu, hantaran pun saya tak fikir, duit hantaran ke ape benda ke, yang saya nak hanyalah dah halal sebagai pasangan suami isteri. Suami tu boleh membimbing saya untuk terus dekat dengan Allah. Kata orang, mudahkan tak yah susahkan. Kesian bakal suami. Mana nak cari duit banyak2. Orang sekarang selamba minta 10k, 15k.. Padahal orangnya tak seberapa. 

Abang dah pun berpunya, sesuai dengan umurnya yang berusia 36. Terasa gembira dengan penantian abang selama ni. Tapi ada sebak di dada sebab abang dah nak kahwin. Perhatian abang kat saya pasti berkurang. Abang mesti banyak luangkan masa bersama keluarga baru. Semua family saya dah berkahwin. Kecuali adik sebab masih terlalu muda. Saya? Belum jumpa sampai sekarang. Jumpa dan berkawan tu ada. Tapi penakut. Penakut nak berterus terang. Boleh dia cakap dia suka pastu tak lama kemudian cakap gurau aje. Pastu serius pulak pastu gurau. Kita dah besar dan boleh tahu siapa yang minat kita. Orang camtu saya dah buang dalam tong sampah. Malas nak buang masa. Ada juga yang takut nak jumpa abah. Salah ke jumpa dulu dengan bakal mertua? Asalkan beriman abah okey aje.

 Tapi nasiblah badan. Ngan saya sekali terpaksa melupakan orang penakut tu. Ada yang jenis tak tahu malu, dah couple tapi masih lagi nak mengayat. Nasib tahu awal2. Ada juga yang saya jumpa, jenis suka menipu hal latar belakang, jujur jela awak pernah belajar mesir bagai dan dah bekerja. Kenapa mesti tipu. Sedap aje menipu saya cakap tak sempat habis belajar sebab tak mampu, kerja pun hanyalah pemotong rumput. Awak, hidup saya bergantung pada Allah, walau awak tipu saya,saya akan tau jugak di penghujung jalan. Last2 Allah hantar seseorang memberitahu siapa sebenarnya awak. Kalau nak uji keikhlasan saya pun. Jangan sampai gadaikan kejujuran awak. Maaflah. Penipuan awak buat saya hilang kepercayaan untuk terus berkawan. Tergantung setakat tu. Macam2 pe'el lelaki yang saya jumpa sepanjang saya jadi gadis- wanita.tapi seorang pun tak de yang jujur bagi saya, berani pun takde. Apatah lagi yang ikhlas terima saya. Syukur Allah jaga saya dalam perhubungan dengan lelaki. Tak pernah bercinta. Baru nak berkenalan pun dah kena tipu. Baik tak ada apa2 perhubungan. Perkara tu lah yang buat saya anti sangat ngan lelaki kecuali laki tu betul2 ikhlas dan gentleman. Dia akan cakap terus terang dan jujur di hadapan saya bahawasanya dia ikhlas untuk mengambil saya untuk dijadikan isteri dia. Ceeeawahhh..kalau ada orang yang sebegini tindakannya, saya janji dengan Allah saya takkan sia-siakan dia, akan ku hargai dia hingga ke hujung nyawa. Allah, aku terus menanti seseorang yang benar2 ikhlas dan berani berdepan dengan saya dan keluarga untuk menjadikan diri saya halal. Amin


Wednesday, 8 February 2017

Cara saya buang ketagih laman sosial

Selamat pagi... Assalamualaikum.

Seusai cuti semester 1  ni agak malas nak memegang henset sehinggakan adik beradik saya memarahi saya kerana tidak pernah mengangkat telefon dan membalas mesej 2 3 patah aje, mereka bersangka bahawa saya sudah punya teman lelaki untuk hilangkan kesunyian lalu tidak menghiraukan kakak2 lagi.. Ke ke ke... Sampai begitu sekali ke? Teringat dulu-dulu saya pernah bergurau kerana saya mesej kakak2 setiap hari sehingga merajuk jika mereka tidak membalas lalu berkata, 'orang mesej ngn kakak ni time ada masa n single je, nanti kalau orang dah jumpa pujaan hati jangan harap nak tengok orang nak hantar mesej ,balas mesej pun tak hingin'... Hak hak hak...

