Pengikut setia

Tuesday 7 June 2011

Rahsia komunikasi



Yakin dan Boleh Meyakinkan


Kucing yang sangat2 yakin


Sukar kan nak jadi orang yang yakin? sebabnya kita perlu berilmu dulu sebelum dapat meyakinkan orang. Tonasi di sini juga tersangatlah penting.Lembut tetapi tegas.Yang paling penting jangan sesekali menusuk jiwa.Kecil hati kawan kita nanti.

     Bijak



Yang ini kena berfikir dulu sebelum bercakap. bukan semua yang ada kemahiran ini, tetapi kemahiran ini boleh dibentuk.Bijak dalam menyusun kata-kata mengikut apa yang kita tahu.Kalau tak tahu, mengaku tapi cara yang paling bijak.Bukan bermanis mulut, bukan lidah bercabang waima menanam tebu di di bibir.



     Mampu Menguasai Keadaan


Yang ini paling sukar.Tidak semua keadaan kita dapat kawal.Daripada sinilah, boleh berlaku salah faham dan sebagainya.Sama ada komunikasi itu berbentuk satu hala dan dua hala terpulang kepada kawan-kawan.

Rahsia yang lain  banyak lagi ? Tetapi kena simpan dulu yek :-p


"Tak semestinya seorang pendiam itu tidak pandai berkomunikasi kerana yang pendiam itu lebih bisa dan bermakna kata-katanya berbanding yang banyak bicaranya"

No comments:

Post a Comment

arigatO!