Malam ni rasa nak jadi penulis yang tak bertauliah. Dalam cuti ni ramai pula yang minta kaunseling walaupun diri sendiri huru hara minta ditenang hati. Masih lagi mencari si mana titik noktah perjuangan seterusnya. samada sambung belajar? kahwin? beranak pinak? or bekerja? saya sendiri terumbang ambing untuk memikirkannya. walau apa pun , tolong minta pertolongan dengan Allah swt.Bukankah rezeki kita sudah ditetapkan oleh Allah sejak dulu lagi? kenapa kita nak risau kan? Mintalah petunjuk dari Allah. Bersangka baik dengan Allah. Tak perlu ikut langkah orang. kalau kawan kita nak sambung belajar. Biarkan dia pergi kerana dia mampu menanggung beban pelajaran. Kalau kita tak mampu,kenapa kita nak ikut langkah tu kan? lain lah kalau kita bersedia dari awal untuk belajar lagi setelah sekian lama belajar dengan penat lelahnya.
Ya. tak dinafikan kadang-kadang saya juga berfikiran seperti mereka yang ingin meniru orang lain. Melangkah ke arah yang mana kita sendiri tidak mampu untuk hadapinya. Bila orang nak cRi kerja, kita,pon kalut cari kerja. Potostat sijil-sijil,cop situ sini. Buat resume. tapi bila dah dapat feedback yang kata kita layak ditemuduga..Eh eh eh.. gedik taknak pergi pulak. sebab apa? mestilah kita sendiri tak yakin apa yang kita mahu dalam hidup. hati masih tertanya-tanya bahawa kita masih rindukan kerusi universiti. rindu nak print slip exam. Nak kahwin pun belum berpunya. Nak kahwin ngan sapa plak kan? kalau dah berpunya tu lain kira lah! so terumbang ambinglah kehidupan ini jika tidak bergantung kepada yang Esa.
Saat kebuntuan ni lah kita patut dekat dengan Allah. Bukan risau tak tentu pasal. down situ sini. Dengki dengan kawan2. kawan2 minta master, kita mohon juga. Kawan cari kerja, kalut juga nak kerja. Kawan nak kahwin,meroyan juga nak kahwin. Carilah kebahagiaan kita sendiri. Kalau kawan dah ada apa yang kita tiada, ucapkan alhamdulillah. Jangan dikeji,jangan diumpat. Doakan yang baik2 untuk mereka.
Saya dah usia 25 tahun. Masih terkontang kanting. Tidak berpasangan. Habis belajar pun masih bersendirian. Masih lagi menggunakan duit ma abah untuk keperluan. Kadang2 ada rasa ketidakbergunaan dalam diri ini kerana masih mengharapkan duit ibu dan ayah. Apabila saya membaca sebuah buku yang mengatakan nafkah anak perempuan masih lagi dibawah tanggungan ibubapa selagi mana dia belum berkahwin. Dah kena cerai pun ibubapa perlu ambil anak perempuan tu untuk ditANggung. so? saya cuba untuk tenangkan diri dengan mengingati ayat tersebut. Dalam masa yang sama saya selalu berdoa moga Allah datangkan suami yang kaya imannya,kaya jiwanya,dan tak lupa kaya hartanya.. keh keh keh.. tak da la.gurau jeee.. tapi setiap orang layak untuk berdoa apa saja kan? insya Allah makbul. Aminnnnn. Daripada saya fikir apa yang perlu saya lakukan,saya nekad dalam masa 2bulan ni,saya nak buat apa saja yang ma abah suruh. cuba untuk mengembirakan hati mereka. cuba mengemas rumah biar bersih,memasak,dan semua kerja yang ma abah pernah buat. senang kata berbakti pada orang tua la. sebab tu jer yang mampu saya lakukan untuk kedua orang tua saya selain bekerja dan memberi wang. bagi saya kasih sayang dan perhatian tiada banding berbanding memberi wang kepada kedua orang tua saya. lagipun orangtua saya dah mampu dalam semua tu. langsung tak mengharap wang anak-anak.

