Pengikut setia

Wednesday 9 November 2011

Maklumat tentang Sugar glider binatang manja

Salam,

Majalah Tiga edisi 2 Julai 2011 telah memaparkan kisah tentang Sugar Glider. Kamu semua tengok tak ! Semua pembela sugar glider mesti teruja nak tengok kan...especially blogger yang masuk dalam Majalah Tiga tu, Zafirah Zakaria namanya. Its a nice one ! Sila terjah blog Zafirah Zakaria dan sumbang lebih banyak trafik pada cik adik manis ni.



Majalah tiga
featuring Zafirah Zakaria pembela sugar glider & Sepul penjual sugar glider.

Video : Majalah Tiga Edisi Sugar Glider

Pada pendapat saya, maklumat tentang Sugar Glider dalam slot tu agak kurang. Mungkin kekurangan masa sebab itulah tak diterangkan pun secara details. Secara ringkasnya, meh saya terangkan serba sedikit tentang sugar glider ni, bagi sesiapa yang masih belum tahu tu...

Maklumat tentang Sugar Glider :
  • Sugar Glider berbentuk macam tupai. Sugar glider akan membesar hingga sebesar tupai yang dewasa. Boleh hidup sekitar 10 tahun. Senang membiak. Setiap sugar glider ada perwatakannya sendiri. Jadi penjaga sugar glider pasti kenal setiap sugar glider yang dibelanya.
  • Sugar Glider biasanya dijual dengan harga RM200-250 seekor. Ada juga peniaga yang mengambil untung lebih dengan menjual hingga RM350-400 seekor. Pastikan korang buat survey harga, dan kaji dulu tentang sugar glider baru beli.
  • Sugar Glider  Sugar glider jantan dan betina ada satu lubang je untuk berak dan kencing. Bezanya cuma sugar glider betina ada kantung di perut macam kangaroo. Kalau ada anak nanti, anak akan berada dalam kantung perut ibunya hingga bersedia untuk keluar. Manakala sugar glider jantan ada telur (testis).
  • Sugar glider ni sebenarnya bersifat Nocturnal bermaksud, tidur waktu siang dan berjaga waktu malam. Tapi jangan risau, sejak manusia mula bela diorang ni, sugar glider ni dah kadang-kadang ikut trend manusia dah...tidur waktu malam je.
  • Sugar glider ni jenis tak berbau berbanding dengan hamster, guinea pig. Sugar glider pandai membersihkan diri sendiri lepas dia berak dan kencing walaupun Sugar glider ni jenisnya berak dan kencing merata-rata. 
Sugar glider tak perlu dimandikan. Jangan mandikan sugar glider korang kalau korang tak nak dia cepat mati. Kalau dah busuk sangat sugar glider tu, ambil saja wet tissue dan lap badan sugar glider tu. Lepas tu jangan biarkan sugar glider tu sejuk. Nanti mati woo.
  • Sugar glider berkuku tajam. Bila bermain dengan sugar glider, pastikan kita pakai baju lengan panjang. Kalau rajin, potong kuku sugar glider anda jika tak mahu cedera semasa bermain dengan sugar glider tu.
  • Sugar glider boleh menjadi sangat manja dan kenal tuannya. Sama seperti kucing dan anjing, sugar glider ni sayang dengan tuannya. Kalau bukan tuannya yang memegang dia, dia akan menjerit-jerit. Jangan takut kalau sugar glider menjerit, beri masa bagi diorang untuk sesi ice-breaking.
  • Sugar glider suka berak kencing. Itu adalah sifat diorang ni sebab diorang akan menandakan kawasan dan habitat diorang untuk rasa lebih selamat. Berak sugar glider sama macam tahi cicak cuma besar sikit. Kecing sugar glider ni tak banyak, sekali keluar beberapa titis jer. Pastikan setiap kali nak bermain dengan sugar glider tu, letak dulu di atas cage dan beri masa untuk dia berak dan kencing. Lepas tu boleh bermain dengan riang.
  • Sugar glider tak boleh dibiarkan dalam sangkar semata-mata. Penjaga kena selalu bermain dengan dia, biar dia bersosial dan kenal kehidupan luar. Sugar glider boleh stress bila bila masa dia nak, dan kalau dia stress dia boleh cepat mati.
  • Sugar glider ialah omnivor. Makanan kegemaran dia ialah semua jenis buah, boleh juga diberi makan sayur, ayam rebus, telur rebus menjadi kegemaran. Minuman pula, boleh diberikan air kosong tapi lebih baik jika dicampurkan dengan madu yang boleh dibeli di supermarket, bukan madu asli.

Percaya atau tidak, sejak Majalah Tiga buat edisi Sugar Glider ni, makin ramai orang yang nak membela Sugar Glider ni. Untunglah peniaga peniaga yang jual Sugar Glider ni ya. Saya harap mereka tak naikkan harga Sugar Glider ni melampau sangat...bayangkanlah ada yang jual sampai RM600 sepasang sugar glider. Belum masuk harga sangkar dan makanan lagi. Bagi sesiapa yang tak buat research atau main belasah beli je..mesti tertipu punya...harap entri saya ni membantu korang yang nak beli dan baru nak bela sugar glider tu.

Berminat untuk niaga secara affiliate dengan keuntungan yang tinggi??klik bawah ni


No comments:

Post a Comment

arigatO!