Pengikut setia

Friday, 26 August 2011

Terluka kerana si dia


Cuba pembaca tafsirkan gambar ini :

1. sepasang couple yang mengajuk (belum putus cinta lagi)
2. pasangan muda yang buntu dengan rumah tangganya (belum cerai lagi)
3. hamba Allah yang sedang mencari-cari cinta sebenar
4. sepasang kawan yang tak tahu camne nak luahkan perasaan



PUTUS CINTA

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Jiwa yang muda yang penuh cinta, mudah saja mengalirkan cas-cas positifnya kepada lawannya. Tak kisahlah sekeras mana hati seorang lelaki, namun kalah pada seorang perempuan.

Mungkin yang banyak merasainya adalah pelajar sekolah. Cinta di bangku sekolah adalah cinta pertama, "love at first sight", kadang-kadang dipanggil cinta monyet. Sesiapapun pernah merasainya. Hatta, para daie/naqibah di kampus pun pernah melalui zaman "meroyan" ini.

Jangan nafikan!

Benarlah, fitrah (semulajadi) jika seorang remaja ingin merasai dicintai dan mencintai. Cinta itu datang dengan tiba-tiba, tanpa dipinta. Ketika itu bagaikan dunia cukup indah, setiap hari sentiasa bahagia. Kalau tidak pernah berpacaran mungkin pernah tewas dengan perasaan minat pada seseorang secara rahsia (SA - secret admirer).


Cinta pertama remaja banyak mengajar mengenal apakah makna cinta. Namun begitu cinta pertama kerap kali membuatkan seseorang itu terlalu taksub mengejar cinta kerna takut kecewa. Ia juga membantu membuka mata hati seseorang untuk memberi dan menerima kehadiran seseorang yang bernama kekasih.

Cinta pertama juga dikatakan sebagai langkah awal untuk menjadi diri sendiri kerana dari situlah kita banyak belajar mengenai dunia yang sebelum ini tidak pernah kita jejaki. Apa pun, cinta pertama sukar untuk berkekalan kerana ia sering berubah mengikut usia dan waktu.

Dan, hakikatnya cinta pertama sukar dilupakan!



COUPLE ISLAMIK : WUJUDKAH?

Cuma kawan-kawan, adik-adik, teman-teman...

Salahkan berperasaan dicintai dan mencintai? Tak bolehkah bercouple dalam islam? Selalu dengar orang-orang alim macam rigid, jumud, keras, dan membosankan. Itu tak boleh, ini tak boleh.

Sebenarnya, saya tak salahkan para daie (pendakwah) dalam menegur mereka yang bercouple, lebih baik tegur daripada tak tegur langsung. Cuma, yang menjadi isunya cara/pendekatan mereka dalam berdakwah. Tolong jangan salah faham, fahami mereka dan 'belai'lah mereka dengan penuh kasih sayang dan berhikmah.

Perlu difahami hati seorang remaja seperti api. Mudah memberontak apabila ditegur. Mereka juga sangat teruja sehingga ingin mencuba sesuatu yang baru. Sebab itulah jangan hairan setiap hari ada sahaja penemuan-penemuan baru HASIL EKSPERIMEN yang mereka lakukan dengan bahan ujikaji. Bahan ujikaji ini hanyalah ujikaji, sebab itu mereka tidak bertanggungjawab setelah eksperimen berjaya.

Dan sebab itu jugalah mereka bangga melakukannya. Malah, tidak segan silu mengisytiharkan diri sudah tiada dara dan merasakan diri cukup terkenal jika dapat ber'eksperimen' dengan banyak pasangan lebih dari sekali.


“Bermula dengan ruang chatting di internet, bertukar-tukar mesej prihatin dan nasihat, berpindah kepada ungkapan sayang dan perhatian, naik taraf kepada lonjakan keinginan untuk bertemu, dimulakan dengan makan minum mengambil angin, diuji dengan sentuhan tangan dan berakhir dengan ZINA.” – ust hasrizal


ZINA bukan kesudahannya.

