Salam blogger dan pembaca...
Siapa yang berminat nak tahu episod akhir sinetron ni habis macam mana??hahaha
Sinetron Indonesia ni tersangat la menarik.Mungkin in cuma ayat power yang saya bagi pada drama Indonesia.Mula2 tu minta maaf la pada rakyat Indonesia kalau kritikan saya sangat keterlaluan.
hari demi hari..saya hanya kerja menternak lemak.pagi petang siang malam megunyah nasi berlauk masakan ibu..wowww..nak makan puas2 sebelum cuti!eh,tsilap cakap benda x sama ngan tajuk pulak!Biasa la,penulis yang tak berapa nak mahir lagi,memang hajatnya nak hiasi blog ini dengan penulisan saya sendiri tanpa menyimpan mana2 hasil tulisan orang lain lagi,kerana penulisan sendiri boleh menjana pemikiran kita.InsyaAllah blog saya akan saya kekalkan sehingga akhir hayat.Walaupun ini bukan satu2nya blog saya,tapi saya akan berusaha sedaya mungkin untuk lebih menumpukan kepada blog ini sahaja.
Dah sebulan saya dok kat rumah ni,sambil makan saya menonton sekali dengan mak dan ayah pada pukul5.3opetang setiap hari.Sinetron Indonesia yang mak saya gemari.Tiap hari pasti dan WAJIB tonton!!hehehe..saya tak tahu apa yang menarik yang ada dalam citer tu.
Dalam kelip2 saya fokus untuk mencari di mana kelebihan yang ada pada cerita ni.tapi apa yang ada dalam minda saya??hanyalah kutukan dan kritikan.yelah,selama ni saya lebih suka kepada cerita korea dan jepun sahaja,melayu dan lain2 jarang sekali untuk saya tonton.boleh kira ngan jari!
Saya akhirnya dapat bezakan antara cerita korea dan INDONESIA,kelihatan seperti lakonan Indonesia tidak mantap dan sangat lemah berbanding filem korea yang menunjukkan aksi yang orang kata memang betul2 berada di alam nyata,x nampak macam berlakon pon!
first sekali apa yang meloyakan fikiran saya tentang sinetron ni adalah :-
1- Episod yang melampau2 panjangnya.
sampai 400episod!mana tak loyanya. Kalau setiap babak dia tu berlainan saya boleh terima tapi kelihatan macam dipusing2 ke tempat yang sama.Macam citer anugerah ni la.Anugerah diculik,cari punya cari pastu hilang balik,pastu jumpa pastu hilang.ornag tu bawa lari,orang ni bawa lari.apa kes!!patut la episod pon panjang bebenor!kalau menarik okey lah!
2- Suspen yang tak kena tempatnya dan melembabkan.
Lagu saspen dia tu boleh mendebarkan hati sape2 yg menonton tapi bila tengok apa yang saspen memang tak logik langsung.Contohnya apabila keluarga Fendi berkumpul ramai2 semata2 nak soh Nabila cakap di mana sebenarnya Anugerah,tengok2 xsempat nak cakap pun.dua tiga episod dok ulang yang sama!baru je nak terangkan di mana Anugerah,ada je orang menyampuk!apa daa...lembab!Bukannya nak tunjuk suspen yang berlainan.Asyik benda sama je sampai penonton pon leh agak dan berkata''ni mesti kejap lagi ada yang nak menyampuk!''Pastu suspen dia tu macam kita dah tau perkara tu dah berlaku.Contohnya Ibu Erlin diculik,penonton dah tahu Erlin diculik pastu boleh lagi buat suspen seolah2 mama Bima tu terkejut,pastu bila cakap kat Nabila,Nabila pula yg terkejut.Buat suspen macam tu sekali sudah la.kalau x pelakon Indon je yang syok terkejut sendiri.Penonton dah tak rasa apa2.lagi satu,lagu suspen dia sama je dgn mana2 sinetron lain.perasan x?bosan betol.kenapa la malaysia beli citer indonesia yg xberasas ni.maybe sebab murah kot.Malaysia nak jimat punya pasal terpaksa la beli juga.
3- Berdasarkan pemerhatian saya la,hasil selidik saya.apa2 je citer Indonesia pasti ada yang koma!masuk hospital tak sedar diri,pastu mulalah hilang ingatan!modal sama jer.tak kreatif langsung.
4- Hero dan heroin yang tak beri inspirasi langsung pada penonton
Tiap kali citer Indon disiarkan mesti hero bergaduh dengan lawannya,pastu heroin pulak manja asyik menangis 24jam!benda yang remeh pun dah keluar air mata,langsung tak tunjuk ciri-ciri ketabahan pada seseorang heroin.Macam mana filem macam tu nak beri manfaat pada penonton?bazir masa je la.
5- Filem yang mengajar orang ramai berbuat jahat
Yang ni paling saya sedih dan kecewa dengan penerbit dan pengarah filem citer ni.Semua babak banyak aksi yang membuatkan orang ramai terpengaruh dengan benda macam ni.Budaya fitnah menfitnah,dalam citer tu ada lebih kurang 5orang penjahat.Berusaha nak merebut harta karun milik orang lain!patut ler zaman sekarang ni hubungan kekeluargaan dah hancur!pengaruh tv kuat sangat.Buatlah cerita yang berunsurkan kebaikan.Bukan tunjukkan usaha2 nak rebut harta orang!nak,mak sama taraf.nak marah weh!.
