Pengikut setia

Thursday 29 March 2012

Lee Min Ho City Hunter top





CITA-CITA asal aktor kacak Lee Min Ho adalah untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional, namun disebabkan kecederaan yang dialaminya ketika di bangku sekolah menyebabkannya memilih untuk menjadi seorang aktor.
“Jika hari ini saya tidak menjadi model dan juga aktor, saya ingin sekali menjadi seorang pemain bola sepak. Menjadi pemain bola sepak merupakan impian saya sejak kecil, tetapi kerana kecederaan, saya menjadi aktor” ujarnya.
Keputusannya itu tepat memandangkan wajah tampan dan ketinggian yang dimiliki. Dia mula terlibat dalam dunia lakonan pada tahun 2005 dengan sebuah watak kecil di dalam drama dan tidak menyangka empat tahun selepas itu pada tahun 2009, namanya akan menjadi salah satu aktor paling popular di seluruh Asia.
Bersyukur kerana terlibat dalam drama Boy Over Flowers yang melonjakkan namanya secara tiba-tiba dan mengubahkan statusnya ke pelakon grade A, Min Ho kini semakin sibuk dan hanya dapat tidur tiga jam sehari kerana jadualnya yang padat.
Dia juga menjadi buruan syarikat koporat untuk mewakili mereka sebagai jurucakap atau duta produk.
“Saya semakin sibuk daripada dahulu. Saya sibuk dengan drama Personal Preference selepas drama Boys Over Flowers. Selepas itu saya banyak terlibat dengan penggambaran untuk iklan televisyen dan juga sesi fotografi untuk majalah.
“Walaupun sibuk, saya sempat berjumpa dengan peminat saya di luar negara. Saya juga berjaya mencari masa untuk melupakan kerja sebentar dan membawa keluarga saya pergi bercuti,” jawabnya.
Pemuda berusia 24 tahun ini mengakui yang kini dia lebih matang berbanding dengan awal kemunculannya sebagai pelakon. Jika dahulu dia mengambil mudah semua perkara termasuk ketika ditemuramah oleh pihak media, kini dia lebih berhati-hati.
“Secara jujur apabila kontroversi membabitkan nama saya muncul kesemuanya tidak benar dan perkara itu terjadi disebabkan kelalaian saya menjawab soalan.
“Walaupun ia sebenarnya bukanlah perkara yang besar tetapi ia menjadi besar apabila peminat salah faham tentang saya. Sebelum ini ada juga tersebar khabar angin yang kononnya saya menerima barang-barang mewah sedangkan saya tidak pernah menerimanya langsung,” katanya.
Akui Min Ho lagi, dia tidak menggelak untuk membaca apa yang ditulis orang ramai tentang dirinya di internet. Jika sesetengah artis tidak mengambil peduli mengenainya tetapi tidak baginya yang sentiasa memantau perkembangannya di Internet.
“Ya, melihat perkembangan diri saya di internet merupakan rutin harian saya. Selepas habis kerja, saya taip nama saya di internet dan mencari cerita saya di setiap laman sesawang.
Jadi, saya tahu apa laporan yang ditulis mengenai saya, gambar yang keluar dan reaksi peminat saya. Saya menimba pengalaman yang banyak hanya kerana melihat laporan diri sendiri di internet,” ucapnya.Sungguhpun anak bongsu daripada dua adik-beradik ini sering dipuji kerana ketampanan wajah yang dimiliki, hakikat sebenarnya, dia lebih berbangga jika dipuji kerana kemantapan lakonannya.
“Bagi saya, adalah lebih baik jika saya dipuji kerana lakonan daripada rupa paras saya. Saya mahu dikenali kerana lakonan saya daripada rupa dan populariti. Saya harap untuk mendengar lebih banyak orang mengatakan tentang lakonan saya pada masa depan,” luahnya.
City Hunter

MIN HO tidak dapat mengelak daripada mengalami kecederaan ketika berlakon dalam babak aksi drama City Hunter.


