Pengikut setia

Saturday 23 July 2011

Bersama keluarga angkat

20 Julai 2011-23 Julai 2011,Rabu-Sabtu
Aku tlah menyertai program win heart and mind klu xsilap demi untuk menyelesaikan tugas final iuntuk ko-korikulum.Kami smua dibahagikan kepada beberapa zon untuk proses pembahagian anak angkat.Aku dpt zon1 dan AMBS 2,keluarga yang aku dapat serba kekurangan dan sangat dhaif dari segi kewangan,pendidikan agama,dan kurang berpendidikan.mak angkat aku berumur 54tahun,hampir sebaya mak kandung aku.Dia boleh la dikategori orang baik-baik,tp aku tak pasti dia macam mana sebab aku susah nak menilai orang dengan cepat.Setelah selesai proses pembahagian anak angkat,aku pulang bersama mak angkat aku n,adik beradik angkat aku,nmpak mula2 lg aku da tau keluarga aku ni miskin sangat2 sebabnya orang lain family datang ambik tp aku plak tumpang orang lain,tp memang btul pun sbb family angkat aku ni xde kenderaan.sampai je kat umah aku terkejut tengok keadaan rumah yang agak kotor n tdk trurus,mcm loya je nk jejak kaki dalm rumah tu,tp aku sabar je la.msuk je dalam umah,mak angkat aku suh salam ngan suami dia,haissh,,dia ingat aku ni btul2 anak dia ke?sory naik lori la,smpai kiamat pun aku xkan bersalam ngn suami dia tu,start situ aku dah dapat teka yang keluarga tu xde pendidikan agama yang cukup,tu bru permulaan,sterusnya plak,bila aku masuk je dalam bilik yang dia sediakan lagi la jantung aku ni macam terputus terus sebab bilik tu macam xsiap,dengan xde katilnya,serba kekurangan laa,,dengan dinding pun sekerat je yang dibina,dah la bilik sebelah tu bilik anak jantan diorang,mmg aku mengucap panjang.tiba-tiba aku rasa risau dengan keselamatan diri aku.sebab kata mak angkat aku kat umah tu ada 2orang anak laki dia.kadang-kadang memang aku tak leh nak terima dengan keadaan rumah, n latar belakang keluarga angkat aku tu sebab semuanya dalam keadaan kekurangan.first,rumah usang,satu tempat tu,itu la dapur,itulah ruang tamu,kemudian ayah angkat aku seorang OKU dan sakit,selalu xpakai baju.dengan ketumbuhan perut dan belakang badan dia lagi,kakinya yang besar sebelah.oh tidakkkkk...mmg xleh trima kyataan klau rupa2nya mereka adalah keluarga kandung aku..nauzubillah.

Aku melihat keadaan family tu n aku mula terfikir dan bersyukur sebab keluarga aku bukan macam tu.mak ayah aku orang berpendidikan,agama mantap,ma dan abah tak penah tinggal solat jemaah di masjid dan selalu je pergi dengar ceramah,tapi keluarga angkat aku sangat menakutkan aku,kehidupan mereka membuat aku rasa ngeri.Dengan keadaan dua orang abang angkat aku yang teruk.seorang ketagih rokok dan seorang lagi seorang penagih dadah!!bila dia duk bsebelahan bilik dengan aku dan kawan aku,dia selalu mengintai dari atas,lagi buat aku langsung tak selesa,nk je aku pegi terajang diorang tapi tgok keadaan dia yang serabai n penagih,aku takut diorang balas dendam n apa2kn aku n kawan aku,tension pun ada,tak patut mak angkat aku ambil anak angkat perempuan sebab dia sndiri dah tau keadaan anak dia yang gila tu,mmg dari hari first lagi aku dah rasa macam nak larikan diri aje,nak report tapi aku kesian tegok mak dia yang baik tu,last2 aku wat keputusan ngan kawan aku,aku nak duk situ,walaupun perit tapi keluarga tu jgak buat aku sedar dan berfikir panjang.aku mula rasa sangat bersyukur dengan kehidupan aku sebelum ni.

