Pengikut setia

Tuesday 7 June 2011

Hidup seorang pendiam

Baru-baru ni terbaca topik di forum mengenai ‘orang pendiam’ vs ‘orang banyak cakap’. Kedua-duanya ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Secara amnya, saya tergolong dalam manusia yang kurang bercakap. Memang jarang sekali buat ‘havoc’ kat mana-manapun. Walaubagaimanapun pendiam bukanlah yang jenis langsung tak bercakap. Cuma hanya mengeluarkan suara bila dirasakan ada sesuatu yang ingin diperkatan. Untuk entri ini, saya bagi pihak persatuan manusia pendiam SeMalaya akan menulis sedikit sebanyak kelebihan manusia pendiam.

Kelebihan manusia pendiam
1. Merupakan pendengar yang bagus. Biasa akan menjadi sasaran orang-orang untuk menceritakan masalah..
2. Sukar diketahui kelemahan. Selain dari kelemahan berkomunikasi sukar untuk orang lain mengetahui samada beliau sebenarnya bijak atau sebaliknya.. Kelemahan tentu disimpan dalam diri..
3. Mempunyai kelebihan menganalisa orang lain. Kebiasaan orang pendiam akan lebih memerhatikan sifat orang lain. Janganlah memperbodohkan orang lain. Si Zool selalu jumpa manusia camni.. Kelakar pun ada mentang-mentang si Zool ni diam dia kelentong-kelentong walaupun perkara tersebut tak perlu dikelentong pun.. Tapi tu le masing-masing punya caranya..
4. Boleh simpan rahsia ( bagi sesetengah orang).. Almaklumlah beliau tak banyak bercakap jadi risiko untuk rahsia disebar mungkin kurang berbanding manusia bermulut tempayan.. Huhuhuhuhuhu..
5. Tak kacau orang.. Berbanding mereka yang bising, orang pendiam kurang menganggu hidup orang lain. Faham tak?? Okay, orang pendiam jarang melakukan tugasan ‘tikam belakang’, ‘bodek membodek’ dan sewaktu dengannya. Kebiasaannya mereka lebih menumpu pada hidup sendiri berbanding kes orang lain. Jarang sekali nak ‘jaga tepi kain orang’.
Okay cukup untuk entri setakat ini. Saya akui pendiam juga mempunyai kelemahan tetapi tak perlu dinyatakan kerana persepsi negatif hanya akan mengundang kejatuhan sahaja. Lebih elok dibicarakan hal-hal positif sahaja..
Sebenarnya setiap manusia mempunyai personaliti masing-masing. Mungkin ada antara yang memandang rendah pada manusia yang pendiam. Perlu diingat bahawa setiap manusia diciptakan dengan sifat-sifat yang tertentu. Tidak semuanya sama seperti kita. Ianya dihadirkan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Sekian..

No comments:

Post a Comment

arigatO!