|
sumber inspirasiku:Osman Affan
dicopy utk kegunaan sendiri dan utk semuA ! :)
|
Pembuka
kata
Bahasa
Inggeris boleh jadi satu subjek yang sangat ditakuti di sekolah. Menurut
pengalaman dan pemerhatian saya di sekolah, di tuisyen dan dalam
program-program yang saya pernah jalankan untuk pelajar, subjek Bahasa
Inggeris adalah antara subjek yang paling ditakuti, digeruni malah dibenci.
Mengapa ini berlaku?
Jika anda
seorang pelajar, cuba tanya diri anda, adakah anda suka subjek Bahasa
Inggeris? Jika anda seorang pekerja atau usahawan, adakah anda selesa
menggunakan Bahasa Inggeris?
Jika anda
sudah biasa menggunakan Bahasa Inggeris di rumah, tentulah subjek ini bukan
satu subjek yang susah bagi anda. Namun, jika tidak ada langsung sesiapa yang
pandai berbahasa Inggeris di rumah mahupun di kampung anda, tentu subjek ini
begitu mencabar bukan?
Tidak
perlu saya terangkan apakah kelebihannya jika anda boleh menguasai Bahasa
Inggeris dan mampu bertutur dengan lancar dalam bahasa ini. Kita akan terus
bincangkan bagaimanakah caranya anda boleh memajukan tahap kemahiran anda
berbahasa Inggeris ini.
Sebelum
itu, satu perkara yang ingin saya kongsikan bersama anda ialah, sedar atau
tidak, jika seseorang itu lemah dalam subjek Bahasa Inggeris di sekolah
rendah, dia akan terus lemah hingga masuk ke sekolah menengah, kolej mahupun
universiti. Pelik bukan? Benar, bukan semua pelajar begini tetapi majoritinya
begitu. Bagi yang berjaya keluar dari kepompong masalah lemah subjek Bahasa
Inggeris, pasti ada sesuatu yang telah mereka berjaya lakukan hingga mereka
berubah daripada lemah subjek Bahasa Inggeris kepada hebat dan boleh bertutur
dengan lancar dalam subjek tersebut.
Jadi,
dalam topik 7 petua pandai Bahasa Inggeris ini, saya akan kongsikan tips
dan teknik yang digunakan oleh pelajar-pelajar yang berjaya memajukan pencapaian
mereka dalam subjek Bahasa Inggeris. Mahukah anda tahu petua-petua dan
tips-tips ini semua? Kita mulakannya esok. Selamat membaca.
|
|
|
|
|
|
Petua 1
Mari kita mulakan dengan
petua yang pertama. Petuanya ialah ‘kegagalan atau kelemahan anda pada masa
yang lalu bukanlah petunjuk kepada kebolehan diri anda’. Bagi saya, jika anda
mahu memajukan tahap penguasaan Bahasa Inggeris anda, petua pertama ini
adalah petua yang paling penting. Mengapa?
Saya percaya, halangan utama
untuk menguasai subjek Bahasa Inggeris bermula di dalam minda anda.
Jika selama ini anda lemah dalam subjek ini, selalu gagal dalam peperiksaan
atau mendapat gred yang tidak memuaskan, selalu diketawakan apabila
berbahasa Inggeris dan selalu merasa tertekan apabila
berada di dalam kelas Bahasa Inggeris, anda akan hadapi kesukaran
untuk menguasainya.
Selalunya, jika tahap
penguasaan bahasa Inggeris anda lemah, anda pasti ada masalah keyakinan diri
untuk mempelajari subjek ini. Anda juga akan hilang keinginan untuk mempelajarinya
kerana anda percaya bahawa anda memang tidak berbakat dan tidak mungkin
menguasainya. Satu berita baik untuk anda, seperti yang saya katakan pada
awal petua ini, kegagalan yang lepas bukanlah kebolehan sebenar anda. Menurut
satu kajian, otak manusia mempunyai kebolehan untuk mempelajari 12 bahasa
tanpa sebarang masalah. Masalahnya cuma terletak pada minda di mana anda
mungkin selalu memandang rendah pada kebolehan diri sendiri.
