Pengikut setia

Wednesday, 11 April 2012

Penggagal kepada kejayaan



Ketahuilah sesusah-susah Anda, ada orang jauh lebih susah daripada Anda.
Sesenang-senang Anda, ada orang yang lebih senang daripada Anda.
Maka janganlah mudah meninggi diri, merasa bangga mahupun bersikap riak.
Elak merasa diri Anda lebih hebat, lebih baik, lebih bagus dari orang lain.
Racun kepada ibadah adalah sikap riak.
Penggagal kepada sebuah kejayaan adalah perangai merasa diri lebih hebat.
Anda sebagai manusia, pasti akan ada kekurangan dalam apa jua kelebihan.
Seseorang manusia pasti memerlukan manusia lain sebagai pelengkap kepada kekurangannya.
Tidak ada daripada kita yang sempurna, iaitu sempurna dari segala segi.
Ada kekurangan, ada kelebihan.
Sikap terbaik adalah bersederhana. Dalam berusaha pada tahap ekstreme untuk mengejar kejayaan, Anda diam-diamkan pencapaian.
Orang yang suka menunjuk-nunjuk serta berlebih-lebihan adalah orang yang kurang ilmu.
Orang yang suka bersederhana, itulah orang berilmu.
Penggagal kepada kejayaan adalah sikap merasa bangga, terlalu bangga dengan pencapaian hebat sehingga Anda lupa bersyukur. Anda lupa menghargai orang sekeliling, lupa menghargai pemberian Tuhan kepada Anda.
Bak kata pepatah, apabila suda berada di atas, lihat-lihatlah ke bawah. Supaya Anda tidak menjadi kacang lupakan kulit.

No comments:

Post a Comment

arigatO!