Selepas dua drama popular, tahun ini Min Ho kembali ke layar kaca dengan sebuah drama aksi berjudul City Hunter.
Drama sebanyak 20 episod yang mula ditayangkan di Korea Selatan pada 25 Mei lalu itu diadaptasi daripada sebuah komik Jepun yang ditulis oleh Tsukasa Hojo sekitar tahun 1985 sehingga 1991.
Cerita Lee Min Ho, karakternya dalam drama City Hunter sebagai Lee Yoon Sung seorang yang suka berterus-terang dan tidak suka berkongsi apa yang ada di mindanya dan itu sangat serupa dengan personalitinya sendiri.
“Watak Lee Yoon Sung, dia tidak bebas untuk ekspresi dirinya kerana dibesarkan oleh bapa tiri, Jin Pyo dalam dunia di mana dia sering bersendirian dan sentiasa mengikut rancangan yang telah dibuat oleh bapa tirinya.
Hanya selepas dia berhubung dengan orang Korea, baru dia belajar dan bergelut untuk menegakkan keadilan dengan caranya sendiri. Berbanding dengan Yoon Sung, saya jalani kehidupan mengikut kemahuan saya sendiri,” tuturnya.
City Hunter merupakan drama aksi pertama yang dilakonkan oleh Min Ho, kerana itu dia bersedia daripada segi mental dan fizikal sebelum penggambaran bermula bagi memberi lakonan yang berkesan.
“Untuk City Hunter, saya menyediakan diri saya untuk babak aksi sebelum saya menerima skrip. Selepas saya menerima skrip, saya cuba faham dan masuk ke dalam diri watak Lee Yoon Sung,” katanya.
Tambahnya, walaupun pernah berlakon pelbagai watak, karakter dan babak sebelum ini, setiap watak yang dilakonkan mempunyai cabarannya yang tersendiri.
“Setiap watak ada cabarannya. Secara jujur, sebenarnya tiada babak yang mudah dalam drama atau filem. Dalam babak aksi, jika seseorang memberikan tumbukan, seorang pelakon itu harus menerima tumbukan itu dengan penuh gaya dan juga realistik.
“Sebab itu sangat penting bekerjasama dengan pelakon lain. Dalam babak romantik pula, ia sukar kerana membabitkan situasi berbeza dengan babak aksi dan lebih melibatkan emosi,” tuturnya.
Sungguhpun City Hunter merupakan drama aksi dan melakukan penggambaran di Thailand dan Korea Selatan, menurut Min Ho, dia tidak menghadapi sebarang kesulitan cuma menghadapi beberapa kecederaan dan kemalangan kecil ketika penggambaran berlangsung termasuk kemalangan kereta yang menyebabkannya terpaksa dimasukkan ke hospital pada 13 Jun lalu.

MIN HO (dua dari kanan) bersama barisan pelakon drama City Hunter.


“Saya perlu memberikan tumpuan yang tinggi sepanjang penggambaran dan disebabkan drama ini sebanyak 20 episod, saya berusaha untuk kekal sihat sehingga penggambaran tamat supaya tidak mengganggu perjalanan pernggambaran.
“Saya ada lakukan sendiri aksi lagak ngeri seperti menunggang motosikal kecuali untuk babak kejar mengejar dengan kereta kerana ia sangat bahaya. Sebab itu terdapat beberapa kecederaan kecil di tangan saya,” ujarnya.
Disebabkan drama ini diadaptasi daripada sebuah komik popular ia sedikit membimbangkan Min Ho tentang penerimaan orang ramai terhadap lakonannya. Sungguhpun begitu, katanya, dia yakin dengan produksi drama City Hunter.
“Drama ini dibikin daripada sebuah komik yang popular, sebab itu saya sedikit bimbang apabila ia diadaptasi ke drama, adakah ia lebih baik atau tidak, semuanya terpulang kepada penonton. Bagaimanapun, saya banyak berbincang dengan pengarah dan agen saya tentang drama ini dan saya yakin dengannya.
“Saya harap drama City Hunter akan disukai orang ramai. Penonton dapat merasai kasih sayang dan belas kasihan oleh Lee Yoon Sung meskipun dia kelihatan seperti sombong dan sukar didekati,” tuturnya.
City Hunter yang berkisarkan tentang seorang ejen Lee Yoon Sung yang bekerja dalam pasukan keselamatan untuk Blue House. Dia merancang untuk membalas dendam kepada lima orang ahli politik yang menyebabkan kematian bapa kandungnya.
Selain Min Ho, drama yang telah mula ditayangkan setiap Isnin dan Selasa bermula 4 Julai lalu di One HD, Astro B.yond (393) pada pukul 9.05 malam itu turut dibintangi aktres Park Min Young dan aktor Lee Jun Hyuk.

koleksi kosmo:29MAC 2012
LEE MIN HO tidak sombong dan sering  rendah diri

3 comments:

  1. KAK BUI TAK TENGOK LAGI CERITA CITY HUNTER NI
    DAH DOWNLOAD,SIAP BELI DVD LAGI TP TAK TERTENGOK2
    KAK BUI START MINAT DIA SEJAK TENGOK CERITA 'PERSONAL TASTE' DGN 'BOYS OVER FLOWER'..

    ANGAU SEKEJAP..HAHAHAHA

    ReplyDelete
  2. OOPPSSS,TERLUPA PULAK KAK BUI PASAL BANNER TU
    BANNER TU SOMEONE YG BUATKAN..KAK BUI TAK KHATAM LAGI BUAT BANNER NI..HEHE

    NI LINK BLOG DIA
    http://www.azhafizah.com/

    ReplyDelete
  3. emm..leen dah tgk smpai epsd13...best gak..tp epsd laen xde lg,,xdowload pon lg..huhu..
    owh...leen tringin nk blajar uat banner tu,,yg lain boleh la nk ikot mlalui tutorial blogger laen,tp yg ni xreti lak..hehe ..tq..

    ReplyDelete

arigatO!