Pengikut setia

Thursday, 3 May 2012

Siapakah anda 10tahun akan datang?

Salam dan selamat malam..

Setiap orang pasti punya cita-cita tersendiri kan??
Bila umur semakin meningkat pasti kita akan terfikir tentang diri sendiri.Siapakah kita pada umur 10tahun akan datang?Kalau dicongak2 sekarang umur pelajar universiti sepatutnya tidak lagi main2 dalam soal pekerjaan kerana ia melibatkan masa depan anda!Anda perlulah serius dalam memikirkan hal ini!
katakan sekarang anda berumur 20-an,anda perlu dapatkan pointer tertinggi untuk memudahkan anda mencari pekerjaan nanti.Anda juga perlu memantapkan teknik berkomunikasi dengan orang ramai kerana itu merupakan salah satu cabang untuk terus maju dan ke hadapan.

Dalam hal ni juga,saya sebagai anak remaja yang sudah meningkat dan bergelar wanita kini perlu memasang cita-cita.Dalam hidup di muka bumi ni,saya lebih banyak meminati dalam bidang kehaiwanan,tetapi ianya ditentang keras oleh ibu saya.Jadi,terpaksalah saya mengambil jurusan yang diredhai oleh ibubapa.Dalam pada tu,bukan bermakna minat saya terhapus begitu sahaja kerana sampai sekarang saya masih lagi meminati haiwan dan sedang mengkaji bagaimana cara-cara untuk menternak binatang kerana saya sedikit sebanyak merancang untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.Antara haiwan yang bakal menjadi kawan saya suatu hari nanti adalah kucing!ayam,kambing,puyuh dan seumpama dengannya.Saya akan berusaha mencari modal untuk membeli segala keperluan untuk menjadi seorang usahawan

Nah!ni lah yang asyik terbayang dalam minda saya.
InsyaALLAH ni lah jalan kehidupan saya nanti.


Aloooo...comelnya!sambil menjadi usahawan,sambil bermain dengan minat dan hobi.
Confirm kerja tanpa rungutan dan bosan.

Ni plak kandang kucing.Bela banyak2,bila dah beranak pinak boleh la jual.Daat juga duit sampingan.

Sejujurnya saya tidak minat untuk bekerja secara makan gaji.Antara sebabnya:-

1-Perlu temuduga
Beratur panjang untuk temuduga amat saya benci.Pastu kena bersoal jawab dengan orang tu.

2- Wajib patuhi masa.Kena pergi kerja dari pagi sampai petang.

3-Kerja kena keras kalau tak bos marah!

4- Banyak lagi!!

Tapi kalau diberi peluang untuk saya bekerja,nak la juga rasa kan??kalau tak apa guna belajar jurusan Syariah selama ni?InsyaAllah saya berniat nak sambung ijazah kos Syariah juga.Kalau tak,mungkin saya akan ambil kos Kaunseling,suatu yang saya minati sejak kecil lagi.Paling saya ingati sewaktu saya kecil dan berumur dalam lingkungan 6tahun.Saya baru nak pandai membaca.Saya masuk ke bilik perpustakaan milik family dan mula membelek2 buku,tiba2 mata saya berhenti dan melihat gambar seorang perempuan berpakaian kemas dan ber kot sedang berhadapan dengan seorang perempuan kecil yang menangis.Hati saya tertanya-tanya apakah makna disebalik gambar ini?bila saya mengeja perkataan yang ada di daun buku tu,ianya berbunyi ''k-a-u-n-se-lor! Otak saya ketika itu ligat berfikir.Sejak itu,minda saya save bahawa suatu hari nanti saya akan jadi perempuan macam dalam buku ni,iaitu mendengar masalah manusia yang bermasalah atau mendengar segala luahan seseorang!!

Kemudian,banyak sasaran yang saya akan cuba nasib kerjaya berdasarkan sijil yang saya ada.Saya berminat jadi perunding!

Mungkin:-
1-Perunding Perancangan Amanah Syariah
2-Perunding Harta Pusaka/Hartanah Orang Islam
3. Perunding Keluarga Islam
4. Perunding Syariah 

Khidmat nasihat dan rundingcara bagi kes-kes di Mahkamah Syariah seperti poligami, putus tunang, wali hakim, perceraian seperti talak, fasakh, taklik dan tebus talak, nafkah iddah, Mutaah, harta sepencarian, hak penjagaan anak dan sebagainya.

Khidmat nasihat, rundingcara dan pengurusan pembahagian harta orang Islam yang melibatkan harta pusaka, wasiat dan hibah 

Wah!sebelum saya alpa ada baiknya kalau saya save cita-cita ni dalam blog ini sebagai diari terbuka.Manalah tau ornag lain baca boleh jadi inspirasi buat mereka.Samalah anda!

Bila semuanya berjaya.Kalau diberi peluang,saya ingin membuka pussat haiwan terbiar dan juga rumah-rumah kebajikan.AMIN.

wassalam ;)




4 comments:

  1. yup.kadang2 memikir jauh siapakah aku 10 tahun akan datang..bila pikir camtu baru kite rase ade tekad kat hati .kalau tak leka ajee

    ReplyDelete
  2. Marilah kita memikirkan siapa kita 10 tahun lagi dengan membaca buku motivasi masa depan dengan tajuk yang sama yang sedang hangat di pasaran..

    http://www.facebook.com/siapakita10tahunlagi

    ReplyDelete

arigatO!