kata mak angkat aku,abang aku dah pernah kawin dengan seorang jiran tu,tp xsmpai sebulan dia cerai.bekas isteri dia tu dah kawin sejak umur15 tahun lagi,n skarang umur dia 19 tp dah ada anak dua.memang dasyat laa,,anaknya umur2 n 3 tahun,bila aku tanya suami budak kecik tu kat mana,mak angkat aku ckp,ada kat lokap,aduh,,,,mmg teruk!bekas suami dia tu dah 2tahun dok pnjara.macam-macam crita plik la yang aku dapat,pastu masa aku jalan2 kat area rumah tu,bekas isteri abang angkat aku tu ada kat tangga sambil pegang anak dia,dia ajak aku borak-borak,aku sporting je sbb aku boring,bru je bpe lgkah aku nk mnuju ke arah prempuan tu,tba2 aku ade bau rokok,rupanya prempuan tu merokok,ya allah..mmg skali lg aku tkejut sbb dia,dah la kawin awal,pstu dah ada ank dua,pstu laki dok kat pnjara n penah pulak dia kawin dengan abang angkat aku,pastu lagi...dia merookoook,..???kehidupan apakah ini?aku pun tak faham.pastu dah la dah cerai ngan abag angkat aku,tp still bgurau senda macam laki bini kat dalam bilik,,ngeri25x!!!!memang aku rasa ank lari jauh2 dr kluarga tu,,

makan pulak satu hal,ade ke patut dia hidang roti yang dah lama expired date,ish3...dhaif btul kluarga angkat aku.nasi lauk kangkung,kacang panjang n telur hancur,mak angkat aku buat air segelas pastu dibahagi dua dengan kawn aku,huuh..mengeluh panjang je,aku duk situ lgsung xdapat rasa air kosong,ada satu maalam tu ,aku lapar sgt3,pastu aku ke dapur,aku tgok mak angkat aku duk makan,pastu dia tanya aku nak makan nasi ke,pastu dia trus jawab nasi dan lauk dah abis,kesian dia.tp xpe la.aku ckp je yg aku dah kenyang biar pun perut aku mmg bunyi lagu rock dah..mmg tsangt2 lapar dah,,

tandas pulak,,cerita tandas pun lebih kurang menyayat hati jugak laa..dengan keadaan pintu yang xleh tutup rapt n just kunci dengan batang kayu je,sekali tolak mmg tbuka luas la tndas tu,aku nak mandi pun memang xleh bayang la mcm mana,tp aku dah berpakat dengan kawan aku suh tunggu,bila giliran aku mandi,dia tunggu n sebaliknya,risau jgk dgn ada 2orang abg angkat yang mcm tu,klu nk buang air besa mmg xtkeluar lgsung...kuang4,,sabar je laa..mmg aku pndai bersabar bila duk sana.tahap kesabaran kena tinggi la.

Kat sana memang panas sebabnya kipas just ada satu je,mak angkat aku bagi kat aku la kipas tu.bawak ke hulu ke hilir kipas tu.tak penah dibuat org.yela,bila aku duk kat luar,aku bawak kipas tu letak kat luar,msuk je bilik,bawa lagi kipas tu.klu xde kipas lagi la truk kulit aku yg snsitif ni,mahu tbakar sluruh badan..

Bila hari last,aku mmg bsyukur sgt2 sbb program dah tamat,aku lgsung xrasa sedih nk tgalkan keluarga angkat sbb mmg aku xleh trima kyataan yang aku dapt family angkat sebegitu rupa.tapi program ni dapat membuatkan aku lebih matang dan mempunyai banyak pengalaman serta kenangan manis dan pahit.aku juga dapat merasa sedikit sebanyak kehidupan masyarakat miskin,kurang didikan agama, dan tiada pendidikan sekolah yang cukup.aku juga bersyukur mempunyai keluarga yang cukup baik dan sempurna,semuanya dah berjaya.mujur aku hanya sempat berada dalam keluarga truk macam tu cuma sementara sje,bukan selama2nya.klu x ngan aku2 jd mnusia yg xbguna untuk msyrakat dan negara.wallahu'a lam............ :)

No comments:

Post a Comment

arigatO!