Assalamualaikum..
Ada dikalangan kalian yang dilahirkan tidak bernasib baik seperti adik beradik lain. Mempunyai kakak abang yang cerdik,mempunyai rezeki duit yang mencanak-canak. Berbeza dengan kita yang tidak punya apa-apa.Namun kita hidup di muka bumi ni mesti bersangka baik dengan Allah. Ada 1kisah pengajaran yang boleh kita jadikan sebagai inspirasi kita.
Seorang hamba Allah ini selalu bersangka buruk dengan Allah. Dia punya abang yang selalu dimurah rezeki baik rezeki kerja mahupun rezeki duit. Abangnya juga sering mendapat perhatian ibu dan ayahnya kerana dia merupakan anak tunggal lelaki.Apabila cukup umur dengan senangnya dia beroleh pasangan dan berkahwin.Sekali lagi rezeki untuk mendapatkan anak sangat mudah. Manakala kakaknya pula dilahirkan sebagai seorang yang cerdik akalnya,juga senang beroleh pekerjaan. Mempunyai kehidupan yang senang dan bahagia di samping keluarga barunya, adiknya pula kelihatan seperti bodoh. Tetapi bila diperhatikan dia sangat beruntung kerana dimanja oleh ibu dan ayahnya,mempunyai wajah yang comel dan diminati ramai jejaka malah duit pula senang untuk didapatkan. Walaupun agak bodoh dalam pelajaran tetapi rezekinya Allah bagi ke arah tersebut. Lalu dia termenung sendirian.
Dia berdialog sendirian, " Aku dilahirkan sebagai insan biasa, tidak mempunyai rupa,dilahirkan sebagai insan yang mempunyai IQ tak sampai 60% pun. Apabila usaha, dapatlah capai 75%.tetap tidak full. Adakah aku bodoh ya Allah?" Kemudian diperhatikan juga,ibu ayahnya sangat menyayangi adik beradiknya yang lain kerana mereka kasih pada anak tunggalnya,sayang pada anak perempuan dek kerana kebijaksanaan,dan sayang pada adik kerana dia comel dan bongsu.
Kemudian hatinya terdetik lagi," apakah ibu ayah membezakan kasih sayang dan perhatian hanya kerana aku tidak mempunyai apa-apa keistimewaan? Dia sangat cemburu dengan rezeki yang diberi oleh Allah kepada adik beradiknya. Dia merasakan hidup ini tidak adil baginya. Dia merasa dialah paling bodoh dan hidup sangat tiada erti kerana dilahirkan sebagai seorang yang tidak cerdik,seorang tiada penampilan mahupun rupa,rezeki berupa wang juga agak sukar diperoleh. Malah di usia yang sepatutnya dia bertemu jodoh,dia tetap sendirian. Cemburunya menguasai seluruh alam. Tiba-tiba dia mengingati SANG PENCIPTA lalu beristighfar, "Astaghfirullahal azimm! Aku dah bersangka buruk kepada Allah!Aku tidak patut berfikiran negatif kepada Allah. Allah sudah buat yang terbaik dalam hidupku."
Mulai dari itu,dia cuba kuat untuk menghadapi hidup tanpa cemburu kepada adik beradiknya. Suatu hari ketika duduk berehat di bawah pokok,dia bertanya kepada kakaknya, "Kenapa kakak selalu nampak beruntung dan mudah untuk mendapat apa yang diinginkan?" Kakak menjawab dengan mudah tapi menggegarkan isi hati otak dia, "kerana diluar orang nampak senang dan mudah tapi hakikatnya untuk mendapatkannya adalah sukar,Nak menggapai apa yang berat,usaha pun kena berat". Lalu dia tersedar dan dapat tangkap apa yang kakaknya cuba simpulkan. "Ya! untuk mendapatkan sesuatu yang berat usaha kena berat juga. Allah adalah tempat kita bersandar. Jika rezeki kita ditentukan dan ditakdirkan sebegini,tak salah kalau kita cuba mengubah takdir kita dengan usaha iaitu doa dan tawakal kepada sang pencipta??"
Mulai saat itu, dia cuba untuk kuat. Setiap hari dia cuba melawan kemalasan dan lawan godaan syaitan untuk bangun berjumpa Allah. Bertahajud pada malam hari. Solat hajat,istikharah suapaya hidup tidak terumbang ambing. Bermunajat berzikir berdoa. Mengadu apa yang tersirat dalam fikirannya,menangis2 meminta2 , solat taubat atas segala yang dilakukan sepanjang hidup supaya hati kembali bersih. Berdoa agar mendapat apa yang diingini. Setiap malam dia bangun dan berdoa, " Ya Allah kau ampunkan dosa laluku,dosa kini dan masa depan yang tidak aku ketahui atau yang telah aku ketahui,matikan dalam iman,dan( hal2 kebangkitan), kurniakan aku akal fikiran yang cergas,keberanian, sekiranya aku tidak punyai rupa yang cantik, jodohkan lah kepadaku pasangan yang berupa dan setia padaku, jika aku tidak dikasihi dan disayangi keluargaku,berikan aku pasangan dan keluarganya yang menyayangi aku dan mengasihi aku. Jika aku sukar untuk mendapatkan kerja yang baik, kau berikanlah aku pasangan yang mempunyai pekerjaan tetap dan kaya raya dan menggunakan harta tersebut ke arah jalanMu, Jika aku tidak punyai rezeki wang yang cukup,datangkanlah jodoh kepadaku yang dapat mencukupkan apa yang aku tidak cukup selama ini. Di usia aku yang agak lewat,Kurniakan aku anak-anak yang cukuo fizikal,comel dan ramai. Ya Allah,makbulkanlah doa aku Ya Allah. Murahkan rezeki aku. Rezeki pekerjaan,rezeki pasangan baik,pasangan kaya iman kaya harta, rezeki duit,rezeki anak,rezeki segala2nya.
Setelah dia berusaha untuk rapat dengan Allah, ikhlas dan betul2 berubah. Allah dengar rintihan hatinya selama ini. Lalu Allah memberi apa yang dia minta selama ini dalam tahajudnya. Allah memberi tanpa ada kurang pun! Allah bagi dia kerja yang sebagai guru kafa, tetapi digantikan suami yang hensem ,seorang doktor pakar dan sangat menyayangi dan mengasihinya. Bapa dan ibu mertua yang sangat mengasihinya lebih dari perhatian ibu ayah kandungnya. Apa yang dia minta selama ini yang dia tak pernah dapat,Allah bagi. Allah juga kurniakan dia seorang anak perempuan dan tiga anak lelaki kembar. Allah maha pengasih lagi maha mendengar apa yang hamba Nya minta.
Maka jangan segan silu untuk meminta-minta kepadaNya.Jangan putus asa,teruskan berdoa. Bersangka baiklah kepada Allah. Jika kita dekat dan sentiasa mencari Allah,Allah akan mencukupkan apa yang hambaNya tidak cukup.
Sekian.
created by: Cendawan merah aka lin sakina.
P/s: kisah benar dari seorang hamba ALLAH.
No comments:
Post a Comment
arigatO!