Pengikut setia

Monday 30 April 2012

Cerpen Pendek Cinta Pengembaraan ajaib


poting baru.....sambungan 21 april lalu di UPDATE!!

21 april 2012,Ahad

Malam-malam rasa teringin nak buka cerita.Cerita yang ingin sampaikan adalah menurut kepala otak sendiri yang mereka-reka dan berdasarkan mimpi yang ada di kepala.!Oleh sebab terlebih tidur,termimpi pula perkara yang tidak sewajarnya berlaku.Namun ianya lebih indah jika dikarangkan?takut lupa pula.Nama-nama yang ada dalam cerita ni semua adalah rekaan dan mungkin telah ditukar!kecuali nama aku.hheehe.
Ayat klasik dan sempoi digunakan.;)

Al-kisahnya begini.Sebab tadi saya khusyuk tonton hindustan berkisahkan beberapa orang pelajar masuk hutan untuk mengkaji  tentang alam semulajadi.Begitu juga dengan mimpi saya!cewahh..
---------------------------------------------------------------------------

Pada satu hari yang tidak diduga,aku masuk ke ke kelas peyelidikan Khas,tak tau kelas ni wujud ke tak di seluruh kampus.Tapi ia tetap wujud dalam mimpiku.Seorang profesor telah mengarah mahasiswa membuat satu penyelidikan yang aneh di mana-mana tempat,sesiapa yang dapat menjumpai sesuatu yang pelik di tempat penyelidikan yang mereka pilih akan mendapat markah penuh!.
Dan tidak semena-mena lagi profesor yang agak kurus kering,berjanggut panjang dan nipis itu menyatakan bahawa kumpulan telah disenaraikan dan tidak boleh pilih kumpulan!Oleh kerana tugas ini rumit,beliau menyenaraikan 8ahli untuk satu kumpulan.Lebih memalangkan lagi adalah kumpulanku terdiri daripada enam lelaki dan dua perempuan.Dah la semua tu aku kurang mengenali kerana berlainan kos.Tapi aku masih bersyukur kerana masih ada kawan sekaumku.Kaum hawa!.Kelihatan juga seorang lelaki yang telah lama aku dambakan rupa-rupanya satu kumpulan dengan aku.''Alhamdulillah'', ucapku dalam hati.Sambil mata menggatal melihatnya tanpa berkelip.

Lelaki yang ku sukai bernama Syukran yang mempunyai sepasang mata yang kuyu dan berkulit cerah telah mengetuai dalam kumpulan ini.Mula-mula kami semua memperkenalkan diri masing-masing.Aku dahulu memperkenalkan diriku kemudian diikuti lelaki yang sederhana tinggi,berkulit putih melepak serta sentiasa bergaya dalam berpakaian mula memperkenalkan diri,''hai nama saya Amir Afnan.'' Seterusnya Sufi mencelah,''saya Ahmad Sufi''.Sufi yang agak segak dengan keadaan dirinya yang tinggi,berhidung mancung,bermata kecil dan bermulut nipis.Ikmal Allias pula memberi salam dan memperkenalkan diri.Ikmal seorang yang pendiam dan jarang bercakap.Dia hanya banyak mendengar.Kemudian Hanani Najiha yang agak aktif dan banyak cakap menyambung untuk kenalkan dirinya.Setelah itu Haris yang hitam manis,berhidung nipis dan mancung serta mempunyai senyuman menawan itu memperkenalkan dirinya.''Saya Haris Marwan'',Syukran mengangguk berpuas hati.Dia berpaling ke arah Hadi yang dari tadi tunduk memanjang.''Hah,nama kamu apa?kenapa berdiam diri saja?.'' Hadi yang agak pemalu itu terpaksa mengangkat mukanya dan memulakan percakapan dengan lembut dan tergagap-gagap.

Disebabkan group aku lebih ramai lelaki,kami mencadang untuk menamakan group ini sebagai''Gagah Perkasa Lembut sutera".(GPLS).Agak aneh,seaneh khayalan mimpi.Jadi aku dan kawan sekaumku yang bernama Nani terus bersetuju tanpa bantahan.Kerana agak segan dan malu dengan mereka semua.Jadi tiga lagi rakan karib syukran yang bernama Haris,Ikmal dan Sufi kebetulan segroup dengannya memberi idea untuk ke hutan Nusantara,yang agak jauh.Katanya hutan itu banyak penyamun dan penjahat yang bersembunyi di dalamnya.Jadi mereka ingin mengkaji tentang itu.Jadi setelah berfikir,kami bersetuju kecuali dua lagi kawan sekumpulanku yang agak marah sebab takut untuk ke sana,mereka berdua mencadangkan untuk buat kajian di tempat lain,tapi setelah dipujuk,Amir dan Hadi akhirnya akur.
-------------------------------------------------------------------
Kami memulakan pengembaraan pada pukul8pagi lagi dengan menaiki bas,sampai je di sana agak lewat petang.Bermulanya di sana,satu kejadian yang tidak diingini berlaku pada diriku dan rakan-rakan.Kami menyediakan empat buah khemah yang sederhana besar,oleh kerana kami berdua je perempuan.6 orang lelaki sedia bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.Jadi aku dan Nani tidak perlu bergilir-gilir menjaga khemah dan berjaga malam.Kami dilayan bagai puteri gunung ledang.berangan je.Dalam 6orang lelaki cuma Syukran yang tidak mempedulikan aku.Mungkin dia tau aku menyukainya,sebab tu la dia berpura-pura sombong dan ego.