Begini. Mulai hari ini,
apabila anda mahu belajar Bahasa Inggeris, lupakan kegagalan anda yang lalu.
Bayangkan suatu ketika pada masa akan datang. Bayangkan anda sudah biasa
bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Bayangkan anda sedang berbual-bual dalam
bahasa Inggeris dengan beberapa pelancong daripada Eropah. Rasakan betapa
seronoknya apabila anda dapat bertutur dalam bahasa ini dengan begitu lancar
dan mudah.
Mulai hari ini, apabila anda
mahu membaca sesuatu dalam bahasa Inggeris, bayangkan dahulu yang anda memang
sudah biasa menggunakan bahasa ini dalam kehidupan seharian anda.
Mulai hari ini, apabila anda
berdiri di hadapan cermin, cuba senyum dan bayangkan yang anda sedang
bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan lancar. Anda tidak perlu menyebut
apa-apa langsung. Anda cuma perlu senyum, jangan berkata apa-apa dan
bayangkan yang anda sedang berbicara dalam bahasa Inggeris.
Bunyinya mungkin agak pelik
tetapi jika anda lakukan beberapa kali dengan bersungguh-sungguh, anda akan
mula rasa keyakinan diri anda meningkat. Apabila keyakinan diri ini
meningkat, akan timbul keinginan dalam diri anda untuk terus berusaha
memajukan tahap penguasaan bahasa Inggeris anda.Selamat mencuba.
|
|
|
|
Petua 2
Untuk petua yang kedua, cuba
anda lihat pekerja-pekerja asing yang bekerja di Malaysia. Adakah mereka
masuk ke kelas belajar bahasa Melayu? Adakah mereka membaca buku-buku bahasa
Melayu? Tidak bukan?
Kalau ada pun mungkin
sedikit sahaja jumlahnya. Tetapi bagaimana mereka boleh bercakap dalam bahasa
Melayu dengan baik dan lancar? Satu petuanya ialah dengan menguasai
perbendaharaan kata (Vocabulary).
Jika anda rasa anda tidak
pandai bahasa Inggeris, besar kemungkinan anda mempunyai perbendaharaan kata
bahasa Inggeris yang kecil. Ini bermaksud, jika anda mahu mengucapkan “saya
mahu makan nasi” dalam bahasa Inggeris, anda tidak tahu apa perkataan saya,
apa perkataan mahu, apa perkataan makan dan apa perkataan nasi dalam
bahasa Inggeris.
Jadi, anda tidak boleh mengucapkannya.
Percaya atau tidak, ini adalah sebab terbesar mengapa ramai orang tidak dapat
menguasai sesuatu bahasa.
Jadi, setelah anda tahu
petua ini iaitu jika anda mahu menguasai bahasa Inggeris, anda perlu
menguasai perbendaharaan kata, apa yang patut anda lakukan? Baiklah. Ada
beberapa aktiviti yang boleh saya cadangkan untuk anda menambahkan
perbendaharaan kata bahasa Inggeris anda.
Langkah pertama, anda perlu
tahu dahulu berapa banyak agaknya perkataan bahasa Inggeris yang anda tahu.
Ambil sekeping kertas atau satu buku tulis dan bersedia untuk menulis. Tulis
tajuk ini, “Things that I can see in a classroom”, benda-benda yang saya
boleh lihat di dalam bilik darjah.
Di atas kertas itu, tulis
sebanyak mungkin benda, perbuatan atau nama dalam bahasa Inggeris yang anda
tahu dan yang anda boleh lihat dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya dalam
bilik darjah ada papan hitam dan kerusi, jadi anda tulis ‘black board’,
‘chair’. Tulis sebanyak mungkin. Anda juga boleh menulis kata kerja contohnya
anda lihat ada pelajar sedang menulis. Jadi anda tulis ‘write’.
Uji diri anda sebanyak
manakah anda boleh tulis perkataaan bahasa Inggeris ini. Saya cadangkan buat
permulaan letakkan minimum 20 benda. Jadi, tulis nombor 1 sampai 20 dan mula
menulis semua perkataan bahasa Ingeris yang anda tahu yang anda boleh lihat
di dalam bilik darjah.
