Pengikut setia

Wednesday 5 October 2011

pembekalan vitamin C

KAJIAN Journal Epidemiologi (Mei, 1992) menunjukkan individu yang tinggi kandungan vitamin C dalam darah hidup enam tahun lebih lama berbanding mereka yang sebaliknya. Kandungan vitamin C dalam pemakanan harian rakyat Malaysia sangat rendah. Sebagai contoh, sepinggan mi goreng dan nasi lemak hanya membekalkan 1.7mg dan 0.9mg vitamin C.
Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik, ialah sejenis vitamin larut air. Ia adalah nutrien yang penting kerana badan tidak dapat menghasilkannya. Ini disebabkan manusia tidak memiliki enzim L-gulano gamma lakton oksida, yang menukarkan glukosa kepada asid askorbik.
Sebenarnya, ketidakupayaan manusia menukarkan gula kepada vitamin C meningkatkan kecenderungan jangkitan penyakit diabetes jenis II kerana gula yang berlebihan dalam darah tidak dapat ditukar kepada vitamin C dan sebaliknya dikumpul dalam darah. Kebanyakan haiwan dan tumbuhan terutama alga dapat menghasilkan vitamin C.
Vitamin C adalah vitamin yang paling tidak stabil, keberkesanannya akan berkurang melalui pendedahan matahari, haba dan udara. Oleh itu, kita selalu dinasihatkan supaya makan makanan yang kaya dengan vitamin C sebaik saja dipotong.
Kira-kira 90 peratus vitamin C dalam pemakanan harian datang daripada buah-buahan dan sayur-sayuran, termasuklah brokoli, strawberi, oren, cili benggala, kubis, tembikai susu, lobak merah, bayam dan jambu batu.
Fungsi utama vitamin C ialah menjaga kolagen, sejenis protein yang diperlukan untuk membentuk tisu penghubung dalam kulit, ligamen dan tulang. Ia penting untuk membentuk gigi dan gusi yang sihat, membantu penyerapan zat besi, menggalakkan penyembuhan luka dan membantu sistem keimunan tubuh.
Vitamin C juga dikenali sebagai ‘vitamin stres’, kerana ia cepat habis digunakan apabila seseorang dalam situasi tertekan. Vitamin C adalah antioksida larut air yang membantu meneutralkan radikal bebas dalam badan.
Vitamin C melindungi molekul penting dalam badan seperti protein, lipid (lemak), karbohidrat, DNA dan RNA daripada kerosakan radikal bebas akibat daripada pendedahan kepada toksin dan bahan pencemar.
Golongan yang sering mengalami kekurangan vitamin C termasuklah perokok, mengambil alkohol secara berlebihan, cirit-birit, demam, jangkitan berpanjangan, tiroid terlalu aktif (hipertiroid), ulser perut, tuberkulosis (TB), bayi yang mengambil susu formula serta mereka yang menjalani pembedahan.
Stres dan nikotin dalam rokok meningkatkan keperluan tubuh terhadap vitamin C. Mereka memerlukan sekurang-kurangnya 2,000mg vitamin C setiap hari.
Tanda kekurangan vitamin C termasuklah gusi berdarah, enamel gigi yang lemah, mudah lebam, sakit sendi, anemia dan penembuhan luka yang lambat.
Vitamin C adalah tidak stabil dan senang disingkirkan daripada badan. Oleh itu, badan mungkin tidak dapat menyerapkan semua vitamin C yang diambil walaupun dos pengambilan adalah tinggi.
Pemilihan vitamin C yang bersesuaian adalah penting untuk memastikan makanan tambahan yang diambil betul-betul dapat memanfaatkan kesihatan. Pelbagai jenis vitamin C di pasaran mungkin merunsingkan anda. Yang mana satukah yang paling berkesan?

TIP: Pengambilan vitamin C
  • Pilih makanan tambahan vitamin C yang berkepekatan tinggi Kajian menunjukkan pengambilan makanan tambahan vitamin sebanyak 1g atau lebih setiap hari dapat meringan gejala selsema dan demam dan memendekkan tempoh penyembuhan.
  • Pilih makanan tambahan vitamin C yang membekalkan vitamin secara berterusan (sustain release) Makanan tambahan vitamin C yang dihasilkan melalui teknologi sustain release dapat membekalkan vitamin C pada dos yang tertentu dalam sesuatu tempoh masa supaya semua nutrien yang diambil dapat diserap oleh sel.
    Untuk maklumat lanjut mengenai kesihatan, sila hubungi Penasihat Kesihatan Pelanggan di talian 03-7728 7407 (Isnin-Jumaat; 9.00 pagi – 6.00 petang) atau e-mel kami di health@biolife.com.my.

No comments:

Post a Comment

arigatO!