So sekarang, bukan bermaksud saya sudah punya pujaan hati. Tetapi saya berusaha mengajar dan mendisiplinkan diri saya agar tidak 24 jam bersama henset.. Kalau dulu mak selalu tegur 24 jam saya pegang henset.. Ye la, penat melayan wassup. We chat, facebook, istagram. Blog lagii....

Sampai bila saya nak ketagih macam ni? Takkan nak tunggu lepas kahwin n akan jadi tabiat buat saya, saya tak nak jadi isteri yang mengabaikan tanggungjwab kepada suami, juga tidak mahu perhatian bakal anak-anak saya terganggu.

Cara utama saya, dengan uninstall we chat, memula ketagih la jugak, berapa kali saya install balik benda tu dan asyik post status yg sia2..lambat laun saya dah terbiasa tanpa we chat.

Bila dah terbiasa yang tu. Saya cuba untuk jauhkan diri dari post gambar kat istagram lak. Banyakkan post gambar kecik2 jarak jauh, tak pun post gambar kucing dan bayi anak saudara je, dan paling penting saya tapis balik siapa yang pernah follow saya dlu, saya block kalau lelaki yang tak dikenali.

Cara ke seterusnya bila dah terbiasa dengan istagram yang jarang post gambar, saya try facebook lak, berusaha post benda baik2, unfriends kawan lelaki yang tak dikenali. Limitkan bukak facebook.. Post bila nak post status je. Lama2 saya terbiasa.

Bila dah berjaya, saya perasan yang saya tak selalu pegang henset sangat kat rumah. Jarang angkat fon sebab fon selalu dalam laci, jarang balas mesej sebab bila dah terlampau banyak mesej wassup sampai. Jadi migrain nak baca satu2 lagi2 mesej grup, so saya buka tapi tak baca pon. Ngeh ngeh ngehhhh...

Sekarang idea gila saya datang lagi, saya malas nak topup setiap bulan, nak2 lagi tengah cuti semester dan tak de kepentingan pun. Saya sekarang tengah disiplinkan diri untuk pegang henset hanya 5x check mesej wassup or miscall setiap hari.. Teruk! Bukan ape. Saje la saya nak biasakan diri agar tak ketagih lagi dengan nset dan free kan otak dari berkecamuk fikiran, saya tak mau pasangan hidup saya nanti asyik dengan phone 24 jam. Sebab tu saya usaha ubah diri saya agar tidak ralikkk dan fokus kepada benda sia-sia.. Lagi2 sekarang banyak viral tentang pergolakan rumahtangga hanya kerana phone dan anak2 terabai kerana ibubapa mementingkan hensett semata-mata.

Ia memang memakan masa yang agak lama dan semestinya kalian meroyan sendirian bila cuba nak hilangkan ketagih laman sosial. 

Kepada pembaca. Selamat mencuba, anda mampu mengubahnya.Wassalam

Thursday, 26 January 2017

Kisah jodoh yang tak disangka-sangka

Salam jumaat, malas nak meroyan dekat facebook, jadi saya meroyan aje dalam blog saya, xda sapa boleh saman.. Sejak dua menjak ni suka sangat baca entry "jodoh yang tak disangka2", selalu je borak ngan kakak2 n tanya, " macam mana akak jumpa jodoh akak? Macam2 cerita yang saya dapat, first kakak cakap, dia jumpa suami dia masa pergi kedai makan, pakwe dia bawa kawan dia sekali, masa tu la proses mengeletik datang , n berjodoh la ia.. Malas nak cerita panjang..