Seharian bermalam,kami selamat untuk seketika,pagi yang indah itu membuatkan kami semua bersemangat untuk melakukan kajian.Sebelum tu,oleh kerana badan Sufi yang agak tinggi dan kurus,dia diberi tugas untuk mencari ayam hutan untuk buat santapan pagi.Senang untuk mengejar ayam.Dan Ikmal yang sedikit gempal itu diberi tugas untuk menangkap ikan.aku dan Nani pula bebas untuk untuk goyang kaki sambil berbual di dalam khemah.Hadi dan Amir pula,tugasnya adalah mengangkut air dan mencari kayu untuk membakar ayam dan ikan serta menjerang air.Dan tugas Syukran cuma mengarah tak tentu pasal.Membebel sini sana.Agak jahat mulutku mengata dia sedemikian,tapi padan muka dia.siapa suruh sombong.

Setelah selesai makan,tugas aku dan Nani untuk membersihkan tempat yang kotor.Kemudian kami semua bertolak untuk membuat penyelidikan.6jam kami membuat penyelidikan dan mengumpul maklumat.Tiba-tiba Haris memberi cadangan supaya kami berlapan berpecah kerana nak jimatkan masa yang singkat.Setelah berbincang akhirnya kami bersetuju.Aku,Nani,Haris berpakat untuk bersatu kerana dia di antara yang agak berani dan kuat.Haris dan Sufi pernah menjadi juara silat cekak dan silat gayung,mendapat tali pinggang hitam dalam taekwando dan bakal judo di Japan suatu hari nanti.Ceritanya sambil berangan jauh.Dapatlah juga dia melindungi aku dan Nani.Agak pelik Syukran juga ingin bersatu denganku.Mungkin bestfiriend dia ada denganku.Sebab tu la nak tak nak dia kena juga berpecah dengan Hadi,Amir,Ikmal dan Sufi.

Setelah berpecah,aku dan tiga jejaka yang agak hensem tu meneruskan perjalanan ke tempat destinasi.Mungkin kami berpisah agak tidak jauh,tapi untuk memudahkan mendapat maklumat dengan lebih cepat,terpaksa juga berbuat demikian.Hari makin malam,burung-burung makin jelas bersiulan,bunyi cengkerik makin kuat dan bulu romaku agak tegak bagaikan rumput-rumput panjang di hutan tu.Aku mula ketakutan yang teramat,tetapi memandangkan 3lelaki dan Nani sendiri yang nampak agak tenang tu,aku perlu berpura-pura macam tak ada apa-apa.Selangkah,dua langkah dan tiba-tiba terdengar suara Nani berteriak,''Aaaaaaaaaaaaaaa tolong!!!!''. Bila aku pandang ke belakang,tiba-tiba, ''pang!!'' Bahuku dipukul dan aku pengsan.Aku tidak sedar apa yang berlaku dan tidak tau di mana kawan-kawanku pergi.Nasib Nani macam mana.Di mana perginya Syukran dan Haris?Aku mulai risau dengan empat orang rakanku yang lain.Ke mana dia?

---------------------------------------------------------------------------
Syukran dan Haris berjaya melarikan diri dan bersembunyi.Mereka mengikuti jejak penjahat yang telah membawa aku dan Nani pergi.Aku dikurung di sebuah tempat yang agak usang dan buruk.Aku dan Nani dipisahkan.Aku dikurung berasingan.Terdetik dalam hatiku.''Adakah nyawa aku akan berakhir hari ini?'' .
Aku terdengar suara Nani mendengus dan cuba untuk minta tolong,namun tidak boleh kerana mulut diikat.

Syukran dan Haris berlari ke tempat empat sahabatnya berada,dan memberitahu bahawa aku dan Nani diculik.Rupa-rupanya di sana tinggal Ikmal keseorangan kelihatan seperti takut dan gugup.Ikmal mengatakan bahawa Amir dan Hadi juga telah diculik dan dibawa lari.Ikmal menceritakan sambil menunjukkan aksi geram dan marah.''Di mana Sufi?'' tanya Syukran.Ikmal menjawab,''dia sedang menuju ke sana untuk melihat ke mana tempat persembunyian berada dan menyuruh aku untuk menunggu kalian.''.
Syukran sebagai ketua kumpulan berasa bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.