6- Skrip pelakon lemah
Bila mana si Bima nak menyelamatkan Fendi dalam tanah runtuh tu,ape benda tah..asyik dok kata''aku mesti selamatkan fendi'' pastu''aku sendiri yang perlu menyelamatkan fendi''..sepatutnya tak payah la tunjuk reaksi macam tu,buat mimik muka sudah pastu terus terjun.ni pura-pura orang lain tarik la ape.Mati dulu si fendi tu!
Pereka skrip tu kena belajar dari korea punya citer la,ce tengok orang korea buat citer camne,cergas dan tangkas.Mana ada banyak cakap.
Saya menilai bahasanya terlalu berjela-jela. Seperti nak menjelaskan secara detail cerita dengan diucapkan. Kita melihat tayangan secara visual, bukan sedang membaca novel, mestinya gerakan isyarat, gerakan mimik, bibir, kepala, tangan dan sebagainya boleh jadi suatu bahasa tersendiri. Lebih tepatnya boleh dikatakan kita juga boleh memakai ‘body language’. Tidak semua harus dikatakan, bukankah kalau melihat gerakan tubuh, juga tahu apa dia marah, sedih, atau senang. Kalau semua diceritakan,kita juga tahu pelakon itu nak buat apa.dah tak jadi suspen or cerita tu dah tahu sebelum adegan seterusnya berlaku. Misalnya, orang itu melihat teman lelakinya bermesraan dengan temannya, si pelakon itu kemudian diperlihatkan wajahnya yang kerut-kerut, kemudian diberi back sound “saya marah sekali pada pacar saya, dia melecehkan saya, saya marah, awas kamu, akan aku balas”. Biasanya diselangi dengan tangan memukul-mukul ke tangan satunya lagi. Atau cerita lain, ketika di depan pintu rumah temannya, eh.. ia masih ngomong “saya harus mengetuk pintu itu, dia ada di dalam nggak ya? Apa dia mau menerima saya. Ah, gimana ya… (dan seterusnya….).”
bodoh!XPERLU LA MACAM TU.x kreatif betul la.
7- Permainan jahat yang bodoh dan agak kebudak-budakan.
Ada ke nak pecahkan rahsia pasal anak Nabila,reka2 buat puzzle pastu post ke satu tempat ke satu tempat,banyak lagi cara nak cam la siapa anak Nabila sebenarnya.Banyak lagi aksi yang memualkan ditonjolkan dalam sinetron ni,bukan citer ni saja,citer sinetron lain pun lebih kurang.
8- Islam tak kena pada tempat.
Nabila yang tidak bertudung dan agak seksi,tak lekang2 mengucapkan astgfirullah,ya Allah dll,konon2 Nabila ni orangnya tabah dan sering mengingati Allah tapi yg dok menangis 34 jam sampai boleh muat tangki lori tu apa?Tabah la kononnya.Solat pun tak pernah nampak dalam citer tu.tak sesuai pun.
9- Sepanjang citer tu blaku,tumbesaran Anugerah tak berubah2!Kadang2 citer tu kena la logik jugak kan!pandangan saya je ni.
10- Cerita Indon wajib ada MUKJIZAT yg Allah beri. yang koma dan tak bernyawa pun tiba2 boleh bersambung nyawa!bagus sangat!
11- kalau aksi gaduh2 diorang tumbuk macam tak kena.tak nampak power dan nampak sangat lakonnya.
bila tengok sinetron ni.Apa yang remaja dapat pelajari dari cerita ni?
Kebencian dan Iri Hati
Halalkan Segala Cara Untuk Mencapai Tujuan
Cubaan membunuh atau pembunuhan dan Balas Dendam
Kedengkian dan Kemarahan
Menghasut Orang Lain
Berprasangka Buruk (Su'ud dzon)
Malas dan Pendidikan Moral Kejahatan
Cubaan membunuh atau pembunuhan dan Balas Dendam
Kedengkian dan Kemarahan
Menghasut Orang Lain
Berprasangka Buruk (Su'ud dzon)
Malas dan Pendidikan Moral Kejahatan
Semuanya menhancurkan moral sesiapa saja yang melihat dan senang dipengaruhi.
- ??????????????????nanti2 la..lupa pulak..ini kritikan jer sbb di mata ini langsung tak ada benda untuk dipuji.Mungkin ada satu,bila susah senang ingatlah ALLAH!tu yg citer sinetron Indon selalu buat biarpun yang ingat tuan tu pakaiannya tak senonoh,dan hanya sorang dua je yg mcm tu,yg lebih2 perangai macam syaitan durjana pun ada !Saya yakin rakyat Indonesia sendiri merasakan diri sendiri diperbodoh oleh sinetron sebegini!marah ni ..
diperbodohkan...............hanyalah pujian kritikan 1,sambungan pujian kritikan 2 di tag:pandangan
nanti saya nak post pasal citer full house 9korean punye citer mmg best)
ada banyak perkara baik yang sy boleh belajar dalam citer full house!dah berkhatam banyak kali dah,tibalah masa nak beri pandangan kritikan atau pujian!
Saye stuju dgn komen awak pasal sinetron anugerah...haha..tp awak x boleyh nk kutuk semua citer indonesia sbb ada byk lg citer mereka yg brmanfaat dan menarik jalan ceritanya..tp klaw brcakap mengenai sinetron anugerah,mmg saye pon x brape nk suke..ape lagi klaw tgk kt tv9...sbb byk sgt babak yg dipotong untuk jimat masa..sbb klaw di indonesia tyg 3 jam..sbb tu setiap babak nmpak bercelaru.....
ReplyDelete