Pengikut setia

Thursday 2 June 2011

Tip menjaga haiwan peliharaan


  • Lokasi :
    Lokasi rumah anda seharusnya sesuai untuk meletakkan haiwan peliharaan. Begitu juga kawasan kejiranan, adakah lokasi di situ membenarkan haiwan di bela.

  • Kenapa anda perlukan haiwan peliharaan?
    Ramai orang gagal menjawab soalan ini pada peringkat awal lagi, hinggakan pada peringkat akhir ia sarat dengan rasa bersalah kerana ia ia mungkin perlu bersama kita hingga lebih 10 tahun. Adakah anak anda memang memerlukan ia sebagai teman atau sekadar mengisi masa lapang atau terikut-ikut? 

  • Adakah anak dan anda sendiri punyai masa untuknya?
    Menjaganya sama seperti membesarkan anak kecil. Anda perlu bersedia dengan ‘aksesori’ diperlukan seperti suntikan dan makanan berkhasiat untuk memastikan ia kekal cergas? Apabila anak anda sibuk dengan tugas sekolahnya, anda pula perlu memperuntukkan masa dengan haiwan terbabit. Anda ada masa? Ramai yang gagal, maka pada peringkat akhir haiwan itu dibuang begitu saja. Sampaikah hati anda membuangnya di tepi jalan atau biarkan ia terus tidak cukup zat makanan dan mati?

  • Bilakah masa paling sesuai?
    Kanak-kanak mudah teruja apa yang dilihatnya, tetapi itu bukan ukuran dia sebenarnya sudah bersedia dengan tanggungjawab. Kanak-kanak berusia sembilan tahun ke atas mungkin sudah bersedia. Anda juga patut memikirkan kesanggupan diri anda. Adakah anda mempunyai masa sekiranya anak anak mulai bosan dengan haiwan peliharaannya atau bagaimana sekiranya anda jenis kerap balik kampung? Sanggup anda ‘mengangkutnya’ balik kampung bersama?

  •  
    Antara berhubung haiwan peliharaan
     
    1) SPCA Selangor(03 4252 8382/www.spca.org.my)
    2) Paws Animal Welfare Society (03 7846 1087/www.petfinder.my)
    3) Malaysia Cat Club (03 2692 2905/www.kelabkucingmalaysia.com)

    No comments:

    Post a Comment

    arigatO!