-------------------------------------------------------------------------------
Aku menunggu dengan setia,sambil diam dan berdoa pada Tuhan agar diselamatkan.Tiba-tiba pintu diketuk kuat.Daun pintu dibuka dan kelihatan dua orang penjahat yang agak tidak terurus datang ke arahku.Seorang kelihatan agak ngeri kerana ia agak gempal dan botak serta bermisai tebal serta panjang.Memakai rantai besi di leher dan juga di lengan.Tidak berbaju serta bertatu di bahagian badannya.Seorang lagi agak kurus dan pendek,selekeh dengan pakaian yang koyak rabak, serta berbulu betis yang agak panjang.rambut kerinting dan bila dia datang mendekatiku.Ianya agak busuk dan meloyakan tekak aku yang tengah dahaga air.weeeekkk.Dia hampir membuatku pengsan bila si kurus busuk itu mula bersuara.''Allah,teruknya mulut dia''rintih aku dalam hati.

Aku mula takut dan menggigil apabila salah seorang penjahat itu mengacukan pistol dan menggugut aku dan memaksa bersetuju untuk dijadikan bahan perdagangan.Sungguh aku tidak sudi.Kata si botak kepada si kurus busuk itu., ''Kita perlu tundukkan perempuan ini dulu sebelum bawa mereka pergi.Kita tidak boleh biarkan mereka pergi dalam keadaan terpaksa!'',jadi mereka memaksa aku untuk membuka tudung dan menukar pakaian yang agak seksi.Aku hampir mual dibuatnya.Namun aku tetap berkeras untuk tidak memakainya.Mereka mengugut aku untuk menyeksa aku jika tidak mengikut arahan.Aku lebih rela diseksa dari mengikut kata mereka yang agak membelakangkan Allah.Terdengar suara Nani memekik dan menjerit kesakitan.Aku yakin mereka pasti telah mencederakan Nani.Mungkin Nani juga dipaksa sepertiku.Beberapa jam aku di sini bersama penjahat dan hanya mampu mendengar teriakan si Nani.Dan tidak tahu pukul berapa kedudukan sekarang.
--------------------------------------------------------

Tengah malam berlalu, 4orang jejaka mengatur strategi untuk menyelamatkan aku, Nani serta Amir dan Hadi yang dikurung di sudut berbeza.Aku tidak tahu kenapa mereka tetap mengurung Hadi dan Amir,mungkin tujuannya adalah sama.Iaitu memperdagangkan manusia.Syukran berselindung di tepi dinding yang dipenuhi kayu-kayu reput,dia mengintai ke dalam pondok usang itu.Kelihatan 5orang penjahat di ruang tamu.4orang sedang bermain cerup dan seorang lagi sedang tidur.Haris dan Sufi yang handal dalam seni pertahanan diri sangat diberi kepercayaan 100% oleh Syukran.Syukran tidak berminat dalam seni pertahanan diri,namun dia pernah mempelajari silat gayung pada zaman sekolah,sebab itulah keyakinannya terhadap diri sendiri agak rendah.Sama la ngan aku,aku juga pernah mempelajarinya dan memegang tali pinggang merah.Tapi bila berhadapan dengan penjenayah yang mempunyai senjata api,aku tetap tidak boleh berbuat apa-apa.Takut nyawaku melayang begitu sahaja.

Apabila stategi telah diatur,Sufi dan Haris menyerang dengan menendang pintu utama dan terus masuk ke dalam,kelihatan 4orang penjahat tersebut terpinga-pinga terkejut dan mereka terus menyerang Sufi dan Haris.Haris mula membuka langkah aksi silatnya yang sering dipuji oleh guru silatnya.Setelah kesemuanya lembik kerana dipukul oleh mereka,Hadi terus menuju ke tempat Nani berada.Sufi pula menyelamatkan sahabatnya,Amir dan Hadi yang dikurung di bilik sama tetapi masih di selindung oleh kain rentang.Syukran dan Ikmal pula terus masuk dan berusaha untuk menyelamatkan aku yang dikunci dalam bilik.Dalam usaha mereka berdua untuk menyelamatkan aku,tiba-tiba bunyi peluru di ruang tamu. ''pang!''. Syukran terkejut dan berselindung di tepi tv.Haris terus mendapatkan penjahat yang melepaskan tembakan tadi,dan berusaha bergelut dengan penjahat yang agak sasa dan hitam.5 penjahat tadi kembali kuat dan berusaha untuk bergelut dengan anggota kumpulanku.

Dalam kekalutan itu,salah seorang penjahat masuk ke dalam  dan terus memukulku tanpa sebab,bodoh agaknya dia ni.Dia mengheret aku untuk membawa aku pergi,tapi aku sempat memaut tangan ke dinding usang itu,penjahat yang kurus kering dan pendek itu berusaha menarik aku,untuk melemahkan aku,dia memukul-mukul aku sehingga aku lemah tidak bermaya.Aku mula merasakan mungkin jeritan kuat oleh si Nani semalam dek kerana sakit seperti yang aku tanggung sekarang.Azabnya tidak terkira.Aku mampu menyebut nama Allah dan tidak mampu melawan kerana walaupun penjahat itu kurus keding,tapi dia tetap kuat seperti Badang.Aku merasa sangat pedih dan sakit di seluruh badan dan muka serta di kepala akibat hentakan kuat.Aku mengucap dalam hati kerana aku fikir nyawa sudah di penghujung.Untuk menyenangkan lagi si penjahat itu membawa aku lari,dia menutup mulut dan hidungku dengan sejenis racun untuk membuatkan aku pening dan tidak mampu lagi untuk melawan.

