Pengikut setia

Wednesday 28 March 2012

Cara menjaga persahabatan


friend

Asalamualaikum
Macam macam cara kita telah lakukan untuk menjaga keharmonian dalam persahabatan . Agar kita dapat satu persahabatan yang intim dan mendapat keredhaan Allah . Ini ada sedikit tips atau cara untuk mencari , menjaga atau menjalin persahabatan .
Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu. Dari situ kita dapati adalah sukar nak mencari teman sejati walhal kita mempunyai ramai kawan . Carilah iman dan persahabatan atas dasar iman. Carilah prinsip perjuangan yang Allah reda, kita akan bertemu di sana sahabat-sahabat yang setia kerana Allah .
Firman Allahu Taala.
(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa.” (al-Zukhruf:67)
Di antara Sabda Rasulullah S.A.W yang bersangkut paut dengan persahabatan ….
Sabda Rasulullah S.A.W “Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)
Sabda Rasulullah  S.A.W “Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” (Riwayat Malik)
Sabda Rasulullah S.A.W  “Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).
Imam Al-Ghazali … berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut….
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.
Sekian Terima Kasih
Wasallam

No comments:

Post a Comment

arigatO!