Pengikut setia

Friday 10 June 2011

Sombong iblis

Sombong merupakan satu sifat keji yang dibenci Allah dan rasul malah oleh 
seluruh isi alam ini. Mengekalkan sifat sombong ertinya mengekalkan diri dalam 
kutukan Allah. Abu Laits Al Samarqandi meriwayatkan ; daripada Ka'bul Ahbar : 


Orang yang sombong itu akan datang pada Hari Qiamat berupa orang sekecil 
semut, diliputi oleh kehinaan dan diberi minum "Thinatul Khabaal" yakni darah 
bercampur nanah daripada ahli neraka.

Sifat sombong atau ego ini hampir 
semua orang memilikinya , cuma sesiapa yang kuat mujahadah dan takutkan Allah 
sahaja berjaya mengikis sifat keji ini. Antara ciri-ciri seseorang itu ada 
penyakit sombong ialah: 

 

1. Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih 
lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya. 
2. Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain terutama 
orang di bawahnya. 
3. Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, 
seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, bijak, mahsyur, dipuji orang, keturunan 
baik dan sebagainya. 
4. Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak 
orang di khalayak ramai. 
5. rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga 
membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah samasekali. 
6. Suka bergaul 
dengan orang yang setaraf dengannya sahaja. 
7. Pendapatnya sahaja yang betul 
dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting. 
8. Susah minta maaf 
dan senyum pada orang lain. 
9. Tidak pernah fikir kesusahan orang , ia fikir 
kesenangannya sahaja. 

Apakah ciri-ciri di atas ada pada kita? Kalau ada 
ertinya kita memiliki sifat sombong, dan kita dalam kemurkaan Allah. 


Sifat sombong jika dikekalkan ia akan membinasakan hidup kita di dunia 
dan Akhirat. Di dunia, susah payah hidup, kita tanggung sendirian. Bila mati 
tidak ada seorang pun yang akan mengenang. Orang yang sombong akan dibenci ke 
mana sahaja dia pergi. Kalau dia seorang bos pejabat, anak-anak buah akan 
menjauhkan diri, jika dia pemimpin , suatu hari nanti ia akan digulingkan dan 
jatuh sejatuhnya. 

Lihatlah pada kesudahan orang-orang yang menyombongkan 
diri mereka. Azazil, ketua para malaikat; kerana sombongnya dia dihalau keluar 
dari Syurga. Firaun ditelan Laut Merah kerana kesombongannya mencabar Allah dan 
mengaku dirinya tuhan. Qarun ditelan bumi bersama harta yang meilmpah ruah juga 
kerana sombong. Kikislah sifat sombong ini dengan berkata pada diri: 
"Wahai 
diri...kalau kau sombong kau akan kehilangan kawan. ALlah dan Rasul dan seisi 
alam akan membenci mu. Hidup keseorangan seperti kera sumbang. Syaitan, firaun, 
Namrud, Qarun menjadi temanmu dalam Neraka. Sanggupkah kau menanggung azab siksa 
Neraka yang manusia dan batu menjadi bahan bakarannya? Kawah yang isinya logam 
cair menggelegak, akan dicelupkan dirimu ke dalamnya. Tahankah dengan siksaan 
itu??" 

Sebagai penawar kepada sifat-sifat sombong ini , amalkan setiap 
hari: 
1. Baca Surah Ad Dukhan 
2. Selawat 
3. Mengekalkan sifat kehambaan walau di mana berada. 

InsyaAllah kita akan terselamat daripada 
sifat terkutuk itu. 
Tiada gunanya kita mempertahankan sombong. Firman Allah 

"Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana 
sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan tidak akan sampai 
setinggi langit." 
Oleh itu burui lah sifat tawadhuk; merendah diri dengan 
Allah


RUJUKAN:SIOLOON

No comments:

Post a Comment

arigatO!