Jika ini mudah bagi anda, ia
bermakna perbendaharaan kata anda agak baik. Tambahkan lagi jumlah perkataan
daripada 20 menjadi 40. Ia akan membuat anda berfikir dengan lebih kuat lagi
untuk mengingat perkataan-perkataan yang anda tahu.
Selepas itu, anda boleh
tukar kepada situasi lain pula. Tukarkan ‘classroom’ atau bilik darjah itu
kepada ‘playing field’, ’supermarket’, ’swimming pool’, ‘office’ dan
sebagainya. Semakin banyak perkataan yang anda tahu melalui aktiviti ini,
anda akan jadi lebih bersemangat dan yakin.
Anda boleh rujuk kamus untuk
menambahkan jumlah perkataan yang anda tahu. Namun, cuba buat dulu aktiviti
ini tanpa melihat kamus. Setelah selesai, baru rujuk kamus dan tambah senarai
perkataan yang anda tahu.
Esok saya akan berikan lagi
aktiviti lain untuk menambahkan perbendaharaan kata.
|
|
|
|
Petua 2.1
Seperti yang saya nyatakan
semalam, untuk menguasai bahasa Inggeris, anda mesti menguasai perbendaharaan
katanya. Anda mesti tahu apa perkataan-perkataan berkenaan yang anda mahu
sebut.
Satu cara paling cepat untuk
anda menghafal sebanyak mungkin perbendaharaan kata ialah dengan menulis
maksud-maksud perkataan bahasa Inggeris ke dalam satu buku khas.
Begini. Semasa saya membuat
persediaan untuk belajar ke United Kingdom di PP ITM Shah Alam pada tahun
1994-1996, tahap penguasaan bahasa Inggeris saya masih agak lemah. Saya
sebenarnya lebih cemerlang dalam subjek Bahasa Arab semasa di tingkatan lima.
Jadi, saya fikir semula apa
yang menyebabkan saya dapat menguasai bahasa Arab lebih cepat. Caranya ialah
saya ada satu buku khas yang saya tulis maksud-maksud perkataan bahasa Arab.
Bagaimana cara menulisnya?
Katakan anda membaca apa-apa
bahan bacaan dalam bahasa Inggeris, anda mungkin akan terjumpa mana-mana
perkataan yang anda tidak faham. Apa patut anda lakukan? Ya, rujuk kamus.
Selalunya, apa yang pelajar lakukan ialah mereka akan tulis maksud perkataan
tersebut di atas bahan bacaan tadi.
Maksudnya, jika mereka ada
buku cerita bahasa Inggeris, buku itu akan dipenuhi dengan tulisan-tulisan
maksud perkataan yang mereka tidak faham. Cara ini tidak berkesan untuk membuat
anda hafal perkataan bahasa Inggeris dengan cepat. Mengapa?
Pertama, buku atau bahan
bacaan itu akan hilang dan tidak selalu bersama anda. Kedua, apabila
maksudnya sudah ada di situ, anda tidak akan mengeluarkan sebarang usaha
untuk mengingat maksud tersebut. Anda akan hanya bergantung kepada buku yang
sudah ditulis terjemahannya. Jadi, hentikan tabiat begini.
Ini cara yang betul. Ambil
satu buku khas, jika boleh, buku berkulit tebal supaya ia lebih tahan. Setiap
kali anda jumpa perkataan yang anda tidak tahu maksudnya, rujuk kamus dan
tuliskan di dalam buku khas ini tadi. Tulis
Langkah ketiga itu penting.
Anda perlu tahu bagaimana ia digunakan dalam ayat. Contohnya, katakan anda
orang asing yang sedang belajar bahasa Melayu. Kemudian anda terjumpa
perkataan ‘cekik darah’ dan anda tahu maksudnya iaitu mengenakan harga yang
terlau tinggi hingga menganiayai orang lain.
Jadi anda buat ayat begini,
“Ali cekik darah orang kampung kerana meletakkan harga RM7 bagi sekilo gula”.
Adakah betul ayat itu? Tidak bukan? Ayat yang sepatutnya,”Ali dikatakan cekik
darah kerana meletakkan harga RM7 bagi sekilo gula.