Emosi selalu berpusing-pusing, bila orang tanya dah habis belajar nak buat apa, saya rasa blur tak tahu nak jawab apa sebab dari kecil saya memang tiada cita-cita yang pasti. Mak saya pun tak pernah menyuruh saya mencipta cita-cita untuk menjadi apa, kerana apa yang diharapkan ma abah adalah ingin melihat anak2nya kelihatan muslimah dan solehah. "Rezeki di tangan Allah, kita perlu bergantung haRap padaNya dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah". tu je ayat yang selalu ma sebut pada saya dari kecil sampai besar, bila dah tamat belajar, saya hanya mengharap doa dari ma . moga saya mendapat pekerjaan yang baik bagi menjalankan tanggungjawab seterusnya dan mengharap redha Allah.
Orang sekeliling tak faham apa perasaan kita, kalau cakap lebih2 jadi salah faham pula. jadi kita diamkan saja dan lebih baik adukan masalah ini kepada Allah. Allah kan maha mendengar. tambah lagi dunia ini milik Dia kan. juga kita adalah ciptaan Allah. Allah yang berhak menjadikan kita sebagai apa. untuk mengubah ketetapan kita hanyalah sebuah doa. Jadi berdoalah pada yang menciptakan kita iaitu ALLAH.
Bagi yang sentiasa mendapat rezeki yang baik dari Allah seperti otak yang pintar,pandai berkata-kata, sentiasa mendapat yang terbaik , mendapat perhatian dari sekeliling. Diharap tidak perlekehkan orang yang di bawah anda, seperti saya juga. Hanya mengharapkan ihsan dari Allah. Dalam cuti saya hanya banyak membaca buku untuk merubat hati kacau. Sedikit sebanyak ia memotivasikan kehidupan saya. Antaranya yang saya dapat, bagaimana untuk menjadikan doa itu makbul oleh Allah?. Kenapa doa kita tidak diberi perhatian dari Allah. Banyak sebabnya. Apa yang saya ingin sampaikan adalah bNyakkan berdoa untuk orang lain. Kalau kita menginginkan pasangan hidup,jangan doa untuk diri sendiri, tapi doakan orang lain moga mendapat apa yang dihajati. Mengapa kita mencari rezeki? apa salahnya kita menjemput rezeki. Selalu dekat dengan Allah. perbaiki solat 5wKtu kita, zikir, membaca al- quran sehari semuka, istiqamah dalam solat tahajud,solat hajat, istikarah minta petunjuk, solat dhuha. doa doa doa. jangan putus asa. itulah cara bagaimana untuk kita menjemput rezeki. Allah dah janjikan untuk umatnya sesiapa yang dekat denganNya nescaya hidupnya rezekinya cukup. Maka sekali lagi mampu saya katakan. Marilah kita sama-sama mengejar redha Allah. Kerana dalam kehidupan di dunia ni hanya sementara saja, tak perlu kejar nama,kejar pangkat,kejar harta. cukup sekadar2nya. hidup bukan untuk dibanding-banding.selagi bergantung pada Allah dan usaha kita, insyaAllah Allah jaga kita. Kejar akhirat dunia datang.
Jadi, tidak usah gundah gulana mahu jadi apa mahu jadi hantu mahu jadi buaya,serahkan pada Allah,sebelum tu usaha la dulu ye, kalau rasa nak kahwin,buat persiapan nak kahwin contohnya minta orang carikan kalau kita perempuan. kalau nak cari sendiri pun takpe tapi kena tunggu berbulu macam
kucing dulu la baRu datang si laki tu, belajar ilmu rumahtangga mcm memasak,lipat kain,basuh kain,buatlah kerja macam mak kita buat tu,baca buku2 berkaitan rumahtangga. kalau laki lak same la. pandai2 la. Allah nampak apa yang kita usahakan. kalau nak sambung belajar,rajin2 kan diri mengisi borang dan hantar borang tu mana2 yang kita nak.kalau rasa nak kerja,usahalah buat resume n lain dan hantar ke mana2 yang kita nak kerja, jangan duk terperuk je dalam rumah mengharapkan doa je. takkan bergerakk noo.. dasar pemalas.. haha. lepas pada kita buat semua tu, kita doa doa doa serahkan semua bulat2 pada Allah, tawakal pada Allah sepenuhhhhnya. InsyaAllah perjalanan hidup kita akan lancar selancarnya. Amin.

maaflah typo bnnyakkk.. biase laa.. type pukul1pagi mmg camni. lagipun saya bukan seorang penulisss yang hebat.
dh 6tahun umur blog ni. saya dah active balik setelah beberapa lama tidak taip, saya cuma duduk dalam dunia saya. tapi satu hari , saya disampaikan oleh seseorang berkenaan blog saya. katanya dia tak puas hati kerana saya menulis di blog setiap kali saya ingin meluahkan kata. bagi saya tak salah luahkan kat sini. sebab ni blog saya. blog yang saya wujudkan untuk diri saya. untuk pembaca tu, sesiapa yang malang dia terpancinglah blog yang tak seberapa ni. Maaflah andai apa yang saya tulis buat awak terasa hati ye,bukan saya nk tuju kepada sesiapa.lagipun, lebih elok meluahkan pandangan di sini berbanding di fb we chat dan sebagainya. Dan utk pengetahuan semua,ini je blog terbuka untuk semua. yang lain mmg saya kunci. hanya saya je boleh baca sebab blog tu ibarat diari tertutup saya. kenapa nak dengki??? aku sekehhhh kang!!!! heee.. hehee.. bio la.. orang dengki tu adalah orang yang tak puas hati dengan hidup dia,jeles ngan hidup orang.

p/s; doakan saya juaaa..
No comments:
Post a Comment
arigatO!