Tiba-tiba dalam kesamaran,aku nampak Syukran,kekasih gelapku(berangan) datang ke arah si kurus keding itu dan melawannya.Aku nampak mereka bergelut dan berdoa agar aku diselamatkan oleh Syukran.Setelah Syukran berjaya melembikkan si kurus keding itu,dia terus menghampiri aku untuk diselamatkan.Namun kelihatan Syukran seperti teragak-agak untuk menyelamatkan aku,mungkin dia fikir ada batas-batas dalam kehidupan,mana boleh menyentuh perempuan bukan mahram,tapi dia membetulkan niat dan membisik ke arah telingaku, ''Lin,aku tahu kita tidak boleh bersentuhan,tetapi izinkan aku menyentuhmu untuk menyelamatkan dirimu kerana sekarang merupakan keadaan yang terdesak.Sesungguhnya Allah maha mengetahui niat hambaNya'',sempat lagi dia berkhutbah.Sifat tu yang menyebabkan aku jatuh hati paadanya sebelum ini dan sekarang. Setelah itu dia terus membuka ikatan di tangan dan di kaki,walaupun aku samar-samar dan tidak berdaya lagi,tetapi aku masih dapat meghidu betapa dia berusaha untuk menyelamatkan aku dari bahana ini.

Dalam kekhusyukan ini,tiba-tiba satu das tembakan bunyi ke arah aku.''panggg!!!" ,dan bunyi suara yang paling aku cintai selama ini. ''Arghhhhhh Ya Allah lindungi aku dan kawan-kawanku!'' ,Syukran rupanya yang terkena tembakan!Dia masih sempat mendoakan keselamatan kawan-kawannya.Sungguh mengharu-birukan walaupun aku sendiri tidak mampu untuk lari dari kejadian ngeri itu.Tembakan pertama terkena pada badan Syukran,kelihatan dia menggigil kesakitan,dan cubaan kali kedua untuk menyelamat dan melindungi aku dari bahaya,tiba-tiba dia memeluk erat aku,dan masih sempat berkata''maafkan aku Lin!'', dan ''panggg!!!!!'' ,tembakan kali kedua ke arah tempat aku dan Syukran berada.Ternyata darah keluar membuak-buak dan terpercik di mukaku.Ianya tetap darah Syukran!Dia mati-matian melindungi aku.Hanya tempikan Haris yang menyuruh dia lari dari tempat itu.''Syukkk!!kau lari cepat!'',tetapi Syukran masih setia di sampingku,aku menangis kerana sakit melihat penderitaan Syukran yang terkena dua das tembakan.Aku berusaha untuk bangun dan cuba untuk kuat.Aku nampak penjahat yang kejam itu mengacukan pistol ke arah kami dan,'' pangg!!!!'' Ketika Syukran berusaha bangun sambil mengangkat aku yang semakin pening dan mabuk akibat dipaksa menghidu gas,tiba-tiba dia jatuh tersungkur bersamaku.Das tembakan kali ketiga tepat mengenai betis Syukran.Syukran kelihatan tidak lagi kuat dan hanya mampu menahan sakit.Darah makin banyak membasahi baju aku.Haris yang melihat tragedi itu yang juga kehilangan tenaga kerana bergelut dengan beberapa orang penjahat di luar sana hanya mampu melihat.

Memandangkan penjahat itu tidak berpuas hati dengan keadaan aku yang masih selamat dari sebarang tembakan masih lagi mengacukan pistol,Aku melihat di saat itu,Haris berlari ke arahku dan berusaha mengheret Syukran dan kelihatan Sufi datang ke arah aku untuk melindungi aku dari tembakan tanpa dilindungi Syukran lagi,satu das tembakan ke arahku.''pang!!!!!!'', dan ,''arggghhhhhh sakitnya'',aku merintih kesakitan.Aku dapat memmbayangkan betapa sakitnya yang dialami oleh Syukran.Sufi masih menyelamatkan aku dari ditembak di bahagian bahaya,aku cuma terkena di bahagian betis kananku.

Aku makin lemah namun masih mampu mendengar huru-hara di tempat itu.Bunyi ambulan dan beberapa buah kereta polis datang untuk menyelamatkan keadaan,walaupn agak terlambat.Aku terdengar suara Syukran berkata kepada Haris di saat ingin mengangkatnya,''Kau usah pedulikan aku,tolong selamatkan Lin,Dia lebih memerlukan pertolongan dari kamu'' .Ucapan itu membuatkan aku sedih.Dan ketika Haris mengangkat aku keluar dari pondok usang dan meletakkan di bahagian tamu,aku merasakan bahawa dunia makin gelap dan aku perlahan mengucapkan selamat tinggal pada dunia,kawan-kawan seperjuangan dan teristimewa kepada Syukran.Walaupun tidak sempat mendapatkan cinta darinya,tapi masih tetap mendapatkan kasih ikhlas darinya.

