Pengikut setia

Tuesday, 5 June 2012

Bahaya letak laptop atas peha

sumber : KOSMO
tarikh : xtau..


Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan  sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal *Pediatrics*.



Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama. Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami 
simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan. Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama. 


Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari. 





Photobucket



GAMBAR yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya.


Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius. Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007. 
Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal. 


Photobucket


Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit. Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada 
dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca. - AP  


Ni pula sumber dari rakan blogger.



Radiasi Laptop? Bahaya kalau kamu mengandung!

Alhamdulillah,tamatnya peperiksaan Physical Chemistry petang tadi berertitamat sudah Semester 5. 2 hari lepas saya baru jawab paper Physics Nuclear. Maka teringat saya perlu ceritakan ini.
Kalau hari tu saya bercerita tentang radiasi yang dikeluarkan oleh microwave oven, kali ni saya nak bercerita tentang radiasi yang dikeluarkan oleh LAPTOP pula. Ya, laptop juga punya radiasi tahu? Cuma x seteruk microwave oven je lah. Hehe. 

Rabu lepas-lepas-lepas(saya x ingat bila), kawan saya present tajuk ni. Maka mari saya present kepada kamu semua pula ye.

Laptop/Notebook memang keluarkan radiasi. Ok, mahu tau radiasi itu apa sila rujuk post saya pasal Microwave boleh menyebabkan kamu mandul?


Kalau bahaya radiasi microwave boleh menyebabkan kamu mandul + lain lain lagi. Nak baca klik sini. Radiasi yang dikeluarkan laptop pula boleh menyebabkan keguguran kalau kamu perempuan yang mengandung. Itu yang saya ingatlah masa kawan saya present tu. (Yang lain x tau kenapa saya x ingat. Heee). Tapi jangan bimbang, sebab radiasi yang dikeluarkan laptop adalah sedikit. Tapi, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukitkan?

Perempuan yang mengandung jangan cuak ye. Ada beberapa safety precaution yang boleh kita ambil bagi mengurangkan radiasi oleh laptop.

saiz kecik sudah memadai

Per1: Kalau anda semua ada kaktus, (pokok yang berduri-duri tu) Sila letak di sebelah laptop ketika anda menggunakannya. Motif? Saya x tau kenapa. Tapi mungkin dia serap kot radiasi tu? Hehehe. Tapi harap maklum, letak kaktus yang saiz kecik-kecik sudah. Xkan nak alih pasu kaktus besar setiap kali nak on9? X larat kot. (-_-)

Ke2: Pastikan jarak anda dengan laptop 30 cm. X tahu 30 cm tu berapa panjang? Ambik tangan anda letak kat skrin. Lebih kurang macam tu lah 30 cm. (Lagi jauh lagi baik)

Ke3Minum air GREEN TEA. Minum air green tea dapat kurangkan radiasi yang diorang terima kalau saya x silap. Kalau x suka green tea, minum air chrysanthemums. Ala, air yang ni:


Ke4Jangan letak laptop anda di riba. Sebab radiasi lagi banyak di bawah laptop.

Haaa, ada lagi ke ea? Rasa yang ni je. Hehe. Kalau ingat nanti saya add up. Sekarang mata saya rasa kuyu. Letih jawab exam petang tadi. Banyak giler rumus. (T.T). Maka, read2 untuk kamu, nyte2 untuk saya.

Rakan blogger:-
image signature 

No comments:

Post a Comment

arigatO!