Pengikut setia

Wednesday 22 February 2012

Cerpen :Detik indah Dirogol 50 jejaka hingga mati

Cerpen lucah @seks beginilah yang merosakkan ANAK REMAJA ZAMAN KINI DAN CERPEN BEGINILAH YANG SERING MENJADI CARIAN ANAK-ANAK MUDA ZAMAN SEKARANG.MANA NILAI MULIA SEORANG MUSLIM???kini bahan bacaan beragama diorang hanya pandang sebelah mata ..takpun langsung taknak pandang.tapi bila ada je title macam ni,macam menarik pulak nak membaca..istigfarlah wahai manusia.

Maaf post tajuk macam ni..just nak memenuhi permintaan seorang ustaz muda untuk membuat 1 penyelidikan tentang jenis bahan bacaan yang menarik minat masyarakat kini.

Bagi yang sudah lalai,sujudlah kepada ALLAH memohon taubat.

Bagi yang benar-benar inginkan ilmu bermanfaat,hayatilah tajuk artikel yang ingin dikongsi ini :-

Kempen ‘SEBELUM’ Buang Bayi

Zina Tidak Berlaku Secara Tiba-Tiba
Terasa sebak di hati tatkala menatap gambar-gambar bayi yang dibuang di pusat pembuangan sampah, dibakar, ada yang dimakan haiwan dan seribu satu gambaran lagi yang amat memilukan. Di manakah hilang nilai kemanusiaan? Munculnya pelbagai saranan untuk menyelesaikan masalah ini. Malangnya kebanyakan saranan adalah berkaitan selepas sesuatu berlaku, dan bukan menjurus kepada pokok masalah.
Kempen membanteras jenayah pembuangan bayi bukanlah suatu yang asing di dalam agama. Malah ianya sudah dikempenkan oleh baginda Nabi SAW sejak dari dahulu lagi. Cuma perbezaannya dengan kita, Nabi SAW mengutamakan persoalan menutup jalan-jalan awal perzinaan. Kerana itulah prinsip Nabi SAW iaitu, mencegah lebih baik daripada merawat.

Kita seolah-olah terkapai-kapai mencari teknik yang terkini, yang pada sangkaan kita teknik yang kita cipta tersebut teknik yang berkesan. Namun kita terlupa atau sengaja melupakan teknik asas yang dicipta oleh agama dalam menangani isu ini.

Lazimnya, bayi-bayi yang dibuang lahir daripada perhubungan seksual di luar nikah. Ada kalanya dia dibuang kerana perasaan malu, dan kadang-kala kerana tidak mampu menyara kehidupan anak tersebut. Penghinaan social yang amat terkesan kepada si pelaku zina membuatkan mereka takut berhadapan dengan masyarakat. Masyarakat kita seolah-olah mengawal pintu taubat dengan terus menerus tidak menerima kepulangan semula pelaku zina ke pangkal jalan. Malah berita mengandung anak luar nikah, ditangkap khalwat dan sebagainya merupakan cerita sensasi masyarakat. Status kritikan social tersebut membuatkan wanita yang mengandung anak luar nikah memcampakkan bayi mereka di merata tempat. Sedangkan situasi ini berbeza dengan wanita mengandung anak luar nikah di kalangan bukan Islam. Bukanlah kita menggalakkan perzinaan. Namun kita menentang penderaan mental dan maruah insan yang terlanjur yang menjuruskan mereka untuk bertindak di luar jangkaan.

Sedangkan dalil yang jelas di dalam al-Quran dan Sunnah yang melarang pembunuhan anak walaupun atas dasar takutnya kemiskinan. Firman Allah di dalam Surah al-Isra’ : 31 yang bermaksud :

Jangan kamu membunuh anak-anakmu lantaran takut kelaparan, Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka mahupun kepadamu; sesungguhnya membunuh mereka suatu dosa besar.
Juga di dalam surah at-Takwir : 8-9 yang bermaksud : Dan apabila diperiksa anak perempuan yang ditanam hidup-hidup. Sebab dosa apakah dia dibunuh.

Ini kerana dorongan perbuatan mungkar ini ada kalanya remaja masih dibelenggu soal ekonomi. Sedangkan Nabi SAW sendiri pernah ditanya berkenaan masalah ini. “Dosa apakah yang teramat besar? Jawab Nabi: iaitu engkau menyekutukan Allah padahal Dialah yang menjadikan kamu. Kemudian apa lagi? Maka jawabnya: iaitu engkau bunuh anakmu lantaran kamu takut dia makan bersamamu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Perbuangan bayi bukanlah berlaku secara tiba-tiba. Sudah semestinya ianya berasal dari hubungan seksual. Dan hubungan seksual sendiri tidak akan sama sekali berlaku. Andai si pelaku tidak melanggar pagar pemisah yang telah ditetapkan.
Di dalam al-Quran, Allah Taala berfirman: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan yang buruk [Al Isra' 17: 32].