--------------------------------------------------------------------------------

Di hospital Syukran ditempatkan di wad ICU kerana kehilangan darah yang teramat banyak.Manakala dua lagi rakannya Ikmal dan Amir yang cedera parah dek kerana bergelut dengan penjahat di tempatkan di wad biasa.Sufi,Haris,dan Hadi tidak apa-apa.Nani pula ditempatkan di wad berasingan kerana dia menghadapi fobia yang teruk akibat penderaan oleh penjahat-penjahat itu.

''Doktor,bagaimana keadaan kawan saya seorang lagi?''Tanya Hadi kepada doktor yang baru sahaja keluar dari tempat bilik kecemasan.''Dia masih dalam rawatan,kamu semua berdoalah agar dia selamat'', Haris yang tidak berpuas hati dengan jawapan doktor terus mencelah ''Kenapa dengan dia doktor?adakah dia akan selamat?'', Doktor itu cuma mengeluh dan pergi tanpa sebarang jawapan yang pasti.

Sufi tenang menunggu aku di ruang menunggu.Manakala Hadi dan Haris menemani Syukran yang dalam tidak sedarkan diri itu.Setelah 7jam berada di di dalam bilik kecemasan,akhirnya aku ditempatkan di wad ICU.Aku dalam keadaan tidak sedarkan diri,Tidak mampu untuk bangun,apatah lagi untuk celik mata.Yang aku terdengar adalah suara Sufi yang menyuruhku bangun dan kembali bersemangat.

Syukran mula mencelikkan matanya,dia terus kalut untuk bangun dan merasa aneh dengan tempat yang dia tinggal,dia bertanya pada Haris,''Di mana aku Ris?'' ,''Kau ada di hospital Syuk,Bagaimana keadaan kamu?kenapa kamu sanggup bertindak sedemikian Syuk?'' Tanya Haris bertubi-tubi.Syukran tidak lantas menjawab tetapi terus bertanyakan keadaan aku.Dan dengan terpaksa Haris menjawab sambil mendengus mengatakan aku tidak apa-apa.
--------------------------------------------------------------------------------------

Setelah 60hari aku tidak sedarkan diri akhirnya dapat juga aku hidup kembali,sepanjang aku tidak sedarkan diri banyak perkara aneh berlaku pada diriku,aku merasakan diriku bukan lagi diriku.Aku bermimpi berjumpa dengan malaikat dan berada di kubur dan telah menerima seksaan api neraka atas perbuatan samada disedari atau tidak disedari.Aku diberi peluang kedua untuk hidup di muka dunia dengan ujian yang lain.

Setelah lama aku berada di hospital,aku dibenarkan pulang.Namun aku disahkan mengidapi penyakit seperti saluran pernafasan tersumbat dan mempunyai lebihan darah akibat kejadian hari itu.Aku tidak boleh sembuh dari penyakit ini selama-lamanya.Jadi setiap masa aku perlu berjumpa doktor untuk membuang lebihan darah dari badan dan menyedut oksigen di hospital.Itulah rutin harian baruku.

Semua rakan-rakanku dibenarkan pulang,termasuklah Nani.Nani tidak dapat meneruskan pengajian kerana mengalami tekanan mental!Beratnya ujian yang diberi Allah.Namun sebagai makhluk kita mesti bersabar.

-----------------------------------------------------------------------------------

Di bilik asrama,aku merasa sungguh aneh pada diri aku.Kadang-kadang aku tension sendirian.Perkara aneh ini aku sedari apabila aku membuka laman youtube dan menonton siaran Korea,tiba-tiba aku dapat rasakan otakku berdenyut laju dan aku amat memahami percakapan itu walaupun tiada kata-kata terjemahan di situ.Aku terus mencuba menonton youtube berbahasa cina ,Japan,Francis,Thailand.Kelihatannya agak mengejutkan kerana aku fasih dalam mendengar setiap butir-butir percakapan.Malah bukan itu sahaja,kerana aku sendiri boleh berbahasa cina,jepun ,korea.thailand dan semua itu tanpa melihat dan membaca.Aku pening dan terus pengsan.

Bila aku sedar,aku berada di hospital.teman baikku,Lisa terus membebel kerana aku tidak menjaga kesihatan dan asyik bermain laptop.dia menyedarkan aku tentang peperiksaan penting hampir tiba,aku dah dua bulan tidak menghadiri kuliah.Assignment,ujian 1 pun sudah berlalu,namun aku pula satu pun tak buat lagi.aku mula risau dan fikir resultku pasti merosot.

