~SABAR ITU INDAH~
Sekian lama saya hidup dengan keadaan malu dan rendah diri yang teramat sangat.Di sebabkan alam remaja saya yang menyakitkan dan keadaan stress saya membuatkan diri saya semakin teruk dan sangat mendukacitakan.Saya tidak dapat menerima kenyataan bahawa 'muka saya dijangkiti jerawat serius' tambah2 resdung.Asalnya jerawat biasa,tapi disebabkan saya begitu benci dengan jerawat ni,saya terus mencari produk untuk menghilangkannya.Bermula tingkatan3,hidup saya berubah 360. Saya merasa dunia ini gelap,setiap kali berjalan ke mana sahaja,pasti ada saja manusia yang menegur dan berkata tentang muka saya.Sebelum ini, saya rasa tidak puas dengan muka saya,dah ok tapi masih lagi nak ok. Saya tak hairan pun orang puji saya lawa, sebab saya tak rasa diri saya sempurna. Saya punya kawan yang agak ramai, perangai gila2 saya menyebabkan ramai kawan yang mudah melekat dengan saya.tapi hakikatnya macam tu la,kawan hanya bersama masa bergembira.
Ketika saya dilanda kesedihan,senyap membisu sebab stress dengan muka,diri saya makin jauh dengan rakan2 ,disebabkan 1 perkara.saya diam.Dan ramai yang tidak pedulikan saya.Mereka hanya dekat dengan saya kerana saya lucu.bila saya tak buat happy2 dan senyap.mereka pun lari dari mendekati saya.Lama saya berfikir kenapa terjadi benda macam ni pada saya.rupanya saya sedar ALLAH sayangkan saya,dia tak bagi saya menggatal dengan sape2 pon,dengan lelaki.sebelum muka saya ditumbuhi jerawat,ramai lelaki yang kerap mengacau.saya pun kadang2 rasa ada perasaan ingin mencuba.tapi ALLAH cepat2 lindungi diri saya dari terus hanyut. saya mula menjauhi lelaki2 dan berusaha untuk tidak berkomunikasi dengan lelaki. saya mengambil keputusan untuk pindah ke sekolah perempuan sahaja. MAAHAD MUHAMMMADI PEREMPUAN. saya nekad dan terus belajar bersungguh2.tak disangka2 perangai malas saya bertukar jadi rajin. saya peroleh keputusan cemerlang dan boleh ke sekolah elit dan terkawal. saya mulakan hidup baru dan proses menternak jerawat pun bermula.masa tu memang saya rimas dengan diri saya,sedih ,kecewa,tapi macam tu la rutin hidup.tak kira saape pon,mesti ada mulut2 yang mengata pada diri ini. makcik2 clener pon tegur jerawat saya teruk,pergi pasar or mall pun mesti ada orang promote and syor untuk pakai macam2 produk.masih ingat diingatan kawan and manusia2 yang tak ada akal tegur .
''lin,teroknya jerawat mu!gerun aku tengok''
''kenapa ngan muka kau ni,dah macam takde rupa dah aku tengok.''
''kesian aku tengok mu,mesti sakitkan.''
''eh,kenapa muka mu sekarang?''
''mu ni tak pandai jaga muka lah!beli la produk untuk pulihkan muka mu''
''aku tengok muka mu dah macam tar jalan''
''ngan bulan lawa bulan lagi''
''laki mana yang nak kan kau,mesti termuntah bila tengok kau''
''dah tau takleh makan seafood makan jugak'' -bajet jadi mak nenek''
''aku soh try benda ni mu taknak'' -promote-
''cepat2 la berubat,kang jatuh duit mas kawin''
macam2 la kata2 hinaan yang saya dapat,tapi yang mampu hanyalah sabar dan senyum.
Mereka hanya pandai berkata2 tanpa mengetahui diri ni terluka.tak tau berapa banyak usaha yang saya dah buat.Mak cik2 pun suka tegur saya.pergila mane2 pon,saya memang terkenal. Mesti ade je mulut2 yang berkata.g kafe,pak cik bagi motivasi.
''adik,jaga makan tu,muka adik kena makan jenis protin and antioksida supaya jerawt surut,jangan pedulikan kata orang,kena sabar.biar lambat pulih asal usaha.''
fuh..bagus betul.
g cameron higland sekalipun,ade sorang mak cik panggil saya.
''adik2,mai sini jap..mak cik nak cakap ni,adik jangan teraasa.(dalam hati dah agak ape benda nak cakap).mak cik dulu macam adik juga,tapi mak cik makan rumpai laut,sekarang dah ok,adik try la ye.sayang muka lawa tapi tak usaha nak ubatkan..''
.......cewah,ayat memujuk....! ;-)
mak cik tua kat atas pasar plak,
''anok oi anok,mai cini meta,bakpo muka anok lagu nih.sie mok cik tengok.muka comel doh tapi tenggelam mugo jerawat terok.g la berubat nuh,mano tau kena bomoh ko ore ko gapo.terok sangat doh mok cik tengok.kalu kena tgh panas ni mst pedih dok..''
'adoi...haru biru plok mok cik ni bcakap,tapi saya senyum je and jawab.. hmm tu la mok cik,saya tak tau nak wat ngano dh..insyaAllah saya usaha lg.'' jalan tak pandang belakang lagi.kalau jalan mana2 tak berani dah nak pandang orang,takot orang waat ramah pelik,saya juga terkesot hati' hehehhe.
Masuk universiti makin la menebal rasa malu.
Saya terpaksa lupakan orang yang saya suka disebabkan perasaan rendah diri sebab diri saya macam ni.