Praktikkan teknik ini. Jika
ia sukar, fikir kembali, anda mahu menguasai bahasa ini atau tidak?
|
|
|
|
Petua 2.2
Semalam saya ada ceritakan
bagaimana anda boleh kuasai bahasa Inggeris dengan mempunyai satu buku khas
perbendaharaan kata. Bolehkah anda lakukannya? Untuk menjayakan usaha
memiliki buku khas perbendaharaan kata itu, anda perlu baca tips seterusnya
ini. Tips ini berbunyi, anda perlu ‘jatuh cinta dengan KAMUS’.
Mengapa jatuh cinta? Kamus
adalah penghubung utama antara anda dengan bahasa Inggeris. Bagi saya, jika
anda sedang belajar bahasa Inggeris, tanpa kamus, ia seolah-olah anda sedang
belajar menunggang basikal tanpa menggunakan basikal.
Pelik bunyinya kan? Tanpa
kamus, anda mungkin boleh kuasai bahasa inggeris tetapi ia pasti sukar dan
memakan masa yang agak lama.
Menurut pemerhatian saya
semasa saya mengajar subjek Sains, Matematik atau Bahasa Inggeris untuk
pelajar di peringkat PMR, lebih separuh pelajar saya tidak memiliki kamus.
Alasan biasa yang diberikan ialah mereka tidak ada duit untuk membeli kamus.
Simpati juga kita dengar bukan?
Tetapi yang peliknya mereka
ini semua masing-masing ada handphone dan selalu menghantar sms setiap masa.
Saya tanya mereka berapa banyak prepaid handphone sebulan, ada yang kata
RM10, 20 dan ada yang mencecah RM50. Terkejut bercampur geram juga saya
jadinya kerana sebuah kamus ringkas boleh didapati dengan harga lebih kurang
RM11 sahaja.
Mulai hari ini, jika anda
belum ada kamus, cari jalan untuk memilikinya. Jika anda sudah milikinya,
cari jalan untuk selalu gunakannya, bukan dijadikan perhiasan untuk mengumpul
habuk di dalam bilik anda.
Satu tips lagi, pelajari
cara menggunakan kamus dengan cepat.
Jadi, jika anda mencari
perkataan ‘Break’ dan terbuka pada muka surat ’bout/box, adakah anda perlu
buka muka surat seterusnya atau muka surat sebelumnya? Cara fikirnya
begini, perkataan break bermula dengan BR , tetapi muka
surat itu BO , O dan R, yang mana datang dahulu dalam senarai
ABCDEFG……..?
(hehe, anda kena nyanyikan
semula lagu ABC yang anda hafal masa tadika?). Tentulah O dahulu kan? Jadi,
anda perlu buka muka surat seterusnya, bukan ke belakang.
Jika anda tidak tahu teknik
mudah ini, anda akan tercari-cari perkataan itu diseluruh kamus anda. Anda
juga mungkin memakan masa lebih lama kerana anda perlu buka muka surat kamus
anda satu persatu. Selamat mencuba
|
|
|
|
Petua 3
Petua ketiga ialah anda
perlu kuasai ‘English Grammar’ sedikit demi sedikit. Satu perkara yang amat
dibimbangi dan ditakuti oleh orang ramai mengenai apa-apa bahasa ialah
tatabahasanya. Tanpa tatabahasa yang betul, percakapan anda akan jadi
tunggang langgang.
Bayang kalau ada
seorang yang kelihatan seperti pelancong datang berjumpa anda dan
berkata “Boleh saya bagitau awak macam mana Shah Alam nak pergi Kuala Lumpur
dari?” Tentu anda akan tersenyum bukan? Kalau tidak tersenyum pun, muka anda
akan berkerut kerana cuba memikirkan apa yang pelancong ini cuba katakan.
Saya faham, jika anda belum
kuasai bahasa Inggeris, anda akan katakan grammar adalah sangat sukar. Sudah
bertahun-tahun anda cuba pelajarinya tapi masih gagal.
Namun, anda kena ingat,
selama ini anda rasa susah mungkin kerana anda belum pelajari petua nombor
satu. Setelah anda pelajari petua satu dan dua, mungkin anda akan rasa
grammar tidak begitu susah seperti yang anda fikirkan selama ini.
