Al-kisah lagi...berkenaan dengan si hensem bertemu jodoh dengan perempuan hodoh.Pengenalannya belum lagi saya terangkan.Semalam kisah Kyohei je yang dapat saya jelaskan.Walaupun jelas kurang faham,tapi saya mereka cerita untuk menyedapkan lagi cerita ini.Jangan kata saya tak reti ya kawan??anggaplah saya begitu kreatif untuk menukar cerita asal ke cerita yang lebih proaktif.kah kah kah ;D
Ya ini adalah tugasan sahaja dan tidak perlu sama sebijik dengan citer japan tu kan??
ini link semalam...malas nak ulang...
http://pelangibahagia.blogspot.com/2012/05/seorang-jejaka-hensem-dan-seorang.html
Saya hairan bagaimana rupa Kyohei yang sebegitu comel tapi dia langsung tidak menghargai anugerah yang dia miliki malahan membencinya pula.Walaupun dia begitu menyayangi ibunya namun dia terpaksa berpisah dengan ibunya disebabkan bala wajahnya yang begitu indah membuatkan hidupnya tidak sempurna.
Setelah dia berhijrah ke tempat yang seakan-akan seperti istana,di sana seorang perempuan yang sudah berumur juga telah kematian suami akibat sakit,tinggal bersama anak saudara perempuan juga anak kecil lelaki,dia menjemput Kyohei untuk tinggal bersamanya.Kyohei hanya berkurung dan tidak menegur pun rakan sebaya dengannya yang turut tinggal di rumah itu.Wanita yang berumur itu selalu sibuk dan sering keluar serta berhijrah ke tempat lain untuk melupakan arwah suaminya.Meninggalkan anak kecilnya kepada empat orang jejaka yang agak hensem semuanya.Wanita itu menasihati Kyohei agar tidak membenci diri sendiri biarpun ibubapanya membenci akan kelahiran dirinya.Jadilah diri sendiri dan jadi seperti orang lain.
Tapi bagaimana pula kisahnya dia boleh berjumpa dengan perempuan hodoh itu??haaa!
Nak citer la ni..
Anak saudara wanita berumur itu asalnya tidak tinggal bersama dengannya,tapi pada suatu hari wanita itu menelefon dan berpesan kepada jejaka-jejaka hensem menawan bahawa anak saudaranya bakal tinggal bersamanya.Wanita itu juga berpesan agar dapat merubah diri anak saudaranya dari seorang perempuan yang kelihatan seperti orang tua dan selekeh biar jadi seperti seorang yang ayu dan menjadi perempuan sejati.
Wah..agak susah untuk saya menerangkan segalanya.kena skip bahagian yang tidak menarik.
Nak tahu kenapa perempuan tu agak selekeh dan kelihatan seperti orang tua??nantikan selepas ini!!jeng jeng jeng....
sbb dah penat ....rehat....sabar ya kawan ;)
cari kisah ni di carta: sinopsis dan pandangan
No comments:
Post a Comment
arigatO!