Saya terpaksa bagi alasan setiap kali nak berjumpa kawan2(renion0 sekolah rendah dulu semata2 malu dengan diri saya.
saya terpaksa elak diri dari bertemu kawan lama supaya mereka tak beri reaksi terkejut bila tengok diri saya.
saya terpaksa tebal muka berjumpa mata dengan sanak saudara dan mendengar kata2 mereka yang berkata tentang saya.
saya terpaksa berhadapan dengan family saya sendiri yang kerap mempersoalkan kenapa diri saya berjerawat.
saya sengaja tundukkan muka supaya orang tak buat peramah dengan saya.
saya takut diri saya terluka.
tu la cara saya.biarlah orang nak kata saya ni sombong.
saya tak suka lelaki2
saya rasa diri saya hina.
laki semua sama.
masa saya tiada masalah muka mereka pandai cari nak berkawan dan tegur
time saya bermasalah,mereka pandai memilih.
sekarang saya tak suka lelaki yang hanya sukakan kecantikan wanita.
saya hanyalah untuk orang yang benar2 menghargai saya.memilih saya kerana kecantikan akhlak.
bukan saya nak benda ni terjadi.
saya cuba kuatkan diri dan cuba untuk berkeyakinan tinggi.
Selama hampir setahun saya cuba untuk tidak mendekati mana2 produk lagi,saya putus asa.
Dalam cuti diploma,saya berkurung dalam rumah. selama beberapa bulan, saya hanya makan ikan rebus dan ikan goreng sahaja. saya sedari bahawa muka saya semakin pulih tanpa apa2 produk.saya baru sedar yang saya sebenarnya perlu menjaga pemakanan.makan biar seimbang.hindari apa yang saya tak boleh makan.mula dari itu ,saya banyakkan makan ikan je,ayam telur saya jarangkan.seafood saya tinggal terus.
kesimpulannya.bagi muka yang berjerawat,makan lah makanan seimbang dan jaga pemakanan anda,BANYAKKAN minum air kosong.jangan pakai produk yang macam2,just makan makanan sunnah spt, zaafaran,kismis dan try cari inisiatif untuk memulihkan muka dengan makan makanan tambahan yang berunsurkan ''antioksida''.
Kini,sedikit sebanyak,saya dah boleh tersenyum kembali,walau disekeliling tak berapa nak gembira,muka saya nampak gembira kerana saya happy dengan apa yang saya perolehi,saya dah dapat apa yang saya impikan,dan saya akan usaha lagi.
kepada yang bernasib seperti saya.jangan putus asa.UJIAN ITU MESTI DIHADAP DENGAN PENUH TENANG. BUKA STRESS.makn stress makin ramai ''anak2 di muka''.
wallahualam.
ermmm..tertarik sye baca hdup saudari..hdup saudara..lbih kurang mcm sye.... mse sye blajar dkt matrik...sume org tgur mke sye berjerawat.... lecture...tiap2 hari tgur...smpai nk naik bas..pak cik bas pon tgur...tp alhamdulilah skrng dh ok...sbb lpass hbis matrik sye keje dh duit...sye bley lar bedak sejuk jamu jelita dengan shiesedo mask...berkesan...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi pengalaman cik. Hidup seorang yang menghidapi jerawat memang banyak cabaran dan mematangkan jiwa untuk menghadapi pelbagai ujian.
ReplyDeletePerkongsian: Jerawat Teruk Menjadi Dilema
Alhamdulillah,
ReplyDeleteJOM TUKAR KE BLOG RESPONSIVE
Terima kasih utk artikel ini. Saya pun sama. Resdung. Berjerawat. Hanya ALLAH tau sedih saya. Mcm2 dh cuba. Sampai give up.
ReplyDeleteBetul tuh,masalah inilah yang banyak memebelenggu wanita kan.. Saya pun sama. Memang down sangat bila jerawat dah penuh satu muka. Haih. Malu pun ada.. konfiden diri pun tak ada. InsyaAllah dik, jaga pemakanan. Bersihkan muka selalu. InsyaAllah. Gudluck!!!
ReplyDeleteSaya faham sis...sbb sy pun lebih kurang je ngan sis..pegi mana2 sume nk tego..sama la zaman remaja kt..senior tocher sbb mke jerawat..nak je sy terkam dyorg...dyorg bukan tau,kt sendiri pun x minx nak muka jerawat..bende tu dtg sndri..ada masalah kegemukan lg sng nk urus dr jerawat..kalau gemuk ubat dy adalah diet..kalau jerawat?pakai tu x brkesan..pakai ni x brkesan...dah tu nk pakai apa?
ReplyDeleteTp apapun betul ckp sis..setiap yg brlaku ada hikmah..tp sis jauhkan dr dari org yg sy ske..tp beza sy,sy x..sis cume prlu jatuh cinta dgn org yg betul2 layak untk jatuh cinta sis..laki yg sy ske,tiap hari kt sekolah dulu sy tackle dy..tp jgn slh faham..tackle cara saya masa kat sek dulu sy bermati2an dlm pelajaran sbb nk dy puji sy..haha...mcm bangang pula..kisah lama..n smpai skrg ktorg brhubung kat wechat..tp x pernah chat pun ngan dy..update sttus n komen...tu je la cara ktorg brhubung..٩(๑~▽~๑)۶
saya faham sbb pernah alami nasib yg sama. plg teruk self confident kurang.
ReplyDeleteTahniah sis, kagum dengan sifat sabar sis.
Keep it up!
Sy fhm prasaan awk..sy pun.mcm tu..smpai skrg buntu..xtau nk makan ubt apa utk mslh jerawat akibat resdung..xtau nk jaga muka mcm mana lagi..teruk sangat
ReplyDeleteAssalamualaikum cubalah Al-Yusrah, terbukti berkesan boleh tgk fb: Norfarahim Aziz utk lihat sendiri testimoni yang ada
ReplyDelete