Pengikut setia

Tuesday 7 June 2011

Cara-cara buat origami katak dan musang

Musang


  1. Peralatan seperti kertas, pisau, gunting, marker pen dan lain-lain yang dirasa perlu.
  2. Lipat kertas menjadi bentuk segitiga tu, ala macam buat perahu la untuk mendapatkan garisan.
  3. Lipat kertas yang di bahagian bawah ke atas.
  4. Kemudian kertas yang dilipat di bahagian bawah tu dipotong lurus, mengikut garisan.
  5. Kertas yang berbentuk segitiga dan segiempat tepat yang dipotong tadi.
  6. Kertas berbentuk segitiga tu dibuka dan buat lipatan ke atas mengikut takat garisan.

7. Lipat kertas tersebut menjadi empat lipatan.
8. Kemudian, terbalikkan kertas yang dah siap dilipat, dan lipat lagi sekali.
9. Lipat kertas kepada empat lipatan.
10. Kemudian terbalikkan lagi sekali dan lipat lagi.
11. Lipat kepada tiga lipatan sahaja.
12. Kemudian terbalikkan lagi.
13. Buka dua lipatan kertas sahaja untuk dijadikan telinga.
14. Terbalikkan lagi sekali, rupa musang semakin kelihatan.



15. Buka lipatan kertas yang di bahagian bawah tadi, dan akan kelihatan badan musang yang memanjang.
16. Ambil kertas yang berbentuk segitiga tepat yang dipotong tadi.
17. Lipat kepada beberapa lipatan, menjadi bentuk tali leher.
18. Kemudian lukis mata, lidah dan baju musang mengikut citarasa anda. Tali leher itu pada bahagian hujung atas dilipat sedikit untuk diletakkan di bawah dagu musang nanti.
19. Jeng... jeng... jeng si musang dah siap! Encem sungguh... haha. Tali leher tu nanti diletakkan di bawah dagu si musang tu. Bertujuan untuk ditarik-tarik, nanti nampak macam musang tu bercakap-cakap gitu. Sesuai untuk kanak-kanak sahaja!!


Katak


  1. Asas origami, lipat kertas membentuk segitiga.
  2. Kertas tersebut dilipat kepada dua-dua belah, untuk menampakkan garisan apabila dibuka.
  3. Lipat kertas mengikut garisan seperti ini.
  4. Lipat kertas le bahagian atas.
  5. Lipat ke dua-dua belah.
  6. Lipat lagi sekali kertas sebegini.


7. Lipat kedua-dua belah. Siap bahagian kaki depan.
8. Terbalikkan kertas tadi.
9. Lipatkan kertas tersebut dari kanan ke kiri.
10. Buka kembali kertas yang dilipat tadi, dan akan membentuk satu garisan di tengah.
11. Lipat kertas dari bahagian kanan dahulu ke garisan tadi.
12. Lipat kertas dari bahagian kiri pula ke garisan yang sama, menjadi begini.



13. Terbalikkan lagi sekali ketas tersebut.
14. Lipatkan kertas dari bawah ke atas.
15. Lipat lagi kertas tersebut dari atas ke bawah pula menjadi begini.
16. Lagi sekali terbalikkan kertas tersebut.
17. Haaa, ape lagi lukis le ape-ape yang patut kat badan katak tu... Ha kalau nak main lompat-lompat katak pun boleh juga, tekan bahagian hujung tu, nanti akan toing-toing, macam spring gitu...


post signatureDah siap kedua-dua origami ni, si musang dan si katak lompat. Sapa-sapa yang rasa nak mencuba jangan malu jangan segan, kami tak nampaknye, main je... sebaiknya, ajak budak-budak sekali, dorang lagi cepat faham... hehe... Lain kali saya ajar buat origami lain la pulak. NI antara origami yang paling mudah ni. Nak lagi cepat pandai, pergi cari buku kat kedai tak pun blaja ngan pakcik gugel tu, banyak kat situ... Ape pun, selamat mencuba... gagal sekali tak bermakna gagal sokmo! Haha...

1 comment:

arigatO!