Pengikut setia

Saturday, 3 September 2016

Dugaan Allah bagi

"Baru bagi dugaan sikit dah gelabah ke?" Rileks la Allah nak uji hamba dia.

Sejak akhir-akhir ni emosi saya memang tunggang langgang. Baru je pergi kerja beberapa hari kat sebuah tadika sebagai guru tadika,guru quran dan guru fardhu Ain. Tapi sayang, Allah tak bagi saya terus mengajar kat sana. Sebab? Saya pasti ada hikmahnya, selepas berhenti kerja sebab kehendak sendiri, saya tak pasti apa arah kehidupan saya seterusnya? Saya amat tidak selesa dengan keadaan di tadika itu, saya tak sanggup tengok budak-budak  dimarah, Tak tahan dengan sekeliling. Mungkin tepat keputusan saya untuk berhenti. Saya memang tak seharusnya berada di tempat sedemikian, low classs..tu ayat baik laa..kalau ayat teruk, ..hmm..malas nak sebut. Biar Allah je tau apa perasaan saya. Bukan tak suka budak-budak,tapi malas nak komen lebih, saya pun suka dengan pekerja kat sana, dekat majikan sendiri, tapi.... tak tahu, hati firasat hati tak sedap dan mengatakan ''aku tak seharusnya berada di tempat ini".


Selepas berhenti, saya hanya melakukan bisnes Perfume mulut. Walaupun tak sehebat bisnesswoman lain, tapi saya happy sebab bersama kawan positif yang sentiasa menyokong saya.kawan positif? tentunya la kenalan facebook. Kawan lain tak muncul pun..tapi tak mengapa, ini semua Allah bagi. Dia ambil kawan2 saya masa saya mengajar di tadika,tapi dia ganti beratus2 orang kawan positif di facebook. Saya dah cukup bersyukur.Dalam saya bersendirian, Allah hadirkan saya kak Nurul, kenalan rakan potostat. Duk potostat resume tiap masa, n potostat maklumat ,sampai dah jadi mesra dengan dia. Mengadu semua benda kat dia.Alhamdulillah. Ni pun rezeki Allah bagi, rezeki kawan.


Saya tak tahu dalam dunia ni ramai yang jahat yang tak berpuas hati dengan apa yang kita lakukan. Tapi ma selalu pesan, siapa pun dia, tolong berbuat baik. Jadi saya akan amalkan ajaran ibu saya. orang aniayai kita,zalimi kita, no hal ...pekakkan telinga pejamkan mata. 


Saya terus berdoa dan berdoa moga hari saya adalah hari positif bagi saya. Takat tu je. babaiii

No comments:

Post a Comment

arigatO!