Kisah kedua lak agak menarik.. Kakak tu citer dia jumpa suami dia masa suami dia datang nak sembur nyamuk, masa tu si laki tu datang ke arah kakak tu, n try borak2 kosong, tetibe dia mtak no. Tepon.. Akak tu bagi aje sbb dalam hati dah tersuka kat laki tu, pastu malam tu terus main mesej. Tapi sayang, laki tu mesej malam tu je, pastu terus senyap tak kata apa2, 

Akak ni dah senyap dan sedih. Mungkin aku dan xberjodoh kot. Pastu dia selalu je doa solat istikharah minta agar laki tu datang lagi sebab akak tu dah memang minat sgt2 kat laki tu,3bulan berturut2 dia berharap sampai masa dia redha n cakap. Mgkin bukan jodoh kot, tiba2 ada sorang col n cakap, rupanya laki tu muncul balik lepas 3 bulan berdiam diri. Dia siap tanya lagi akak still single or tak, n dia cakap terus terang nak kawan lebih dekat, xsampai berapa bulan pun berkawan terus laki tu cakap nak pergi rumah nak merisik n bertunang. N tak lama kemudian. Berkahwin lah merekaa.. Besttt x kisah dia? Haha..


Kisah ketiga

Ok.. Kisah ni namanya Zati, n yg laki nama dia uf. Kisah ni bermula dengan zati yang nak kawin tapi jodoh tak datang2, dia nak kawin sebab kakak dia baru je lepas kawin, dia pun macam buaya mengelupur terus gila nak kahwin juga,sebelum ni memang ramai la nak kat dia tapi selalu reject, tak tau la sebab apa. Mungkin bukan jodoh.. Kan. Nak dijadikan cerita, bulan 8 xsilap.. Tahun lupa plak, ada makcik zati ni tengah mencari jodoh untuk anak sedare kawan dia. Mak zati pun terus menawar zati, bagi gambar je. Post by email. Dulu takda wasup lagi. Pastu bulan 9 laki tu terus datang ke rumah untuk tengok zati , merisik la orang kata, bulan 10 plak si keluarga  uf ni datang lagi rumah zati n terus bagi cincin sebentuk dan kain sebagai tanda tunang, ceh. Mudah sangat. Pastu dia bincang nak kawin cepat2 xnak tangguh2 dah. Bulan 12 keputusan untuk kawin. Terus kahwin!! Fuh.. Mati katak kalau zati tu saya..kekeeke ..hanya 5 bulan perkenalan terus berkahwin.. Alhamdulillah sekarang dah ada tiga orang cahaya mata. 


Kisah keempat pulak, 

Kisah ni yang bernama Siti dan Mi.

Kes siti ni macam ni, siti ni jenis tak kisah kalau tak kahwin pun. Masa tu umur dah 24, jodoh pon tak nampak lagi. Lagi pun dia fikir sapa la nak kat dia sebab dia orangnya tak comel, jenis tak bercakap dengan laki . Dipendekkan cerita.. Siti ni suka pergi library. Dia selalu parking motor dekat library tu. Ada sorang mamat ni dia selalu juga parking motor dekat motor siti, siti plak jenis tak pandang orang, sekali sekala dia perasan laki tu, tapi siti jenis tak berperasaan. 

Satu hari, laki tu mendekati siti n tiba2 bagi sebuah buku, dalam buku tu ada nota kecil, nota kecil tu ada beritahu yang dia suka siti, ni kisah ala2 zaman puluhan kot.haha, tapi siti tak layan pun, 1 hari lagi, si laki tu datang berdepan dengan siti sendiri n mengatakan hasrat murni dia, siti tak percaya orang sebaik Mi berkenan dengan siti, orangnya segak,putih melepak, berilmu tinggi, siti plak gelap dan tiada keistimewaan pun. Tapi siti sempat la bagitahu si laki tu. Kalau betul berkenan jumpa ma abah siti, si laki tu betul berkenan dan terus g jumpa parent siti.  Kemudian, terus tunang n lpas bbrapa bulan terus kahwin.. Tak sangka la juga. Tapi ada je orang tak tengok rupa kan? Memang tak sangka la orang hensem sanggup kahwin dengan orang yg tak lawa. 

