Pengikut setia

Sunday 6 May 2012

Penipu agen topup 0148087536 dan 0199461407 6 Mei 2012

Assalamualaikum..
Pagi yang indah lagi nyaman,saya dan keluarga keluar berjalan-jalan dan pergi lepak kat rumah pasir Pekan,sudah sarapan,beberapa mesej dari no. yang tidak dikenali datang bertubi-tubi minta kredit.Seingat saya tak ada lagi yang tahu yang saya ada buat bisness topup .Yang tau hanyalah abang,adik,dan seorang dua kawan rapat.itulah yang menjadi tanda tanya.Saya tanya siapa dia,dia cakap namanya Anis,saya ingat tu kawan abang yang minta tolong soh topupkan,tapi saya tanya lagi,ANIS mana satu yea?dia pun jawab anis kawan ida,amboi,seronok dia bermain2 dengan saya.Saja kot nak hilangkan rasa mengantuk saya.Tapi mujurlah dalam kengantukan yang tahap gabang ni saya boleh lagi berfikir dan minda saya bergerak-gerak untuk memikirkan siapa dia sebenarnya.

Sedang seronok berbual dengan adik saya,tiba-tiba datang lagi no. nset  yang baru ada bertanya cara-cara nak jadi agen.Adoi,saya dah mula curiga sebab saya baru je jadi agen dan pelanggan pun tak sampai sepuluh orang,Asyik orang sama je.Tapi saya layan dulu walaupun hati saya jelas tidak tenang.Setelah beritahu cara2nya,dia menjelaskan bahawa dia berminat untuk menjadi agen dan mengaku nama dia Farah,asal dari pahang,masa tu dalam pukul 8.00pagi.Saya mula berhati-hati.Namun saya tetap memberi no. akaun bank saya kepadanya.Setelah beberapa jam saya berborak dengan adik akhirnya terlelap,saya tersedar dari tidur kemudian dia mesej pada saya bahawa dia dah bank in .Siap sertakan tarikh,masa,dan REF!Saya lagi rasa macam pelik,macam mana dia tau cara2nya padahal saya belum mengajarnya.Dia suruh saya bank-in cepat kredit sebanyak RM70  tu kat dia sebab dia nak guna dan sangat perlukan kredit tu,walaupun ni first time aku buat bisness tapi aku dapat rasakan budak ni agak pelik,mana ada orang yg nak jadi agen sangat2 kemaruk nak duit sampai sesak macam tu sekali.

Tangan saya dah gatal nak sent duit kat dia sebab rasa belas tetap ada,tapi saya mula bertukar fikiran sebab taknak rugi disebabkan kegopohan saya dalam membuat keputusan.Saya mula cek bank transfer yang saya simpan,no. ref dia berbeza dengan no. ref saya yang lain2,sebenarnya no. tu sepatutnya ada 9digit,tapi dia ada 10.pastu saya fikir lagi,logikkah seorang agen yang kata dia perlukan duit sangat2?tak mungkin.Saya dah mula rasa aneh dan pelik seribu persoalan di otak.Kemudian saya mula teringat kisah2 yang saya pernah research lepas2 pasal kes penipuan,untung juga kalau kita rajin research google kan??sebab minda akan terbuka luas!Minda saya terus berkata''aku perlu selidik siapa orang ni!''

Ternyata!!setelah beberapa minit saya search dengan mudahnya saya dapat detect no. handphone dia .Dia memang sah penipu besar!!dia pernah menipu berpuluh2 orang.Kerana inginkan topup percuma.Amboi,aku doa kau tak masok syurga laaaaa!!!siapa2 yang jadi agen topup!!beringat anda dengan no. penjenayah tegar ni yang sanggup menganiayai orang,0148087536/0199461407..Tau tak no. yang mengaku diri tu ANIS dan sorang lagi Farah tu adalah orang sama!hish,memang pantang ada orang menipu memang rasa amatlah panas.tapi saya tidak cepat melatah,walaupun saya tau dia penipu,saya tetap pura-pura tak tau,dia setiap masa minta suh topupkan dulu duit tu.Tapi saya cakaplah takda.