Ini satu cadangan anda
bagaimana anda boleh kuasai grammar dengan lebih cepat dan lebih yakin.
Mula-mula, cari buku grammar pelajar tahun 2 dan tahun 3 (sekolah rendah).
Jika anda lihat buku grammar mereka, apa yang diajar adalah sangat asas dan
mudah difahami. Jadi, belajar grammar dan kuasai grammar anda melalui
buku-buku ini dahulu. Ada tiga kesan baik jika anda lakukan ini.
Pertama, apabila anda buka
buku pelajar tahun 2 dan 3, anda akan fikir, “alah, buku budak sekolah
rendah, takkanlah aku tak tahu.” Bila anda terfikir begini, anda akan rasa
lebih yakin dan apabila anda lebih yakin, lebih mudah anda belajar.
Kedua, anda akan benar-benar
lihat bahawa apa yang diajar dalam buku itu semua sanat mudah difahami kerana
ia ditulis untuk pelajar sekolah rendah. Ia tidak menggunakan contoh-contoh
ayat yang susah. Jadi, anda akan dapat kuasai asas grammar ini dengan
contoh-contoh yang mudah.
Akhir sekali, anda tidak
perlu rasa malu apabila perlu belajar asas semula. Apabila ada sesiapa
melihat anda membaca buku pelajar sekolah rendah tahun 2 dan 3, kata sahaja
kepada mereka, “Oh…saya tengah baca ni untuk ajar adik /anak saudara/adik
sepupu/ anak jiran saya….” sambil menunjukkan muka ‘confident’.
Selamat mencuba.
|
|
|
|
Petua 4
Petua yang keempat untuk
cepat pandai Bahasa Inggeris ialah ‘Berfikir dalam Bahasa Inggeris’. Apakah
maksudnya?
Begini. Apabila anda sedang
fikirkan sesuatu, anda selalunya berfikir dalam bahasa Ibunda anda sendiri
iaitu bahasa Malaysia bagi kita orang Malaysia. Namun, jika anda sedang
belajar Bahasa Inggeris dan mahu cepat pandai, anda perlu mula belajar
berfikir dalam bahasa ini.
Contohnya, apabila anda
melihat sekeping gambar seorang budak lelaki sedang menangis, apakah yang
akan anda fikirkan? Anda mungkin terfikir, “kenapa budak ni menangis?”,
“Siapa buat budak ni menangis?”, “Budak ni sakit ke?” dan bermacam-macam lagi
yang boleh anda fikirkan dalam bahasa Ibunda anda.
Namun, apabila anda mahu
cepat pandai Bahasa Inggeris, fikir dalam Bahasa Inggeris. Contohnya, “Why is
this boy crying?”, What is happening here?”, Where is his parents?”, “what is
he doing here?” dan bermacam-macam lagi.
Anda mungkin kata, “Macam
mana nak buat, saya tak tahu Bahasa Inggeris, macam mana nak fikir dalam
Bahasa Inggeris?”. Ya, anda mungkin belum fasih lagi bahasa ini dan apabila
anda cuba fikir, mungkin ayat anda tidak betul.
Anda tidak perlu risau. Apa
yang bagusnya ialah, jika ayat anda salah semasa anda berfikir, tidak ada
sesiapa yang tahu dan tidak ada sesiapa yang akan ketawakan anda. Jadi anda
boleh berlakon seolah-olah anda sedang bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan
lancar.
Apabila anda mula berfikir
begini, anda juga akan mula peka kepada bagaimana cara melafazkan sesuatu
dalam Bahasa Inggeris. Katakan suatu hari, anda sedang
berdiri di dalam bas bersama kawan anda dan kawan anda menyuruh anda
duduk kerana ada kerusi kosong.
Anda mahu katakan “Saya
tidak terasa pun hendak duduk, awak je lah duduk.” Tetapi anda tidak tahu
bagaimana cara menyebutnya. Anda cuba fikirkan ayatnya tetapi masih tidak
dapat bagaimana cara menyebutnya.
