Pengikut setia

Friday 30 March 2012

Google Maps terkini mudahkan perjalanan


Google Malaysia memperkenalkan tiga ciri baru pada aplikasi Google Maps. Ia dilengkapi dua panduan trafik dan transit berdasarkan masa sebenar. Merah bagi jalan sesak, kuning bagi bergerak perlahan dan hijau bagi aliran lancar. - Foto BH Online
Google Malaysia memperkenalkan tiga ciri baru pada aplikasi Google Maps. Ia dilengkapi dua panduan trafik dan transit berdasarkan masa sebenar. Merah bagi jalan sesak, kuning bagi bergerak perlahan dan hijau bagi aliran lancar. 

                        
Zaman makin moden dan canggih!!!!

Google Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan pengenalan tiga kemaskini besar-besaran pada aplikasi Google Maps mereka yang begitu memberangsangkan dengan membenarkan rakyat negara ini merancang perjalanan dengan lebih baik. Lebih menarik, ia dilaksanakan pada waktu sebenar bermakna kemaskini data keadaan trafik dan sebagainya dilakukan secara langsung: Dua ciri baru – Traffic dan Transit – yang dulunya berbahasa Inggeris kini boleh didapati pada antaramuka Bahasa Malaysia. Kesemua ciri baru ini boleh didapati sama ada untuk desktop atau Google Maps versi mudah alih.

Buat pertama kali, ciri  Traffic dalam Google Maps akan membekalkan data pada masa sebenar mengenai kesesakan jalanraya  yang berlaku terus ke dalam peta. Dengan membuka aplikasi Traffic pada Maps, pengguna akan terus dapat melihat dengan cepat sama ada jalan-jalan yang ingin dilalui mengalami keadaan yang sesak atau tidak atau ia bergerak lancer berdasarkan warna yang ditetapkan pada laluan tersebut. Contohnya, warna merah untuk sangat sesak, kuning untuk pergerakan trafik yang perlahan dan hijau untuk trafik yang lancar. Pemandu yang sudah biasa dengan jalan-jalan tertentu juga boleh menggunakan maklumat yang disediakan Google ini untuk merancang laluan alternatif untuk ke destinasi yang ingin dituju.

Berikutnya ialah ciri Transit yang memberikan maklumat berkaitan perjalanan pengangkutan awam di negara ini yang dimuatkan dalam Google Maps. Pada masa kini, jika pengguna berada dalam lingkungan maklumat yang dibekalkan, setiap kali pengguna memilih arah, contohnya, dari poin A-B, Google Maps akan memberikan pilihan ke-3 sebagai tambahan kepada maklumat sedia ada iaitu pilihan jika anda berjalan kaki atau memandu. Google Maps kini menawarkan info pengangkutan awam secara menyeluruh termasuk pilihan bas, LRT, monorel, komuter. Pengguna juga dapat melihat lokasi perhentian bas dan stesen keretapi di negara ini.

Ciri Transit menawarkan lebih pilihan yang tepat untuk rakyat negara ini yang mahu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan berjalan di dalam bandar menggunakan pengangkutan awam dengan efisien. Pengguna kini boleh merancang perjalanan lebih awal dengan menetapkan masa mereka bagi memastikan mereka tiba pada waktu yang betul-betul spesifik.

Tidak ketinggalan, Google Maps juga sekarang ditawarkan dalam Bahasa Malaysia, yang memberikan masyarakat yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pertuturan dengan akses lebih berkesan untuk menggunakan Google Maps dan pilihan antaramuka serta navigasi dengan aplikasi tersebut secara lebih selesa. Dengan rekod 60 peratus penduduk negara ini yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama mereka dan lebih 90 peratus kadar pemahaman bahasa tersebut yang meluas di kalangan rakyat seluruh negara, inisiatif bahasa tempatan yang dipamerkan Google memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat pantas daripada Maps.

“Rakyat Malaysia berulang-alik dan berada di jalan raya pada setiap masa dan pembaharuan yang ditambah membolehkan penggunaan Google Maps yang bertepatan dengan kehendak mereka, menjadikannya lebih mudah untuk melihat maklumat, bergerak di seluruh negara dengan cepat dan mendapatkan perjalanan poin A ke B dengan pantas tanpa kesusahan yang sangat minimum,” kata pengurus negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan. “Pembaharuan ini juga selari dengan misi Google untuk menyusun maklumat dunia dan menjadikannya mudah diakses secara global dan pada masa sama mengemaskini, membaik pulih, memperbaharui serta memberikan sentuhan tempatan kepada produk dan perkhidmatan kami.“


Data Trafik dan Transit untuk Maps diperoleh daripada pelbagai sumber, termasuk jabatan pengangkutan kerajaan, pembekal data swasta dan pengguna Google Maps untuk peranti mudah alih yang menyumbang maklumat mengenai kelajuan di jalanraya menerusi ciri ‘crowdsourcing’.

Dilancarkan pada 2009, Google Maps telah membantu rakyat negara ini mencari info geografik tempatan – peta online, maklumat topografik, imej satelit, maklumat pemanduan, senarai alamat rumah dan perniagaan – dalam desktop, tablet dan telefon mudah alih.

Untuk merancang perjalanan anda dan mendapatkan kelancaran sepanjang perjalanan, sila layari maps.google.com.my untuk ciri yang menarik.

No comments:

Post a Comment

arigatO!