Setelah pulang dari hospital.Tekaanku salah sama sekali,ketika aku berjumpa pensyarah2, mereka memahami keadaan aku kerana ketika peristiwa ngeri itu berlaku,satu Malaysia tahu kerana ia keluar dari berita.Mereka memberi ruang untuk aku melakukan semua seperti melakukan ujian,test,assignment dan banyak lagi.Ketika aku membelek nota-nota yang diberi oleh pensyarah dan kawanku,tiba-tiba aku merasakan dunia berpusing-pusing.Aku mula pening.Aku terus tidur.Apabila aku bangun dari tidur aku masih tidak dapat membaca kerana setiap kali aku cuba untuk membaca,otakku mula pening.Sejak itu,aku hanya suka melayan laptop,bermain apabila petang.Aku jadi aktif tiba-tiba.Sebelum ini aku tidak pernah reti bermain,tapi sekarang aku boleh dan mahir bermain apa sahaja permainan dan aku jaguh dalam bermain tanpa perlu berlatih.Aneh!Ramai yang memuji tentang bakatku yang terpendam selama ini.

Tibalah hari ujian yang ditentukan oleh pensyarah,aku ke biliknya untuk menjawab soalan ujian satu dan buat perbentangan perseorangan.Ternyata aku boleh dan fasih membentangkan tanpa gagap dan tanpa berlatih.Aku tidak sempat untuk mencari bahan.Pensyarah hanya memberi tajuk pada masa tu juga.Aku terkejut dengan perubahan aku.Aku juga hairan kenapa aku boleh menjawab ujian ini kerana dalam fikiranku seolah-olah mempunyai kuasa.Seperti ada buku di dalamnya.Aku hanya dapat mengingat tempat muka surat nota yang pernah aku belek sebelum ni.Setelah itu terus menulis ke kertas ujian.Hebat betul!

---------------------------------------------------------------------------------------

Satu lagi kejadian pelik berlaku,Syukran,Lelaki dambaan aku selama ini sering datang menemui aku.Seolah-olah ingin mendekati aku.Tapi pelik.Aku sudah tidak mempunyai perasaan lagi terhadapnya.Mungkin kerana perubahan setelah berlakunya kejadian itu.Aku memang berterima kasih kepadanya kerana telah menyelamatkan aku.Tetapi hatiku berubah begitu sahaja.Dia sering menegurku jika aku terbuat kesilapan .Apabila aku berdegil tentang sesuatu permintaannya,dia mulai marah-marah.Satu hari dia marah-marah kerana aku tidak mahu mendengar katanya.Dan tiba-tiba dia memegang bahuku dan memujukku untuk tidak degil.Aku mulai aneh dan terkejut.Kenapa dengan senang-lenang dia boleh menyentuh aku begitu sahaja.padahal dia adalah antara lelaki yang anti-perempuan dan sangat menjaga hukum-hakam dan tingkah laku.

Setelah lama dia mendekatiku,tiba-tiba peristiwa mengejutku.Keluargaku berkumpul dan ingin memberitahu perkara sebenar.Iaitu sebenarnya ketika aku tidak sedarkan diri,aku telah dikahwinkan dengan Syukran .Oleh kerana aku koma terlalu lama,ayah dan keluarga mengambil keputusan untuk mengahwinkan aku dengan Syukran,Syukran juga bersetuju kerana dia juga mencintaiku dan bersedia untuk menjaga dan mendidikku hingga ke akhir hayat.Itu adalah kata keluargaku.Aku sangat terkejut.Mana boleh keluargaku membuat keputusan bodoh begini padaku.Aku tak boleh terima kenyataan kerana aku fikir ianya suatu penghinaan bagiku.kerana mengahwinkan aku tanpa aku sedar.Aku semakin membenci Syukran.

Dalam kebencian aku terhadap Syukran,kesakitan aku sehari-hari ,ia tidak melemahkan untuk aku hidup dan terus hidup.Namun aku merasa ada yang tidak kena pada diriku,dia saat aku sakit,aku kerap bermimpi perkara yang sama,seolah-olah memujukku untuk berbuat demikian.Tiba-tiba,ketika aku bersiar-siar di taman berhampiran kampus,aku nampak seorang pemuda sedang menekan-nekan dibahagian dadanya,seperti sakit jantung.Aku terus mendapatkannya.Aku mengambil air dan membacakan sesuatu.tiba-tiba aku teringatkan mimpiku iaitu jikalau aku ingin menyembuhkan penyakit manusia di muka bumi ini,aku mestilah membaca selawat dan surah al-fatihah dan meniatkan untuk menyembuhkan apa-apa penyakit yang mereka alami,aku terus membuat sedemikian.Setelah itu,aku meniupkan ke dalam air itu.Aku memberi pemuda itu minum.Lalu aku meniggalkan dia sendirian.
------------------------------------------------------------------------------------------

Beberapa minggu kemudian,aku terjumpa seorang pemuda yang pernah aku tolong itu,dia datang ke arahku dan berterima kasih padaku.Apabila dia bertanya adakah aku keturunan bomoh,aku mulai terkejut kerana pelik dengan soalan itu.Lagi pelik apabila melihat wajahnya yang begitu teruja apabila bercakap denganku,seolah-olah aku seorang artis pujaannya.Dia mula bercerita,Ketika aku datang menyelamatkannya dan memberi minum air tersebut,dia terus pengsan.Apabila di hospital doktor mengatakan bahawa jejaka itu tidak mempunyai apa-apa penyakit,padahal sebelum itu jejaka itu mempunyai penyakit jantung berlubang tahap tiga.Aku mula terkejut,Adakah mimpi aku menjadi kenyataan?Dan bakal menjadi doktor tanpa sijil.

