Pengikut setia

Thursday 1 September 2011

Jangan kedekut jika nak berjaya

Tips untuk berjaya yang memang berjaya ialah JANGAN KEDEKUT..Betul dah banyak penceramah bercakap tapi masih ramai yang takut nak buat termasuk saya jugak kekadang tu..Sebab apa?? Sebab sayangkan duit dan harta kita. Kita umat akhir zaman ni memang dah diciptakan untuk sayangkan dunia dan takutkan mati..Apa juga benda tentang dunia ni, kita pasti sayang lebih berbanding mati..Betul x?

Betul..saya sendiri akui..yerlah kita kan manusia biasa..
Tak terlepas dari buat salah dan silap..tapi rasanya saya perlu berkongsi benda ni untuk kita sama-sama renungkan. Yerlah bila dah tak cakap, kita tak ingat..nama pun manusia tu pelupa.
Ok..sekarang ni nak nasihat kat diri sendiri ni dan jika sahabat nak dengar pun boleh untuk kita sama-sama beringat ye. Jika kita sebut je kedekut, semua orang takkan mengaku kedekut kan? Tapi kita tak sedar memang kita ni kedekut tahap haji bakhil punya. Yerlah nak sedekah jauh sekali..nak perabis kat diri sendiri laju je..nak perabis kat jalan Allah susah sikit..nak bagi kat mak ayah??hmm…tuhan je lah tahu.
Tulah kata..macamana kita nak berjaya kalau kita kedekut. KEDEKUT NI SIFAT TAK BERSYUKUR! betul..bila tak bersyukur, macamana Allah nak tolong kita? Jadi jangan kedekut supaya kita selalu bersyukur dengan rezeki kita dapat.
Ni nak kongsi antara cara tak kedekut dan jauhkan kita dari jenis manusia tak bersyukur:
  1. 1- Masuk je masjid, keluarlah sikit duit dari dompet tu dan masukkan dalam tabung masjid.Ingat! Lagi banyak kita sedekah, lagi banyak kita akan dapat balik, makin berjayalah kita. Cubalah buat..
  2. 2- Setiap bulan, korek sikit duit gaji dan bagi kat mak ayah kita.Biasanya bagi kat mak lah sebab mak yang beli barang rumah. kalau rasa sikit, tambah lagi bagi..Ingat! lagi banyak kita senangkan ibu bapa, lagi berjaya kita.
  3. 3- Sedekah kat peminta sedekah?? haa bab ni saya tak berani nak cakap..bukan ape..sebab sekarang banyak yang tipu dan pakai konsultan..betul..kekadang mereka dipergunakan konsultan ni untuk minta sedekah..jadi saya tak kata jangan bersedekah pada pemina sedekah tapi fikirkan dan tengoklah peminta sedekah. Kalau rasa mereka tu betul2 susah, sedekahlah..jika was-was baik tak payah. kekadang ada juga yang memaksa..kalau macam ni baik tak payah bagi sebab nanti kita tak ikhlas..
  4. 4- Kedekut untuk menyimpan..Ni saya pun susah..kita sangat susah nak menyimpan..sebab kita ni kedekut untuk simpan untuk hari tua atau hari susah kita nanti..Kita tak tahu bila..jadi jom kita mula menyimpan..jangan kedekut untuk menyimpan..lagi banyak kita menyimpan, lagi untunglah kita nanti..betul..
Jadi tolonglah kita sama-sama jangan kedekut. Tapi jangan salah faham..kedekut tak bermakna boleh berikan harta atau duit kita membabi buta..jika ianya ke jalan yang memang memerlukan dan kita berkemampuan, bantulah setakat termampu..Allah sangat suka pada hamba-Nya yang pemurah ke jalan-Nya..insyallah kita termasuk..

2 comments:

arigatO!