Kisah kelima

Kisah ni saya letak nama Yi dan Sya

Ok, kisah ni agak tragis la skit. Si Yi ni pernah couple dengan sorang perempuan hampir 4 tahun, tapi Allah cakap kalau dia tak nak ,benda tu takkan jadi. Mereka pon putus atas sebab si perempuan nak kawin dengan orang lain. Yi ni frust la. N memang lama dia nak betulkan balik perasaan dia. Selepas beberapa tahun, perasaan nak kawin ada balik. Dia xkisah nak kawin ngan sapa2 pun. Kawan dia tolong carikan. Bagi gambar n terus berkenalan. Kenal tak lama pun. Dia terus pergi rumah si perempuan tu untuk merisik. Kali kedua prgi utk bertunang, last tak lama kemudian. Tahun tu jugak Yi kawin. Sekarang dah bahagia dengan anak sepasang.


Kisah yang keenam plak,

Nama yi juga, si perempuan nama Nad

Kisah ni camni lak. Si yi ni kenal nad sejak nad umur 18 lagi, mereka saling jatuh hati dan berkawan. Setelah umur nad 22 cmtu la kalau tak salah. Yi ambik keputusan untuk kawin tapi nad tetibe je senyap melulu, lama dia lost contact. Umur 24 kembali berkawan. Terus niat nak kahwin tapi dihalang oleh keluarga si perempuan, yi memang tak putus asa, berdoa siang malam doa bagi pihak perempuan merestui dia, last2 hubungannya direstui. Sekarang umur nad 26.. 

Kisah lain banyak lagi tapi tak larat nak tulis, kalau sapa yang baca entry saya n rasa nak share kisah kalian, bleh la komen kat bawah ni, or kalau nak kisah awak di war-warkan dalam blog ni. Boleh emailkan kepada saya: fadhlin84@yahoo.com... nanti saya postkan kt blog ni .. Untuk dijadikan pengalaman indah. 


Keluarga besar

Alhamdulillah.. Syukur. Setelah berlalunya tahun 2014.. Keluarga saya bertambah dengan kehadiran anak buah yang ke tiga dan disusuli dengan kedatangan kakak ipar baru, abang saya akhirnya menamatkan zaman bujang dia. Tahun 2015, datang pula si comel kecil , anak kepada abang.. Bertambah ceria la keluarga Haji Yusof dengan kehadiran cahaya mata, kedatangan orang baru sentiasa ada setiap tahun, 2016., Allah kurniakan lagi keluarga baru buat saya skeluarga, abang dapat anak kedua, lahirlah si comel gebu .. Syukur, saya harap tahun 2017, allah kurniakan saya dan abang jodoh. Dikurniakan kakak anak yang comel lagi kembar. Nampaknya perjalanan doa ini hampir dimakbulkan allah, kerana lamaran abang dah diterima bakal mertuanya, insyaAllah, tiap tahun bertambah rezeki dalam keluarga saya. Moga tahun 2017 dapat memberi sinar dan keceriaan buat abah dan ma.

Kadang2 Allah ambil orang yang kita sayang dan Allah ganti dengan orang baru yang boleh mengembirakan hati seseorang.

Sekarang saya dah punya dua orang abang ipar, seorang kakak ipar, bakal kakak ipar sedang ondaway, 5 orang anak buah yang cerdik dan comel2 belaka. Moga Allah panjangkan umur ma abah supaya sempat tengok anak sya pulak.. Huwahahaaha....aminnnnnnn... Allahumma amin

Thursday, 5 January 2017

Andai dia jodohku

Assalamualaikum.. Petang yang sunyi tanpa ada kanak- kanak di sisi adalah sangat membosankan. Ok. Dalam hati terbayang-bayang, bilalah rezeki untuk saya berumahtangga, dalam hati terasa ada perasaan teruja kadang2 terasa cemburu dengan kawan2 yang dah kahwin dan dah punya anak yang comel2. Hanya mampu mengucap kata sabarrrr.. Syukur masih dikurniakan nafas baru dan diberi rezeki anak buah baru.