Aku pulang ke bilik asrama dengan penuh tanda tanda.''Adakah ini semua benar dan realiti?Kenapa aku jadi berubah sebegini?kenapa aku sangat pelik?adakah aku waras?adakah ini adalah aku?''soalan yang bertubi-tubi pada diriku sendiri membuat aku makin bingung dan akhirnya''arggghhhhhhhhhh!!!.''aku mengamuk sendirian dengan melempar bantal-bantal dan barang-barang di atas meja.Lilly,adik roomate aku terkejut dengan perangaiku sejak akhir-akhir ini.Dia mendekatiku sambil menenangkan aku.

------------------------------------------------------------------------
Pada petang itu,aku ke kafe sendirian untuk menenangkan fikiran.Tiba-tiba datang Haris ke arahku.''Hello,apa khabar awak sekarang?''baik je''jawabku acuh tak acuh.Haris duduk berhadapan dengan meja yang aku duduk dan terus menyambung perbualan.Aku berbual dengannya dengan keterpaksaan.

30 april 2012,ISNIN

Setelah itu,aku pulang ke asrama dengan keadaan yang penat kerana terlalu lama berbual dengan Haris,sedang aku berehat-rehat sambil membaca akhbar Sinar harian,aku terpandang satu kisah budak berumur tujuh tahunj yang mengidap penyakit barah sendi,tiba-tiba hatiku terpanggil untuk berjumpa dengan budak itu.Aku lalu tertidur keletihan,dalam tidur aku bermimpi berjumpa dengan budak yang ada dalam akhbar tersebut untuk mengubati penyakitnya.Aku tersentap dan tersedar.Selagi aku tidak bertemu dengan budak tu,hatiku tak akan tenang.Aku senyap2 membeli tiket untuk ke Kuala Lumpur di mana tempat kanak-kanak itu dirawat.

Di sana ,aku berjumpa dengan ibubapa kanak2 itu yang kelihatan sedih mengenangkan nasib anaknya yang sakit.Aku sempat berbual dengan mereka dan meminta untuk mengubati anaknya.Aku mengatakan bahawa n aku tidak jamin jika ianya tidak memberi apa-apa kesan kerana ianya merupakan percubaan untuk mengubat seseorang kerana aku masih tidak yakin dengan kemampuan dan pemberian yang sangat ajaib dari Allah .Kemudian ,setelah mengubati kanak2 itu dengan air dan bacaan seperti dalam mimipiku,aku meminta izin untuk pulang ke tempat pengajianku

Sebulan berlalu,seorang rakan sekelasku tiba2 mengetuk pintu bilikku dan terus memberi akhbar dan mengatakan bahawa di Malaysia ada seorang heroin doktor perempuan yang bakal terkenal dan menunjukkan berita yang mengatakan seorang kanak2 berusia 7tahun yang mengidap barah sendi pulih seperti biasa setelah seorang wanita ajaib itu datang menemuinya.Aku yang sedang minum air tersedak kerana berita itu mengejutkan aku kerana wanita ajaib yang dimaksudkan oleh kawan ku itu mungkin aku.

Berita gempar tentang wanita ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit bahaya itu semakin berleluasa setelah aku mengubati dua orang lagi pesakit yang sedang parah serta mempunyai masalah kewangan.Aku membantu mereka dengan ikhlas dan semakin yakin dengan diriku bahawa Allah telah menurunkan mukjizat pada aku untuk menyelamatkan dan membantu pesakit yang sengsara.Di mana-mana saja pasti disebut kisah wanita ajaib itu seperti Majalah,akhbar,tv,radio.Aku merasa sangat risau jika ianya diketahui orang ramai.Mungkin private ku tidak lagi dapat dijaga.Aku tidak suka dengan populariti kerana ia menyesakkan fikiranku.Aku hanya mampu diam seribu jika ada dikalangan mahasiswa di sini atau kawan2ku sendiri berbual-bual tentang kisah baru tersebut di kelas,kafe dan di mana-mana saja.

