Salam selamat malam.
walaupun dah mengantuk sebab penat pertama kali mengajar cikgu tadika plus transit(jagaan kanak2) dan menjadi guru quran serta fardhu ain..fuhhhh.. banyak kott.. tak pernah2 saya kerja sebelum ni,sekali kerja ...ambik kau..
Walau gaji murah dan memenatkan, terasa nak berhenti tapi bila teringat wajah2 si comel Aqil,Amir,Iman,Munif,Hanan,Adib..membuatkan hati ni rasa kuat semangat nak terus pergi kerja esok. Dari mula pukul8 pagi-1petang untuk guru tadika,1-2 urus budak2 transit jagaan,mandi makan n arah utk tidur beramai2, memang menyeronokkan walaupun kena pakaikan bedak dan sikat rambut sorang2 seramai hampir 40 orang. uihhh...penat woiii. dulu urus anak buah pun 2orang je.tu pon letih dah. Pastu sambung kerja lagi sebagai guru quran dan fardhu ain..
Perancangan nak jadi cikgu ni,bukan fikir pasal gaji,tapi minat. Saja nak timba pengalaman. Kalau fikir gaji memang lama dah luntur nak kerja situ. Hanya bergaji...tuppppp,malas nak sebut. takut ada orang pengsan. Pastu sambil2 nak sambung belajar konon2 di kelantan ni. Tapi nak cerita kat sini. Selepas saya habis belajar, tamatnya degree plus pula tinggal di kelantan, peluang pekerjaan yang elok memang kureng, dan hampir sebulan saya tertekan dengan keadaan menganggur ni. Satu saat saya terdengar tentang solat istikharah dan tahajjud. Sebelum ini saya tidak pernah hiraukan solat taubat dan tahajud. Kemudian saya terjumpa satu buku yang berjudul menjemput rezeki.
Saya termenung. Dan sebak di dada.Aku hamba sombong ya Allah kerana tidak pernah memohon taubat.sedikit pun tidak keluar air mata mahupun berpura-pura menangis di hadapan Allah. Dengan kekalutan saya mencapai alquran dan membaca surah alwaqiah. Dengan tiba tiba air mata saya mengalir,saya terus ambil wuduk dan aolat sunat taubat,masa saya berdoa saya merasakan diri sangat pelik sebab saya berdoa dengan mengeluarkan air mata yang tak henti2, malam sepertiga saya bangun dan terus solat taubat solat hajat solat istikharah dan tahajud. Kemudian lakukan hal tersebut berkali-kali, selepas beberapa minggu ,keputusan istikharah saya sedikit sebanyak keluar. Macam2 saya mintak. Baru saya sedar,dengan banyak solat malam Allah bagi ketenangan yang tak pernai dirasai orang lain.Kemudian kerisauan kita dalam dunia ni takkan muncul lagi,serahkan segalanya pada Allah. Tentang apa yang saya mintak tu rahsia la yerr.. hihi. tapi ada lah pasal nak sambung belajar ke tidak, tentang jodoh.. tentang segalanyalah! saya berdoa "andai sambung belajar baik untukku tolong sampaikan surat tawaran,seandainya tak dapat aku akur"
Kemudian, yang uia xdapat yang kat kelantan pun tak dapat,apa yang saya rasa?Saya boleh terima dengan hati terbuka dan ketenangan,saya tak rasa kecewa bila kawan yang lain dapat saya tak dapat, saya tak risau tentang kehidupan seterusnya,ala yang saya mintak takde la perkara besar,apa yang saya minta lagi adalah diberi peluang untuk jadi cikgu tadika, dan dalam masa saya berdoa, seorang kakak taska mesej suruh datang kerja ngan dia, kemudian satu lagi mesej ustazah suh g temuduga tadika, dan saat saya dah berjaya inteview dan dah dapat kerja tu, mak saya bagitahu selepas pulang dari masjid solat isyak, "kawan ma yang pengasas tadika jumpa tadi,dia kata nak jumpa Alah(nama samaran),dan ada benda nak bincang ngan ma abah pasal tadika." Hati saya terdetik" Allahuakhbar,adakah doa saya sedang diproses untuk dimakbulkan? " wallualam, kemudian tentang jodoh pula, hmmm, rahsialah! cuma saya mohon agar ada yang ingin mendekati saya di saat dah berumur hampir 30 nih!.. hahha.. Allah sedang meneliti doa saya,kerana dari yang tiada menegur,ada la beberapa orang yang ingin sambung silaturrahim,muncul orang baru nak berkenalan, tapi hati saya? Hanya Allah yang tahu ape yang tersurat..keh keh keh.. Hasilnya tak sampai sebulan,saya yakin Allah lasti makbulkan doa kita seandai permintaan kita tinggi,pastiiii,yang penting lakukan hal2 yang disebut tadi,lagi satu..banyakkan berdoa untuk orang lain dan banyak zikir dan istighfar,sambil update status tu berselawat lah,zikir lepas solat,dan istighfar. Amin,serahkan hidupmu pada Allah. bersambung...45 minute tulis post
No comments:
Post a Comment
arigatO!