Pengikut setia

Friday, 26 August 2011

Semangat dalam kehidupan





Pagi itu berlalu dengan penuh kesunyian. Seolah-olah meminta para penghuninya bangun malam bertahajjud. Sejadah dicapai melepaskan kerinduan Ramadhan padaNya. Adik-adik dikejutkan  bagi memeriahkan lagi pesta kehambaan.

Seusai bersalaman zahir dan batin bersama ahli keluarga, hati luluh. Rasa rindu kepada dia semakin membuak-buak. Perasaan beransur-ansur mengkecamukkan pemikiran waras.

"Kak, adik rindukan abang", si kecil menarik baju sambil mememekkan muka seposen. 

Terkelu lidah melihat reaksi si adik yang masih tidak mengenal erti kehidupan alam barzakh. Hati terusik dengan gemersikan rindu terasa hangat dan luar biasa. Mengingati wajahmu, merindui sentuhan, suara dan gelak ketawamu....



KHAS UNTUKMU

Ringan  kaki melangkah namun berat hati merenung dalam 2 batu nisan terpacak di atas kubur insan yang sangat disayangi. Insan yang pernah berkelahi dan bergaduh setiap hari. Bermain, belajar, dirotan, dimarah, makan minum dan tidur bersama. Zaman hingusan yang mana dibazirkan dengan kenakalan dan keseronokan bersama si dia. Menjaga adiknya dengan penuh kasih sayang dan memberi contoh tauladan yang baik.

Saat-saat susah senang dia tidak pernah merungut. Pergi balik sekolah memimpin tangan agar keselamatanku terjamin. Duit belanja sekolah yang hanya RM0.50 dan selalunya RM 0.20 diberi padaku supaya aku tidak lapar pada sesi sekolah agama. Apabila dirotan ayah, abang selalu memujuk. Melapkan air mata dan menyapukan minyak.

Walaupun aku lebih sikit cerdik dan cerdas daripada abang, namun dialah yang selalu memberi semangat dan galakan. Walaupun aku berpangkat tinggi dalam kepimpinan pengawas, namun dialah pengawas yang paling membanggakan aku. Walaupun aku sering mendapat anugerah di setiap minggu perhimpunan sekolah, namun dialah anugerah terbaik buatku. Walaupun aku dimanjakan ummi, namun dialah yang paling memanjakan aku.

Ya.....dialah abangku yang bernama Muhammad Naim bin Amarudin. Dilahirkan 2 tahun sebelumku. Dan tarikh kelahirannya kali ke-12 disambut syukur dengan anugerah Allah, adik bongsu kami, Farah dilahirkan. Ia seolah-olah sebagai isyarat penggantinya.




BERTEMU SEMULA

Masa berlalu pergi dengan pantas sekali, sudah 8 tahun abang pergi. Syawal kedua membawa 1001 kejutan besar. Abang Miqdad yang pernah membesar bersamaku satu masa dahulu tak disangka-sangka bertandang ke rumah. Bertambah terkejutnya pula, datang bersama isteri dan 2 orang anak, berumur setahun lebih dan seorang lagi masih dalam kandungan 5 bulan.

"Ima, Abang Miqdad awak dah kahwin ke belum?" tanya Mak Cik Masturah jiran sebelah rumah beberapa hari yang lalu di tapak ceramah Pas Bukit Katil. Sudah lama aku tidak dengar nama tersebut dan memanggil memori kembali terjah dalam ruang legar otak. 
Dengan penuh yakin aku menjawab, "oh..Abang Miqdad ye. Entah. Belum kot mak cik". Aku menyedapkan hati. "Takkan lah abang dah kahwin. Mustahil. Mustahil. Berita pun tak pernah dengar".

Walaupun kami seibu, berlainan bapa, bekas sentuhan kasih sayang yang pernah didambakan daripada seorang abang satu ketika dahulu menggamit semula. Satu perasaan cinta bertandang merajai segenap hati. Hati bernyanyi riang....berbunga-bunga......rasa syukur yang tidak terhingga.





"Perpisahan dan pertemuan yang tak diundang. Bertahun kita melangkah bersama. 
Sela cita-cita buat bekalan ke sana... 

Senyum mu ukiran terindah. Tiap perilaku dan budimu. Tiap kata-kata dan nasihat berguna... 

Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah, pasti akan mengecapi bahagia suatu hari nanti..."

- khas untuk Abang Miqdad-



Entah mengapa terlalu aneh perasaan itu. Mungkin terlalu lama merindui insan yang bernama "abang". Tittle anak sulong yang telah aku pikul sepemergian abang tanpa rela dan paksa, terlalu berat amanah itu. Aku pernah lelah, kehausan kasih dan kata-kata semangat daripada seorang abang di persimpangan jalan kehidupan. Syukur Alhamdulillah...Allah masih gagahkan diri ini menjaga keluarga dan mendidik adik-adik yang semakin membesar.


Abangku seorang DJ RTM...Abangku seorang photographer....abangku seorang usahawan....

Lama aku berbual dengannya. Mengaguminya sebagai seorang anak yang tabah dan berjiwa besar. Membesar keseorangan bersama keluarga angkat menyebabkan mulut aku tak lekang untuk mengorek sedalam mana kepahitan hidup yang dilaluinya. Masakan kepahitannya menjadi obor-obor pembakar semangatku untuk maju dalam hidup.

Aduhai abang betapa diri ini sangat bersyukur dengan kehadiranmu dalam mewarnai kisah-kisah hidupku.



CABARAN

Dua hal saja yang buat aku rasa "teristimewa" mengenai dirinya dengan ruang legar sekitarku.

HAL 1

Sedang rancak berbual serkap jarang aku mengena, bercakap mengenai politik dan isu semasa adalah makanan kegemaran aku. Lebih-lebih lagi abang tinggal di bandar Ipoh Perak, semestinya trauma rampasan Kerajaan Perak Pakatan Rakyat amat bahang. Cumanya...

"Kurang ajar betul budak-budak tu"
"Budak-budak mana abang?"
"Budak-budak Pas lah. Buat kacau time nak bersidang"

Ops! hehe...tersengih kami adik beradik. Hati aku berbisik, "abang tak tengok lagi adik-adik dia berdemonstrasi. Lagi dahsyat!"

Adik aku kata selepas daripada itu, "kak, abang tak nampak ke jam dinding Pas tu, siap ada gambar besar-besar Tok Guru Nik Aziz lagi". Senyum......


HAL 2

a) Isterinya seorang PA kepada isteri Menteri Besar Kerajaan Perak Katak Lompat.
b) Pak Long aku bakal calon Ahli Parlimen Bukit Katil atas tiket "buley"

Dahsyat and complicated bukan? hardcore-hardcore nieh...Aku?



KESIMPULAN

Benar orang-orang tua selalu kata cinta itu buta. Bila kita cintakan seseorang, kita tidak kisah warna kulitnya, warna rambutnya hatta warna ideologinya.

Aku sebagai insan kamil meraikan kepelbagaian ideologi selagi TIDAK bercanggah dengan Al-quran dan sunnah. Sejauh mana hardcorenye ke-umno-an dan ke-pas-an setiap ahli keluarga dan saudara-saudaraku mengajak aku berfikir sematang dan seprofesional yang mungkin. Menganalisis dan bersikap kritikal.

Sama ada mereka memilih bulu biru atau hijau tak perlu dirisaukan sangat, yang perlu risau sejauh mana penghayatan norma-norma ajaran islam dalam praktikal seharian mereka.

MasyaAllah...Indahnya ciptaan Allah.......


No comments:

Post a Comment

arigatO!