Sebab kenapa sampai sekarang tak kahwin lagi ?? Memang bersebab, antara sebab kenapa tak jumpa jodoh ialah apabila dah pernah putus cinta atau kecewa dengan seseorang. Dalam single2 ni saya sangat suka mendengar kisah orang bagaimana mereka bertemu jodoh dan akhirnya menjejakkan diri ke alam perkahwinan. Sekarang bukan nak cerita pasal bagaimana mereka menemui cinta, tapi nak cerita kisah percintaan mereka yang tak jadi2,

Sorang hamba allah ni, dia pernah menyukai seorang lelaki yang bernama A, lama dia menyimpan perasaan. Tapi setelah beberapa bulan, lelaki itu datang meluahkan isi hatinya kepada dia. Tapi oleh sebab dia takut ibu atau bapanya memarahinya kerana bercinta di waktu usia muda. Dia sanggup memberitahu lelaki itu bahawasanya dia tidak cintakan laki itu, tp lelaki itu nampak jujur dan mengatakan dia betul cintakan si perempuan ni,. Senang kata nama perempuan ni Lala la, pastu si lala ni percaya habisan yang laki ni betul2 sukakan dia, dia berkawan dengan lelaki ni hampir setahun, selepas setahun. Si lala mendapati bahawa A berhubungan rapat dengan sepupunya sendiri, malahan mendapat berita bahawa si A dah pun bercinta dengan sepupu nya, hancur berkecai hati Lala untuk menerima kenyataan bahawa si A sanggup menipunya akan menunggunya sehingga si lala habis pengajian di sekolah, bila masuk u, si A tetap mengganggu lala dan menebus dosa dan meminta untuk berhubungan dengan si lala. Tapi lala tetap menolak meskipun lala tau dia masih mencintai si A.  Lala merasa dirinya diperbodohkan kerana ketika si A berhubung ngan sepupunya. Lala dapati si A curang dengan sepupunya kerana ada scandal perempuan lain. Lala dah tak percayakan dia, mulai melupakan dia sehinggalah si lelaki itu berkahwin dengan orang lain.

Dalam masa itu. Si lala hampir habis pengajian degree, datang seorang jejaka yang berminat mendekatinya. Sebelum ini si lala sudah tidak percaya dengan lelaki lagi, sbelum jejaka ni beritahu hasrat dia, dah ramai lelaki yang mendekati dia untuk berkenalan dan ajak couple. Tapi lala dah tak percaya lagi tentang hal percintaan, tapi oleh sebab lala dah berusia 20+++ , lala cuba yakin bahawasanya tidak semua laki sama, lala hampir berkawan dengan jejaka ini yang dinamakan fafa, setelah hampir setahun kenal, ditambah lagi perhubungan jarak jauh. Lala sekali lagi kecewa. Lala dapati bahawa fafa sebenarnya sudah berpunya. Fafa menjelaskan dia sudah ada bakal tunang,bakal tunangnya pula bakal doktor. Fafa merasakan dia sudah hatuh hati dengan lala. Dalam masa yang sama. Dia kesian bakal tunangnya itu, lalu dia membuat keputusan untuk menyambung percintaan dengan si bakal tunangnnya dan meninggalkan lala, betapa hancurnya perasaan lala ketika itu. Tapi oleh kerana peristiwa ini pernah terjadi si suatu ketika dulu. Lala teruskan kuatkan semangat, kerana inginkan bakal suami yang benar2 dapat memberinya kebahagiaan. Lala cuba melupakan fafa secepat mungkin, dalam hati yang hancur dengan perhubungan yang selalu tak jadi ni. Ditambah lagi lala dah habis degree, lala ambil keputusan untuk sambung belajar lagi. Dengan niat dapat melupakan kisah silamnya. Dalam proses untuk masuk ke program pengajiannya, dalam masa beberapa bulan hubungan rapatnya dengan si fafa terputus selepas fafa menyata hasrat untuk bersama bakal tunangnya. Si lala bertemu dengan seorang doktor, doktor itu sangatlah ramah dan baik hati. Ya. Waktu tu nak medical cekup untuk masuk pengajianlah. Masa tu la lala dan doktor itu bersahabat, kata doktor itu dia baru aja putus cinta. Dan si lala pun sama, dia memberitahu si doktor tu bahawa dia juga baru je lepas kecewa. Mulai detik itu, berkawanlah lala dengan doktor tu. Tapi kebahagiaan itu hadir cuma seketika, hanya beberapa bulan aje, tiba2 si doktor itu memberitahu yang cinta hatinya dulu ingin kembali bersamanya. Si doktor membuat keputusan untuk patah balik ke percintaan dia yg dulu. Hancur kecewa hati si lala!!! Tapi si lala rasa hatinya sudah tidak mampu menangis lagi kerana tak tau samada perlu bersedih atau meratap . Dan dengan semangat juangnya yang tinggal 10% , lala meneruskan pembelajarannya.

