Pengikut setia

Monday, 14 May 2012

seorang jejaka hensem dan seorang wanita yang dilahirkan hodoh dijodohkan bersama

Cantik rupawan??
saya pendek!Saya hodoh!!saya malu dengan diri saya!Kenapa Allah lahirkan saya begini?

wah,begitu bersungguh-sungguh dia mengutuk diri sendiri sehingga tidak menyedari bahawa dia sedang mengutuk kejadian Tuhan.

Pada minggu ini saya terpanggil untuk menceritakan tentang satu kisah movies Japan.Ini merupakan permintaan kawan saya yang sudah berkali-kali meminta untuk saya bercerita sinopsis serta memberi pendapat tentang cerita ini untuk memanipulasikan serta membuat satu kaji selidik tentang kursus kuliahnya.Cerita ini tidak mungkin dapat disiapkan selama sejam/sehari/seminggu.Ia mungkin memakan masa yang agak lama!Mungkin tempohnya dalam 2bulan.Wah kejam betul si penyuruh tu.tapi demi kawan ,saya perlu juga memenuhi permintaannya.tak mengapa kerana kawan saya memberi masa untuk menyiapkannya dalam tempoh dua bulan.Masih sempat untuk saya goyang kaki.Sebelum tu saya perlu mengkhatamkan citer tu dua tiga kali untuk memahamkan lagi apa yang citer tu nak sampaikan sebab citer tu dah la dalam bahasa Japan dan translatenya pula dalam b.Inggeris!memang power la otak saya untuk membuat cerita sinopsis dan buat kesimpulan.

Cerita ini mengisahkan kisah seorang jejaka hensem dan seorang wanita yang dilahirkan hodoh dijodohkan bersama.Al-kisah ini mungkin hanya tertumpu kepada kisah Kyohei dan Sunako sahaja.Hero dan Heroin.

Lelaki ini bernama Kyohei.Dia sangat benci dengan diri sendiri kerana dilahirkan dengan rupawan yang sangat memikat hati sesiapa sahaja yang melihatnya.Memiliki tubuh yang tuff,kulit yang cerah dan gebu,hidung yang mancung,mulut yang mungil serta banyak lagi aset penting yang digilai ramai orang.Setiap perkara yang dilakukan mesti diperhati oleh anak-anak gadis.Dia bukan sahaja digilai perempuan,malah kaum yang sejenisnya juga turut menyukainya.

Ibunya tersangat gembira kerana melahirkan anak yang comel,ibu dan ayahnya sangat menyayangi Kyohei.Tetapi setelah Kyohei besar,Segala-galanya berubah setelah ramai yang mengatakan bahawa Kyohei bukan anak kandung mereka kerana muka anaknya dengan ibu dan ayah jauh seperti langit dan bumi.Kyohei mungkin anak dari lelaki lain.Lagi2 sewaktu ibu Kyohei mengandungkannya,ayah Kyohei berada di luar negara untuk bekerja.

Selepas itu,ibu Kyohei menjadi tertekan dan hampir gila,Ibu Kyohei mula membenci anaknya.kyohei pula amat stress dengan hidupnya yang sering menjadi perhatian ramai sehingga ramai anak gadis berkerumun di pagar rumahnya semata-mata untuk berjumpa dengan Kyohei.Kyohei terpaksa mengambil keputusan untuk meninggalkan rumahnya dan melarikan diri ke salah sebuah rumah yang tersergam indah milik orang kaya,Di dalamnya terdapat 5penghuni iaitu 3orang lelaki yang sebaya dengannya dan seorang kanak-kanak lelaki kecil sekitar umur 5tahun serta seorang perempuan aneh.

setakat ni dulu,x abis tonton lagi..maaf ya kawan! ;)
Kisahnya akan saya update pada laman page baru..bila dah habis buat sinopsis dan kesimpulan,baru la saya akan gabungkan semuanya..okey!!
dah habis tugas baru saya bagi link cerita ni k!hehehe..

4 comments:

  1. ada link x? saya nak download la cerita ni.. mcm menarik ja.. tq=)

    ReplyDelete
  2. cerita nie best! dah pernah tgk animenya smpai hbis~ :)

    ReplyDelete
  3. link dia xde,,nti sy try cari...

    ReplyDelete

arigatO!