Pengikut setia

Saturday 9 July 2011

Mahasiswa yang berfikiran jauh

banner 125x125, advertise here, esempoi banner
http://img811.imageshack.us/img811/8003/suaramahasiswa.png
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ya, untuk menjadi mahasiswa yang berkualiti bukan belajar 24 jam sahaja. Tipulah kalau hari-hari belajar. Tak boring ke? Kita perlu mencontohi bangsa lain dan juga pelajar di luar negara yang berusaha keras untuk mendapatkan wang demi meneruskan hidup sebagai seorang pelajar.
Beberapa ciri-ciri mahasiswa yang berfikiran jauh.
  • Berdikari.
  • Pemimpin
  • Pandai menguruskan wang
  • Kerja separuh masa/berniaga (usahawan) yang pandai mencuri masa.
Menjurus kepada pinjaman pelajaran (tak kiralah mara, ptptn, jpa atau lain2), sebenarnya tak cukup untuk menampung keperluan seharian yang semakin hari semakin meningkat kesan dari inflasi yang meningkat tahun demi tahun. Mungkin cukup bagi yang benar-benar bijaksana menguruskan perbelanjaannyamengikut keperluan seharian.
Tetapi kita perlu ingat, kalau kita hanya bergantung kepada pinjaman ia tidak akan pergi jauh. Ada satu ketika, kita akan berada dalam keadaan sangat terdesak dan juga keadaan sempit. Oleh yang demikian perlu ada satu simpanan khas untuk menjamin masa hadapan apabila habis/tamat belajar kelak.
Tidak semestinya perlu jadi MPP (majlis perwakilan pelajar).(Pemimpin)
Untuk menjadi mahasiswa yang berkualiti, bukan sahaja perlu jadi ketua pelajar/wakil pelajar (macam yb lah pulak) apa yang penting ialah sumbangan kita sendiri dalam sesebuah IPTA/IPTS. Sumbangan mungkin boleh menyumbangkan dalam bentuk kritikan, pandangan dan juga medan dakwah untuk diri sendiri dan juga rakan-rakan lain.  Sumbangan dalam bentuk blog, juga adalah satu medium yang berkesan, kerana ia boleh disampaikan secara global.
Masalah sosial yang melanda mahasiswa di negara kita semakin membimbangkan. Oleh yang demikian, perlunya mahasiswa melakukan sesuatu untuk memberi sumbangan, jangan mengharapkan kerajaan semata-mata.Mahasiswa yang cemerlang bukan dinilai dari pointer sahaja, apa guna dapat 4.00 pointer, kalau hidup tak bercampur orang! (anti sosial itu orang). Banyak aspek yang perlu dikira, sahsiah, soft skill, dan sebagainya.
Kepelbagaian dalam simpanan. (Bijak menguruskan wang)
Mahasiswa perlu bijak menyimpan wang lebihan hasil dari kerja part time, side income ataupun bijak menguruskan pengaliran wang jika anda adalah usahawan yang bergiat aktif di campus. Simpanan itu harus diterjemahkan dalam bentuk yang lebih eklusif, contohnya emas, simpanan asb, unit trust dan hartanah ( student bust business hartanah, memang gempak!!).
Berniaga atau kerja separuh masa.(pencuri masa yang bijak)
Ya, boleh sahaja asalkan tidak menganggu pelajaran. Contoh pelajar yang ada di negara kita ramai sebenarnya, (tekan link disini). Apa yang penting ialah konsisten dan juga tersusun dari segi pengurusan masa yang fleksibel.
Contoh-contoh kerja part time/perniagaan yang boleh dipraktikkan.
Anda yang bijaksana sendiri boleh cari sebenarnya. Kerja part time melambak di Kuala Lumpur (lain negeri tak tahulah). Perniagaan offline/online memerlukan ilmu yang mencukupi, rujuk kepada mereka yang pakar dalam dunia ini. Jatuh bangun dalam perniagaan adalah asam garam dalam berbisnes. Ditipu, tertipu, rugi, untung, dan juga konflik dalaman mematangkan hidup dalam dunia perniagaan. Kalau serik jadi peniaga, kerjalah makan gaji, itu terpulang kepada pendapat masing-masing. Kalau inginkan kestabilan dan juga guarantee.( jaminan).
http://zikrihusaini.com/

No comments:

Post a Comment

arigatO!