Kemudian, apabila anda
sedang menonton cerita dalam bahasa Inggeris, ada situasi yang sama seperti
di dalam bas tadi. Anda lihat, watak dalam cerita itu berkata “I don’t feel
like sitting, why don’t you sit.”. Oleh kerana anda sudah berfikir dalam
Bahasa Inggeris tadi, anda akan sedar akan ayat ini dan anda pun boleh
menggunakannya.
Anda perlu, salah satu sebab
mengapa seseorang sukar menguasai Bahasa Inggeris ialah dia asyik berfikir
dalam bahasa Ibundanya. Dia asyik berfikir dalam bahasa Ibunda dan cuba
menukarkannya kepada Bahasa Inggeris. Inilah yang menyebabkan proses
pembelajaran menjadi sukar.
Jadi mulai hari ini, cuba
berfikir dalam Bahasa Inggeris. Jangan risau jika ayat itu salah. Ayat yang
salah itu akan betul juga nanti. Selamat mencuba.
|
|
|
|
Petua 5
Petua kelima untuk pandai
Bahasa Inggeris dapat menggabungkan petua 2, 3 dan 4. Petuanya ialah anda
perlu mula menulis jurnal atau diari dalam Bahasa Inggeris setiap
hari.
Hmm… jika anda seorang
lelaki, mungkin anda sedang merungut atau tidak berpuas hati dengan petua
ini. Bukankah menulis diari atau jurnal adalah sesuatu yang suka dilakukan
oleh wanita? Bukankah memalukan bagi seorang lelaki menulis diari?
Sebenarnya tidak
memalukan. Malah, jika anda baca kisah orang-orang yang berjaya, mereka ada
membuat catatan mengenai perasaan, pendapat atau cita-cita mereka ke dalam
diari. Diari ini pula mereka tulis hampir setiap hari. Jadi, jangan risau.
Buku ini anda perlu jaga
betul-betul kerana ia bersifat agak peribadi. Tentu anda tidak mahu orang
lain baca apa yang bermain di fikiran anda bukan? Jika boleh, dapatkan buku
diari yang biasanya boleh didapati di mana-mana kedai buku kerana ia lengkap
dengan tarikh. Ini akan memudahkan anda. Apa yang perlu anda tulis? Mudah
sahaja.
Anda boleh tulis apa sahaja
yang anda mahu. Anda boleh tulis tentang perlawanan bola sepak yang anda
tonton petang tadi. Anda boleh tulis tentang aktiviti membeli-belah anda
bersama keluarga di TESCO, Carrefour atau Jaya Jusco. Anda juga boleh tulis
tentang apa yang berlaku di sekolah hari ini. Tulis apa sahaja asalkan ia di
dalam Bahasa Inggeris.
Seperti biasa, jangan
terlalu risau jika tatabahasa atau struktur ayat anda salah. Lebih banyak
anda tulis, anda akan jadi lebih peka tentang cara menulis di dalam Bahasa
Inggeris. Anda akan jadi lebih biasa dengan perkataan-perkataan Bahasa
Inggeris dan akhirnya anda akan jadi lebih yakin dengan Bahasa Inggeris.
Jika anda ingin tahu, petua
ini adalah antara teknik utama yang digunakan di pusat-pusat pengajian yang
menawarkan kursus intensif Bahasa Inggeris. Saya pelajari teknik ini semasa
menghadiri kursus 6 bulan Bahasa Inggeris sebelum melanjutkan pelajaran ke
United Kingdom.
Saya dapati teknik ini
sangat berkesan dan sangat membantu saya dan kawan-kawan saya yang masih agak
lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Saya percaya ia akan dapat membantu
anda juga. Satu cadangan yang lebih baik, anda minta bantuan guru Bahasa
Inggeris anda untuk memeriksa diari anda ini. Hmmm…sekali lagi anda pasti
akan rasa lebih terkejut (lelaki dan perempuan juga)
Takkanlah anda mahu berikan
diari anda dibaca oleh guru Bahasa Inggeris anda?! Tidak masuk akal bukan?
Jangan bimbang. Jika anda bercadang mahu memberikan diari itu untuk diperiksa
oleh guru Bahasa Inggeris supaya dia dapat memberi teguran dan membantu anda
memajukan lagi cara anda menulis, elakkan menulis sesuatu yang bersifat
terlalu peribadi. Elakkan juga menulis sesuatu yang anda mahu rahsiakan. Anda
boleh tulis sesuatu yang mahu dirahsiakan di tempat lain.
