Pengikut setia

Sunday, 8 April 2012

Syarat untuk menjadi doktor

Bidang sains kesihatan sentiasa diperlukan dan semasa ke semasa dengan tujuan mengekalkan tahap kesihatan rakyat. Keperluan tenaga mahir di bidang ini untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan di negara ini sangat diperlukan. Salah satu daripada bidang kesihatan yang penting ialah sains bioperubatan. Menurut statistik, pada tahun 2000, negara memerlukan seramai 17000 tenaga manusia di bidang ini.

Menyedari akan kepentingannya maka tidak hairanlah beberapa universiti tempatan seperti Universiti Kebangsaan Ma1aysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti  putra Malaysia (UPM) menawarkan program ini di peringkat  sarjana muda.


Program bioperubatan di universiti bertujuan menyediakan siswazah yang terlatih serta mahir di dalam bidang penyelidikan, kaedah diagnosis di makmal, pengurusan Makmal di hospital mahupun di industri, pengawalan mutu pengeluaran industri, pemasaran bahan-bahan berkaitan bidang perubatan, pengawalan penyakit dan pengurusan industri makanan dan farmaseutikal dan mempunyai  pengetahuan dasar di dalam bidang sains perubatan serta mempunyai pengetahuan mendalam tentang beberapa cabang sains kesihatan.


Semasa pengajian pelajar didedahkan dengan kursus-¬kursus seperti anatomi, biokimia, fisiologi kesihatan, epidemiologi, mikrobiologi, patologi, parasitologi, farma¬kologi, entomologi, patofisiologi dan sains kesihatan persekitaran.


Siswazah program mi mempunyai pengalaman yang luas tentang pengendalian peralatan rnakmal berteknologi tinggi di dalam tugas seharian mereka.


Lulusan di bidang mi tidak menghadapi masalah untuk inendapatkan pekerjaan kerana permintaan sumber manusia di bidang ini sangat memberangsangkan khususnya di sektor swasta. Siswazah yang baru lulus ditawarkan gaji sekitar RM2,500 oleh sektor swasta. Manakala perkhidmatan di sektor kerajaan menawarkan sekitar RM1,500 sebulan.


Di antara kerjaya yang boleh diceburi oleh lulusan sains bioperubatan ialah pegawai sains, pegawai penyelidik, saintis, pengurus makmal, pegawai pemasaran peralatan bioperubatan atau farmaseutik, pengurusan penjualan dan tenaga pengajar.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

(i)   Meminati profesion ini
   (ii)  Menguasai ilinu biologi, kimia dan matematik
(iii) Berminat dengan kerja-kerja di makmal
(iv) Berminat melakukan penyelidikan
   (v)  Sentiasa mengikuti perkembangan bidang ini

SYARAT MENCEBURI BIDANG INI

Untuk menceburi bidang ini, calon perlu memiliki Ijazah Sarjana Muda di bidang sains bioperubatan dan universiti tempatan atau luar negara.
   
TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Beberapa univensiti tempatan ada menawarkan program ini di peringkat sarjana muda. Universiti berkenaan ialah UKM, UM dan UPM. Program ini mengambil masa selaina tiga
tahun. Selain itu, beberapa universiti luar negara seperti di United Kingdom, Australia, New Zealand dan Amenika Syarikat turut menawarkan program ini.

SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Cara pertama: Calon perlu lulus cemenlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) aliran sains serta kepujian mata pelajaran bahasa Melayu dan mata pelajaran sains lain.
   Kelulusan ini membolehkan pelajar melanjutkan pengajian    ke program matnikulasi atau asasi sains Kementenian Pendidikan untuk tempoh satu setengah tahun. Selepas menamatkan pengajian pelajar akan ditawarkan ke program sains bioperubatan di peringat sarjana muda berdasarkan peperiksaan matnikulasi/asasi sains.

Cara kedua: Calon perlu lulus pepeniksaan SPM dan kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Selain itu, calon perlu lulus pepeniksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta mendapat gred yang baik tiga daripada mata pelajaran biologi, kiinia, fizik dan matematik.

Cara ketiga: Calon-calon yang memiliki Diploma Sains dan universiti tempatan atau Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga boleh memohon mengikuti program ini melalui kemasukan Kes Khas.

Cara keempat: Univensiti tempatan seperti UKM juga mengambil pelajar melalui saluran kedua. Cara ini memerlukan calon lulus SPM serta mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, kimia, biologi dan matematik.

Selain itu calon telah mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima tahun sebagai pembantu makmal, juruteknik, pembantu perubatan, inspektor kesihatan, jururawat atau guru sains.



sumber:halaqah.net

11 comments:

  1. Kalau saya ni skarang tgh study kat matriks tapi saya x ambik sub fixik,saya ada pluang tak nak jadi dr??tlg listkan kerjaya yg dapat saya lakukan nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ambil sub fizik maksudnya ambil module berapa? Rasanya boleh sebab lepas tamat matrik,kalau nak ambik medic dia akan refer kat spm punya result. Asalkan time sekolah dulu kita aliran sains dan lepas kelayakan minimun (B untuk 3 subjek sains dan math/addmath) dan result kita kat matrik melayakkan kita mohon jurusan kedoktoran.

      Delete
  2. Assalamualaikum...saya nak tnya...saya pelajar aliran sains.saya nak jadi doktor..kalau selepas spm..saya ditawarkan ke matrik..dan selepas itu saya masuk U dalam bidang medic..lepas itu apa yg perlu saya buat?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...saya nak tnya...saya pelajar aliran sains.saya nak jadi doktor..kalau selepas spm..saya ditawarkan ke matrik..dan selepas itu saya masuk U dalam bidang medic..lepas itu apa yg perlu saya buat?

    ReplyDelete
  4. Kalau tak ambil addmath msa SM boleh jadi dr ke?

    ReplyDelete
  5. sayy nigger lol xd jk fgt

    ReplyDelete
  6. Salam, spm saya tidak bagus dan mendapat kimia D, tpi pointer matriks saya 4.0 flat setelah berusaha. Layak ke saya menjadi doktor?

    ReplyDelete
  7. Salam, spm saya tidak bagus dan mendapat kimia D, tpi pointer matriks saya 4.0 flat setelah berusaha. Layak ke saya menjadi doktor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Saya rasa tiada masalah sebab senior di matriks saya(program dua tahun) keputusan spmnya tak berapa cemerlang. Kalau tak salah addmath dapat D. Subjek sains tulen pon ade yg tak kredit. Tapi dia mantain 4flat setiap sem and dapat sambung degree in medic. Sekarang ni tengah praktikal jadi doktor.

      Delete
    2. Wassalam. Saya rasa tiada masalah sebab senior di matriks saya(program dua tahun) keputusan spmnya tak berapa cemerlang. Kalau tak salah addmath dapat D. Subjek sains tulen pon ade yg tak kredit. Tapi dia mantain 4flat setiap sem and dapat sambung degree in medic. Sekarang ni tengah praktikal jadi doktor.

      Delete

arigatO!