Dan sampai saat sekarang , si lala belum berjumpa dengan bakal iman nya. Bukan kerana dia tidak mencari. Tapi kecewa dalam sudut hatinya menyebabkan dia rasa pahit untuk mencari cinta lagi. Dia hanya menyerahkan hatinya kepada Allah. Memang tak dinafikan bahawa dalam kelas, masih ada yang solo dan bujang, tapi lala tetap merasa tawarnya dia dalam dunia perasaan cinta. Biarlah dia serahkan hatinya kepada Allah. Dia berdoa agar Allah kurniakan jodoh yang benar2 menghargai dirinya. Bukan dilayan ketika mahu. Dibuang setelah tidak mahu. Dia mahu seseorang yang betul2 ikhlas dengannya. Si lala tidak memberitahu kisahnya kepada sesiapapun. Kerana tidak ingin kisahnya ini dijaja orang, dia hanya share pada orang yang hanya memahaminyi je..kisah ni diwarkan kerana kebenaran dari lala sendiri.

Doakan lala tau, jadinya, jangan sesekali cepat menilai, cakap orang suka memilih, itu lah ini lah padahal dia tidak tau isi hati orang itu,  betapa pedihnya bia hati tak dihargai. Jodoh pertemuan hanya pada Allah. Moga ada rezeki jodoh yang tak disangka2 datang dalam hidup lala dan orang2 bujang sana. Amin..

Sunday, 4 December 2016

Cara nak jaga hati orang tua

Selamat tengah hari,

Entry kali ni tak tau nak membebel pasal apa.. tapi Apa yang ada dalam fikiran adalah betapa sukarnya untuk menjaga hati orang lain. Okeyyy.. Selalu nya bila dah penat untuk menjaga hati manusia, terdetik dalam fikiran" Biarlah , dah malas nak fikir". Lebih baik bersendiri kan?. Tapi bila kita penat untuk jaga hati orang tua, macam mana pula? Boleh ke kita buat bodoh jeee? Tak baik macam tu ..... SYURGA  di bawah tapak kaki ibu dan ayah pon samaa... tak boleh sakitkan perasaan mereka, tambah lagi sesiapa yang tinggal dengan orang tua yang agak sensitif orangnya.. Yela, biasa orang tua ni dia agak sensitif... sukar untuk dijaga. Silap sikit melenting, salah cara terus merajuk.

Tips jaga hati orang tua,

Pertama kali, jaga perasaan mereka. Selalu tanya khabar mereka, tiap pagi jangan jalan wat donoo je depan dia.. Kena tanya, "Abah apa kabarrrrr sihattt?????" haaaaa giteww.. pastu tambah la plak tanya " abah nakkk airrrr???kalau nak orang nak buatkann" .. haa ala2 caringgggg giteww biarpun kita tak la secaringgg tu...

Kedua, cari masa sekurangnya 5 minitt untuk berbual2 dengan dia, duduk dekat2 buat2 urutttt dia ke , or tanya la apa2 yang perlu, cerita la apa yg kita buat kat tempat kerja, kalau dia takda mood pun xpe, duduk je sengih2 kat diaa.. dah boring tu baru boleh pergi masuk bilik..

