Pengikut setia

Friday 30 March 2012

Jangan pandang-pandang


Sebelum baca review ni. sila sematkan di dalam hati bahawa filem Hantu Bonceng (2011) telah menerima kutipan RM8.53 juta. So, maknanya ada la orang suka filem2 camni eh? Or mungkin mereka tertipu kali pertama?
Don’t worry, kita diberi peluang untuk menjawab persoalan itu. Kali ni muncul pula filem Jangan Pandang Pandang. Kesimpulan yang boleh dibuat untuk filem ni ialah mereka yang minat Hantu Bonceng akan minat Jangan Pandang Pandang…manakala mereka yang menyampah dengan Hantu Bonceng akan menyampah juga dengan Jangan Pandang-Pandang.
Okeh, sebelum review layan sedikit sinopsis :
Jangan Pandang Pandang : Apa Celop adalah What the Fuck
Sinopsis :
Ajis (lakonan Zizan) dan rakan-rakan kene wat satu projek untuk mencari/melihat2 saja?  artifak di Gua Bewah. Maaf dah lupa nama rakan2 nya tapi yang pasti ia dilakonkan oleh Nas-T, Anith, Sara Ali dan Miera Liyana. So, dijadikan cerita Miera Liyana yang gothic ni ada satu peta rahsia untuk ambil artifak di belakang Gua Bewah, which is ramai orang tak tahu.
So diorang cam confident la kalau diorang dapat artifak tu makanya diorang akan dapat A dalam Examination. Makanya diorang pun pergi la and then Miera ni ambil la artifak tu. Lantas pelbagai peristiwa terjadi sebaik diorang jejak kaki kat Gua Bewah tu hinggalah diorang dalam perjalanan balik.
Ops, xleh cite banyak, nanti spoil..nak tau maka pergilah menonton Jangan Pandang Pandang.
Jangan Pandang Pandang : Apa Celop adalah What the Fuck
Apa yang best filem ni?
Zizan tidak dinafikan memang kelakar. Saya pun tergelak-gelak dalam panggung. Babak paling xleh blah time dia kutuk Abang Bob muka pecah rumah, perogol bersiri bagai. Then banyak lagi la lawak2 dia wat. Selain Zizan, lawak lain semua ada dalam trailer.
Pastu lagu2/bunyi background untuk lagu ni pun cam syok gak. Lagu Apa Celop tu meski saya tak suka lirik dia, tapi irama dia memang best..hee..
Sara Ali memang cun. Ini lagi sukar dinafikan..=p
Jangan Pandang Pandang : Apa Celop adalah What the Fuck
 Apa yang kureng filem ni?
Jalan cerita mula2 best, tapi makin lama makin ngarut.
I thought satu kelas tu semua kene pegi Gua Bewah by their own group sebab Jaafar Onn cakap camtu. Tapi dari awal sampai akhir memang group diorang je yang pegi. Unless la Jaafar Onn tak suruh pegi Gua Bewah dan group tu yang choose pegi, then patut la 1 group je pegi..hoh…
So, diorang ni patut amek artifak tu ke, or tengok2 je. Apa plan dari awal, memang nak amek ke ape. Sebab ada Zizan marah Miera kenapa dia amek artifak tu. Then, balik kerja tak habis pun.
At the end of cerita, anda akan rasa aneh kenape abang Bob marah Miera Liyana..sedangkan time tu mereka bersendirian…panjang lak tu dialog marah tu….sebab….ok, kalau dah tengok nanti korang paham kenapa adegan tu xlogik..
Jangan Pandang Pandang : Apa Celop adalah What the Fuck
Instead of pegi dekat enjin bot ke ape, Zizan pegi tengok botol simpanan minyak kat bawah katil and then cakap, oh patut la minyak dah habis..dan semua setuju…shitt yawww..
Kalau ini sangat diplan oleh Abang Bob, mana diorang tahu Zizan dan rakan2 akan sesat ke pulau tu kan..sebab diorang main hentam random je bawak bot tu…tau2 plak dia pegi kat pulau yang kau nak tu kan..bangga lak tu konon semua dah dirancang…
Konon nak cari orang kampung, tapi bila jumpa orang asli pergi lari plak. Kalau betul sesat memang kita akan mintak tolong orang asli la kan. Unless la dia terbukti makan orang. Pastu xleh blah tetibe je Zizan marah dengan amat super sedangkan saya rasa patut team dia yang tinggalkan dia..kejadah la..
Jangan Pandang Pandang : Apa Celop adalah What the Fuck
Ok, so team Ape Celop tu adalah ajaran sesat ke ape? Kalau misi merampas artifak untuk dijual, kenape tahap ramai2 pastu ada cam sembah2 plak? Then, kalau perompak, kejadah pakai sangat gothic and then ada kuasa hikmat pulak? Lagi saya geleng kepala bila Jaafar Onn pun ada kuasa hikmat… Pastu tetibe teringat yang adik kepada abang Bob tu cakap xbaik puja2 tengkorak, syirik…so..ko tu ape? Perompak  Tasik Kenyir yang boleh dibelasah dengan mudah tp ada kuasa hikmat?
Kalau lah cerita ni nak ajar pasal ketua dan kepimpinan…sangatlah tidak ok…baik Zizan mahupun rakan2…cukup syarat je la tu nak masuk dalam kertas kerja part nilai dan pengajaran…

Kesimpulannya : Facepalm…
ayat kenalan blogger je ni -)

No comments:

Post a Comment

arigatO!