Pengikut setia

Tuesday 27 March 2012

Kahwin muda:MADU ATAU HEMPEDU??

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini banyak dihebahkan di majalah-majalah remaja, media masa mahupun share di Facebook yang membincangkan mengenai KAHWIN MUDA.

Mengapa Perlu Kahwin Muda?

Rata-rata yang bersetuju dengan prinsip ini berpendapat, kahwin muda adalah untuk membawa hubungan mereka berdua ke puncak cinta iaitu ke jinjang pelamin.
Tidak kurang juga yang mahu berhenti atau mengelak daripada bergelumang dalam perhubungan yang tidak punyai ikatan atau lebih teruk lagi zina.
Adakah perkahwinan muda ini seindah yang diimpikan? Ada yang akan menjawab ya, tak kurang juga yang berkata tidak.

 

  Masalah Timbul Bila Nak Kahwin Muda


Nak kahwin perlukan wang, dan perbelanjaannya bukan sedikit. Paling busuk pun 10k perlu ada dalam simpanan untuk belanja persiapan perkahwinan: kursus, kad jemputan, majlis resepsi, baju pengantin, jurugambar, sewa kanopi, catering, mak andam, door gift, dan serba macam lagi. Itu belum sebut nilai hantaran yang diminta keluarga perempuan lagi. Lebih-lebih lagi kalau pasangan anda itu anak orang berada dan berkelulusan tinggi. Pening.
1.  Tiada Wang. Katakan anda baru menamatkan pelajaran di IPT. Di mana mahu cekau duit? Pinjam dengan member? Tak mungkin muka anda setebal itu untuk meminta. Akhir sekali, ibu bapa juga yang terpaksa menyalurkan duit untuk anak teruna/ dara mereka berkahwin.
“Alah, mak. Tok sah la nak bazir duit, kita buat kecil-kecilan sudahlah. Asalkan ada akad nikah cukup lah. Itu je yang Islam suruh. Kan?”
Hah! Mungkin begitu kata-kata anda, yang hanya memikirkan keindahan malam pertama semata-mata.
Ibu dan ayah lah yang lebih pening kepala memikirkan persiapan majlis anda nanti. Setiap ibu bapa mengimpikan sebuah majlis persandingan yang gemilang untuk anak-anaknya. Bukannya mahu menunjuk-nunjuk dengan majlis besar-besaran, cukuplah yang sederhana dan dihadiri semua sanak-saudara dan kenalan.

2.  Kaum ibu pula mudah terikut-ikut dengan budaya kampung. Kalau jiran atau saudara mereka buat majlis yang hebat untuk anak-anak mereka, ibu juga tidak mahu kalah.
Mungkin anda ketawa sinis dengan cara ibu itu. Nonsense.

3.  Umur belasan tahun dan awal 20-an bukanlah masa yang sesuai untuk mempunyai rumah tangga sendiri. Trend hidup millenium ini hanya mengizinkan individu di usia ini untuk meniti kematangan dan mencari identiti diri sendiri sahaja.
Ramai yang perkahwinannya rebah di tengah jalan kerana kurang persediaan terutamanya dari segi emosional dan rohani. Dalami dahulu ilmu dunia dan ilmu akhirat agar anda lebih bersedia menghadapi ranjau rumahtangga. Stabilkah kerjaya anda? Cukupkah solat 5 waktu? Pukul berapa anda bangun pagi?
Jika diri sendiri masih belum dibetulkan, apatah lagi mahu membimbing orang lain.

4.  Banyak kes yang berlaku, terutamanya dalam kalangan lelaki yang megabaikan tanggungjawab kepada isteri mereka selepas berkahwin. Sebab utamanya kerana tidak cukup enjoy ketika usia muda. Selepas berkahwin, dan mendapat ramai kawan yang pelbagai ragamnya, si lelaki mula kenal dunia dan merasakan diri mereka masih bujang lalu melakukan apa yang orang bujang biasa lakukan seperti berfoya-foya dan pulang lewat malam. Isteri dan anak kecil di rumah hanya mampu menangis tak berlagu.

5.  Setiap orang memiliki cita-cita. Sebagai seorang pelajar, sudah tentu anda mahu bergelar graduan seterusnya memasuki alam pekerjaan. Jika sudah kemaruk mahu kahwin awal ketika belajar, bagaimana hendak focus dalam kuliah?
Seorang penulis ebook  telah mengupas isu ini dengan detail dan beliau telah membincang bagaimana cara untuk menyelesaikan isu perkahwinan ini dan mereka yang berkahwin muda tiada sebarang masalah setelah mengikuti segala yang tercatat dalam e book beliau...Klik link di bawah:-




Berfikirlah masak-masak sebelum mengambil keputusan untuk kahwin muda. Kahwin itu tidak salah, malahan mendapat pahala. Tapi kadang-kadang jejarum masa tidak mahu bersahabat dengan kita, ketika ini, lain masa belum tentu. Ia pasti tiba jua, dengan izin-Nya. Insyaallah. :)


Read more: 
http://www.kahwinmuda.com/hop.php?ref=leen91_yusof

No comments:

Post a Comment

arigatO!