Saya pun ada jalan caranya,kalau dia boleh menipu saya, saya dua kali boleh tipu dia dengan lebih kreatif lagi.Saya cakap kalau awak nak top pup free,kawan saya ada buat teka teki untuk jawab pantun ,siapa leh jawab dia akan dapatRM100 topup free,kalau jawab tapi salah pun dia akan bagi cenderahati RM20 kepada siapa2 yg mcuba.Kawan2 tau tak apa yang saya lakukan?saya beri no. telefon balai polis!!padan muka.Nak main sangat ngan saya memang saya suka layan orang gitu,nasib baik saya tak terberi RM70 tu kat dia.Huh.Yang mengaku farah tetap dok minta suh bank -in duit RM70 tu,eh,kamu ingat senang2 kamu nak memperbodohkan aku??geram sangat,saya cakap la,takda pun duit dalam ATM,betul ke awak dah bank-in?dia cakap''yela,dah pun.Bank Islam transfer ke bank islam.pastu saya mintalah suh anta bukti pembayaran kat mms,dia cakap dia just pakai nset biasa je,saya cakap pula,attach la bukti tu kat email,dia kata tak pandai.Pandai betul dia menipu,saya tanya lagi,betul ke awak dah masukkan?dia cakaplah betul,pastu dia suh saya cek sendiri kat ATM,pastu suh g cek sekarang lak tu,manalah saya berminat dengan orang yang suka pakai helah,nasib baik selama saya hidup jangkaan hati dan perasaan saya atau kata lain firasat  selalu tepat dan tidak salah,sesungguhnya Allah maha melindungi hambanya yg lemah.
_______________________________________________________________________

Saya terlampau geram dan tidak mahu lagi berurusan dengan dia,saya cakap kalau awak nak duit tu dengan cepat,minta ampun dulu dengan Allah dan tunggu sampai duk dalam kubur baru duit helah tu akan betul2  muncul .Macam mana awak kata awak pasti dan yakin tentang transfer wang tu siap bagi tarikh masa dan no. ref lagi,ingat hebat sangat helah awak?PADAHAL NO. AKKAUN YG SAYA BAGI PUN PALSU,macam mana duit awak boleh masuk ke dalam akaun bank palsu saya ye??sangat ajaiblah!pape pun berjumpalah dengan Allah nanti!

_____________________________________________________

Kalau anda jadi saya?Apa yang anda lakukan sekiranya ada mesej tidak dikenali minta nak jadi agen dan minta soh topup kan utk dia???macam bodoh lah si penjahat tu!terima kasih tuhanku telah menyelamatkan aku hari ini.

Sampai sekarang saya tertanya-tanya mana dia tahu no. telefon saya?

sape yang dah terkena tipu,jom kita sama-sama share pengalaman kena tipu ni,biar orang lain akan lebih berhati-hati dan susah nak diperdayakan lagi.terima kasih ;)

sekadar kongsi buat kawan :)
p/s:jangan mudah terpedaya dengan orang yang tidak dikenali.Berhati-hatilah.Dia menangis airmata darah sekalipun merayu pada anda.Tolonglah jangan ada rasa belas kasihan,lebih2 lagi melalui alam maya!!!


Pada pembaca yg berminat utk jadi agen boleh daftar ngan saya sbg agen retail sebanyak RM20 sahaja.Mungkin tawaran ni hanya untuk sementara kerana harga biasa untuk jadi agen RETAIL adalah Rm90 jika mdaftar di syarikat.
Tinggalkan jejak anda dan PM saya di fb ;) terima kasih

8 comments:

  1. Alamak,takut pulak saya kalo tetiba jadi mangsa camtu.Ish3,nauzubillah~Suma mau free,dunia zaman skrg..mana ada free,haiyaaa

    ReplyDelete
  2. tu la pnye pasal..sy bru je mula bisnes ni xsmpai dua bln lg da ade kes mcm ni...mjur da beringat dulu sblm kna..hukhuk...agen gak ke?

    ReplyDelete
  3. orang macam ni pun ada. dunia dunia

    ReplyDelete
  4. saya baru terkena dgn no tu..dftr jadi agen topup..die bank in kan rm50..dftr rm10..die ckp baki bagi die topup..sy pn dftr kn..bila dftrkan,no nye dh bdftr..so saya tanya la pnh dftr ke??die ckp xpenah..tp die bg no lg 1..sy pn dftr la..then die mntk rm40topup..sy was2 time tu sbb die xtanya pn cara2 nak jalankan bisnes ni..xsdp hati,check la account transfer..1sen pn xda..memg neraka la tmpt die..nsb xtertipu..

    http://mztopup.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. ksimpulan dia...mmg dah rmai sgt die tipu org,jgn caye kat org ni..dia pndai wat ayat pjuk rayu smata2 nk topup free..

    ReplyDelete
  6. Alamak . sy students , baru ingat nak start buat bisness topap nie sem depan . tapi bila dgr mcm ni , jadi takot pulak =='

    haihhh . niat kita nak carik duit lebih , baik . tapi org lain pulak berniat tak baik pd kita. susah hidup mcm tuh !

    ReplyDelete
  7. mmg pun syuhadah..wt bisness mst kna tggung risiko,ape2 risiko kte jdkan je sbg pgalaman hidup..kelak xkan blaku pd kte sbb kte dah bringat..heehe

    ReplyDelete
  8. saya rugi lebih kurang 1k tahun ini utk org yg sama ni. report telah dibuat

    ReplyDelete

arigatO!