Hari berlalu dengan cepat,final makin dekat.Dan aku menjalani kehidupan dengan senang.Walaupun aku sering didatangi penyakit yang agak pelik dan jarang ditemui,tapi aku tidak kisah malah sangat bersyukur kerana aku diberi otak yang pintar dan kelebihan untuk mengubati penyakit setelah peristiwa yang ngeri itu berlaku.Mungkin aku boleh mengubati apa-apa saja penyakit di dunia ini.Aku saja yang masih belum yakin dengan diriku.InsyaAllah aku dibuka pintu rezeki yang luas oleh Allah dan aku akan menggunakan nikmat ini sebaik mungkin.
-------------------------------------------------------------------------------

Dalam sibuk aku untuk membuat persediaan final semester5 dan mengubati penyakit orang sekeliling secara rahsia,aku masih sempat untuk melawat Nani yang dalam keadaan yang tidak terurus,kesian Nani.Dia sebenarnya bijak dan petah berkata-kata akhirnya ditarik balik kenikmatan yang ada sebelum ini.Nani kini seperti terencat akal.Mungkin dia terlampau trauma dengan kejadian beberapa bulan yang lalu.kata ibunya,dia masih dalam rawatan kaunseling.Aku doakan agar dia cepat sembuh.

Di kafe,aku menikmati secawan air teh,kelihatan Syukran memerhati aku dari jauh.Dalam diam aku kesian melihatnya.Mungkin kah ada rasa cinta pada dia?tapi aku masih tidak dapat menerima dirinnya,tapi diam2 aku menyayanginya namun aku tidak boleh senang-senang memaafkan Syukran.Melainkan hatiku terubat dan sedikit demi sedikit bolehlah menerima dia sebagai suamiku.''Siapa suruh jual mahal,sekarang tibalah saat aku pula jadi dirinya yang dulu..hahahaha''getusku nakal dalam hati.

------------------------------------------------------------------------------

''Arggghh arhhh'' aku terdengar seseorang sedang mengerang kesakitan di belakang asrama,aku cepat2 menjenguk dan kelihatan seorang perempuan kelihatan menahan sakit.Aku berlari2 anak untuk mendapatkan air dan terus membuka langkah untuk mengubatinya,setelah itu,aku cepat2 meniggalkannya sendirian kerana bimbang diriku dicam oleh perempuan tersebut.

Seminggu berlalu,aku semakin gemar melayan berita dan akhbar untuk mengikuti perkembangan tentang pencarian wanita ajaib yang sedang panas diperkatakan.Tiba-tiba aku terkejut apabila membaca beberapa baris perkataan dalam akhbar itu yang mengatakan bahawa wanita ajaib itu kemungkinan besar ada di universiti Sultan Zainal Abidin. Seorang mahasiswa di universiti tersebut membuat pengakuan pernah diselamatkan oleh wanita itu dan kini penyakit asmanya sembuh sepenuhnya.

Malam pukul 8,aku siap sedia ke perpustakaan semata-mata ingin menonton berita yang hangat tentang diriku.wah,aku hampir popular!perasaan takut menular dalam diriku.Menyesal pun ada kerana menolong orang.''Sepatutnya aku perlu pakai kostum spiderman supaya orang tidak mengenaliku.hahaha'' beranganku dalam hati.tik tik tik.siaran berita tepat pukul8 dan berita utama yang disiarkan adalah siapa identiti sebenar wanita ajaib?ah!''aku terkejut dan kerasa seperti patung.Kelihatan seorang warga unisza sedang bercakap tentang aku.''Saya sakit yang teramat sangat dan fikir mungkin akan mati jika tiada yang datang menyelamatkan saya kerana saya masa itu keseorangan pulang dari berlatih karate,tiba2 datang wanita sederhana tinggi datang menyelamatkan saya,dia menyuapkan saya air yang dibaca jampi olehnya,Setelah itu dia cepat2 meninggalkan saya sendirian,setelah beberapa jam,keadaan saya baik dan saya terus jumpa doktor dan bercakap mengenai penyakit yang saya alami,saya terkejut bila doktor mengatakan saya tiada sebarang penyakit sedangkan saya merupakan pesakit asma sejak kecil lagi''jelas perempuan itu panjang lebar.''wah!air jampi?''soalku sambil berfikir.Selama ni air yang aku bagi tu adalah air jampi?adakah aku bomoh handalan?soalan beranganku datang kepada diri sendiri sambil tersenyum dan kadang2 agak risau dengan perkara ini.Abang2 dan kakak2 yang ada di perpustakaan tersebut riuh memperkatakan tentang aku.Mereka semua tertanya2 siapa perempuan ajaib itu.Masing memasang angan2 untuk bertemu denganku dan ingin tumpang popular.Bila ada isi baru nak dekat ngan kita'' ngomel aku dalam hati.selama ni tak da pula yang ambil berat pasal aku kecuali geng5 aku terutamanya Lisa yang sering disamping aku.



Bersambung..........................................

ketahuilah apa yg akan berlaku pada hubungan aku dan Syukran,dan perkara aneh yg blaku pada diriku serta masa depanku nanti??bagaimana ia berakhir?....tunggu selepas ini!!-penat jariku menulis n cari idea














No comments:

Post a Comment

arigatO!