Allah menggunakan kalimah ‘jangan mendekati’ perzinaan. Ayat ini jelas menunjukkan kita wajib menjauhi jalan-jalan yang mendekatkan diri kepada zina. Hal-hal yang membawa kepada zina jelas diterangkan di dalam hadis berikut: Ditetapkan atas anak Adam bahagiannya daripada zina, akan diperoleh hal itu, tidak dapat dihindarkan. Kedua mata berzina dan zinanya dengan memandang (yang haram). Kedua telinga berzina dan zinanya dengan mendengar(yang haram). Lisan itu berzina dan zinanya  berbicara (yang diharamkan). Tangan itu berzina dan zinanya dengan memegang. Kaki itu berzina dan zinanya dengan melangkah (kepada apa yang diharamkan). Sementara hati itu berkeinginan dan berangan-angan, sedangkan kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya. [Riwayat Muslim]

Agama mendatangkan solusi dalam menutup pintu-pintu perzinaan. Antaranya ialah :

Menundukkan Pandangan
Memelihara pandangan kepada bukan mahram, apatah lagi menonton video lucah dan gambar-gambar membuka aurat yang memberahikan. Ini kerana ia boleh menggalakkan manusia melakukan apa yang ditonton. Ibu bapa hendaklah memantau bahan bacaan, drama dan filem, serta laman web yang dilayari anak-anak mereka.

Allah berfirman:  Katakanlah (ya Muhammad) kepada lelaki yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakkan. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka [an-Nur: 30-31].

Tutur Kata Lucah
Menjaga tutur kata dan pendengaran. Ini termasuklah menjauhi berbicara dengan bukan mahram tanpa sebab yang munasabah. Apatah lagi untuk bergurau senda hingga membuat lawak-lawak lucah. Selain daripada itu, ia juga mengajar kita bahawa budaya leka berkomunikasi melalui telefon, sms, chatting dan sebagainya untuk melepaskan rindu kepada bukan mahram adalah sesuatu yang terlarang. Sehinggakan istilah moden yang amat dikenali oleh muda mudi iaitu ‘phone sex’ seolah-olah menjadi perkara biasa. Sangat dikesalkan bagaimana sebahagian ibu bapa tidak kisah apabila anak mereka bergayut telefon setiap hari dengan teman istimewa masing-masing. Alasannya anak-anak sudah dewasa sedangkan itu adalah antara mukadimah ke arah zina.

Bersentuhan sesama bukan Mahram
Menjauhi bersentuhan dengan bukan mahram. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam :Ditusuk kepala seorang lelaki dengan jarum besi itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya [Sahih al-Jami, Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih].
Bersentuhan ini boleh berlaku ketika bertepuk tampar dalam gurauan, bersalaman, berpegangan tangan, membonceng motosikal dan lain. Lebih parah lagi, apabila tanpa segan silu berpelukan di khalayak ramai.

Keluar bersama tanpa Mahram yang dipercayai.
Umat Islam di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam sangat menjaga hal ini walaupun ketika di jalanan. Abu Said Al-Anshari radiallahu anhu pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda kepada para wanita ketika baginda keluar dari masjid dan mendapati para lelaki bercampur baur dengan mereka di jalan:
Berjalanlah kalian di belakang (jangan mendahului lelaki). Ini  kerana sungguh tidak ada bagi kalian hak untuk lalu di tengah-tengah jalan, tetapi bagi kalian hanyalah tepi-tepi jalan.” [Sunan Abi Daud, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis hasan].
Jika pulang dari masjid pun dilarang untuk bercampur di jalanan, apatah lagi untuk keluar bersama-sama pergi membeli belah, bersiar-siar dan lain-lain. Sangat dikesali ramai ibu bapa tidak kisah anak perempuan mereka keluar dengan bukan mahram. Sebahagian lagi memberikan keizinan dengan alasan mereka hanya keluar sahaja dan bukan berzina. Realitinya, dengan keluar bersamalah berlakunya kes-kes rogol dan zina.
Berdua-duaan Tanpa ditemani Mahram.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam: “Tidaklah berdua-duaan lelaki bersama perempuan kecuali yang ketiganya adalah syaitan” [Sunan at-Tirmizi, hadis hasan sahih gharib]. Dalam hadis yang lain: “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya” [al-Bukhari dan Muslim].

Dalil di atas melarang berdua-duaan dengan bukan mahram. Lazimnya zina berlaku di tempat tersembunyi. Budaya ‘dating’ jelas terlarang berdasarkan dalil-dalil di atas.
Pintu-pintu kepada zina hendaklah ditutup untuk menangani kes pembuangan bayi. Drama-drama, novel-novel, majalah dan sebagainya hendaklah dikawal agar tidak menyebarkan budaya yang menggalakkan budaya coupling, dating dan lain-lain.

Ibu bapa hendaklah bersifat tegas. Usah takut dilabel sebagai jumud. Fikirlah hikmah di sebalik garis panduan batas pergaulan yang Allah Taala gariskan. Janganlah nanti kita kecewa si anak menconteng arang ke wajah keluarga, sedangkan tanpa kita sedari kita yang sebenarnya memberikan dan membenarkan mereka menconteng arang ke wajah kita.

Idea bank bayi, dan pusat kebajikan perlu disokong, tetapi ia mesti serentak dengan usaha pencegahan. Kita tidak mahu bank bayi menjadi penggalak kepada seks di luar nikah. Namun ianya hanyalah penyelamat kepada pembunuhan bayi setelah usaha pencegahan awal yang dibuat itu benar-benar menjadi realiti. Begitu indahnya Islam. Ianya memberikan suntikan pencegahan awal sebelum mendatangkan vaksin dalam merawat kesakitan.

No comments:

Post a Comment

arigatO!