Pengikut setia

Thursday 2 June 2011

Haiwan juga perlu kasih-sayang apatah lagi manusia






Salam semua, hari-hari kita dikejutkan dengan sikap manusia yang rakus , hilang pertimbangan hingga anak sendiri sanggup dianiaya, lihat saja berita hari ini seorang bapa tergamak menghempas anak kandung sendiri gara2 anak menangis tak henti-henti..

Bila kita dikejutkan dengan laporan akbar sedemikian rupa, pelbagai reaksi yang kedengaran ada yang marah, ada yang tertanya-tanya mana sifat kewarasan dalam diri manusia.

Tidakkah kita berfikir setiap kehidupan memerlukan kasih sayang , bukan hanya manusia bahkan haiwan sekalipun tahu erti kasih sayang,

Aku dapat rasakan haiwan kadang kala lebih tahu menghargai kasih sayang dari manusia yang punyai akal fikiran, aku ada menbela seekor kucing yang di ambil di jalanan, masa mula diambil ia kelihatan ketakutan, tiada teman tiada tempat berlindung, setelah beberapa hari di pelihara di beri makan aku merasakan ia memerlukan kasih sayang, setiap hari aku balik belajar ia akan mengikut kemana saja walau pun ke bilik air, mungkin ia bosan kerana ia tiada teman, makanan yang di beri pun tidak dimakan, apa makna korang rasa? Maknanya aku kena cari sekor lagi anak kucing untuk dijadikan teman dia masa aku gi belajar, itu cerita pasal haiwan bernama kucing, pasal manusia plak?

Manusia lah yang buat aku hairan, yang buat aku rasa ingin keseorangan,
Kasih sayang tidak perlu diajar, tidak perlu . haiwan yang tidak berakal lebih tahu menghargai nya apatah lagi kita ini manusia yang punyai akal fikiran,

Sedikit emosi aku boleh katakan manusia yang sangup bertindak di luar batas akal dan fikiran boleh dikatakan lebih teruk dari haiwan peliharaan, kerana jika haiwan yang bertindak ganas kita tahu kerana ia tidak punyai akal, tapi kalau manusia pula yang lakukan perkara di luar kewarasan akal amatlah teruk dari haiwan.

No comments:

Post a Comment

arigatO!