Pengikut setia

Monday 31 October 2011

Tanda-tanda Gangguan Jin Dan Syaitan Pada Diri Manusia

Tanda-tanda Gangguan Jin Dan Syaitan Pada Diri Manusia

Maksudnya:”Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiadalah sesiapapun yang akan dapat menghapuskan melainkan Dia, dan jika Dia mengkehendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiadalah sesiapapun yang dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendaki dari hamba-hambaNya, dan Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” – surah Yunus : 107
TANDA-TANDA GANGGUAN JIN DAN SYAITAN PADA DIRI MANUSIA
Adalah penting untuk mengetahui tanda-tanda kehadiran gangguan supaya kita boleh berusaha untuk sembuh dan terselamat dari gangguan tersebut.
Tanda-tanda tersebut adalah seperti berikut:
  • Sering sakit pada bahagian punggung, bahu dan tengkuk.
  • Rasa panas pada anggota badan.
  • Sering pening atau mabuk yang tidak disebabkan oleh penyakit.
  • Perubahan sikap yang berlaku pada mangsa.
  • Sering merasa seperti ada sesuatu bergerak-gerak di dalam tubuh badan.
  • Suka bersendirian di dalam bilik sambil melihat cermin dan bermain dengan rambut.
  • Badan, tengkuk terasa bahang dan gelisah ketika mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran.
  • Dukacita dan selalu merasa menyesal.
  • Tidak boleh tidur yang diiringi dengan rasa takut.
  • Berlaku pertelingkahan/pertikaian di dalam rumahtangga.
  • Warna wajah yang suram atau muram serta kening-kuningan.
  • Mendengar suara bisikan di telinga.
  • Sakit yang berlari-lari atau sakit di antara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah saintifik.
  • Mula rasa seram sejuk seperti demam, sendawa, sakit kepala selepas waktu asar.
  • Sakit ketika ziarah orang meninggal dunia.
  • Bayi kerap menangis.
  • Melihat jin secara terus (dalam keadaan jaga).
  • Gagal melakukan hubungan kelamin.
  • Kerap sendawa, terasa mengantuk apabila mendengar al-Quran.
  • Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  • Suka melakukan tabiat buruk.
  • Kuat berangan-angan.
  • Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  • Sering keguguran atau mandul.
  • Sering bersangka buruk terhadap semua orang.

No comments:

Post a Comment

arigatO!