ZINA adalah permulaannya.

ZINA adalah najis maksiat

Untuk bacaan lebih lanjut, saya sudah menulis panjang dengan penghuraian lebih terperinci tentang couple islamik ini. Boleh lihat di sini.



HATI TERLUKA KERANA SEORANG LELAKI

Hidup ini tidak menjanjikan kebahagiaan semata-mata. Maka, terluka oleh orang lain adalah salah satu cabang daripada ujian ALLAh Ta’ala. Dan cara disakiti oleh orang lain itu pula dengan cara yang berbeza-beza. Mungkin pada sindiran, mungkin dengan cara memburukkan atau mengumpat dibelakang, atau macam-macamlah cara.

Dan oleh kerana manusia itu juga namanya adalah manusia, sebagai insan biasa, rasa sakit hati itu pastinya hinggap di dalam diri. Apabila sakit hati, hati mula membenci.

Kadang-kadang sebahagia mana pun pasangan kekasih/suami isteri, pasti akan ketemu titik konflik dalam perhubungan. Keretakan hubungan menjadi rempah ratus kebahagiaan hidup.

Cuma yang menjadi sia-sia, jika seorang perempuan menangis kerana seorang lelaki yang belum halal baginya. Dan yang paling menghairankan, bagaimana kerasnya hati seorang lelaki boleh menangis kerana seorang perempuan?

Ya! Sekeras mana pun hati, hati boleh menjadi amat terluka apabila salah satu pasangan yang disayanginya meminta clash ataupun bermain kayu tiga. Tidak berlaku jujur dan mempermainkan perasaan cinta pasangannya. Sudah terlalu banyak wang yang telah dilaburkan untuk keluar dating, top up hp setiap hari, membeli hadiah, dan sebagainya semata-mata untuk menarik perhatian dan ingin dihargai atau sebagai tanda menghargai si dia.

Bukankah amat meletihkan bercinta sedemikian?

Bukankah bercinta selepas nikah lebih seronok?



BERCINTA SELEPAS KAHWIN

Setiap perbuatan yang kita lakukan untuk si dia bukan sahaja mendapat balasan cinta si dia, malah cinta Allah yang terlalu mahal.

Jadi, jika kita sudah "fall in love", pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu

Antara doa yang digalakkan untuk diamalkan :

" Ya Allah, Kurniailah aku cinta- Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk"

Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.





p/s :


Moga penulisan kali ini tidak berat. Sasaran saya adalah untuk jiwa-jiwa muda yang sedang indah dengan percintaannya. Saya tidak meminta untuk clash, tetapi renungilah sejauh mana cinta Allah kepada kita sehingga kita "tersanggup" mencintai seorang hamba Allah lain yang tidak halal lagi bagi kita.

Buat hati yang terluka dengan penulisan saya, renungilah kata-kata ini :

Jika sedang sendiri janganlah merasa sepi.... ada Allah yang mengawasi..
Jika sedih jangan di pendam dalam hati.... ada Allah tempat berbagi..
Jika susah jangan menjadi pilu.... ada Allah tempat mengadu..
Jika gagal janganlah putus asa.... ada Allah tempat meminta..
Jika bahagia janganlah menjadi lupa.... ada Allah tempat memuja..
Ingatlah Allah selalu.... niscaya Allah akan mengingat mu..


Rasulullah SAW pernah menasihati puteri tercintanya :

“Anakku, dunia ini adalah ladang untuk beramal. Dan hidup di dunia ini bererti bekerja. Maka penuhilah kewajibanmu sebaik-baiknya. Jika kamu merasa penat dan letih, dan merasakan kewajibanmu begitu sangat berat, berdoalah kepada Allah, niscaya Allah akan memberikan kekuatan kepadamu....”
http://muslimdoktor.blogspot.com/2011

No comments:

Post a Comment

arigatO!