Ketiga, buatkan dia rasa diri dia berguna. tanyalah apa2 tips yang boleh buatkan diri dia bangga , jangan buat dia rasa tak dihargai, 

Keempat, temanilah dia makan kat meja makan, jangan biarkan dia hiasi diri dengan hati kosong, tenunglah muka dia, biarlah dia nk kata " dah buang tabiat ke? jawab lah " tatap muka mak ayah kan dapat pahalaaaaa" haaaa giteww.. 


Kelima, kalau nak keluar rumah, jangan lupa jumpa dia dulu pastu salamm cium tangan dia.. pastu cakap lah" orang nak keluar dulu ", " orang nak g rumah mertua kejap ye nanti orang balik pulak", jangan pulak pergi balik macam rumah bapak kita tu hotelll plakk..mahu tak terasa hati orang tua, dah balik rumah tu, duduk la bercakap ngan orang tua kita seminit dua baru la boleh nak buat hal sendiri... 

Keenam, apaaa lagi ek???kalau diorang ada masak apa2 makan jela, jgn banyak songeh, kalau dah kenyang pun tolonglah snntuh skit2 wat jamah makan, jangan buat apa2 yang buatkan diorang naik darah, diorang orang tua ni biasa ada penyakit darah tinggi, so pandai2 lah jaga hati mereka, biar hati kita sakit, tapi hati orang tua jangan sesekali yeee..

Hmm camtu jela tips cara nak jaga hati orang tua kita, macam mana kita buat yang terbaik sekali pun kadang2 ada jugak la perkara yang buat orang tua tak puas hati ngan kita, kan? sabar dan berdoalah moga hati kita kuat .. saya share ikot apa yang saya alami, saya sekarang dah habis belajar, dan ambil keputusan nak duduk bersama orang tua, saya nak mereka selalu tengok saya, saya nak masa sihat sakit dia, saya ada di mata mereka, lagi2 masa saya bersama orang tua tak banyak, sebab tu la saya ambil keputusan nak sambung belajar kat kelantan. Tapi bila duk rumah saya tak pandai layan orang tua sebagaimana orang lain jaga,dan melayan, kalau dengan mak ok lagi, tapi dengan abah, ada je benda tak kena, selalu kena marah, selalu abah merajuk, dalam hati “ teruk sangatkah aku ni?” “abah tak suka aku duk sini ke?” macam2 lah.. 


Lepas sebulan2 saya bersama mereka, tanpa bekerja tanpa buat apa2 pun, buat macam seolah saya duk kat universiti, tak pedulikan mereka, buat hal sendiri, urus pun hal sendiri, tak peduli orang sekeliling sebab kat u pun saya selalu buat hal sendiri, jarang lah bersosial dengan kawan2. Bila hati nak rasa bersendiri, tapi saya silap, saya lupa orang tua saya memerlukan perhatian saya,Dalam saya menagih simpati dan perhatian kasih sayag dari orang tersayang, saya lupa orang tua lebih memerlukan perhatian saya. So lepas pada tu saya berubahhh!!! Buat apa yg dia suka dan tinggal apa yang diorang tak suka. Macam tipsss yang saya bagi tuuu.. macam tu la saya buat tiap hariii..ngeh ngeh ngehh.. lagi2 , kena pastikan rumah tak bersepahhh.. kena kemas dapur,ruang tamuuu, n kat ruangg pagar tuu.. kena rapi n bersih.. kalau sekeliling kotor mata diorang jadi berserabutt n darah pun tinggi.. haaaa.. jadinya pagi2 saya mesti akan pastikan dapur tak terlalu kotor,ruang tamu biar tersusun, paling kurang pun seminggu sekali kena vacuum, kat ruang luar rumah pun tak leh biarkan sampah sarap daun2 kering bertaburan.. 


Buatlah sekadar kemampuan kita, perempuan memang tak lepas dari kena taat pada orang tua, dah bersuami, kena taat pada suami plopp... hmmm.. kalau nak syurga, buatlah.. kalau susah sekarang , rasalah susah akhirat sana.. InsyaAllah kita doakan yang baik2 aje ye . wallahualam untuk bebelan hari ini...