Jadi, saya ucapkan selamat menulis.
|
|
|
|
Petua 6
Petua yang keenam untuk
cepat pandai Bahasa Inggeris ialah anda perlu cari kawan-kawan yang Pandai
Bahasa Inggeris dan kawan-kawan yang Mahu Pandai Bahasa Inggeris.
Mengapa?
Jika anda berkawan baik
dengan seseorang yang Pandai Bahasa Inggeris,
Jika anda berkawan baik
dengan seseorang yang Mahu Pandai Bahasa Inggeris,
Mulai hari ini, cari kawan
seperti yang saya terangkan di atas. Luangkan masa dengan mereka dan berlatih
bercakap dan menulis dalam Bahasa Inggeris. Lebih banyak anda berlatih, lebih
banyak anda mencuba, lebih cepat anda pandai Bahasa Inggeris. Selamat
mencuba.
.
|
|
|
|
Petua 7
Petua pandai Bahasa Inggeris
yang ketujuh dan yang terakhir ialah ‘Hafal ayat-ayat dalam Bahasa
Inggeris untuk kegunaan harian’. Maksudnya begini, apa yang membuat
bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris sukar ialah anda tidak tahu
bagaimana cara untuk menggambarkan sesuatu dalam Bahasa Inggeris.
Contohnya kalau anda mahu
kata ’saya rasa tidak sihat’ dan tidak tahu apa ayat yang biasa
digunakan untuk menggambarkan situasi ini, mungkin sukar jadinya. Apa yang
anda akan kata untuk menggambarkan ayat tadi?
Adakah anda akan kata ‘I am
not healthy’? Atau “I feel not healthy’? Hmmm… yang mana satu ye? Mungkin
banyak cara yang boleh digunakan untuk menggambarkan ayat ’saya rasa tidak
sihat’ tetapi ayat yang biasa saya gunakan ialah ‘I am not feeling well’.
Pernahkah anda dengar sesiapa berkata begitu?
Untuk pengetahuan anda, saya
sendiri selalu merasa sukar untuk menggambarkan sesuatu di dalam Bahasa
Inggeris suatu masa dahulu. Ini kerana saya cuba menukarkan ayat Bahasa
Melayu kepada ayat Bahasa Inggeris. Jadi, kalau perkataan ‘rasa’ saya akan
tukar kepada ’feel’, kalau perkataan ’sihat’ saya tukar kepada perkataan
‘healthy’. Apabila digabungkan menjadi satu ayat, ia tidak begitu tepat
bukan?
Petua terakhir ini menyuruh
anda menghafal ungkapan-ungkapan dan eskpresi dalam Bahasa Inggeris. Dalam
buku khas vocabulary anda yang anda sudah sediakan, tulis juga
ungkapan-ungkapan yang anda tahu.
Mula kumpul dan hafal
ungkapan-ungkapan yang anda boleh gunakan setiap hari. Contohnya, apa yang
anda perlu kata untuk bertanya tentang waktu, “What time is it?”, untuk
memberitahu yang anda rasa begitu gembira, “I feel great!” dan sebagainya.
Mulai hari ini, jika anda
mahu gambarkan sesuatu tetapi tidak tahu bagaimana cara melakukannya, tanya
seseorang yang pandai Bahasa Ingeris. Lebih baik lagi, tanya guru Bahasa
Inggeris anda. Salin apa yang anda baru belajar itu dan mula praktikkan.
Setiap kali anda rasa tidak
sihat dan mahu memberitahu perkara itu kepada kawan anda, kata “I am not
feeling well today”. Katakannya dengan yakin.
Bayangkan anda seperti
seorang mat salleh yang sedang menuturkan kata-kata tersebut (Jangan risau,
anda tidak akan jadi mat salleh betul-betul :) ) Cara paling mudah
untuk menghafal sesuatu ialah dengan sentiasa mengulangnya. Gunakan ayat-ayat
itu apabila sesuai.
Selamat mencuba. .
|
|
|
No comments:
Post a Comment
arigatO!